Nasi adalah makanan ruji orang Melayu di Malaysia. Ramai yang tidak nampu untuk meninggalkan nasi.
Dalam ceramah kesihatan, saya mencadangkan bagi pesakit metabolik seperti pesakit diabetes, hiperkolestrolemia dan hipertensi, agar menukarkan nasi dari beras putih kepada beras perang atau beras rebus (parbolied). Ini kerana beras putih mempunyai nilai GI yang terlalu tinggi berbanding dengan beras yang saya sebutkan tadi.
Mengambil barli dalam makanan dikatakan amalan sunnah.(Maaf saya tidak jumpa hadis yang berkaitan). Namun apa yang terbukti, pengambilan barli sangat baik untuk kesihatan. Ia mampu mencegah dan merawat penyakit.
Sebagai contoh untuk sarapan, boleh campurkan barli yang direbus dengan buah kurma, kismis, buah teen dan madu. Untuk makan tengahari atau malam, boleh gantikan nasi dengan barli, dimakan bersama lauk kari ikan bersama sayur yang ditumis.
Banyak manfaat barli, antaranya:
1. Merawat kencing kotor
Kencing kotor merujuk kepada jangkitan pada saluran/pundi kencing. Dengan mengamalkan minum air barli, ia membantu merawat masalah ini.
.
Ini kerana air barli bersifat alkali. Ia juga bersifat diuretik, yang meningkatkan penghasilan air kencing. Ini membantu pesakit kencing lebih banyak, dengan secara tidak langsung mengeluarkan kuman bakteria dari pundi dan saluran air kencing.
.
Air barli juga bersifat anti-keradangan yang membantu masalah penyakit ginjal kerana ia dapat menurunkan tahap asid urik dan kreatinine. Bagi pesakit ginjal (yang belum menjalani hemodialisis), minum air barli tanpa gula, sangat membantu merawat masalah ini.
Barli juga kaya dengan magnesium, yang dapat mencegah penghasilan batu karang.
.
Minum 2-3 gelas air barli sehar sehingga masalah tersebut berkurangan, dan kemudiannya sembuh.
2. Membantu Menurunkan Berat Badan
Barli kaya dengan serat, terutama beta-glucan. Ia memberikan rasa kenyang dalam jangka masa yang lama, mengelakkan dari rasa cepat lapar. Ia juga baik untuk sistem penghadaman badan dan meningkatkan metabolisma. Menggantikan nasi dengan barli dapat membantu menurunkan berat badan.
3. Merendahkan Tahap Kolestrol
Ads
Menggantikan beras dengan barli dapat mengurangkan tahap kolestrol jahat dalam darah, lalu mengurangkan risiko mendapat masalah sakit jantung. Ini kerana serat beta-glucan dalam beras barli dapat mengurangkan penyerapan kolestrol dari makanan ke perut dan usus.
4. Menjadikan Jantung Lebih Sihat
Menggantikan beras dengan barli juga dapat merendahkan tahap kolestrol di dalam darah, mencegah keradangan dan meminimakan proses pengoksidaan yang menyebabkan pemendakan kolestrol dalam saluran darah. Dengan ini ia membantu mencegah penyumbatan saluran arteri atau dikenali atherosclerosis.
Barli mempunyai sejumlah vitamin B (niacin) dan vitamin E yang dapat melambatkan proses keradangan dan pengoksidaan. Selain menghalang berlakunya atherosclerosis, barli juga dapat merendahkan tekanan darah tinggi yang menjadi punca bagi masalah serangan sakit jantung dan stok.
5. Membantu Sistem Penghadaman
Mengambil barli menggantikan nasi juga membantu penghadaman makanan dan baik untuk kesihatan perut dan usus. Barli bersifat alkali dan ini bagus untuk pesakit gastritis. Barli juga mempunyai banyak serat yang menjadi sumber prebiotik. Air barli juga mempunyai elektrolit yang seimbang, bagus untuk mereka yang mengalami cirit-birit.
Ads
6. Mengawal Tahap Gula pada Diabetes
Mengambil barli menggantikan nasi juga bagus untuk pesakit diabetes. Dua faktor yang terdapat pada barli, iaitu kandungan fiber yang tinggi dan kandungan serat beta-glucan yang melambat penyerapan gula dari makanan. Oleh itu barli mempunyai nilai Index Glisemik yang rendah, iaitu 45 berbanding beras putih GI 75.
