Ramai ke mak ayah guna alasan “Urusan Keluarga” bila anak tak datang sekolah? Kenyataan urusan keluarga ini semakin popular memenuhi grup Whatapps sekolah anak-anak.
Adakah alasan ini sesuai? Menurut perkongsian Sinar Harian, alasan ini yang sering dijadikan alasan untuk memontengkan anak lebih awal untuk bercuti atau balik kampung bukanlah satu perkembangan yang sihat.
Menurut Penulis Keibubapaan, Pn Maryam Jamadi alasan ini biarlah bertempat. Mungkin bagi sesetengah keadaan ia sesuai digunakan daripada memberitahu masalah sebenar yang lebih rumit. Namun pastinya ia menyenangkan guru-guru.
Ikuti perkongsian beliau.
Ads
1. Sebenarnya bila tulis urusan keluarga, kita tak mahu memanjangkan sebab itu. Contohnya,
Mak ayah tak sihat
Adik tak sihat
Ada emergency keluarga
Kereta rosak
Mak ayah ada urusan luar
Lagi-lagi kalau mak/ayah tunggal, jaga anak seorang diri. Lagi banyak urusan keluarga yang kalau boleh tak mahu diceritakan kepada semua.
2. Pendapat saya tak ada masalah pun selagi punca anak tak pergi sekolah disebabkan mak ayah yang malas hantar atau memang niat tak mahu sekolahkan anak. Tapi masing-masing punya pendapatlah kan.
3. Lagi satu mungkin zaman sekarang lebih ramai mak ayah yang jadi “overprotective”, kurang percaya pada orang lain untuk hantar ambil anak ataupun minta orang jagakan anak.
Dengan banyak kes sexual harrassment, kes culik, kes van tinggal anak tepi jalan untuk lintas jalan. Isu-isu ini yang buat mak ayah jadi overprotective.
Ads
4. Selagi mampu hantar dan ambil anak sendiri, kita cuba. Ikut pemerhatian saya, perkhidmatan bas atau van sekolah banyak yang kurang aspek keselamatan.
– Tak ada dashcam atau camera dalam kenderaan
– Tak ada seatbelt
– Tinggal sahaja anak tepi jalan untuk lintas
– Sumbat ramai-ramai
Isu ini yang buat parents kurang trust. Ramai mak ayah yang memang tak dapat urus pergi balik anak, tawakal sahaja. Sebab dah tak ada pilihan.
5. Tapi saya suka sistem sekolah sekarang, ada online boleh check kedatangan anak.
Meninjau diruangan komen, ramai yang meninggalkan komen bahawa istilah
‘Urusan Keluarga’ itu sebenarnya tidak wujud dalam system ‘apdm’, jadi ia menyukarkan guru-guru untuk merekodkan kedatangan murid.
So mak ayah semua, lepas ni be specific reason untuk memudahkan cikgu isi tau. Kalau masalah tak mahu orang lain tahu, boleh pm je cikgu. Kita sama-sama mudahkan para cikgu ❤️
Biasa orang cakap muka pasangan nampak seakan-akan sama jodoh panjang kan. Walaupun mungkin tidak seratus peratus sama, mungkin seorang kulitnya gelap dan satu lagi cerah, bentuk mukanya yang satu lonjong, yang satu bulat, tetapi namun nampak mirip.
Ada masanya apabila kita menangkap gambar berdua dengan suami atau isteri kita, pasti akan ada yang berkata, “Muka kamu berdua ni dah macam kembar saya tengok!”
Kita sendiri tidak tahu bagaimana hendak menerangkan fenomena ini atau tidak faham mengapa ia berlaku.
Menurut seorang ahli psikologi dari Universiti Michigan di Amerika Syarikat, Robert Zanjonc, dalam kajiannya telah mengumpulkan gambar perkahwinan beberapa pasangan dan membandingkan gambar tersebut dengan wajah yang terbaru. Hasil kajian tersebut mendapati wajah pasangan yang telah lama berkahwin akan kelihatan saling tak tumpah antara satu sama lain.
