Dah menjadi kebiasaan masyarakat berfikir kalau ibu tiri je mesti akan ‘jahat’ dan akan berat sebelah dengan anak sendiri. Tapi… Tak semua tau berperangai sebegitu!
Misalnya, isteri kepada pelakon Fizo Omar, Fazeera Nazri Azrai yang membuktikan ibu tiri tidaklah seteruk seperti kebiasaan orang sangkakan kerana dirinya menyayangi anak tirinya sepenuh hati.
Malah, melalui perkongsiannya, anak kelahiran Sarawak ini menyifatkan bahawa Maryam atau lebih mesra disapa Cik Yam banyak mengajarnya erti menjadi seorang ibu di laman Instagramnya baru-baru ini. Bahkan, dia seolah-olah membuat video tersebut sebagai tanda apresiasinya buat anak kecil itu.
“Detik-detik berharga kita bersama, Cik Yam Umi. Terima kasih Allah atas anugerah terhebat ini!. Sebelum Khaleeda, saya banyak belajar dari awak, Cik Yam, untuk memahami dunia seorang ibu walaupun bukan saya yang melahirkan awak.
Ads
Apa yang paling menggemberikan saya adalah melihat awak dan Khaleeda mencurahkan kasih sayang yang tiada penghujung antara satu sama lain. Saya memohon maaf kerana tidak menjadi ibu yang baik untuk anda tetapi awak sentiasa yang terbaik untuk saya!. More to come and more babies for you cikyam,” tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memuji Fazeera yang disifatkan bukan sahaja cantik tetapi memliki keperibadian yang baik sekaligus berpendapat, Cik Yam sangat bertuah kerana memiliki ibu tiri yang penyanyang.
Engku Emran selepas gagal dalam tiga perkahwinannya di mana terdahulu pernah mendirikan rumah tangga bersama selebriti Erra Fazira dan bercerai tidak lama kemudian. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Engku Aleesya.
Engku Emran kemudiannya telah menikahi selebriti Indonesia, Laudya Cythia Bella pada September 2017 dan bercerai pada Julai 2020. Selepas itu berjodoh pula dengan kakak kepada selebriti Neelofa, Noor Nabila pada Mac 2021 dan bercerai pada September lalu. Dan siapa sangka kini berhasrat untuk mencari calon isteri dari Korea pula!
Hasrat ini disampaikan secara berseloroh ketika membalas komen daripada penyanyi Alif Satar yang memujinya nampak bergaya seperti oppa (lelaki Korea).
Komen tersebut dibalas menerusi perkongsiannya di Instagram yang agak panjang mengenai pengalamannya dalam kerjaya penerbitan sejak lebih 20 tahun lamanya.
“Nak cari isteri Korea lak lepas ni bro. Since i dont understand women might as not understand what they say completely…,” tulis Engku.
Bagaimana pun Alif turut menganggap apa yang ditulis oleh Enku itu adalah sekadar gurauan antara mereka sahaja. Pun begitu komen tersebut turut telah menarik perhatian netizen.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ozlynn Waty pernah terima nafkah RM1, kisah susah senang bersama Johan jadi inspirasi apabila pelakon dan personaliti itu berkongsi perjalanan awal rumah tangganya yang penuh ujian, namun berjaya ditempuh dengan sabar, doa dan rasa percaya terhadap pasangan.
Dalam sesebuah perkahwinan, bukan semua pasangan terus hidup senang sejak hari pertama bergelar suami isteri. Ada yang terpaksa bermula dengan serba kekurangan, mengikat perut, berjimat dalam banyak perkara dan belajar menerima ujian hidup dengan hati yang reda. Itulah realiti yang pernah dilalui oleh Ozlynn Waty bersama suaminya, Johan.
Perkongsian jujur Ozlynn tentang kehidupan mereka sebelum ini benar-benar menyentuh hati ramai. Bukan kerana kisah mereka penuh drama, tetapi kerana ia menggambarkan realiti sebenar rumah tangga, bahawa kebahagiaan yang dikecapi hari ini selalunya dibina daripada air mata, pengorbanan dan kesetiaan ketika susah.
Menurut Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, ada fasa dalam hidup mereka apabila keadaan kewangan sangat sempit. Malah, ada masa mereka terpaksa melalui hari-hari dengan keadaan yang begitu sukar sehingga tidak tahu apa yang hendak dimakan.
Namun begitu, Ozlynn tidak pernah menjadikan keadaan itu sebagai alasan untuk menyalahkan suami atau mempertikaikan tanggungjawab Johan. Sebaliknya, dia memilih untuk memahami keadaan yang sedang dihadapi dan terus berdiri teguh di sisi suaminya.
Apa yang paling mencuri perhatian ramai apabila Ozlynn berkongsi bahawa dia pernah menerima nafkah hanya sebanyak RM1 daripada Johan. Walaupun jumlah itu kecil, dia tetap menerimanya dengan penuh ikhlas dan senyuman. Situasi ini menjadikan kisah Ozlynn Waty nafkah RM1 semakin menyentuh hati ramai.
Katanya, pada ketika itu dia tahu suaminya tetap berusaha untuk menjalankan tanggungjawab walaupun dalam keadaan yang sangat terbatas.
“Hidup dengan suami aku dulu kais pagi, malam kadang tak ada apa nak makan. Tapi sebab kerja aku bagus, dapat tolong suami. Sampai pernah dia bagi nafkah dekat aku RM1 saja.
Aku ambil duit itu dan cakap, ‘Saya terima’ sambil senyum,” kongsinya.
