STPM 2024 catat PNGK nasional 2.85, paling tinggi dalam sejarah. Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 mencatatkan pencapaian terbaik dalam sejarah pelaksanaannya apabila Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) nasional meningkat kepada 2.85.

STPM 2024 Catat PNGK Nasional 2.85, Paling Tinggi Dalam Sejarah

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff memaklumkan, pencapaian itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.01 mata berbanding PNGK 2.84 yang dicatatkan tahun lalu.

Menurut beliau, seramai 1,266 calon atau 3.06 peratus daripada keseluruhan calon berjaya memperoleh PNGK maksimum iaitu 4.00, meningkat sebanyak 150 orang berbanding tahun 2023.

STPM 2024 Catat PNGK Nasional 2.85, Paling Tinggi Dalam Sejarah

“Bagi tahun ini, jumlah pelajar yang meraih 5A dalam semua lima mata pelajaran yang diduduki turut menunjukkan peningkatan, daripada 41 calon pada STPM 2023 kepada 53 calon,” katanya dalam sidang media pengumuman keputusan STPM 2024 yang berlangsung hari ini.

Ads

Selain itu, bilangan calon yang memperoleh keputusan 4A juga meningkat kepada 1,228 orang berbanding 1,087 orang pada tahun sebelumnya.

Sumber: Sinar Harian

Ads

Baca artikel lain juga: Bapa Pinjam Orang Kampung RM120 Hadir Majlis Pengikhtirafan STPM Anak Dapat 4.0 PNGK

Satu Impian Untuk Berada Di Atas Ni Anak Cemerlang STPM, Ibu Terkejut Menangis Atas Pentas.

Ads

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI