Baru Nak Tampal Dah Koyak! Cara Ni Nak Mohon Sticker Roadtax Rosak & Hilang

Share

Sebelum ni ramai yang merungut bila nak lekat sticker roadtax, baru cabut sikit dah koyak! Bila kena kat diri sendiri, mulalah gelabah nak buat macam mana. Kalau terkoyak sikit je tak mengapa, ni dah buruk rupanya memang tak lah nak guna kan? Jadinya kena lah buat lain..

Bagi yang tak tahu, jika roadtax yang dah renew nak buat semula tidak boleh buat di tempat lain kecuali cawangan JPJ sahaja. Berikut merupakan langkah-langkahnya…

CARA MOHON STICKER ROADTAX ROSAK & HILANG

Cara-caranya adalah:

1) Pegi mana mana cawangan JPJ yang terdekat.

2) Isi borang JPJ K7 (Borang Permohonan Salinan/Gantian Perakuan Pendaftaran Kenderaan atau Salinan/Gantian Lesen Kenderaan Motor atau Salinan Lesen Perdagangan Kenderaan Motor)

3) Hantar borang yang dah lengkap dekat kaunter & tunjuk IC korang

4) Untuk ganti roadtax yang hilang kena denda ya & free untuk ganti roadtax yang rosak.

Motor

– Semenanjung Malaysia: RM20

– Sabah: RM25

– Sarawak: RM20

Kereta & kenderaan lain

– Semenanjung Malaysia: RM50

– Sabah: RM25

– Sarawak: RM20

Kalau wakil boleh tak?

Boleh! Wakil kena bawa:

– Salinan IC pemilik kenderaan

– Salinan geran

– Salinan IC wakil

– Borang JPJ K7 yang dah isi

Sumber: Twitter @anissurayaaa

IKLAN