Rata-rata netizen meninggalkan komen teruja dan tertanya-tanya apakah faktor yang boleh menyebabkan anak tersebut memiliki tubuh sado seawal usia 3 tahun.
Bahkan tidak kurang juga ada yang berseloroh membayangkan mungkin ibunya ada membuat senaman angkat berat semasa mengandungkan kanak-kanak tersebut.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Mungkin untuk menanam lobak merah tidak ramai yang mempunyai pengalaman. Namun setelah membaca perkongsian daripada CT Hamisah Ahmad, terasa seronok juga untuk dicuba.
Nampak mudah, bila anak pokok yang disemai walau hanya ditempatkan di dalam botol plastik, lobak merah dapat hidup subur.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Saya tanam lobak dalam botol ja….lobak saya semai dkt tray dulu. Bila keluar daun 4, 5 helai baru saya pindahkan ke dalam botol.
Saya semai biji benih beli dekat kedai. Dekat shopee pun ada banyak dijual…..
Daun carrot bila mula² keluar macam rumput. Biar dulu daun sebenar keluar baru pindahkan ke dalam pasu atau botol.
Isi tanah jangan bagi penuh. Lebih kurang ¾ ja…Masukkn anak lobak tadi biar tenggelam semua batang. Tinggal daun ja di luar. Tapi jangan sampai tertimbus pucuk… Nanti mati…
Bila batang meninggi, mesti timbus sampai pelepah paling bawah… Kalau tak, nanti lobak tak membesar dengan baik dan tak berisi….
Bila lobak semakin membesar, batang akan naik. So, topup lagi tanah timbus batang smpai pelepah terbawah. Buang daun yan bawah sekali
Siram 2x sehari…
Lobak putih ni belum sampai 2 bulan… Yang penting tanah tak keras bagi memudahkan ubi membesar….
Musim cuti sekolah begini, mandi kolam antara satu kemestian bagi anak-anak. Tambahan pula jika ke tempat-tempat yang ada kolam renang. Rasanya tak sah kalau tidak mandi kolam kan.
Selepas seharian bermain di kolam renang — anak akan keletihan dan mengantuk. Lebih-lebih lagi kalau mereka aktif bermain sepanjang hari, kerana teruja “jumpa” air.
Ini situasi biasa, namun yang tidak kita jangka adalah keadaan anak selepas mandi manda ini sebenarnya boleh menyebabkan kematian.
Kejadian tersebut dialami oleh Cassandra Jackson, 41 tahun. Memetik laporan ABC News.com, Jackson membawa Johnny bermain di kolam renang berhampiran kejiranannya. Sambil diperhatikan oleh Jackson, Johnny bermain hampir 45 minit dalam kolam.
Johnny memakai pelampung di kedua-dua tangan. Namun, selepas dua jam keluar daripada kolam renang, Johnny terkencing dalam seluarnya sebanyak dua kali dan kerap mengadu keletihan.
Selepas mereka pulang ke rumah, Johnny membilas badan dan terus masuk tidur. Ibunya menganggap dia hanya keletihan. Selepas beberapa jam, Jackson masuk ke bilik untuk memeriksa Johnny. Dia terkejut apabila melihat mulut Johnny berbuih dan Johnny sesak nafas!
Mati lemas sekunder
Beliau terus menghubungi 911 dan membawa Johnny ke wad kecemasan. Tapi malangnya, Johnny tidak dapat diselamatkan. Jantungnya berhenti berdegup selepas mereka tiba di hospital.
Koroner Berkeley Country, Glenn Rhoad yang memeriksa badan Johnny mengesahkan punca kematian adalah akibat mati lemas sekunder.
Apa itu mati lemas sekunder?
Menurut jurucakap American College of Emergency Physicians, Stephen Epstein — mati lemas sekunder terjadi kerana paru-paru tercedera selepas sedikit air masuk ke dalam paru-paru. Ia mungkin boleh terjadi apabila kanak-kanak cuba ingin berenang.
Klorin dalam air kolam mampu menyebabkan keradangan dalam paru-paru. Apabila terdapat klorin dalam paru-paru, tindak balas normal badan untuk melawan keradangan ini adalah dengan menghantar pelbagai cecair ke dalam paru-paru semula.
Tanda-tanda mati lemas sekunder
Mati lemas sekunder sering terjadi di kalangan kanak-kanak. Jangan biar anak anda menjadi mangsa seterusnya! Tiada cara lain untuk mengenalpasti tanda-tanda serangan ini, melainkan anda lebih peka.