Bagi Ozlynn, yang paling penting bukanlah nilai nafkah tersebut, tetapi usaha seorang suami yang tetap mahu memberi walaupun dirinya sendiri sedang bergelut mencari rezeki. Dalam keadaan itulah, seorang isteri perlu melihat dengan hati, bukan hanya dengan mata kasar.
Ozlynn juga mengimbau satu detik yang cukup emosional apabila Johan memintanya untuk mendoakan agar Allah mempermudahkan urusannya mencari rezeki. Permintaan itu membuatkan Ozlynn tidak dapat menahan air mata.
Dia mengakui terus masuk ke bilik air dan menangis sendirian hingga sakit tekak. Namun air mata itu bukanlah kerana kecewa dengan jumlah nafkah yang diterima, sebaliknya kerana dia terlalu tersentuh melihat suaminya.
“Dia suruh aku tolong doakan semoga Allah bantu dia. Aku terus masuk bilik air. Aku menangis sampai sakit tekak.
Bukan sebab jumlah nafkah, tapi cara dia rendahkan maruah depan aku.
Aku nampak usaha dia cari rezeki. Maka aku doa minta Allah bantu. Alhamdulillah sekarang dia senang dan tak pernah lupakan aku,” ujarnya lagi.
Perkongsian ini membuka mata ramai bahawa kekuatan dalam perkahwinan bukan hanya terletak pada kewangan, tetapi pada sokongan emosi dan spiritual antara suami isteri. Kisah Ozlynn Waty nafkah RM1 jelas membuktikan bahawa doa memainkan peranan penting dalam menghadapi ujian hidup.
Menurut Ozlynn, antara perkara yang paling banyak membantunya melalui ujian rumah tangga ialah doa yang tidak pernah putus kepada Allah. Dia sentiasa memohon agar dikurniakan hati yang kuat, sabar dan reda menerima setiap ujian yang datang.
Baginya, kesusahan bukan sekadar beban, tetapi juga satu bentuk nikmat yang mendidik hati untuk lebih bergantung kepada Allah. Itulah sebabnya dia percaya bahawa setiap ujian pasti hadir bersama hikmah.
“Tips saya dari dulu tak pernah putus doa pada Allah minta Allah kuatkan hati saya, bantu saya supaya dapat sabar dengan ujian Allah.
Sebab ujian juga adalah satu nikmat dari Allah,” katanya.
Untuk rekod, Ozlynn mendirikan rumah tangga bersama Johan pada 25 Julai 2009 dan kini mereka dikurniakan enam orang cahaya mata. Melihat kehidupan mereka hari ini, ramai yang menjadikan pasangan ini sebagai contoh bahawa kesenangan tidak datang dengan mudah.
Kisah Ozlynn Waty nafkah RM1 bukanlah tentang kecil atau besar jumlahnya. Sebaliknya, ia adalah kisah tentang hati seorang isteri yang memilih untuk menghargai usaha suami, walaupun ketika hidup sedang diuji dengan serba kekurangan.
Sememangnya, perjalanan susah senang Ozlynn dan Johan ini cukup memberi inspirasi. Dalam dunia yang sering menilai segala-galanya dengan wang ringgit, kisah mereka mengingatkan kita bahawa kekuatan sebenar rumah tangga terletak pada kasih sayang, kepercayaan, pengorbanan dan doa yang tidak pernah putus.
Bersalin tanpa koyak Teruk, Anak Ketiga Berat 3.75 Kg, King Koko Kongsi Tip. King Coco mula dikenali ramai melalui platform media sosial seperti Instagram dan YouTube. King Coco sering berkongsi tentang gaya hidup, fesyen, kecantikan, dan juga pandangannya mengenai pelbagai isu semasa.
Baru-baru ini King Coco atau nama sebenarnya, Marshaira Ismail berkongsi mengenai kelahiran anak ketiganya menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di Insta Stories.
Menurut Coco, dia mempraktikkan beberapa cara demi memastikan proses bersalin berjalan dengan baik.
“Macam mana nak bersalin tanpa koyak teruk? Kawal pernafasan, mindset kena ready. Jangan angkat punggung, none of this minyak kelapa dara and plus.
“Tak tahu untuk orang lain tapi i didnt take. Tak play part with my deliveries or pregnancy.
“My sons weight was 3.45kg and 3.50kg. Anggun was 3.75kg. Alhamdullilah Allahummabarik. Saya takde gdm, diabetes atau apa-apa.
“I didnt take any pati buah delima untuk untuk naikkan hb saya waktu pregnancy. Folic acid dan multivamin sahaja,” tulisnya.
Malah menurut pempengaruh media sosial ini lagi dia mengamalkan saffron untuk kebaikan anak yang dikandung.
“Tips anak putih? Kena minum soya? Kena minum susu kambing? I dont know about this, tapi kulit anak ni genetik.
“I don’t trust on all of this. What i want just anak-anak sihat sempurna cukup sifat cukup. Allahummabarik Masyallah Tabarakallah. Itulah doa saya hari hari bila pregnant.
“I didn’t obsessed on anak putih, mata cantik, bulu mata lebat, all this.
“I did take saffron water waktu awal pregnancy. Ini saya minum. I read saffron is good as well. Tapi harga keras sikit,” jelasnya lagi.
Untuk info, sekitar 2021, Coco mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan Azrin Anas Abdul Shukor yang dikahwini pada 1 Januari 2017. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Kyle Mateen dan Putra Muhammad Haqeem.
Sejak kembali mendirikan rumah tangga, Coco kerap berkongsi mengenai aktiviti terkini khususnya di Instagram.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.