Dalam episod BK Explorer kali ini, team Bintang Kecil (BK) telah mencabar 2 ahli BK Skuad iaitu Dhania dan Farha untuk merentap dalam Laser Battle di Laser Battle, Tropicana Garden Mall.
Sebelum memulakan pertarungan, macam biasa kami diberikan sedikit penerangan mengenai permainan ini oleh pihak Laser Battle.
Sebelum memulakan permainan, kami diminta untuk memakai vest keselamatan.
Ads
Jadi korang jangan risau kerana faktor keselamatan memang dititik berat kepada setiap peserta.
Ads
Laser Battle ini sangat sesuai untuk keluarga yang ingin spend time bersama. Baru ada kelainan dalam aktiviti yang selalu dilakukan bersama keluarga kan?
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkongsian daripada seorang pemilik perniagaan tentang seorang pekerjanya bernama Habil ini cukup terkesan di hati. Sungguh, berbahagialah setiap ibu memiliki anak yang penuh rasa tanggungjawab seperti Habil ini. Duit gajinya disalurkan kepada ibu dan adik-adik dikampung, semoga kisah seperti ini turut memberikan inspirasi buat kita semua.
Ini perkongsiannya.
Saya sengaja naik ofis tadi. Ingat nak lepak dengan budak budak team. Buka je pintu, tengok takda siapa. Lampu terbuka. Saya pun melangkah masuk.
Saya pandang kiri, saya pandang kanan. Nampak bawah meja seperti ada kelibat. Bulu roma mula meremang. Tangan kiri saya masih standby pegang pintu. Kot ada apa apa senang nak lari huhu.
Bunyi macam ada aktiviti bawah meja. Saya tak puas hati. Saya cekalkan hati. Apa nak jadi, jadi. Saya masuk menjenguk.
Saya pandang dia, dia pandang saya. Habil rupanya, tengah duduk sebelah rice cooker. “Aik Habil. Apa buat ni? Masak nasi ke apa lauk?”
Dengan wajah takut, dia menggelupur berdiri sambil capai kopiah “Eh tuan sorry Tuan, saya masak nasi tak makan lagi”
Saya hairan “Habil bukan minggu ni income dah seribu lebih ke? Kenapa tak makan dekat kedai bawah?”
Dia garu garu kepala. “Duit saya Tuan. Cuma minggu ni nak bagi mak. Mak tak ada pun minta, cuma saya kesian dekat mak. Kalau saya bagi duit, mak boleh guna beli baju ke, makan ke, boleh pakai untuk adik adik sekali”
Habil ni saya tahu, ayahnya sudah meninggal dunia beberapa tahun dulu. Habil baru berusia 19 tahun datang merantau dari Kuala Lipis.
Sebak pula hati. Saya peluk dia. Saya cakap “Takpa saya join Habil makan. Kita makan sama sama okey! Saya turun bawah, beli lauk dan kami makan sama sama.
Ayat paling saya terkesan waktu Habil cakap “Bukan apa Tuan. Saya pun tak tahu sampai bila mak ada. Sementara mak ada ni, saya nak bagi mak happy. Saya takpa tak ada tanggungan. Lagipun saya dah pandai nak cari duit setiap hari”
Tergamam.
Antara saya belajar malam ni :
1. Kita ini, usah lokek dengan mak ayah. Terutama sekali mak. Kadang tu kita takut sangat tak cukup duit kalau bagi mak. Sedangkan, rezeki Allah bagi. Lagi banyak kita buat baik dekat mak, insyaAllah hidup kita diredhai.
2. Betul juga kata Habil. Waktu kecil, apa kita nak mak sedaya upaya tunaikan. Kadang tu benda yang kita tak minta pun mak bagi. Bila dah besar, kalau mak tak minta kita tetap kena bagi. Moga moga, mak redha kita, Allah pun redha dengan kita.
Jom kita sama sama buat baik dekat mak dan ayah. Jika mereka sudah tiada, kita bantu dengan doa anak yang soleh okey.
