Memasuki Fasa ke-3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelbagai karenah dan perangai orang ramai yang dilihat sepanjang ia dilaksanakan. Ada yang mendengar arahan dan hanya berada di rumah. Tak kurang yang memberikan pelbagai alasan dan keluar rumah walaupun arahan sudah diberikan.
Natijahnya, ramai yang ditangkap dan dikenakamn denda. Namun, kisah seorang bapa yang membayarkan kompaun untuk anaknya cukup menyentuh hati. Dia dikatakan terpaksa mengorek duit tabung demi membayar denda tersebut.
Kisah ini dimuat naik oleh saudari Siti Rohaiza. Moga kisah ini menjadi pengajaran buat anak-anak di luar sana dalama menghormati dan mengikut arahan dari pihak berkuasa.
Ads
Terima bayaran kompaun pagi tadi dr seorang bapa… Yang kena anaknya berumur 18 tahun. .. Kenapa ada duit syiling??? Knp guna duit RM1.. Jenuh iza nak mengira pagi td… Bila ditanya… Jawapannya “KOREK TABUNG” 😥😥😥 sentap hati ni dengar… 😰😰
Ads
Wahai anak2 sekalian terutama yg masih belum bekerja, masih bersekolah tolonglah duduk rumah.. Janganlah mengada2 nak lepak2 dengan kawan2 bagai… Jangan mengada2 konon2 tunjuk hero naik motor merayap sana sini… Sekali kena nah ko susahkan mak pak… Korang ingat senang nak cari duit??? Iza doakan bila anak2 ni da bekerja nanti, ko bayarlah balik duit mak pak korang ni… Perit wei kira duit tabung semata2 nak bayar kompaun untuk anak… 😭😭😭
Ads
Please duduk rumah Stay at home
#sentappagini #kitajagakita #stayathome
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hendak seribu daya tak nak seribu dalih, peribahasa ini begitu dekat dengan usaha yang ditunjukkan oleh seorang wanita yang juga bergelar ibu kepada seorang anak yang masih kecil dalam usahanya membina sendiri rumahnya dengan keluasan 1,200 kaki persegi.
Apa yang lebih mengkagumkan meskipun tiada pengalaman dalam pertukangan dan seni bina bangunan sekali pun, ia tidak menjadi penghalang buat Auni Haswani Faizun yang juga merupakan pemegang Diploma Dakwah & Pengurusan dari Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) untuk mendirikan rumah dari hasil sentuhan tangannya sendiri.
Kisah ini tular apabila Auni berkongsi video di aplikasi TikTok. Wargamaya terpegun apabila melihat dia tidak sedikit pun kekok dalam melakukan kerja-kerja pertukangan yang lasak. Lagaknya seperti seorang yang profesional dan menyebabkan video tersebut mendapat tontonan hingga 1.8 juta tontonan.
Apatah lagi menurutnya, keputusan dibuat selepas dia dimaklumkan kos untuk membuat kendang kambing sahaja sudah hampir mencecah RM10,000.
Apabila mengenangkan harga barangan binaan yang semakin melambong naik dan ditambah pula kos khidmat tukang rumah juga meningkat, sekali gus dia nekad untuk membina rumah impian daripada usaha kerja tangannya sendiri.
“Saya tak pernah tanya tukang rumah berapa jumlah keseluruhan kalau nak buat rumah, tapi yang pasti kos bahan mentah semua mahal kerana harga barang naik. Kalau upah lagi la (mahal).
“Sebab sebelum ini ada juga tanya kawan berapa upah kalau nak buat kendang kambing dan dia cakap hampir RM10,000.
“Disebabkan itu saya ambil keputusan untuk buat sendiri,” kongsinya.
Tambahnya lagi memetik perkongsiannya di mStar difahamkan disebabkan kesukaran membuat pinjaman bank turut menjadi asbab pembinaan rumah tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa yang singkat.
“Dah lama saya rancang nak buat rumah ni iaitu selepas mak bahagikan tanah kepada anak-anaknya. Saya ada enam beradik yang mana empat orang menerima tanah di tempat lain manakala tanah rumah mak dibahagaikan kepada saya dan adik. Jadi saya ambil tapak yang ada garaj.
“Disebabkan tak dapat buat pinjaman bank, saya guna sepenuhnya duit gaji yang diperolehi daripada mengajar al-Quran dan fardu ain di asrama.
