Banyak Lalat Di Dapur Rumah? Ketahui 6 Petua Halau Lalat Tanpa Gunakan Racun

Share

Lalat adalah sejenis serangga yang menyebarkan penyakit dan amat berbahaya jika ia telah mengotorkan makanan yang dihidangkan.

Disebabkan cara permakanan dan sifatnya yang sering terbang ke tempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya, kehadiran lalat di kediaman kita adaah sesuatu yang cukup merisaukan lebih-lebih lagi mengenai kebersihan makanan.

Deria lalat yang kuat memang bertumpu kepada jenis makanan yang kurang enak baunya seperti belacan ataupun ikan yang belum dimasak.

Kehadiran lalat pasti merimaskan sesiapa sahaja yang berhadapan dengan situasi ini.

Selain bunyi yang dikeluarkan ketika terbang, ia suka hinggap pada badan kita dan keadaan tersebut sangat menganggu.

Anda dah beli macam-macam produk untuk menghalau lalat ni tapi tak berkesan. Ok apa kata cuba 6 petua kami kongsikan ni.

[TRENDING] Kepala Aku Dihayun Jurulatih.” Remuk Hati Kakak Allahyarham Prebet Iman Bila Temui Nota Adiknya Di ‘Ragging’ Selepas 5 Bulan Pemergiannya

[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar

Cara Halau Lalat Di Rumah :

1. Ambil dua batang lilin dan nyalakannya. Kemudian letakkan di atas meja makan atau di kawasan hidangan. Haba daripada lilin amat tidak disukai lalat.

2. Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam mangkuk atau cawan berisi air. Biarkan terdedah di ruang dapur.

3. Letakkan secekak daun kari dalam bekas berisi air dan biarkan di sudut tempat makan atau hidangan.

4. Tumbuk kulit kayu manis sehingga hancur. Kemudian taburkan pada meja makan jika anda tidak mahu lalat datang ke meja makan tersebut.

5. Kibaskan daun belimbing kepada lalat yang sedang terbang. Selepas itu lalat akan pergi jauh.

6. Bagi mengurangkan lalat hinggap pada makanan, sediakan satu uncang yang diisi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih di dalamnya. Gantungkan pada ruang makan yang terdapat lalat.

Keberkesanan petua-petua di atas untuk menghalau lalat adalah sementara, sekiranya anda mengamalkan kebersihan luar dan dalam rumah, sudah pasti lalat tidak akan hadir di rumah anda.

‘Kebersihan yang bersih bermula daripada anda sendiri’. Jagalah kebersihan di kawasan anda agar anda tidak di timpa penyakit di kemudian hari.

Semoga bermanfaat!

[ARTIKEL PANAS]

[TIPS]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

 

IKLAN