Lakaran cinta indah terukir tatkala penyatuan dua hati menjadi satu. Nada cinta yang disemai murni mengukir bait-bait cinta abadi hingga ke alam syurga.
Penyatuan kasih antara Ustaz Wan Muhammad Nasrullah dan Ustazah Nurulhuda menjadi titik permulaan pasangan ini ideal ini dalam membina istana cinta bersama.
Ustaz Wan Muhammad Nasrullah yang merupakan putera bongsu kepada Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid telah melangsungkan majlis pernikahannya 20 Januari di Masjid Sultan Ismail Petra Mukim Banggol, Kota Bahru, Kelantan.
Namun majlis perkahwinan ini mengundang tangisan Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood ketika meluahkan rasa hati di sesi ‘Salam Restu Ayah BondaTercinta’ .
TANGISAN USTAZAH SITI NOR BAHYAH DI MAJLIS PERKAHWINAN PUTERA BONGSUNYA
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Manakala majlis di pihak lelaki pula pada diadakan pada 3 Februari di Borakombak Putrajaya pula. Memilih tema flora, singgahsana serba putih dihiasi jambangan bunga yang cukup memukau menghiasi segenap ruang.
Busana
Majlis disulami indah dengan alunan selawat dan zikir yang mendamaikan. Sebelum tetamu menjamu selera ibu ayah pengantin lelaki, Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan suami menitipkan luahan hati meruntun jiwa buat anak bongsunya.
Dalam ucapannya di hadapan para tetamu, Ustazah Nor Bahyah memanjat rasa syukur melihat wajah bahagia anak tersayang berseri disamping ister tercinta.
Dalam nada sebak, dirinya mula mempersoalkan kasih sayang anak bongsu adakah tetap melayaninya sama seperti dulu walaupun telah bergelar suami. Namun ternyata anaknya tidak berubah, beliau meluahkan rasa syukur.
“Entah kenapa hati ini merasakan anakanda masih kecil. Setiap hari anakanda memeluk mama, mencium mama penuh kasih sayang. Setiap hari anakanda menghantar satu mug kopi ke bilik mama. Setiap hari akan whatsapp mama meskipun kita satu rumah. Anakanda akan tanya, ‘mama ok ker’, ‘mama nak apa-apa tak,’ adik bawa ke bilik mama.’.
Bahkan lebih meruntun jiwa, tidak membenarkan dirinya membasuh pinggan sebaliknya anaknya yang akan melakukannya.
“Adik bawa nasi dan satu mug ke bilik mama. Setiap tiap kali mama makan, adik tak bagi mama basuh pinggan. Adik akan basuhkan pinggan mama.”
HATI MULA BIMBANG
“Hati mama-mama tertanya-tanya setelah bernikah dua minggu adakah akan message mama lagi.”
“SubhanaAllah, ternyata adik masih setia menyayangi mama.”
Dia juga mohon para tetamu mendoakan pengantin untuk terus istiqomah dalam kebaikkan
Menjadi isteri terbaik buat suami bukannya sesuatu yang mudah. Serba serbi kena menjaga kesantunan diri agar semua sentiasa rasa sayang dan tenteram apabila berada di samping isteri. Nak tahu bagaimana nak jadi isteri idaman suami. Ikuti 18 cara ini supaya suami makin sayang.
1. Akur pada suami Sentiasa jujur, ikhlas dan taat pada suami.
2. Berkelakuan baik terhadap suami Jangan menyakiti hati suami dengan tingkah laku, bahasa ataupun tindakan. Sebaliknya, menjadi isteri yang ‘melegakan’ setiap kali suami pulang ke rumah. Jangan sampai suami menderita makan hati dalam diam. Sifat yang harus dielak ialah berleter dan bermasam muka. Jangan menyakiti hati suami dengan tingkah laku, bahasa ataupun tindakan. Sebaliknya, menjadi isteri yang ‘melegakan’ setiap kali suami pulang ke rumah. Jangan sampai suami menderita makan hati dalam diam. Sifat yang harus dielak ialah berleter dan bermasam muka.
