Semalam gempar seluruh Malaysia apabila tragedi saluran paip bocor berlaku pada hari raya kedua raya kedua.
Kejadian itu menyentuh hati rakyat Malaysia apabila ada keluarga menjadi mangsa kepada tragedi itu. Bukan itu harta benda dan kediaman turut musnah.
Memetik laporan Harian Metro, ekoran kejadian yang berlaku, bantuan tunai sebanyak RM5,000 akan disalurkan kepada pemilik rumah yang rosak akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, manakala RM2,500 akan diberikan kepada mangsa yang terkesan.
Ads
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bahawa bantuan ini disalurkan oleh Petronas dan kerajaan dengan segera.
Ads
Mengulas lanjut, Anwar berkata, tanggungjawab memulihkan kawasan perumahan berkenaan akan diambil sepenuhnya oleh kerajaan bersama Petronas dan kerajaan negeri.
Ads
Katanya, buat masa ini, Petronas dengan jentera kerajaan sedang berbincang bagaimana untuk mengambil tindakan segera dan munasabah.
“Keutamaan kita sekarang ialah keselamatan dan setakat ini terkawal, sebab itu saya pilih untuk pergi sendiri ke tempat terbabit (lokasi kebakaran),” katanya
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Elyana titip ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan, “Tepat 14 tahun kita hidup bersama.” Ulang tahun perkahwinan menjadi kenangan manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri.
Sambutan ulang tahun pernikahan bersama pasangan adalah salah satu cara untuk mengingat kembali segala momen manis bersama pasangan. Cara ini boleh menghangatkan kembali hubungan antara anda berdua yang mungkin kadangkala timbul tenggelam seiring dengan masa.
Bagi penyanyi dan juga pelakon Elyana, sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-14 tahun, Elyana menitipkan ucapan romantis buat suami tercinta.
Alhamdulillah.Tepat 14 tahun kita hidup bersama.Saya bersyukur masih diberi kesempatan untuk terus menemani awak.
Saya bukan manusia sempurna sama seperti awak juga bukan manusia sempurna. Hidup lah selama mungkin bersama saya..
Happy 14th Anniversary.
Menerusi hantaran yang dimuat naik dilaman Instagram, penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Tak Tercapai Akalmu ini turut berkongsi gambar perkahwinan.
Mengimbau kembali kenangan lama, akui Elyana, beliau berkahwin dengan suaminya, Khairul Anuar Husin ketika berumur 23 tahun. Memang dari dahulu lagi beliau mahu berkahwin awal.
“Siap pasang niat, saya akan berkahwin dengan sesiapa sahaja yang menjadi teman lelaki saya. Saya mengambil langkah berani dengan melamar teman lelaki (suami). Akhirnya pada 19 November 2010 kami selamat disatukan sebagai suami isteri,” cerita Elyana.
Elyana tidak ambil kisah apabila ada yang mengatakan beliau seperti perigi mencari timba. Matlamat beliau hanya untuk berkahwin.
Perkongsian Elyana mendapat banyak respon daripada warga maya. Rata-rata mengucapkan tahniah dan berkongsi kegembiraan dengan beliau dan suaminya.
Terpisah selama tujuh tahun dengan keluarga adalah rindu yang tidak dapat terungkap. Demi mencari rezeki buat keluarga adalah pengorbanan yang tinggi nilainya.
Lebih meruntun jiwa, sepanjang perpisahan itu, tidak dapat melihat momen anak didepan mata. Begitulah kasihnya ibu bapa, yang sanggup meletakkan kebahagiaan keluarga mengatasi segalanya.
Namun, di balik setiap pengorbanan itu, tersimpan juga kisah anak sulung yang jarang kita lihat. Menjadi anak sulung, bukanlah tugas yang mudah sepanjanga ketiadaan ibu bapa.
Malah, bergelar anak sulung ini pastinya dia melihat jatuh bangun ibu bapa, memahami keperitan yang mereka lalui tanpa perlu diberitahu.
Sebagaimana perkongsian sebuah video yang viral di TikTok di muat naik menerusi akaun @anisumaira90, yang juga seorang isteri juga ibu, menyentuh hati warga maya.