7. Kulit Yang Lebih Sihat dan Cerah
Mengambil barli menggantikan nasi atau meminum air barli dapat menggalakkan perkumuhan dan mengeluarkan toksik dari badan. Ini menjadikan kulit yang lebih sihat dan cerah.
Barli mengandungi bahan asid azelaic yang digunakan untuk merawat jerawat. Ia dapat mengurangkan keradangan pada kulit, mengelakkan daripada liang pora kulit tersumbat. Barli juga bersifat antioksida yang dapat melawan radikal bebas. Ini melambatkan proses penuaan.
Ambil barli yang dikisar dan campurkan sedikit air untuk dijadikan mask muka. Biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air yang bersih. Amalkan beberapa kali seminggu. Insya Allah kulit bertambah bersih, cantik dan tegang.
Ads
8. Menyejukkan Tubuh
Air barli sangat bagus untuk menghilangkan rasa panas badan. Hentikan pengambilan air berkarbonat, dan bertukar kepada air barli. Campurkan setitik stevia dan perahan limau. Sesuai diambil dalam keadaan suam ataupun sejuk.
9. Membekalkan Nutrisi Penting Kepada Ibu Hamil
Sama ada mengambil air barli atau menggantikan nasi putih dengan barli sangat bagus untuk ibu yang hamil. Selain membekalkan vitamin dan mineral, ia membantu mencepatkan proses penghadaman, mencegah sembelit, mengawal kadar gula dalam darah untuk mengelakkan masalah diabetis semasa hamil.
Air barli dapat mengeluarkan toksik dan air yang berlebihan dari badan. Ini boleh mencegah daripada edema.
Para ibu yang menyusu anak meningkatkan kadar penghasilan susu badan. Campurkan air barli yang panas dengan 1 sudu teh jintan manis, biarkannya selama 5-10 minit dan kemudian minumnya.
10. Meningkatkan Kekuatan Sistem Imuniti Badan
Sistem pertahan badan adalah perkara yang penting, untuk melindungi tubuh badan daripada jangkitan dan serangan kuman seperti demam, selesema dan lain-lain. Mengambil barli menggantikan nasi atau mengambil air barli sangat bagus untuk meningkatkan sistem imuniti tubuh kerana ia dipenuhi dengan pelbagai nutrisi seperti vitamin B, zat besi, kalsium, magnesium, zink dan selenium. Barli juga mengandungi zat besi, bagus untuk mencegah daripada anemia dan keletihan (fatigue).
Semoga bermanfaat.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cabaran menurunkan berat badan bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan. Namun dengan semangat dan disiplin yang konsisten, wanita ini telah membuktikan ianya bukanlah suatu yang mustahil.
Menurutnya pada tahun 2017 berat badannya pernah mencecah hingga 69kg namun setelah lakukan 6 perkara ini secara konsisten, pada tahun 2018 berat badan ideal 58kg diperolehi.
Dan hingga ke hari ini, wanita ini yang dikenali sebagai Nur Afiwah Syaqira kekal memiliki tubuh langsing idamannya.
Jom semak perkongsian menarik ini.
69kg (2017) & 58kg (2018)
NO SUPPLEMENT
Memandang kan ramai tanya pasal tips. Ok, I kasi tips ringkas je tau. Benda ni senang sebab tak payah berlapar, I tak mampu buat Atkins sebab for me Atkins agak melampau sebab tak boleh makan nasi dan I tak boleh tak ambil nasi walau sikit dah cukup. So, kat sini I akan share beberapa tips yang korang boleh ikut dengan syarat kena KUAT SEMANGAT, DISIPLIN, KONSISTEN dan bukan diet sekadar HANGAT2 TAHIK AYAM okeh
CUT SUGAR– Gula berlebihan akan menyumbang kepada pembentukan lemak. I memang jenis jarang minum manis so takde masalah untuk stop ambil gula. Kalau korang yang suka minum manis ni jangan terus stop, tapi kurang kan dulu. Kalau rasa nak minum manis tu korang kunyah je gegula Mentos atau chewing gum (sugar free).
