Bau ‘Ketiak Hangit’ Boleh Dikurangkan Dengan Petua Ini, Guna Dua Bahan Buat ‘Maajun’
Masalah bau badan atau ‘bau ketika hangit’ tentunya menjejaskan penampilan diri seseorang individu. Memakai deodarant bukan penyelesaian masalah ini kerana mereka yang mengalami masalah bau badan juga perlu mengamalkan penjagaan dalaman.
Amalan tradisional dan menggunakan bahan semula jadi boleh membantu mengatasi masalah bau badan. Petua mudah ini menjadikan badan berbau harum mewangi hanya dengan menggunakan dua bahan sahaja. Bau badan pun rasa segar sahaja tanpa bau yang ‘menyengat.’ Tiada lagi masalah bau ketika dan ketiak basah.
Jika terlupa atau tidak pakai deodorant pun tidak mengapa kerana badan anda tidak akan ‘mengeluarkan’ bau yang boleh membuatkan orang lain ‘sesak nafas.’ Bahan pun tidak banyak. Hanya guna dua bahan sahaja dan bahan ini memang mudah sangat didapati. Mungkin juga anda memang sentiasa ada bahan-bahan ini di rumah.
BAHAN-BAHAN:
Limau purut
Lada putih
Ads
CARA-CARA MEMBUAT:
Hiris kulit buah limau purut. Masukkan dalam mangkuk.
2. Tabur lada putih. Ini anggaran. 1 biji limau purut 1 sudu kecil lada putih. Guna lada putih yang biji bukan serbuk.
3. Kukus kulit limau purut bersama lada putih tersebut lebih kurang 20 minit atau sampai kulit limau lembut.
Ads
4. Tumbuk dengan lesung batu sehingga lumat.
5. Bulat-bulatkan seakan maajun atau jamu. Jangan besar sangat dikhuatiri tercekik masa makan nanti.
Ads
6. Siap. Boleh simpan dalam peti sejuk. Ambil sebiji dan telan bersama air masak.
Kesannya boleh dirasai sebulan selepas itu. Peluh tidak lagi berbau kuat walaupun selepas bersenam di gimnasium atau jogging. Ketika datang haid tentunya bau peluh akan sedikit ‘tajam’ namun selepas mengamalkan petua ini, bau peluh tidak lagi kuat.
Walaupun anda mungkin lupa untuk makan ‘suplemen’ ini namun badan tidak lagi berbau. Memang bagus petua ini terutama buat mereka yang mengalami masalah bau badan yang kuat.
Wanita yang sudah berkahwin sememangnya menggalas satu tanggungjawab besar. Bukan suami sahaja yang memikul tanggungjawab bahkan isteri juga sedemikian rupa. Penat dan sukar?
Kata Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria, pakar motivasi dan personaliti tv, wanita kini berdepan dengan tekanan yang maha hebat bila mana selepas sah bergelar isteri.
Kes-kes yang membimbangkan serta membabitkan wanita sebenarnya berpunca daripada hal-hal sebegini. Wanita berada dalam TEKANAN!
Hadam dan fahamkan kata-kata ustazah ini.
WANITA DAN TEKANAN Selepas kahwin, lebih sukar kehidupan?
Jika ini sculpture yang dibuat, maka benarlah begini hidup wanita seluruh dunia digambarkan selepas berkahwin.
Kerana itu, disebutkan dalam pelbagai riwayat tentang mulianya akhlak Nabi sehingga Nabi uruskan dirinya sendiri, jahit baju, jahit kasutnya, siapkan makan keluarganya, Nabi buat kerja-kerja rumah, Nabi belai isteri2 baginda, Nabi bersihkan bekas haid isterinya,
Nabi potong kuku isterinya, Nabi bantu ketika isteri Nabi naik unta sehingga Nabi letakkan pahanya ke tanah untuk dipijak isteri, Nabi paling banyak tersenyum, Nabi didik isteri dengan akhlak yang terbaik dengan perintah-perintah Allah, Nabi berlemah lembut pada isteri baginda, Nabi tak pernah tinggi suara pada isterinya bahkan Nabi tak pernah menjerit-jerit atau memaki hamun. Isteri Nabi juga diberikan pembantu untuk memudahkan segala urusan.
