Semalam, Mahkamah Tinggi Shah Alam melepaskan dan membebaskan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung sistem Visa Luar Negara (VLN).
Anak perempuannya, Datuk Nurulhidayah meluahkan kesyukuran berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan bapanya daripada 40 pertuduhan rasuah itu.
Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Nurulhidayah mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana sudi menitipkan doa untuk bapanya yang juga Presiden Umno itu.
“Allahuakbar. Alhamdulillah. Segala syukur dan pujian hanya kepada Allah yang Maha Berkuasa.
Ads
“Mewakili keluarga saya, dengan rendah hati kami ingin berterima kasih kepada keluarga, sahabat dan semua yang mendoakan abah,” tulis wanita berusia 44 tahun itu.
Naib Pengerusi MQ Tech itu berkata, segala kebaikan dan semangat berterusan daripada para penyokong hanya mampu dibalas Allah SWT.
Ads
“Hanya Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan kalian atas doa dan kata semangat yang tak pernah putus-putus. Aaminn,” katanya yang mesra dipanggil Kak Long.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut turut berkongsi rasa syukur selain tumpang gembira atas ‘perjuangan’ tersebut selepas bertahun-tahun bapanya menjalani prosiding perbicaraan di mahkamah.
Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa figura dakwah yang dikenali ramai.
Tutur kata yang lembut tatkala menyampaikan usrah dan ceramah mudah menjentik hati.
Baru-baru ini, anak ketiga beliau, Nur Ne’ma al Solehah melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihan.
Telah berlangsung pernikahan anakanda yang kami cintai, Nur Ne’ma Al Solehah dan Afif Nu’man Bin Azamirudin di Musolla Madinatul Huffaz dengan diiringi doa restu ibu bapa, datuk nenek dan seluruh keluarga,” kongsinya.
Dalam pada itu, isteri kepada Ustaz Dr Azahar Yaakub itu turut menitipkan kesyukuran dan mendoakan agar ikatan yang terjalin berkekalan serta diberkati.
Sementelah kedua-dua belah keluarga pengantin lelaki dan perempuan merupakan rakan baik sebelum ini.
“Dua Keluarga yang sejak dari dahulu bersahabat baik kini menjadi besan dengan bersatunya pasangan mempelai ini.
“Doa kami, mudah-mudahan pernikahan ini penuh keberkatan, barakah untuk seluruhnya.
“Barakah dengan apa yang akan dikurniakan oleh ALLAH untuk pasangan ini dan bermanfaat perkahwinan ini untuk ummah, aamiin.
“Alhamdulillah terima kasih pada sanak saudara dan rakan taulan yang mendoakan. Doakan pasangan mempelai mendapat segala kebaikan di dunia dan akhirat,” titipnya.
Warganet turut menzahirkan ucapan tahniah dan mendoakan agar kebahagiaan Nur Ne’ma al Solehah dan pasangan kekal berpanjangan.
Ustazah Norhafizah yang juga Tokoh Pendakwah Wilayah Persekutuan (Majlis Sambutan Maal Hijrah Wilayah Persekutuan) 2015 mendirikan rumah tangga dengan Ustaz Dr Azahar Yaakub dan dikurniakan tujuh cahaya mata.
Pada usia mencecah 43 tahun, beliau menjadi inspirasi ramai selepas menerima doktor falsafah (PhD) dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Malaysia dengan tesisnya bertajuk ‘Pendekatan psikoterapi Islam dalam mengurus tekanan pesakit kanser payudara’.
Terdahulu, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Dakwah dan Pembangunan Insan juga dari universiti yang sama.
Ustazah Norhafizah bertugas sebagai pensyarah kanan di Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur sebelum bersara pada Mei 2022.
Kini, beliau dan suami merupakan pengerusi dan penasihat kepada Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz yang terletak di Gombak.
Sumber: Instagram Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Geramnya apabila lihat kereta kesayangan ada kesan calar-calar. Lebih bengang bukan sendiri bikin. Tak berbaloi jika dibawa ke bengkel untuk hilangkan kesan tersebut, tapi kalau dibiar sakit pula mata kita memandangkan.
Jom admin kongsikan tip mudah untuk hilangkan bekas atau kesan calar-calar pada kereta dengan menggunakan bahan yang kosnya hanya RM2.10. Nama benda tersebut Magic Sponge yang boleh dibeli di kedai Eco. Nak tahu caranya jom baca perkongsian dari Afifah Salleh.
Katanya selain membantu menghilangkan kesan calar pada kenderaan, magic sponge ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesan degil lain.
Sumpah berbaloi gila guna Magic Sponge yang bermodalkan RM2.10 je. Kesan calar ni dah lamaa sental siap hantar polish kereta lagi tapi still tak boleh hilang. Guna sponge ni letak air sikit, gosok2 terus hilangggggggggg calarnyaaaaa 😱😱😱. Perghhh nak meloncat happy tau.
Magic Sponge ni ad 4 ketul. Beli kat Eco je weyh 😂. Bukan calar je boleh hilang, kotoran degil yang lain pon boleh hilang juga. Tak percaya? Cuba dulu yaa 😆
P/S: Menurut Afifah, sponge ini digunakan pada kenderaannya berwarna putih. Bagi yang warna lain kena cuba dahulu di tempat lain, bimbang terkeluar warna pula kan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zakat fitrah ibu tunggal sering menjadi persoalan terutama bagi wanita yang kehilangan suami dan kini menguruskan keluarga sendiri. Mufti menjelaskan bahawa kewajipan itu perlu ditunaikan sendiri oleh ibu tunggal sekiranya dia memenuhi syarat wajib zakat fitrah.
