Sebelum hendak menanam kenalah tahu serba sedikit tentang penggunaan tanah yang sesuai untuk tanaman. Ini penting sebagai perkara asas untuk pastikan tanaman yang disemai atau ditanam dapat hidup subur.
Bahkan ada campuran tertentu yang perlu dilakukan, dan perkiraannya cukup mudah dan ringkas.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Kali ini saya nak cerita tentang campuran tanah. Campuran tanah penting terutama jika kita menanam dalam pasu atau bekas.
Bagusnya tanaman kita bergantung kepada campuran yang kita buat.
Untuk faham ini, terdapat 3 komponen perlu ada dalam campuran.
Komponen #1 – Tanah atas
Tanah atas adalah tanah yang diambil di bahagian atas tanah (duh, seperti namanya). Tanah atas bukanlah tanah kebun. Tanah atas yang sebenar adalah tanah yang berwarna hitam dan kaya dengan bahan organik. Biasanya adalah lapisan tanah atas di hutan.
Tetapi tidaklah mudah untuk mendapat tanah atas yang bagus.
Oleh itu saya kategorikan tanah atas ini boleh jadi tanah sawit, tanah bukit, tanah merah, ataupun tanah Eco.
Ads
Tanah kita beli di kedai Eco tu nampak sahaja hitam tapi tak hitam sebenarnya. Ia adalah tanah bukit yang dicampur dengan sekam bakar. Sebab itu bila siram hitamnya hilang. Kuningnya pula timbul.
Jangan risau. Baca sampai habis. Saya akan beri cara rawatan.
Komponen #2 – Bahan organik
Bahan organik ini meningkatkan kemampuan untuk menyerap air dan baja. Selain itu akan menjadikan struktur tanah campur lebih bagus.
Setelah kita faham 3 komponen ini, kita perlu buat nisbah campuran.
Untuk tanaman sayuran, saya akan rekomen 3:2:1:1
3 tanah atas
2 bahan organik
1 pasir
1 tinja ayam
Nisbah ini disukat menggunakan isipadu dan bukannya berat.
Contohnya kita guna sukatan baldi 15L. Jadi semua bahan-bahan campuran disukat menggunakan baldi yang sama.
Ads
Gaulan pula perlu sebati. Caranya adalah apabila gaul semua kita tidak akan nampak lagi setiap satu bahan itu secara asing. Semua nampak sebati.
Walaupun begitu proses membuat tanah campur yang terbaik ini bukanlah mudah.
Proses mencari bahan itu sendiri makan kos.
Namun, berbaloi bagi yang ingin mencuba.
Oh ya baca sampai habis kan? Saya bagi bonus cara rawat tanah kedai Eco.
Campurkan tanah kedai Eco dengan sabut kelapa hancur (SKH) dengan nisbah 2:1. 2 beg tanah eco + 1 beg SKH + 2-3 genggam kompos. Kompos ni baca perenggan bawah keluaran Kebun Bandar.
Gaul. Lihatlah nanti perkembangan bagus pokok.
Sumber : Izham Alias
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kediaman Jenis Ruang Tamu Memanjang, Bersambung Hingga Ke Dapur, Ini Idea Cara Dekorasi
Apabila keluasan kediaman terhad jadi idea hendak menghias kediaman pun jadi sedikit ‘terbantut.’ Serba-salah dibuatnya terutama ketika hendak membeli perabot. Perhiasan pun harus yang minimum sahaja. Tak perlu banyak sampai penuh ruang sampai nampak lagi sempit.
Bagaimanapun faktor ini bukanlah halangan untuk kita menghias kediaman. Ada beberapa tip yang boleh anda praktikkan agar kediaman dengan ruang memanjang kelihatan menarik.
“Saya kongsikan deko hall rumah kami. Hall memanjang sambung terus ke dapur. Semoga dapat memberi idea kepada yang sedang mencari-cari idea untuk deko hall.”
BERIKUT DIKONGSIKAN BEBERAPA TIP BAGAIMANA UNTUK MENGHIAS RUANG TAMU JENIS MEMANJANG
BERIKAN RUANG BANYAK CAHAYA
Biasanya ruang yang memanjang terutama kawasan yang paling jauh dari tingkap akan kelihatan gelap. Gunakan langsir yang agak nipis untuk mendapatkan cahaya sebanyak mungkin.
GUNAKAN WARNA PUTIH
Ini adalah muslihat yang berfungsi untuk semua ruang yang kecil. Warna putih membantu memberikan efek luas dengan dibantu dengan pencahayaan yang baik. Gunakan warna putih sebagai asas contohnya dinding. Adunkan bersama perabot dan hiasan rona tanah. Semasa menambahkan warna, lebih baik memilih nada pastel ringan yang memberikan mood ceria tanpa mengurangkan cahaya.
GUNAKAN PERSPEKTIF
Jalur adalah kaedah perspektif yang membantu memberikan ilusi ruang yang lebih luas. Boleh juga buka tingkap bagi memastikan ruang ini mendapatkan cahaya natural.