3. Jangan bebankan suami Ada isteri terlalu ‘demand’, meminta itu dan ini sehingga suami pening kepala untuk memenuhi kehendak dan impian isteri. Jangan sampai suami terpaksa menerima rasuah atau salah guna kuasa semata-mata ingin memenuhi permintaan isteri.
4. Sentiasa bersolek untuk suami Ramai isteri tidak suka bersolek di rumah malah ada yang kelihatan selekeh. Ada isteri yang merasakan mereka sudah tua dan tidak perlu bersolek hatta mengenakan sedikit gincu untuk kelihatan cantik di mata suami. Sedangkan menjadi fitrah lelaki sukakan kecantikan terutama melihat seorang wanita yang menawan. Walaupun suami tidak pernah bersungut tetapi hakikatnya mereka suka melihat jika isteri bersolek seadanya agar sentiasa kelihatan manis dan menarik. Sebolehnya, ubah imej mengikut citarasa suami.
5. Jangan suka sanggah dan menolak permintaan suami Jangan biar malaikat melaknat isteri yang menderhaka atau sering menyanggah cakap suami.
6. Sentiasa mengingatkan dan berpesan pada suami Ingatkan suami dan berpesan dalam apa jua perkara.
7. Perlu ada rasa takut dan hormat pada suami Ia dapat elak daripada buat perkara tidak baik.
8. Jangan membelakangkan suami Mesti minta izin suami terlebih dahulu walaupun tahu suami tidak marah. Ia sebagai cara menghormati suami. Biarpun perkara kecil, setiap isteri perlu menjaga hati suami.
9. Jaga harta suami Ia adalah amanah kepada setiap isteri dan jangan sesekali menyalah guna ataupun menggunakannya untuk kepentingan sendiri.
10. Isteri kena minta maaf segera jika buat salah / menderhaka pada suami Jadikan ia amalan biasa dan jangan sesekali lengahkan, buat tidak tahu ataupun tunggu Hari Raya untuk minta maaf. Sesungguhnya isteri sebegini sentiasa dilaknat para malaikat.
11. Solat bersama suami Jangan hanya tunggu apabila ada masalah, sebaliknya jadikan ia amalan harian untuk merapatkan hubungan dan mengelakkan menderhaka kepada suami.
12. Jangan perkecilkan pemberian suami biarpun tidak seberapa Sebaliknya kena berterima kasih dan hormati diri nya sebagai suami terutama bagi isteri yang berkedudukan dan berkerjaya tinggi.
13. Perlu bermuka manis dan senyum pada suami Isteri sedemikian akan dimuliakan di akhirat.
14. Pandang muka suami bila bercakap Lihat dan tenung dengan penuh kasih sayang. Ia lebih dekat di hati. Bukan bercakap membelakangkan atau sambil buat kerja.
15. Jangan bawa virus barah (pergaduhan) dalam rumah tangga Jangan biar suami berubah hati dan mencari wanita lain. Awas! punca suami kahwin lain ialah kerana ada benda yang tidak ada pada isteri.
16. Jangan terlalu kongkong suami Beri kebebasan dengan batasan yang wajar. Jangan kerana terlalu prasangka sampai asyik telefon bertanya suami di mana, sentiasa bertekak, check telefon suami hingga suami tiada privasi.
17. Urut badan suami selepas balik kerja Walaupun penat tetapi satu-satunya cara memikat suami ialah dengan memberi sentuhan pada suami.
18. Jaga makan minum suami Guna ayat-ayat al-Quran dan bukannya bomoh untuk menambat hati suami. Ingatlah doa adalah lebih mujarab. Hulurkan segelas air setiap kali suami pulang dari kerja.
Sumber: pakarsuamisteri.blogspot.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.