Rasanya ramai yang suka menonton drama Korea, bukan sahaja dek kerana barisan pelakonnya yang hebat malah diakui setiap cerita berjaya memaparkan emosi yang betul-betul memukau perasaan penonton dan padat dengan ilmu!

Bercerita tentang menonton drama Korea ini, jangan tidak percaya bahawa Dr. Zulkifli juga turut menontonnya.  Di mana baru-baru ini menerusi sebuah hantaran di TikTok Dr. Zulkifli turut berkongsi pengalaman beliau menonton sebuah drama Korea yang mengisahkan tentang seorang peguam autisme. Menurutnya, drama tersebut sangat menarik sehingga dia sanggup menonton walaupun ada kekangan masa.

“Bila Orang Tengok, Dapat…”-Datuk Dr Zulkifli Pun Layan K-Drama & Malah Puji Sarat Ilmu!

“Saya tak ada masa tapi kalau saya minat saya akan tengok untuk saya dapat maklumat. Saya baru-baru ini tengok cerita peguam autism. Bagus. Bila mereka buat cerita itu mereka ‘study’.

“Berbanding cerita orang Malaysia berlakon jadi doktor, kadang-kadang stetoskop pun tak betul. Istilah-istilah doktor pun tak tahu, tapi buat berlagak,” ujarnya.

IKLAN

“Bila Orang Tengok, Dapat…”-Datuk Dr Zulkifli Pun Layan K-Drama & Malah Puji Sarat Ilmu!

Agamawan ini juga turut membandingkan penghasilan drama Korea yang sering melakukan kajian secara serius terlebih dahulu sebelum memulakan penggambaran.

“Mereka buat dengan teliti kalau sakit apa-apa pun, jenis penyakit, jenis kanser, ubat apa.. mereka akan rujuk pada pakar. Mereka kalau buat perundangan, mereka akan rujuk badan perundangan akta berapa, undang-undang apa..jadi bila orang tengok orang akan dapat ilmu.

IKLAN
@media_albakri Kenapa cerita korea menarik dan mudah dihayati oleh semua orang #albakri #drzulkiflialbakri #Drzulkifli #tgdz #dramakorea #kdrama ♬ original sound – Media_AlBakri

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dan akui drama ‘Extraordinary Attorney Woo’ mempunyai jalan cerita yang menarik dan padat dengan ilmu perundangan. Malah ramai juga yang turut menyenaraikan beberapa drama Korea yang berkaitan tentang cerita doktor, peguam, polis yang menarik untuk ditonton.

Baca artikel menarik lain di sini:

IKLAN

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Bila Orang Tengok, Dapat…”-Datuk Dr Zulkifli Pun Layan K-Drama & Malah Puji Sarat Ilmu!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI