Seorang penoreh getah sanggup meminjam RM120 daripada penduduk kampung demi menghadirkan diri bersama isteri ke majlis pengiktirafan untuk anaknya yang cemerlang dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Memetik laporan dari NST, Juliusuh Madakol, 62 terpaksa meminjam duit daripada beberapa orang kampung untuk melihat anaknya, Arnie Juliusuh, 20 menjadi satu-satunya pelajar yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 di SMK Tun Fuad Stephens.
Ujarnya, dia tiada pilihan selain daripada meminjam daripada orang kampung memandangkan pendapatannya sebagai penoreh getah hanyalah RM200 hingga RM300 sebulan.
Ads
“Saya tiada pilihan selain meminjam daripada beberapa orang kampung untuk pastikan kami berada di sana. Ia majlis yang gembira” katanya.
Tambahnya, duit yang diperoleh telah digunakan untuk tambang menaiki teksi bagi pergi dan balik dari majlis tersebut. Dia yang hanya mempunyai sebuah motosikal dan kereta jenis Proton Saga keluaran 1990an akui yang hanya mampu berjalan sehingga Pekan Tamparuli.
Ads
“Saya hanya ada motorsikal dan proton saga dari era Tun Dr Mahathir jadi Perdana Menteri pada tahun 1990an”
“Paling jauh dia boleh pergi hanya di Pekan Tamparuli” tambahnya.
Ads
Ujarnya lagi, dia telah keluar seawal jam 6 pagi untuk menghadiri majlis tersebut dan menemani anaknya untuk mengambil keputusan.
Difahamkan, anak ketiga Juliusuh itu telah tinggal di asrama sejak dari tingkatan satu lagi atas faktor lokasi ke sekolah jauh dari rumahnya iaitu Kampung Sinansag, Kiulu.
Sumber: NST (Olivia Miwil)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berbeza dengan sesetengah individu baik selebriti mahupun orang biasa yang malu dan enggan bercerita jauh sekali menonjolkan anak-anak mereka yang autistik pada masyarakat, selebriti ini sebaliknya pula.
Rasa malu dibuang jauh-jauh sebaliknya dia bersemangat bercerita mengenai hal itu dengan harapan masyarakat membuka mata tentang autistik. Semangat Catriona Ross kembali bersinar apabila memandang wajah anak-anaknya yang masih kecil dan memerlukan kasih sayang.
Kesakitan bersalinkan anak ketiga belum benar-benar pulih, diri sudah diuji lagi tatkala anak kedua, Raes disahkan menghidap autistik. Namun, pelakon berdarah kacukan ini kembali bangkit dan enggan mengalah.
“Kami mula sedar ada yang tidak kena dengan Raes apabila usianya memasuki dua tahun tetapi dia masih belum boleh bercakap. Waktu umurnya setahun lebih, saya sudah rasa ada yang tidak kena kerana dia tidak bercakap dan menyebut perkataan.
“Selain itu, Raes tidak menunjukkan tanda-tanda sepertimana kanak-kanak seusianya. Suara dia hanya boleh dengar apabila dia menangis sahaja. Apabila bertanyakan pada kawan-kawan jawapan mereka anak lelaki memang lambat sedikit.
“Saya ada hantar Raes ke pusat asuhan dan memang tiada sebarang perubahan. Bulan keenam di situ, pengetuanya minta kami membawa Raes bertemu pakar. Selepas buat ujian, memang sah Raes autistik.
“Dua minggu lamanya saya asyik menangis, bayangkan waktu itu saya baru lepas pantang anak ketiga, Idrus. Sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata betapa sedihnya saya ketika itu. Saya tidak tahu nak buat apa dan bagaimana untuk uruskan anak autistik. Ketika itu, saya teringat kepada Fynn Jamal dan terus menghubunginya melalui instagram.
“Memandangkan dia sibuk, kami hanya berhubung melalui instgram. Saya meluahkan segala isi hati dan dialah manusia pertama yang membantu saya meleraikan segala kekusutan di hati,”jelas Catriona yang turut membuat kajian dan bacaan melalui internet dan itu semua banyak membantu membuka minda dan mata untuk menguruskan anaknya.
Akui Catriona, biarpun Raes menghidap ‘mild autisme’ dan bukan jenis hyperaktif, namun harus bijak mengambil hati dan tidak boleh menyebabkan emosi anaknya terganggu.
“Biasanya kalau keinginan dia tidak dapat dipenuhi mula lah dia buat perangai. Sebelum ini memang sukar untuk kami faham apa yang dia inginkan tetapi selepas membaca dan mendapat ilmu tentang hal berkaitan autistik, maka sedikit sebanyak kami sudah mula boleh berkomunikasi dengannya.
“Walaupun belum boleh bercakap tetapi kalau nak makan atau susu, Raes boleh memberi ‘hint’ apa yang dia inginkan,” cerita Catriona dengan lebih lanjut mengenai perihal anak keduanya yang disahkan autistik.
“Bengkak Jiwa’
‘Saya tidak mahu berpura-pura ibarat manusia sempurna di mata masyarakat. Sebaliknya, saya suka berkongsi apa yang saya ada dan tahu. Sekurang-kurangnya ini boleh membantu ibu bapa lain yang senasib dengan saya tentang bagaimana menjaga dan menguruskan anak-anak autistik. Dalam masa yang sama, saya mahu masyarakat tidak memandang sinis setiap kali berhadapan dengan anak-anak istimewa ini.
