“Baru sebut ‘Aaa’ Atau Pandang Dah Takut.” Lembut Tapi Tegas, Hairul Azreen Tak Guna Rotan Didik Anak

Share

Pelakon Hairul Azreen berkongsi caranya dan isteri dalam mendidik anak-anak. Begitupun dia mengakui tidak pernah menggunakan rotan.

Memetik  perkongsian daripada mStar Online, pelakon Paskal ini berkata, dua anaknya iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah lebih takut dengan dirinya berbanding isteri.

“Sebenarnya anak-anak takut dengan kami berdua terutama mereka takut dengan saya la. Kalau saya tak bagi sesuatu atau baru sebut ‘aaa’ sahaja pun mereka takut dan menangis.

“Tapi nak cakap mengenai parenting ini, masing-masing mempunyai cara tersendiri. Mungkin cara saya pun tak sama dengan ibu bapa lain. Selalunya kalau saya marah, Hanis akan pujuk.

Sama juga kalau Hanis marah, saya pula akan pujuk. Saya tak pernah rotan mereka tapi pernah la cubit atau saya tegur dengan pandangan, mereka akan diam,” katanya.

Sebelum ini, Hanis memberitahu wajahnya mungkin nampak saja lembut namun sebenarnya dia tegas dalam mendidik dua anaknya.

IKLAN