Malah, menurutnya, semakin bahagia rumah tangga pasangan terbabit, semakin sama wajah mereka. Menarik, bukan? Tetapi, bagaimana agaknya benda seperti ini boleh berlaku?
1. Berkongsi Pengalaman yang Sama
Antara sebab utama mengapa wajah kita seakan-akan wajah isteri atau suami kita adalah kerana kita berkongsi pengalaman yang sama sepanjang menjalani rumah tangga berdua. Termasuklah perkara sedih, gembira, menarik, membosankan, dan pelbagai lagi aspek kehidupan lain – kita melakukan dan menempuhinya bersama dengan pasangan kita.
Secara tidak langsung, perasaan yang kita alami bersama sepanjang tempoh perkahwinan kita itu telah membentuk personaliti, bahasa tubuh, dan keadaan fizikal yang agak serupa.
Malah, pengalaman yang sama kita tempuhi itu juga telah membentuk garis-garis kedutan pada wajah yang serupa seperti pasangan kita – bentuk, panjang, dan di tempat yang sama!
2. Kita Meniru Eksperi Muka Pasangan Tanpa Sedar
Kadangkala, kita sendiri tidak tahu bagaimana hendak menerangkan fenomena ini atau tidak faham mengapa ia berlaku. Antara sebab kenapa pasangan berkahwin mempunyai paras rupa yang semakin sama adalah kerana kita terdorong untuk meniru ekspresi muka pasangan kita tanpa disedari.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Robert Zajonc, semakin lama kita menghabiskan masa dengan pasangan kita – setelah bertahun-tahun – semakin cenderung untuk kita meniru ekspresi atau mimik wajah mereka.
Ini kemudiannya mengubah rupa paras kita sedikit demi sedikit sehingga menjadi kelihatan seiras dengan suami atau isteri kita!
3. Pengaruh Komunikasi atau Hubungan Sosial yang Lama
Melalui penemuan ini juga, boleh dirumuskan bahawa rupa paras yang serupa bukan sahaja bergantung kepada genetik atau pewarisan biologi keluarga, malah kepada komunikasi sosial yang berpanjangan.
Untuk mudah faham, kita perasan tak apabila kita melihat bangsa lain, bagi kita, rupa mereka semuanya sama.
Apabila kita melihat mat saleh, kita rasa wanita atau lelaki mereka kelihatan sama sahaja di mata kita. Atau, apabila kita melihat susuk tubuh atau wajah pak arab atau mak arab, sukar untuk kita membezakan antara satu dengan yang lain – mereka kelihatan seiras!
Begitu jugalah dengan fenomena wajah suami dan isteri! Ia adalah akibat hubungan sosial antara suami dan isteri setelah bertahun-tahun bersama.
Memang masuk akal juga jika difikirkan lagi.
Jika ada yang berkata-kata tentang wajah anda yang serupa dengan pasangan, mungkin anda boleh memberikan penerangan di atas kepada mereka.
Sumber: TheAseanParent Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Wanita memang berjiwa kental dan tabah. Walaupun jiwanya lembut dan tersentuh hati, dirinya tetap kuat meneruskan kehidupan.
Menarik sungguh perkongsian oleh puan Najibah Mustaffa mengenai peranan wanita yang begitu tabah meneruskan kehidupannya.
Amati perkongsian beliau.
Lama saya tenung gambar ni. Macam macam boleh kita tafsirkan. Seorang wanita yang terluka, dan menjahit sendiri lukanya. Ramai yang begini kan. Sekeliling kita. Cuma kadang tu kita tak perasan.
Banyak punca. Pengabaian daripada orang terhampir, penderaan, kesakitan kesakitan yang datang, struggle mengurus hidup, peranan, komitmen dan sebagainya.
Tadi pun ada terbaca kisah surirumah yang mengadu susahnya urus anak dan rumahtangga. Serabut semua ada. Itu ini serba tak kena, tak siap kerja. Sampai tertekan.
Jangan perlekeh. Jangan ‘ek eleh’ kan situasi ibu begini. Jika tiada sokongan, ia boleh membawa kepada tekanan emosi yang berpanjangan.
