Sebelum ni ramai yang merungut bila nak lekat sticker roadtax, baru cabut sikit dah koyak! Bila kena kat diri sendiri, mulalah gelabah nak buat macam mana. Kalau terkoyak sikit je tak mengapa, ni dah buruk rupanya memang tak lah nak guna kan? Jadinya kena lah buat lain..
Bagi yang tak tahu, jika roadtax yang dah renew nak buat semula tidak boleh buat di tempat lain kecuali cawangan JPJ sahaja. Berikut merupakan langkah-langkahnya…
CARA MOHON STICKER ROADTAX ROSAK & HILANG
Cara-caranya adalah:
1) Pegi mana mana cawangan JPJ yang terdekat.
2) Isi borang JPJ K7 (Borang Permohonan Salinan/Gantian Perakuan Pendaftaran Kenderaan atau Salinan/Gantian Lesen Kenderaan Motor atau Salinan Lesen Perdagangan Kenderaan Motor)
3) Hantar borang yang dah lengkap dekat kaunter & tunjuk IC korang
Ads
4) Untuk ganti roadtax yang hilang kena denda ya & free untuk ganti roadtax yang rosak.
Semalam penyanyi nombor satu negara membuat pengumuman mengenai kehamilan keduanya membuatkan ramai teruja dan mengucapkan tahniah.
Datuk Seri Siti Nurhaliza, 41, bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa mengumumkan kandungannya kini berusia empat bulan lebih ketika satu sidang media dan pelancaran BeauSiti X Wonderlab menerusi aplikasi Zoom.
Dalam sesi soal jawab semalam, Datuk Seri Siti berkongsi beberapa perkara mengenai kehamilannya kali ini.
“Syukur sangat bila dapat tahu saya hamil sekali lagi, hanya Allah sahaja tahu bagaimana perasaan saya. Sebenarnya saya tertanya-tanya juga, adakah Allah akan berikan lagi saya zuriat selepas saya temui banyak kegagalan ketika melakukan proses IVF sebelum mendapatkan Aafiyah. Namun ternyata Allah terlalu baik dan saya diberi peluang hamil lagi.
“Saya memang berserah kepada Allah sahaja untuk proses IVF kali ini. Tapi bila sudah mula proses IVF saya memang bersedia untuk berehat, lebih-lebih lagi dengan pandemik sekarang ni saya lebih selesa berehat di rumah. Setakat ini proses kehamilan saya berjalan lancar dan saya tiada masalah seperti pendarahan macam pernah berlaku ketika saya hamilkan Aafiyah dulu.
“Saya akui agak bimbang juga hamil ketika ini kerana wanita hamil antara yang berisiko tinggi untuk terdedah kepada banyak penyakit. Sebetulnya saya dijadualkan membuat proses IVF lebih awal tetapi ketika itu Covid-19 baru sahaja merebak dan kesnya membimbangkan. Jadi kami lewatkan sehingga kes ketika itu sudah agak reda. Pun begitu saya kini amat berjaga-jaga dan tidak akan keluar rumah jika tidak ada kepentingan.
Ditanya kenapa menunggu hinggal usia ke empat bulan baru mengumumkan berita kehamilan, penyanyi kesayangan ramai ini mengakui beliau berpegang kepada nasihat seorang ustaz.
“Seperti ketika hamilkan Aafiyah dahulu, saya pegang dengan nasihat dari seorang ustaz yang menasihati saya untuk mencukupkan usia kandungan empat bulan sebelum beritahu kepada umum kerana dipercayai ia sudah ditiupkan roh di dalamnya.
Dalam pada itu, beliau turut mengakui Aafiyah cukup teruja bakal bergelar kakak tidak lama lagi.