Jika anak anda gemar bermain di kolam renang, jaga-jaga! Selalunya, mati lemas sekunder akan terjadi dalam tempoh 1-24 jam selepas mandi. Jadi, ibu bapa perhatikan tanda-tanda ini pada anak anda, selepas mereka mandi di kolam:
Jika anak anda menunjukkan tanda-tanda ini, segera bawa mereka ke hospital atau hubungi ambulans untuk mendapatkan rawatan. Jangan berlengah. Usah terhantuk baru terngadah!
Anda juga boleh mencuba perkara ini untuk mengelak kes mati lemas sekunder:
sumber: TheAsianParentMalaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Karakter dan tingkah laku seorang anak bukanlah ditentukan sepenuhnya oleh anak itu sendiri.
Faktor utama yang akan menentukan tingkah laku seorang anak adalah gaya keibubapaan yang dipraktikkan untuk membesarkan dan mendidik seorang anak.
Saya pernah menulis bahawa keibubapaan yang efektif bukanlah bergantung kepada betapa garang atau lembut ibubapa terhadap anak. Garang atau lembut hanyalah salah satu dari amalan keibubapaan yang membentuk gaya keibubapaan. Garang atau lembut bukanlah penentu tingkah laku anak.
Gaya keibubapaan merujuk kepada pola keseluruhan tindakbalas ibubapa dan bukannya bergantung kepada satu faktor sahaja.
Terdapat 4 gaya keibubapaan yang utama berdasarkan kajian yang dibuat oleh pakar-pakar perkembangan kanak-kanak. Ia bergantung kepada:
1) Responsif – sejauh mana ibubapa menerima, memahami dan bertindak balas terhadap keperluan emosi dan perkembangan individu seorang anak.
2) Tuntutan – Sejauh mana ibubapa membimbing, mengawal dan menuntut tingkah laku yang baik dalam diri anak.
Kedua-dua faktor ini mempunyai kesan yang signifikan terhadap karakter, dan tingkah laku anak.
Kajian juga pernah dibuat di negara kita untuk melihat gaya keibubapaan yang manakah lebih efektif untuk menerapkan pendidikan dan amalan Islam dalam diri anak-anak.
Tiadanya peraturan dalam rumah dan ketidakupayaan ibubapa permisif berkata ‘tidak’ banyak mempengaruhi karakter anak. Anak-anak kepada ibubapa yang permisif didapati:
* Tidak dapat mengikut peraturan dan undang-undang.
* Mempunyai kawalan diri yang sangat rendah.
* Bersifat egosentrik dan narsistik kerana tidak pernah ditegur dan dihalang.
* Menghadapi kesukaran dalam perhubungan dan interaksi sosial.
Ibubapa otoritarian banyak menghukum dan garang tidak bertempat. Sifat ini sudah tentunya membentuk karakter anak. Anak kepada ibubapa otoritarian didapati:
* Mempunyai kecenderungan untuk murung dan tidak gembira.
* Kurang berdikari kerana takut berbuat silap.
* Sentiasa rasa tidak selamat dan selesa.
* Mempunyai keyakinan dan jati diri yang rendah.
* Menunjukkan lebih banyak tingkah laku yang negatif kerana emosi tidak dipeduli.
*Mempunyai tahap akademik yang rendah.
* Mempunyai skil sosial yang rendah.
* Cenderung kepada keganasan.
* Terdedah kepada masalah kesihatan mental.
Ibubapa otoritatif, walaupun adakalanya berlembut dengan anak, tetapi mereka tegas dengan peraturan yang telah ditetapkan. Anak kepada ibubapa yang otoritatif didapati:
* Lebih tenang dan gembira.
* Suka untuk berdikari kerana sentiasa diberi peluang.
* Berjaya mencapai tahap akademik yang baik.
* Mempunyai keyakinan dan jati diri yang tinggi.
* Mempunyai skil sosial yang baik untuk berinteraksi dengan rakan dan orang sekeliling.
* Mempunyai kesihatan mental yang lebih baik.
* Tidak cenderung kepada keganasan.
Ibubapa ini mengabaikan terus keperluan penting seorang anak. Ada yang merasakan cukuplah jika disediakan keperluan makan, minum, pakai dan tempat tinggal sahaja. Anak kepada ibubapa yang abai ini didapati:
* Lebih impalsif dan kurang kawalan diri.
* Tidak berupaya untuk mengawal emosi.
* Tiada empati terhadap orang lain.
* Terdedah kepada masalah penagihan dan salah laku.
* Cenderung kepada masalah kesihatan mental.
Yang manakah gaya keibubapaan anda selama ini?
Kredit: Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di