Selalu kita guna limau nipis dalam masakan je kan? Paling pun fungsi lainnya untuk kuruskan badan. Bukan itu je tau! Rupanya banyak lagi fungsi limau nipis ni dalam menjaga kesihatan badan, dan kecantikkan. Tak percaya? tengok petua tradisional orang lama kat bawah ni!

Bahan bahan yang diperlukan sangat ringkas, mudah didapati didapur namun berfaedah jika di praktikkan secara istiqomah. Antara rajin dan malas sahaja.

7 Petua Tradisional Limau Nipis

1. Ubat Kurus / Slimming
Jus Limau Nipis + Air Panas

  • Perahkan limau, ambil jusnya dan masukkan ke dalam air panas. amalkan setiap pagi. Orang yang ada gastrik tidak dinasihatkan untuk amalkan.

2. Ubat Pemberi Tenaga
Jus Limau Nipis + Madu Asli

  • Perahkan limau, ambil jusnya dan campurkan dengan madu asli. Amalkan 1 sudu besar seminggu sekali.

3. Ubat Batuk
Jus Limau Nipis + Kicap Cair

  • Perah jus limau, campurkan kicap masin/cair ke dalam jus limau. Amalkan 1 sudu kecil pagi dan malam.

4. Memutih Gigi, Segar Nafas
Jus Limau Nipis + Garam

  • Perah jus limau, celupkan berus gigi ke dalam jus perahan limau tersebut. Kemudian letakkan garam.

5. Air Mandian kulit sihat & segar
Jus Limau Nipis + Daun Sirih

  • Rebus daun sirih dengan air sampai mendidih. Kemudian masukkan jus limau nipis. Tuang air rebusan ke dalam baldi yang berisi air suku bekas.

6. Rambut Sihat, Bebas Kelemumur & Anti Rambut Gugur
Jus Limau Nipis + Santan + Garam

IKLAN
  • Potong sebiji buah limau kecil-kecil, masukkan ke dalam bekas pengisar dan kisar sebentar. Kemudian campurkan limau nipis yang telah dikisar tadi bersama santan dan garam. Gaul sebati. Scrub di kepala atau jadikan masker untuk rambut. Boleh guna seminggu sekali jika tiada masalah rambut atau jika ada masalah rambut boleh pakai seminggu 2/3 kali.

7. Penawar Resdung
Jus Limau Nipis + Daun Pandan

  • Perah limau, kemudian potong daun pandan. Kisarkan/ tumbuk daun pandan dengan sedikit air. Kemudian campur dua bahan ini, gaul sebati. Air campuran dan hampas tadi sapu pada permukaan kulit. Boleh amalkan 2 hingga 3 kali seminggu

Sumber : Amoijamu

IKLAN

Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!

Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!

Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!