Bahkan Nabi orang yang paling banyak ibadah kepada Allah, paling sempurna imannya, paling rajin bekerja dan sangat jujur, tidak pernah mengambil harta isterinya untuk tujuan peribadi. Allahu Akbar!
Jika sebegini high class akhlak Nabi dan layanan suami kepada isteri, selayaknya disebutkan Nabi, “Jika dibolehkan manusia sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan isteri sujud kepada suami”.
Dengan kata lain, selayaknya suami sebegini mendapat penghormatan dari isteri bukan sekadar kerana suami itu menafkahi isterinya, dan bukan sekadar kedudukan suami lebih tinggi dari isteri, tetapi disebabkan suami itu sendiri memuliakan isterinya.
Namun hadis ini disalah guna pakai untuk mengatakan kedudukan lelaki sebagai suami terlalu tinggi sehingga isteri perlu taat tanpa sempadan dan korban sehingga mati! Satu kezaliman yang membunuh sifat kemanusiaan dalam rumahtangga itu sendiri.
Dan kesannya emosi wanita bercelaru dan sakit. Sehingga tekanan-tekanan itu membawa kegilaan dan anak tidak berdosa menjadi mangsa dibunuh, dicampak luar flat,ditikam,dikelar. Nauzubillahi minzalik.
Belum lagi beban emosi wanita itu dihenyak lagi dengan suami yang mengambil duit isteri, mencuri harta isteri, menyuruh isteri berhutang, berjanji akan bayar balik, bila diminta dikata mengungkit, tak bersyukur, tak boleh sabar, menetapkan pula itu ini isteri kena bayar dengan alasan isteri bekerja kenalah bersusah bantu suami, kaki lepak, keluar masuk rumah ikut suka, curang disebabkan isteri tak pandai melayan dan macam-macam rencah karenah kerana suami tidak diberi tanggungjawab sebagai lelaki yang perlu bersusah payah bukan sekadar mencari nafkah untuk isteri tetapi juga mengurus tadbir keperluan keluarganya dengan baik dan sabar.
Jika benar, seorang lelaki faham agama, pasti dan pasti akhlaknya seperti Nabi dan tiada seorang wanita akan terkoyak emosinya sebegini teruk. Dan tekanan2 dari keluarga mertua, ipar duai, sepupu sepapat, saudara mara, kawan2, jiran tetangga dengan pelbagai rencah hentaman, pandai cakap, tukang mengajar, kecaman, suruhan, perintah, teguran kononnya mana boleh lelaki buat kerja rumah, mana boleh jaga anak, semua benda suami yang buat, habis isteri buat apa…?
Soalan yang tidak masuk akal, suami takut bini, suami kena guna2…isteri macam ni tak layak jadi ibu sebab tengok suami yang uruskan anak2. Allah…beban sangat tengok suami tu, derita sungguh suami perkasa kena buat semua kerja rumah. Isteri tak tahu tanggungjawab. Isteri tak bersusah payah dengan suami dan desakan-desakan ini juga yang menambah sakit mental wanita.
Belum cerita tentang isteri ceaser belah perut yang kadang2 terkoyak balik jahitan dan bernanah dalamnya akibat gerakan yang banyak dan angkat benda berat, bahkan bertahun pun tak hilang lagi sakit ceaser tu. Punya bertarung nyawa untuk suami. Belum lagi cerita perut berparut seribu dan perut lembik macam kain buruk akibat mengandungkan zuriat2 suami,longgar sana longgar sini dan suami hanya pandai komplen.
Belum juga kisah terkuburnya cita-cita selepas kahwin dengan ‘hukum buatan manusia’ ,lepas kahwin, isteri kena ikut suami. Tanpa kompromi, tanpa berbincang, ikut sahaja.
Seharusnya sebelum kahwin sudah jelas perancangan ke depan dan kesediaan kedua-dua pihak supaya tiada sesiapa ditekan emosi. Jelas dan jujur. Jika tak sedia,jangan teruskan perkahwinan.