“Jika di bandar, mungkin masyarakatnya sudah biasa kerana mungkin sudah terdedah dengan hal ini tetapi di luar bandar ia masih ‘taboo’. Mereka tidak suka mendedahkan hal-hal yang berkaitan sensitiviti sebegini kerana bimbang membawa masalah kepada mereka. Sedangkan mereka patut tahu, ini semua adalah urusan Yang Maha Esa.
“Kita harus terima dengan hati yang reda. Memang bercakap mudah tetapi hanya yang mengalaminya boleh merasai sendiri. Sedih, kecewa, malu dan sebagainya, namun buang jauh-jauh semua rasa itu. Bangkit dan bantu anak-anak kita kerana jika kita sendiri sebagai ibu bapa tidak memulakannya bagaimana masyarakat boleh menerima.
“Anak autistik memerlukan perhatian yang rapi, mereka tidak boleh belajar topik biasa seperti kanak-kanak biasa yang lain. Saya sendiri jujurnya waktu mengetahui Raes autistik, saya rasa ‘bengkak jiwa’ lebih-lebih lagi apabila terpandang wajahnya. Kerana itu, saya mahu berkongsi rasa sayu itu dengan ibu-ibu yang lain.
“Alhamdulillah, setakat ini belum ada lagi maklum balas negatif, rata-rata memberi sokongan dan dorongan untuk saya lebih kuat,’ ulas Catriona yang mengakui walaupun Raes ‘istimewa’ namun layanan diterima sama rata antara ketiga-tiga anaknya.
“Saya tidak mengamalkan pilih kasih dalam mendidik anak-anak. Walaupun Raes jenis yang cepat terasa namun kakak dan adiknya jenis yang memahami lebih-lebih lagi yang ketiga iaitu Idrus. Dia sangat rapat dengan abangnya boleh dikatakan tulang belakang kepada Raes.
Bukan mudah untuk menguruskan anakl-anak istimewa ini tatkala berada di luar rumah. Namun Pelakon Jangan Benci Cintaku ini menerusi catatannya di laman instagram, Catriona turut berkongsi cara menguruskan anaknya ketika bercuti.
“Belum berkomunikasi secara verbal maka i bertanggung jawab dalam penyediaan makanan untuk dibawa. Anak autism biasanya agak memilih bab ini dan 8 hari bercuti, i sudah siapkan huge bag filled with oat cookies dan berbagai makanan kesukaan Raess termasuk ikan bilis yang digoreng which i simpan in a tupperware. Tinggal nasi putih je nak cari kat destination,” ujar Cat menerusi kapsyennya.
Hati mana yang tidak sedih apabila kehilangan ibu tercinta. Kenangan hidup bersama pasti dalam ingatan sehingga kehujung nyawa.
Bagi anak pula kehilangan ibu adalah amat memilukan buat diri. Hinggakan barang peninggalan ibu jadi pengubat rindu.
Sebagaimana yang dilakukan oleh puan Nani’s Makeover yang menjadikan kain batik tinggalan arwah ibu sebagai kenangan. Malah menjadikan ia sebagai hiasan rumah. Meletakkan kain batik millik arwah di frame gambar telah menarik perhatian ramai.
Ikuti perkongsian beliau.
Kain batik ni dah koyak2 hujungnya. Banyak bahagian yang dah dimakan lipas sbb setahun dah terperuk dalam almari mak sejak mak meninggal.
Kain ni sebenarnya kami guna waktu mandikan jenazah mak setahun yang lalu. Sejak mak takde, kami Tak usik dah almari mak sehinggalah 1 hari kami 2 beradik keluarkn baju2 mak dan asing asingkan untuk dibahagikan kepada anak cucu mak yang lain.
Macam biasa, Sekadar Ambik ‘kenangan’ yang betul2 Tak boleh padam dihati untuk diabadikan dirumah ni sebagai hiasan. Bukan sekadar hiasan, jugak sebagai ‘pengjargaan’. Lebihan Kain yang masih baik, letakkan dalam frame untuk tatapan Mata.
Dan segala kenangan yang baik, letakkan dihati sebagai kenangan yang Tak Kan kami lupa. Seram? Patah hati Tak Ada mak, lebih seram dari segala seram yang ada dalam dunia ni.
Azura Karim kongsi majlis bertunang anak lelaki, “Ramai kata rupa bakal menantu iras Azura.” Azura Abdul Karim, meskipun tidak lagi bergelar pengacara dan pembaca berita namun bakat Azura tetap dikagumi ramai. Apatah lagi peminat masih boleh mengenal suara penyampai otai ini yang unik dan tersendiri.
Baru-baru ini Azura sempat berkongsi foto majlis pertunangan anak lelaki sulungnya, Syadhamier yang berlangsung 4 Mei lalu. Wajah keibuan jelas terpancar pada wajahnya saat majlis berlangsung.
Hantaran Azura tentang pertunangan anaknya itu dibanjiri dengan ucapan tahniha daripada warga maya. Ramai yang mengatakan bakal menantu seiras wajahnya.
Bekas pengacara Majalah Tiga dan Wanita Hari Ini, kini sedang meniti usia 50 tahun. Azura aktif mengusahakan bisnes miliknya iaitu Deco Patch by Azura Karim. Antara produk yang dihasilkan termasuklah beg, kole dan tiffin.
Pernah mencipta sejarah dalam dunia penyiaran Malaysia apabila muncul sebagai penyampai berita pertama berhijab penuh di kaca televisyen, perkembangan Azura sering diikuti oleh para peminatnya.
Untuk info, Azura memiliki lima orang cahaya mata hasil perkahwinannya dengan juru terbang.