“Waktu pagi saya berkerja sebagai tukang kayu,” ujarnya yang mengutip pengalaman awal daripada bapanya ketika melakukan kerja ubah suai dapur rumah mereka.
Meninjau di ruangan komen, warganet memuji skill yang dimiliki oleh wanita ini dalam membina rumah. Tidak terkecuali ada juga yang berkongsi pengalaman gunakan keringat sendiri untuk membina rumah impian.
“Alamakkkk…lagi cantik dia ikat batu daripada aku ikat.. 😂😂😂 Btw, saya pun buat rumah sendiri je. 0 pengalaman. Sumua belajar dekat youtube je.😂😂,” komen salah seorang warganet.
“Aku hari-hari guna mesin kerja kayu kak. Tapi sampai sekarang tak berani guna grinder😂. hebak do k,” puji yang lainnya.
“Ni baru betul hantaran 20k..hahaha,” usik netizen.
“Kemas dan teratur ikat batu macam pekerja mahir 👍👍👍👍,” tulis yang lain.
Seperti yang diketahui, sebelum Ramadan telah berlakunya banjir di sebahagian kawasan di sekitar Johor. Lebih membimbangkan penduduk yang terkena bencana tersebut apabila hampir seminggu mereka diuji dengan banjir termenung.
Walaupun ada beberapa kawasan air banjir sudah surut, namun mereka terpaksa terkejar-kejar untuk membuat pelbagai persiapan seperti persiapan persekolahan anda, persiapan Ramadan dan juga kerja-kerja mencuci rumah.
Boleh dikatakan, kerja-kerja pembersihan rumah kali ini amat mencabar kerana paras air banjir yang naik mencecah tinggi dada orang dewasa.
Bercerita mengenai sambutan Ramadan kali ini, mangsa banjir Norhasanah Kassan Basseri berkata, dia dan tujuh ahli keluarganya ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Telok di Parit Yaani di sini selama 21 hari dan tidak sempat untuk menjenguk rumah kerana dinaiki air sebelum mula surut sejak tiga hari lalu.
Katanya, keadaan rumahnya masih berselerak apabila dimasuki air pada paras dada orang dewasa yang menyebabkan banyak peralatan hanyut di dalam rumah.
“Saya hanya cari kelengkapan yang ringkas untuk masak keperluan bersahur. Apa yang ada hanyalah telur, sayur di belakang rumah juga hampir mati ditenggelami air.
“Banjir ini yang kedua berlaku sejak banjir besar pada 2007 hingga memaksa kami menginap di PPS selama dua bulan,” katanya ketika ditemui di Kampung Parit Andin di sini semalam.
Sementara itu, jiran Norhasanah, Kasmah Karim, 64, yang tinggal bersama seorang anak perempuan dan lima orang cucunya amat bersyukur selepas dibenarkan balik..
Ujarnya, tumpuan sekarang adalah untuk membersihkan rumah yang boleh diumpamakan seperti ‘kapal karam’ selepas dimasuki air kira-kira sedalam 3 meter.
“Untuk bersahur cukup sekadar ikan kering serta telur ayam kicap sebagai juadah kerana tidak sempat menyediakan apa-apa selepas lebih menumpukan untuk mencuci rumah,” katanya.
Mengambil keberkatan Syawal yang mulia ini, pelakon dan selebriti yang juga merupakan anak kepada Datuk Chef Wan memilih untuk berhijab sepenuhnya.
Berita tersebut dikongsikan oleh ibu kepada dua cahaya mata ini menerusi laman instagramnya semalam. Di dalam perkongsian tersebut, Serina Redzuawan memuat naik beberapa keping fotonya yang manis bertudung.
Alhamdulillah..sempena bulan Syawal yang mulia, Serina mengambil kesempatan ni nak umumkan i dah berhijab sepenuhnya, memang bukan mudah nak bertekad, tapi perlu ada pengorbanan & Guru untuk beri tunjuk ajar , serta semangat & dorongan dari Keluarga & Sahabat tersayang.
Terima Kasih kepada @ustazahasmaharun.official kerana banyak memberi Inspirasi & ilmu. Doakan Serina Istikhomah. Sama sama kita perbaiki kelemahan diri untuk jadi insan lebih sempurna.
fotonya bertudung itu mendapat perhatian ramai yang rata-rata memuji imej tersebut.
Malah, ada pengikutnya yang berharap agar imej tersebut dapat dikekalkan atau istiqomah.