Nak sambung belajar, mak mertua kata tak perlu sebab perempuan lebih baik duduk rumah, mengasuh anak.Terkubur satu lagi hasrat dan cita2 yang ditanam dengan semangat membara dari kecil hasil didikan ibu ayahnya. Anak perempuan siapa yang diperlakukan sebegini?
Kezaliman apa sehingga dinafikan hak wanita untuk memperoleh apa yang dihajati dari kecilnya? Dunia apa yang dicorak untuk para isteri ini? Tekanan!
Mulia sungguh menjadi suri rumah, tetapi pastikan surirumah yang merasa nikmat bahagia, bukan derita stres tekanan sehingga sakit mental dibuatnya! Allah…
Lalu dia diajar untuk redha, sabar, taat sedangkan tak cukup duit,ibu ayah perempuan pula yang kena tanggung bagi duit sebab suami tak cukup duit.
Isteri yang tiada pemilikan apa2, ,terkulat2 lihat apa org lain ada sedangkan dia juga punya angan2 dan impian. Nak bagi duit pada mak ayah yang membelanya dari kecil juga tak mampu. Pemilikan isteri yang membunuh emosinya! Semua harap suami sedang suami tidak pula tak mampu memberi secukupnya bahkan berkira2 pula! Ya Allah!
Ditambah suara2 yang mengatakan isteri habiskan duit suami. Bahaya betul perkataan2 jahat ini.
Sewajarnya selepas kahwin, lebih mudah hidupnya kerana lelaki meminangnya dengan janji untuk menjaganya, mengangkat martabatnya, melindunginya, meneruskan semangatnya untuk memperoleh cita2nya dan perjuangannya.
Sama2 bina cita2, sama2 membangunkan antara satu sama lain, sama2 bina keluarga, sama2 didik anak…MashaAllah.
Sekalipun suami itu sangat baik, dibelanjakan hartanya untuk keluarganya, disiapkan tempat tinggal, makan pakai, dicebok anak2, dimandikan anak2, disuap makan, dibasuh baju anak isterinya, dia juga yang memasak, belum lagi dia dapat membalas jasa isterinya, bertarung nyawa ketika melahirkan zuriat-zuriat untuknya bahkan zuriat-zuriat itu pula dengan rahmat Allah akan menjadi penolongnya ke syurga .
Suami juga tak pernah sekali pun gadaikan nyawa untuk melahirkan, antara hidup dan mati(mungkin ada suami yang kerjanya berisiko tinggi, itu tidak dinafikan), suami tak pernah hilang kecantikannya akibat tidur yang tak cukup, bentuk badan yang dah tak sama, lelah yang tak habis menyusu dan fikirkan sakit anak dan pelbagai ragam anak siang malam yang tak pernah habis.
Bagaimana selepas selesai bersalin, isteri juga yang dukung anak bahkan isteri juga basuh baju anak dan suami.Ya Tuhan…
Bila isteri dah sihat sikit, berjalan bersama, isteri juga yang dukung anak, alasan anak nak pada ibunya, ke sana ke mari isteri gendong anak, suami jalan pegang hp di tangan. Ya Allah, berat bawa perut pun tak pernah habis rasanya. Suami hanya bawa diri, relax je suami. Sakit pinggang membawa perut mengandung pun tak pernah habis lagi!
Inilah realiti, apabila kita tidak menyediakan anak2 lelaki kita sebagai hero dan penyelamat, sebagai pelindung dan sanggup bersusah payah bekorban untuk anak isterinya tapi kita cerita pada anak lelaki kita, lepas kahwin ada orang jaga dia…lepas kahwin lebih terurus hidupnya.
Berapa ramai yang bercerita lepas kahwin, kena jaga isteri dengan sempurna, isteri ini amanah, bantu isteri, buat kerja2 rumah, uruskan anak, jangan harap duit isteri, usaha sungguh2,jaga mak ayahnya, jadi laki-laki bermaruah, jaga solat di masjid/ surau / tempat azan dilaungkan, jaga Al-Quran setiap hari, jaga rumahtangga dan jangan khianat. Tidak ramai bukan?