KURANG KAN PORTION NASI- Dulu I makan 2/3 pinggan ok hahahahaha! Pastu I cuba kurang kan sepinggan dan sekarang setengah pinggan je. Takpun kalau nak makan beras perang pun ok sebab karbo dia tak setinggi beras putih biasa. Pastu lauk lebih kan sayur, dada ayam, ikan. Kalau lapar petang tu korang makan lah buah ke kekacang ke huhuh. Malam I tak makan, kalau lapar I minum green tea pastu tidur je jangan layan kan perut sangat hahahah. Kalau korang lapar malam, makan lah buah ke telur rebus ke salad ke. Tapi pastikan makan 1 jam sebelum tidur. Hari-hari makan kena ON TIME ok!
GREEN TEA (NO SUGAR)- Korang boleh try Green Tea brand Ahmad Tea (London) atau Green Tea Boh. Green Tea Ahmad tu kat 99 SpeedMart senang jumpa. Minum 3 kali sehari semasa makan atau selepas makan. I minum semasa makan sebab green tea ni dia boleh menghalang penyerapan lemak (sumber google). Korang boleh search kat google sendiri kebaikan Green Tea untuk kurus. Green Tea ni dia meningkatkan kadar Metabolisme badan. Masa lunch I minum sekali, petang sekali pastu malam sebelum tidur. Korang nak makan apa pun makan lah, tapi kuantiti kena sikit. I kadang tu ada jugak cheat day makan cake ke apa ke yang I teringin. Tapi pastu I minum green tea sebab green tea ni masa kita tidur ke duduk tak buat apa pun dia bekerja bakar lelemak kita. Yang penting jangan letak GULA ok! Ni bukan teh kedai mamak hahahaha.
NO SUPPLEMENT- I tak pernah makan apa-apa supplement kurus! Jangan tanya pasal supplement ok! Tolong jangan percaya mana-mana ubat kurus lentik mantap ke apa ke hahahahahahaha. Sila sayangi buah pinggang anda. Kurus lah secara semulajadi lagi puas. Takde jalan pintas dalam dunia ni, semua nak kena usaha. Antara NAK dengan TAK NAK je. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kuat kan semangat, DISIPLIN dan KONSISTEN serta MOTIVASI DIRI kena ada ok. Letak lah wallpaper model ramping lelawa ke jadi kan pembakar semangat korang. Nak letak gambar I pun okay je. Ehh! Bahahahahahahahaha .
EXERCISE-I jarang exercise sebab takde masa hahahah tapi time kerja I suka lari-lari kejar customer lah kejar anak customer lah pastu kena panjat sana panjat sini angkat kotak so kira ada jugak lah pergerakan tu wakakakaka! Kalau korang ada masa tu buat lah work out ringan-ringan` pun takpe asalkan berpeluh. Nak pergi Gym lagi baguih! I lambat turun berat sebab tak exercise, kalau tak tu I maybe dalam 2/3 bulan dah boleh turun 10-15kg.
AIR MINERAL 2/3 LITER SEHARI– Wajib ok! Taktau nak explain kebaikan air putih ni hahaha. By the way, air putih bukan elok untuk kesihatan je, nak kulit lawa bersih pun takde hal. I tak pakai apa-apa skincare pun dah setahun lebih for those yang tanya tu. Cuma rajin-rajin kan diri minum air putih ya. Start dari sekarang belajar bawa air putih pergi mana-mana atau beli lah kalau lupa nak bawa.
Akhir kata, menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan hahahaha Good luck semua!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pasangan selebriti Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia yang baru beberapa hari pulang dari Tanah Suci Mekah mengerjakan umrah diuji apabila kesemua mereka dimasukkan ke hospital berikutan dijangkiti rotavirus.
Menerusi Instagram, Almy memaklumkan anak bongsunya, Nur Afrina Aisyah terlebih dahulu mengalami muntah dan ciri-birit selama empat hari, sebelum tiga lagi anaknya yang lain turut berdepan masalah sama.
“Tolong doakan kami (anak-anak) cepat sihat. Mula-mula Aisyah muntah dan cirit-birit selama empat hari, kemudian Ayra (Nur Afrina Ayra). Terus mama bawa ke hospital.
“Aunty uncle, semalam mama minta tolong doakan untyk Dak Ayra, Dak aisyah, Dak Aurora kan, petang ni mama minta tolong sangat, tolong doakan anak mama yang sulung pulak baru add on untuk admit join the club adik-adik dalam wad.
“Dan tolong doakan mama dan papa sihat kuat untuk jaga anak-anak dalam wad please @fizzfairuzofficial. Terima kasih semua,” katanya berkongsi.