“Ketika mula-mula cerita padanya dia sangat teruja. Nak kata faham atau tak itu tak pasti tapi bila kita kata ada baby dalam perut saya, dia selalu datang cium perut saya,”
“Mengandung kali ini, saya lebih penat untuk kehamilan kali ini, mungkin juga faktor usia kerana saya akan mencecah 42 tahun pada tahun depan. Selain itu, kali ini saya perasan saya lebih emosi dan mudah menangis lebih-lebih lagi jika menonton drama sedih atau membaca kisah-kisah sedih di laman sosial, ujar Tokti yang dijangka bersalin pada April tahun hadapan.
Drama Takdir Yang Tertulis baru melabuhkan tirainya. Kisah kekeluargaan ini nyata mendapat tempat dihati peminat drama tanah air. Tidak hairanlah, ramai yang berkongsi pandangan dan pendapat mengenai drama tersebut.
Bahkan, drama ini turut menarik perhatian pelakon Norman Hakim, sehinggakan memuat naik perkongsian mengenai drama itu namun dari sudut versi kisahnya sendiri.
Percaya pada Qada & Qadar dalam Rukun Iman yang Ke-6, in shaa Allah kita akan redha dengan takdir.Sayang & hargai insan sekeliling dengan meletakkan mereka bukan dalam hati,tapi dalam doa.Sebab hati akan sentiasa berbolak balik,tapi doa akan sentiasa kekal dilangit in shaa Allah
Terima kasih sayang wifey @memeysuhaiza sentiasa berusaha menjadi isteri terbaik & terima diri ini seadanya.Terima kasih sayang bok mantan isteriku @abby_abadi112 sentiasa menjadi ibu yang terbaik buat anak2 & terima kasih sayang Jai @jaiezzany menjadi suami terbaik buat ibu kepada anak2ku🤲🏻
Korang adalah sayap kekuatanku.Terima kasih sentiasa ada disisi.Terima kasih Ya Rabb hadirkan mereka ini dalam perjuanganku🤲🏻❤️
Umum mengetahui betapa bahagianya melihat kemesraan dan kasih sayang antara dua buah keluarga besar ini.
Ke mana sahaja pasti seiringan termasuklah dlm soal anak-anak. Tidak hairanlah apabila netizen melabelkan mereka sebagai keluarga contoh.
Rata-rata warganet yang membaca perkongsian Norman ini turut menyokong aktor tampan ini bahkan mendoakan semoga ikatan hubungan baik antara pasangan ini kekal selamanya.
Ramai dalam kalangan pempengaruh dan selebriti tak kira tempatan mahupun luar negara memilih untuk menjalani pembedahan bariatrik (pintasan usus) untuk mengawal masalah berat badan berlebihan.
Antara selebriti yang terbuka mendedahkan tentang pembedahan ini termasuklah penyanyi Aishah dan juga selebriti dari seberang, Melly Goeslaw.
Hal ini turut menarik perhatian penyanyi bersuara lunak, Datuk Nora Ariffin. Menerusi hantaran di Instagram Story miliknya, Nora baru-baru ini memuji penampilan rakan artis yang semakin cantik selepas menjalani pembedahan berkenaan.
Ujar Nora, dia juga mahu melakukan pembedahan serupa. Namun, hasrat tersebut terpaksa dilupakan kerana perlu patuh pada larangan suami.
“Wah bestnya tengok ramai rakan-rakan artis makin cantik dan selim melim selepas pembedahan bariatrik.
“Saya pun dah dapat orang nak sponsor tapi encik suami tak izinkan. Kena taat. So telan air liur je lah,” tulisnya.
Menerusi laporan media, pembedahan bariatrik merupakan pembedahan jenis kosmetik yang menjadi pilihan ramai sebagai salah satu cara untuk mengembalikan kelangsingan tubuh.
Selain membantu mengecilkan saiz tubuh, pembedahan ini juga dapat memulihkan penyakit metabolik seperti darah tinggi, kolestrol tinggi dan juga kencing manis.
Sumber : Nora Ariffin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bella Astillah mendedahkan pernah mendapatkan bantuan pakar psikiatri ketika melalui fasa sukar lapan tahun lalu serta berharap masyarakat menghentikan stigma terhadap isu kesihatan mental.