Silap silap boleh jadi macam wanita dalam gambar tadi. Sakit, tertekan, terluka. Lepas tu jahit sendiri lukanya. Sebab tak ada yang peduli. Huhu.
Saya faham sangat, surirumah memang penat. Lagi lagi ada anak kecil. Saya pernah laluinya. Anak tak boleh letak, asyik nangis, buat bisnes lagi. Huru hara hidup. Lagilah kan kalau surirumah yang memang duduk dalam rumah je. Tak ada keluar berjalan bercuti ke apa. Fuh.
Saya tak mahu ulas bab psikologi ke apa sebab tak mahir pun. Cuma hasil pengalaman, pembacaan dan perkongsian rakan rakan. Saya mahu kongsi 10 tips ini. Bagaimana nak tenang urus rumahtangga.
1. Kuatkan jiwa
Jiwa ini ibarat bateri, dia penentu untuk kita bergerak. Kalau bateri lemah, tak boleh nak buat apa. Bagaimana nak kuat jiwa?Ini sangat penting. Kuatkan hubungan kita dengan Allah. Lazimi solat awal waktu, baca al-Quran seeloknya di permulaan hari dan zikir. Ia beri tenaga luarbiasa kepada kita. Biiznillah. Jika tak jaga perkara ini, mudah serabut. Ini basic, jika mampu bangun malam qiamullail semua tu masyaallah lagi power. Jadikan rutin, satu kemestian.
2. Kuatkan fizikal
Bersenam sekejap di awal pagi. Janji keluarkan peluh dan regangkan badan. Dalam rumah pun boleh. Banyak cara, buka Youtube search sahaja. Kita rasa lebih sihat dan gembira.
3. Kuatkan mental
Buat apa yang kita suka dan rasa best. Saya panggil terapi. Macam saya, pagi pagi sebelum mula buat kerja, saya siram pokok bunga dan sayur sayuran yang di tanam. Lepas tu latih diri setiap hari untuk baca apa apa bahan yang positif dan cakap yang baik baik je.
4. Bab memasak dan makan
Ibu wajib makan dulu. Bagi tenaga kepada diri. Roti ke yang mudah dan secawan kopi atau coklat panas di permulaan hari. Untuk tenaga.
Dan masakan untuk keluarga mudah dan ringkas sahaja. Asalkan berkhasiat. Jangan susahkan diri nak masak bagai bagai sangat. Kalau tak sempat sangat, boleh beli dan banyak juga servis penghantaran makanan sekarang. Bolehlah daripada kelaparan tak makan kan.
5. Pengurusan bahan dapur
Tetapkan satu hari buat kitchen setting day. Siapkan bawang, cili kisar semua masuk peti sejuk. Protein basuh siap pek kan portion sekali masak. Sayur guna ulam ulam sahaja. Cepat dan berkhasiat. Ada setting begini, boleh memasak bawah setengah jam.
6. Pengurusan rumah
Mengemas memang penat. Jadi letakkan timing. Mengemas waktu tertentu sahaja. Macam saya, pagi dan petang. Antara dua waktu tu, apa pun berlaku. Pejam mata. Ini termasuk pengurusan kain baju.
7. Pengurusan anak
Anak kita tak sama. Jangan stress anak orang lain tidur elok lama, anak kita payah tidur. Rileks rileks je. Bila kita buat perkara nombor 1-6, kita ada masa untuk fokus nombor 7 iaitu wujudkan masa untuk anak. Main dengan dia. Bila kita beri masa yang berkualiti untuk mereka, anak lebih mudah diurus. Saya selalu pegang, anak akan membesar, fasa meragam susah semua tu tak lama.
8. Bantuan
Belajar minta bantuan pasangan. Jangan terlalu mahu buat semua. Jika mampu ambil pembantu yang datang kemas rumah secara harian, elok sangat. Atau pun beli gajet yang memudahkan kerja dapur. Contoh periuk Cuckoo, Noxxa semua tu. Campak campak, setting, tunggu masak je.