Pun begitu menurut perkongsian Fizz, keadaan keempat-empat anaknya semakin bertambah baik dan dalam keadaan stabil di bawah pemantauan pihak hospital.
“Ahamdulillah… sekarang anak-anak saya beransur pulih,” katanya berkongsi.
Dalam pada itu, Almy turut berterima kasih kepada pengikutnya di Instagram kerana tidak putus doa untuk mendoakan kesemua anak-anaknya agar kembali sihat.
“Subahanallah syukur padaMu Ya Allah, ramai sayang anak-anak mama. Terima kasih semua kawan-kawan, sahabat mama aunty uncle. Terima kasih doakan anak-anak Almy, hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik semua,” tulisnya lagi.
Semoga kesemuanya semakin bertambah baik dan kembali sihat dan ceria seperti selalu.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Dalam usaha kita menjaga kesihatan keluarga, faktor utama yang perlu diberi fokus adalah dalam hal pengambilan makanan sihat. Ini memandangkan apa yang kita makan akan mempengaruhi tahap kesihatan seseorang.
Oleh yang demikian, hal ini tidak boleh dipandang remeh. Contohnya kesan pengambilan makanan yang mengandungi pewarna tiruan.Siapa sangka perkara ini macam biasa sahaja tapi kesannya pada jangkan panjang cukup membahayakan kesihatan.
Ini sebagaimana penerangan yang diberikan oleh doktor ini, jom semak.
PEWARNA MAKANAN DIKAITKAN HIPERAKTIF, MASALAH SENSITIF DAN KANSER
Cerita pasal vitamin C, rupanya isu bukan pada kandungan gula saja. Pewarna tiruan juga kena cakna.
Vitamin C ni bentuk serbuk putih. Bila dah lama..dah "masuk angin", ia akan bertukar kuning keperangan. Sebab tu, warna oren-kuning digunakan untuk cover lah..supaya vitamin C nampak sentiasa baru.
Warna kuning yellow sunset ni pewarna yang biasa digunakan untuk makanan, minuman dan suplemen. Kami sekeluarga memang sebolehnya elak daripada pewarna makanan dan minuman ni.
Pewarna ni dikaitkan dengan anak-anak jadi hiperaktif. Apatah lagi kalau letak dalam makanan tinggi gula macam aiskrim, gummy warna warni dan air berperisa "oren".
Kesian anak-anak..Kita rasa mereka aktif dan bertenaga..Tapi sedar tak bila anak-anak aktif tak boleh duduk dia.. merengek dan mengamuk je sokmo. Termenung, tak boleh fokus buat kerja. Asyik emo dan menjawab je..Kita marah mereka buat perangai pula. Molek kita check apa makanan kita provide mereka. Tau tak..makanan pun boleh sebabkan mereka ni jadi aktif semacam ni
Selain hiperaktif, pewarna makanan ni juga dikaitkan dengan alahan dan hipersensitif. Risau tengok sekarang kes ekzema, resdung, asma, GERD mental ni dah jadi biasa sangat.
Kesian sebab ramai tak tahu pewarna makanan ni juga mungkin sebab sakit tak pulih-pulih. Wallahua'lam. Kami elak je semampu boleh sebab tak nak sakit.
Paling takut bila ada kajian saintifik kaitkan pewarna tiruan ni dengan kanser. Pihak yang duk kata selamat pun tak tau apa punca kanser..Jadi moleklah saya educate keluarga saya jauhi yang meragukan.
Pewarna ni bukan beri nutrisi pun. Lainlah pewarna biru bunga telang, warna kuning kunyit, warna merah beetroot..Dah la natural, berkhasiat pulak tu..Kalau buat bisnes, ni boleh jadi USP..kredibiliti produk makanan pun boleh naik..Orang nak beli sebab tau kita cakna..cuma kena buat marketing sikit lah educate orang ramai.
Akhirnya, pilihlah makanan bukan saja halal ya..tetapi toyyiban untuk ahli keluarga kita..Anak-anak kecil tu amanah kita. Mulai hari ni, kita azam jangan biasakan beri pewarna+gula tak kira dalam bentuk aiskrim, gula-gula atau vitamin ya.
Insha Allah, hidup lebih sihat dan sejahtera bila kita pilih makanan yang fitrah kepada badan kita.