Berapa ramai ambil tahu tentang impian isteri dan sama2 usaha mendapatkannya atau setidaknya memberikan dia jalan lebih selesa untuk kehidupan rumahtangganya?
Malangnya, lelaki diajar menjadi Raja ,dan wanita diajar berkorban tanpa jemu. Sehingga semua pakaian suami perlu dicuci, digosok, disediakan sehingga di mana letaknya stoking pun, kalau tak jumpa, isteri juga kena marah. Lelaki diajar makanan tersedia untuk dijamah, pinggan tak perlu cuci, rumah tak payah sapu, mop lagilah tidak, cadar katil tak payah tukar, masak tak payah,semuanya kerja orang perempuan…
Akhirnya isteri tarik muka, penat letih, tiada lembut lembut, hanya jerit pekik, marah tak tentu pasal, lalu dikatakan…oh isteri tak macam dalu, isteri derhaka, isteri tak memahami,isteri tak layak jadi ibu….
Takutlah pada Allah. Berlebih2lah suami dalam membuat tugasan2 rumah. Berilah kerehatan dan belaian kepada isteri, penghargaan dan kasih sayang, urutan dan sentuhan, doa dan semangat, kerja keraslah untuk isteri anak2,bukan banyak komplen banyak marah, banyak tegur.
Takutlah kerana para suami akan menghadap Allah. Ikhlaslah dalam setiap khidmat pada keluarga. Nescaya,isteri akan jadi ibu yang penyayang, isteri penyejuk mata, manis wajahnya, dan lunak kata2nya serta pasti dia menghormati suaminya. Anak2 penuh kasih sayang dan ceria, tidak murung dan memberontak. Ajarilah isteri dengan didikan agama untuk memperbaiki AlQuran dan solatnya.
Begitulah jika agama dipelajari,difahami,diamalkan.Tidaklah kita memandai2 menzalimi wanita.
Jadilah wanita yg bersyukur.Sayangi suamimu dan berlemah lembutlah,rendahkan suaramu dan janganlah dikeluarkan kata2 yang tajam.Tetaplah dalam kesabaran,doa ,solat dan peliharalah auratmu,labuhkan tudungmu,longgarkan pakaianmu dan pakailah baju berlengan panjang. Nikmat mana lagi yang mahu engkau dustakan wahai wanita?
Berdoalah supaya bahagia sampai syurga paling tinggi dan bertaubatlah bagi yang menyakiti tanpa sedar. Berbincang & berubahlah.
Buat para isteri, tetaplah membantu suamimu untuk apa juga urusan kerja rumah dengan ikhlas dan bersyukurlah atas pemberiannya.
Jangan jadikan suamimu tempat untuk ditengking jerkah, disuruh itu ini tetapi mohonlah pertolongannya dengan kata yang lunak dan baik. Bertolak ansur lah dalam urusan2 rumahtangga dan maafkan kekhilafan suamimu. Bertolak ansur dan belas kasihan adalah kunci untuk tidak mencari salah pasangan. Tetapi sama2 sepakat,sama2 membantu segala urusan rumahtangga.
Pastikan tulisan ini dibaca dengan ilmu bahawa kisah ini berkaitan wanita dan tekanan. Janganlah dengan post ini, menghilangkan hormat isteri kepada suami tetapi bawalah berbincang.Tidak ada suami yang mahu isteri yang dinikahi tertekan. Cuma mungkin si suami terlepas pandang.
Tahniah untuk isteri yang ikhlas membuat kerja2 rumah kerana mencari redho Allah.
Tahniah buat suami2 yang telah menjaga para isteri tuan2 dengan sempurna, “)Allah berkati hidup Tuan2.
Terima kasih suamiku kerana menjadi hadiah terbaik dari Allah buat diriku & anak2. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa Engkau suami & ayah yang mulia.
#Suamiku, syurga duniaku.