TELEVISYEN ‘LEKAT’ DI DINDING
Televisyen yang ‘dilekatkan’ pada dinding sangat menjimatkan ruang. Rak televisyen hanya digantung pada dinding. Banyak ruang banyak dijimatkan apabila tiada rak televisyen yang diletakkan di atas lantai.
PILIH SOFA YANG SESUAI
Ruang tamu yang memanjang sukar dihiasi dan anda harus memilih elemen yang benar-benar penting sahaja. Sofa juga mesti memanjang dan hampir lebih baik tanpa chaise longue.
RUANG MAKAN
Letakkan set meja makan (meja makan dan kerusi) yang kecil sahaja pada ruang kediaman yang memiliki keluasan memanjang. Banyak ruang boleh dijimatkan apabila set makan makan dipilih daripada set yang serba ringkas dan saiz yang kecil.
CERMIN PADA DINDING
Ini adalah salah satu cara untuk menjadikan ruangan kelihatan lebih luas. Pantulan cahaya cahaya menjadikan ruangan memanjang tampak lebih luas. Cermin sangat membantu kita mewujudkan cahaya dan ‘kelapangan’ pada sesuatu ruang.
Bilik terdedah cahaya matahari rasa panas, begini cara atasi, kos pun tak mahal. Bilik yang terdedah kepada cahaya matahari petang terutamanya akan membuatkan bilik jadi panas hingga ke malam.
Bilik Terdedah Cahaya Matahari Rasa Panas, Begini Cara Nak Atasi, Kos Pun Tak Mahal
Selalu dari pukul 2.00 petang hingga ke malam memang takkan selesa duduk berlama-lama di bilik ini kerana terasa bahangnya. Walaupun guna aircond tapi tidak terasa sejuk sepenuhnya.
Disebabkan itu ramai yang guna pelbagai cara untuk mengurangkan kepanasan ini. Ada yang guna aluminium foil, exhaust fan dan sebagainya menyejukkan ruang.
Jika apa yang dilakukan ini tidak juga berjaya, boleh gunakan idea yang diutarakan oleh Khair Itam ini pula. Caranya dengan ‘menampal’ dinding kedua di bahagian luar rumah yang terdedah pada cahaya matahari.
Menghadapi masalah bilik panas yang sama beliau berkongsi cara yang dilakukan baru-baru ini yang didapati berkesan untuk mengurangkan panas atau bahang. Caranya boleh ikuti penjelasan beliau ini.
Alternatif kurangkan panas bilik, pasang dinding kedua
Selain menggunakan aluminium foil, lubang disiling, kipas sedut disiling, rock wool dan wind turbine, saya juga gunakan papan ACP sebagai dinding kedua untuk dinding di bilik yang terdedah terus kepada cahaya matahari.
Bilik tidur anak saya ini terdedah terus kepada cahaya matahari di sebelah petang. Bilik itu panas sehingga ke malam, kerana bahang pada dinding yang “dibakar” oleh cahaya matahari. Air-cond dipasang untuk atasi kepanasan dalam bilik.
Bulan Jun lepas saya pasang dinding kedua berjarak 2 inci daripada dinding asal. Dinding dibuat daripada papan ACP. Ruang di antara dinding dibiarkan kosong.Experimen ini nampaknya berjaya, dinding asal tidak lagi membahang, serta bilik cool dan tidak lagi perlukan air-cond !
Cara buat dinding kedua ini mudah saja;
-Ikat frame c-channel (tebal 2″) atau batten (tebal 1″) pada dinding dengan skru.
-Pakai hollow pon boleh, tapi mahal.
-Saiz frame ikut sesuai saiz panel ACP.
-Kemudian ikat panel ke frame, pakai skru.
-Cat panel ikut cita rasa.
Papan ACP
Paling penting, JANGAN TUTUP BAHAGIAN BAWAH DAN ATAS KEPADA DINDING ACP. Tujuan ialah untuk benarkan kitaran udara yang dipanaskan matahari keluar dan digantikan dengan udara baru ke dalam ruang antara dinding itu.
Cuaca yang panas ketika ini bukan sahaja kita terasa teriknya malah tanaman yang kita tanam pun akan nampak kering dan layu. Apatah lagi jika tidak disiram berhari-hari dek kerana kita pergi bercuti.
Bimbang tanaman mati kerana kering kontang, apa kata lakukan seperti yang dilakukan oleh Wan Zul Azri ini.
“Musim panas ni..kalau nak travel..boleh try cara ni…insyallah…cukup untuk 4 hari…”-Wan Zul Azri
Bahan-bahan yang diperlukan :
Botol minuman dan tali
Langkah demi langkah :
1. Tebuk lubang pada bahagian botol.
2. Tali dipotong.
3. Masukkan tali ke dalam botol.
4. Isikan botol dengan air dan letakkan di sisi tanaman dan pastikan tali ditenam berdekatan batang pokok seperti di dalam gambar.
Petua jaga buah pinggang dengan air barli, rahsia tradisional yang terbukti secara saintifik. Buah pinggang merupakan antara organ paling penting dalam tubuh manusia kerana ia bertanggungjawab menapis darah, menyingkirkan sisa buangan dan mengekalkan keseimbangan cecair serta elektrolit.