9. Mindset dan rehatlah
Pegang satu perkara ini. Kita tak perlu jadi sempurna. Bahagia jauh lebih penting. Turunkan expectation yang terlalu tinggi nak jadi tip top serba serbi. Iya, sementara anak masih kecil ini. Wujudkan masa untuk rehat. Tinggalkan sekejap kerja surirumah yang memamg takkan pernah habis.
10. Nikmati dan bina pengalaman
Anak seorang berbeza dengan anak tiga, empat, lima, enam dan seterusnya. Masa akan mematangkan dan memahirkan kita urus perasaan dan peranan. Lalui sahaja dengan kesedaran bahawa momen ini adalah pengalaman.
Kunci utamanya ialah pengurusan, mindset dan mohon kepada Allah yang menguatkan segala. Insyaallah, dengan cara begini kita ada masa urus rumahtangga di mana ia sumber pahala berterusan tu, ada masa rehat, ada masa didik anak, ada masa cari ilmu, ada masa buat hobi kegemaran etc .
Ibu ibu
Tenanglah ya
Dan berbahagialah.
Lain padang lain belalang.
Lain orang lain pandangan.
Sekadar berkongsi. Moga ada manfaatnya.
Credit : Najibah Mustaffa
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sama juga dengan perasaan bahagia, kesedihan juga adalah sebahagian daripada kehidupan. Bahkan hingga ada yang mengaitkan wanita dan tangisan tidak dapat dipisahkan.
Menangis menjadi salah satu cara untuk melegakan sesuatu yang menyesakkan di dada. Pun begitu sedarlah bahawa tangisannya itu bukan kerana wanita lemah. Bukan juga tanda dia merintih memohon simpati dan belas kasihan sesiapa.
Malah menurut perkongsian Dato Dr Mohd Fadzilah Kamsah, air mata seorang wanita itu tinggi nilainya.
Di saat seorang wanita menangis di hadapanmu, bukan tanda dia lemah. Namun betapa kuat dirinya menahan dan memendam demi sebuah kebahagiaan.
Peganglah tangannya dengan sebuah pengertian, maka dia akan bersamamu selamanya.
Jika kamu membiarkannya pergi, maka pergilah dia bersama tangisannya selamanya.
Lihatlah anak matanya, rasakan kesakitan yang terpendam dari dalam dirinya.
Hitunglah setiap titis air matanya. Kamu akan lihat betapa beratnya beban dari deras air matanya.
Para suami,
Menangis Bukan Kerana Lemah
Sedarlah bahawa tangisannya itu bukan kerana dia lemah. Bukan juga tanda dia merintih memohon simpati dan belas kasihan darimu.
Dia menangis kerana tak dapat menanggung beban dari dalam hatinya. Dia meronta-ronta, merintih dan lemas dalam kesedihan tak bertepi.
Waktu ini, fikirkan sejenak apa yang kamu lakukan untuknya.
Hanya kamu sahaja yang tahu jawapan itu.
Pertimbangkanlah baik-baik.
Kerana satu saat nanti, kamu mungkin akan terlambat untuk mengucap sepotong ayat, “Abang minta maaf!”
Masa itu segalanya sudah terlambat. Tak mampu dibaiki dan diungkapkan apa-apa untuk lagi.
Maka jangan kita biarkan keadaan itu berlaku pada kita.
Tanya Diri
Sedarlah bahawa, Allah kuatkan bahu wanita untuk menjaga anak-anakmu.
Allah lembutkan hatinya untuk menyelimuti hatimu hingga tenteram.
Allah berikan naluri yang kuat untuk tetap saling menyayangi walau pada saat itu wanita itu dikhianati berkali-kali.
Maka, layakkah kita mengasari dan menyakiti hatinya disebabkan oleh ego kita yang meninggi? Tentu tidak, bukan.
Moga kita buka mata dan hati. Moga Allah beri kita hidayah untuk mencipta kebahagiaan berumahtangga.
Sumber : Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Berpesan-pesan pada para suami isteri hari ini.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.