Kredit: Noor Laila Aniza Binti Zakaria
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Operasi besar-besaran bermula jam 8 malam tadi dijalankan oleh Polis Kontinjen Selangor di seluruh negeri Selangor dalam memberi pengetahuan dan nasihat kepada orang ramai berkaitan arahan Perintah Kawalan Pergerakan.
Ia merangkumi sekatan jalan raya dan berjumpa dengan orang awam.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner, Datuk Fadzil Ahmat, operasi tersebut bagi memastikan secara umumnya masyarakat di negeri faham dengan perintah kawalan pergerakan yang telah dikuatkuasakan sejak hari ini.
Kata beliau, banyak aduan diterima tentang orang awam yang masih berada di luar rumah sekaligus membuktikan golongan ini gagal memahami perintah yang dikeluarkan.
“Jadi kita lakukan operasi bermula malam ini bagi memastikan tidak ada sesiapa yang berada di luar tanpa alasan munasabah, berada dalam kumpulan besar. Kita akan beri pemahaman serta nasihat kepada mereka untuk akur dengan perintah.
“Kita akan nasihat mereka untuk balik seandainya ada lagi yang berada di luar rumah, operasi ini juga melibatkan seluruh negeri di mana kita ada 16 daerah secara keseluruhannya.
“Ketua Polis Daerah pula akan membuat ‘roadblock’ di setiap kawasan mereka bagi memantau aktiviti orang awam sebelum nasihat mereka pulang, ketika ini kita akan masih gunakan kaedah nasihat,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat sebentar tadi.
Kata Fadzil lagi, pihaknya juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk tangkapan dan membuka kerta siasatan kepada mereka yang degil.
“Kita akan guna kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sekarang.
“Operasi ini akan bermula sekitar jam 8 malam dan akan berakhir hanya selepas kita berpuas hati setiap rakyat di negeri ini mematuhi arahan dibawah perintah kawalan ini,” tegasnya.
Sumber: MalaysiaGazette
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pernah tak, para ibu panggil suami dari dapur tetapi suami buat tak tahu je. Bila jengah kat ruang tamu, tengok si suami siap bergelak ketawa menonton rancangan kegemarannya.
Memang buat menyirap jugak kan, rasa nak marah je. Atau memang suara isteri tak cukup kuat. Siap jerit-jerit, tapi suami tetap tak dengar.
Jadi apa kata baca sampai hadam info menarik ni tentang lelaki. Menurut sumber ni, lelaki hanya menggunakan satu telinga sahaja.
Ikuti selanjutnya info ini.
Telinga Lelaki Pekak Sebelah? Wahai isteri, jika suami anda sedang menonton TV, apalagi siaran yang dia minat. Jangan jerit terlolong-lolong panggil dia dari dapur atau tempat yang jauh walaupun keadaan cemas atau kecemasan. Sebab telinganya hanya fokus kepada tempat di mana matanya pandang sahaja.
Ada kajian sains mengatakan orang lelaki hanya guna satu telinga sahaja. Sama ada kanan atau kiri. Oleh itu telinga yang satu itulah dia hanya mendengar panggilan atau bunyi yang berada di dalam kawasan pemandangan matanya sahaja. Lain daripada itu dia tidak dengar. Cadangan saya kepada isteri, jika hendak memanggil suami yang sedang fokus membuat sesuatu kerja. Berjalanlah ke arahnya dengan tenang.
Bila sudah dekat, tepuk bahunya, Bila dia pandang ke muka anda, barulah anda bercakap dengannya. Dengan ini dia boleh dengar apa yang anda cakapkan kerana matanya melihat anda. Sebaliknya, telinga orang perempuan memang dijadikan “stereo” menggunakan kedua-dua telinga dan berupaya mendengar pelbagai sumber bunyi kelilingnya terutama sekali bunyi yang ada kaitan dengan pecakapan manusia.
Oleh itu, wahai suami, jangan mengumpat isteri walaupun pada masa itu dia berada di dalam “toilet”. Dia masih boleh dengar dengan jelas butiran umpatan suami. Dipetik dari Pak Utih’s Page.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.