Video tersebut merakamkan detik bahagia yang tak tergambarkan oleh pasangan suami isteri yang akhirnya dapat memeluk kembali anak sulung mereka selepas tujuh tahun terpisah.
Difahamkan, pasangan tersebut bekerja di Australia dan terpaksa meninggalkan anak sulung mereka bersama keluarga di Malaysia.
“Ya Allah, anak kami yang tinggi paras paha sekarang dah sama tinggi dengan mama,” coret wanita berkenaan.
Berjauhan selama 7 tahun bukanlah pilihan mereka, pada awalnya pasangan ini berniat untuk bekerja selama tiga bulan sahaja, tetapi takdir menentukan lain.
“Anak sulung stay dengan family. Niat kami ke Australia untuk tiga bulan sahaja, tetapi macam-macam jadi. Kami kena tipu, gaji tak dibayar dan terpaksa menumpang rumah orang. Banyak kalau nak diceritakan,” jelasnya.
“Anak sulung kami tersangat kuat, anak yang tersangat hebat. Dia tak pernah merungut,” tambah wanita itu lagi.
NETIZEN MERUNTUN JIWA
Meninjau di ruangan komen, video yang kini mencecah hampir dua juta jumlah tontonan itu mendapat reaksi pelbagai daripada warga maya.
“Tujuh tahun bukan masa yang singkat, kesian anak. Tolong jangan tinggalkan dia lagi, dia nak kasih sayang mak ayah,”
“Kesian anak merindukan mak ayahnya selama tujuh tahun. Mesti dia pernah rasa cemburu dengan orang yang ada mak ayah depan mata,”
“Walaupun selalu gaduh dengan anak sulung tapi tengok video ni hati rasa sebak. Apa perasaan anak sulung dia,”
Ada juga ‘throwback’ mengenang momen lalu bersama keluarga
“Tiba-tiba mengalir air mata bila mak dia peluk anaknya. Bestnya kalau dapat peluk tubuh mak lagi,”
“Nak peluk mak tapi mak dah tiada. Mampu peluk gambar sahaja,”
Sumber: anisumaira90
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Halang air banjir masuk rumah, wanita kongsi idea guna papan dan tanah liat. Musim banjir merupakan satu fenomena tahunan yang sering melanda negara-negara yang mempunyai musim hujan yang ketara, termasuk Malaysia.
Bagi mereka yang biasa mengalami banjir, ramailah yang kreatif membuat persediaan agar rumah tidak dimasuki air. Dalam satu hantaran di TikTok, seorang wanita, Nurul Atyra yang menggunakan teknik mudah menghalang air banjir memasuki ruang rumah.
“Dengan rumah saya ok. Anda cubalah, harap membantu.” – tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam keadaan semasa banjir kilat yang kerap terjadi akhir-akhir ini, tip yang dikongsikan ini mungkin dapat membantu.
Menerusi video tersebut, sekeping papan digunakan sebagai penghadang air banjir separas buku lali.
Penghadang banjir itu adalah idea wanita itu sendiri dan dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa ketika air banjir belum memenuhi pekarangan rumah.
“Rumah saya selalu dimasuki air (banjir). (Untuk mengelakkan ia berulang), saya lekatkan papan yang sama saiz dengan pintu dan dilekatkan dengan menggunakan tanah liat permainan kanak-kanak (plastisin).
“Jadi, air tidak masuk ke dalam rumah, selamatlah sofa dan perabot semua.
“Untuk pintu gelangsar (sliding door) pun boleh. Jadi anda semua boleh cuba. saya ok, air tak masuk ke dalam rumah.
“Selamatlah daripada mengemop lantai,” kongsinya.
Perkongsian wanita itu menerima pelbagai reaksi daripada warga maya. Rata-rata tertarik dengan kreativiti wanita itu dan mengakui keberkesanannya untuk menghalang air masuk ke rumah semasa banjir.
Sebelum ini ada yang berkongsi idea mengelak limpahan air banjir masuk ke dalam ruang kediaman.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.