Ramadan bakal melabuhkan tirainya. Dalam suasana umat Islam membuat persiapan akhir menjelang Syawal, ada juga golongan ibu tunggal yang mungkin masih tertanya-tanya tentang kewajipan zakat fitrah selepas kehilangan suami. Soal ini nampak kecil, tetapi hakikatnya sangat penting kerana ia membabitkan ibadah yang wajib ditunaikan dengan kefahaman yang betul.
Bagi wanita yang baru melalui kehilangan pasangan, banyak perkara perlu diuruskan sendiri termasuk hal kewangan, nafkah anak-anak dan urusan ibadah. Sebab itu, penjelasan daripada pihak Mufti ini wajar difahami supaya tidak timbul salah faham dalam keluarga, khususnya apabila ada yang menyangka tanggungjawab tersebut akan berpindah secara automatik kepada saudara lelaki arwah suami.
Menurut Portal Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, zakat fitrah ibu tunggal tertakluk kepada hukum yang sama seperti individu Muslim lain. Zakat fitrah ialah kewajipan ke atas setiap Muslim untuk dirinya dan orang yang berada di bawah tanggungan nafkahnya.
Dalam konteks ibu tunggal yang kematian suami, jika dia masih hidup ketika masuk waktu wajib zakat fitrah iaitu selepas terbenam matahari pada hari terakhir Ramadan, beragama Islam dan mempunyai lebihan harta bagi keperluan dirinya serta tanggungannya pada malam dan hari raya, maka dia wajib menunaikan zakat fitrah untuk dirinya sendiri.
Maksudnya di sini cukup jelas, kematian suami tidak menjadikan ibu tunggal terlepas secara automatik daripada kewajipan tersebut. Jika dia mampu dan cukup syarat, dia perlu menunaikannya sendiri.
Dalam situasi zakat fitrah ibu tunggal, tanggungjawab bukan sahaja untuk dirinya. Jika anak-anak berada di bawah tanggungan nafkahnya, maka dia juga bertanggungjawab mengeluarkan zakat fitrah bagi anak-anak itu mengikut kemampuan yang ada.
Ini kerana dalam hukum zakat fitrah, individu yang menanggung nafkah seseorang juga bertanggungjawab menunaikan zakat fitrah bagi mereka. Oleh itu, jika ibu tunggal menjadi penjaga utama dan penanggung nafkah anak-anak, kewajipan tersebut berada di bawah tanggungannya.
Antara perkara yang sering menimbulkan kekeliruan ialah kedudukan saudara lelaki arwah suami. Ada yang beranggapan abang ipar atau adik ipar perlu mengambil alih tanggungjawab tersebut.
Namun menurut penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan, dalam isu zakat fitrah ibu tunggal, saudara-mara tidak diwajibkan untuk membayarnya.
Zakat fitrah ialah ibadah individu dan tidak boleh ditunaikan sewenang-wenangnya oleh orang lain tanpa keizinan empunya badan. Ini bermakna abang ipar, adik ipar atau saudara lain boleh membantu membayarkannya, tetapi bantuan itu mestilah dengan izin ibu tunggal tersebut dan bukan sebagai kewajipan hukum ke atas mereka.
Penjelasan ini penting supaya masyarakat dapat membezakan antara tanggungjawab syarak dan ihsan sesama keluarga. Dalam konteks zakat fitrah ibu tunggal, kewajipan asal tetap bergantung pada individu yang memenuhi syarat wajib zakat fitrah dan tanggungan nafkah yang berada di bawahnya.
Membantu ibu tunggal ialah amalan yang sangat baik dan digalakkan dalam Islam. Namun dari sudut hukum, ia tidak menjadi kewajipan ke atas saudara lelaki arwah suami.
Dalam keadaan tertentu, ada ibu tunggal yang hidup serba kekurangan selepas pemergian suami. Jika dia tidak mempunyai lebihan harta dan tidak mampu menampung keperluan asas diri serta anak-anak, maka dia tidak diwajibkan menunaikan zakat fitrah kerana tidak cukup syarat kemampuan.
Malah, Mufti Wilayah Persekutuan turut menjelaskan bahawa wanita yang berada dalam keadaan fakir atau miskin selepas kematian suami boleh mendapatkan bantuan daripada pusat zakat atau baitulmal.
Bantuan ini bertujuan memastikan kebajikan golongan memerlukan terus terpelihara, terutama apabila mereka kehilangan sumber nafkah utama dalam keluarga.
Kesimpulannya, zakat fitrah ibu tunggal tetap menjadi tanggungjawab wanita tersebut untuk dirinya sendiri sekiranya dia mampu dan memenuhi syarat wajib zakat fitrah.
Jika anak-anak berada di bawah tanggungan nafkahnya, dia juga perlu mengeluarkan zakat fitrah bagi mereka. Saudara-mara pula tidak wajib membayarkannya, namun mereka boleh membantu dengan izin sebagai tanda keprihatinan dan sokongan keluarga.
Kefahaman ini bukan sahaja membantu meluruskan kekeliruan dalam masyarakat, malah memberi ketenangan kepada ibu tunggal untuk menunaikan ibadah dengan yakin dan tepat menjelang Aidilfitri.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.