Menjadi isteri terbaik buat suami bukannya sesuatu yang mudah. Serba serbi kena menjaga kesantunan diri agar semua sentiasa rasa sayang dan tenteram apabila berada di samping isteri. Nak tahu bagaimana nak jadi isteri idaman suami. Ikuti 18 cara ini supaya suami makin sayang.
1. Akur pada suami Sentiasa jujur, ikhlas dan taat pada suami.
2. Berkelakuan baik terhadap suami Jangan menyakiti hati suami dengan tingkah laku, bahasa ataupun tindakan. Sebaliknya, menjadi isteri yang ‘melegakan’ setiap kali suami pulang ke rumah. Jangan sampai suami menderita makan hati dalam diam. Sifat yang harus dielak ialah berleter dan bermasam muka. Jangan menyakiti hati suami dengan tingkah laku, bahasa ataupun tindakan. Sebaliknya, menjadi isteri yang ‘melegakan’ setiap kali suami pulang ke rumah. Jangan sampai suami menderita makan hati dalam diam. Sifat yang harus dielak ialah berleter dan bermasam muka.
3. Jangan bebankan suami Ada isteri terlalu ‘demand’, meminta itu dan ini sehingga suami pening kepala untuk memenuhi kehendak dan impian isteri. Jangan sampai suami terpaksa menerima rasuah atau salah guna kuasa semata-mata ingin memenuhi permintaan isteri.
4. Sentiasa bersolek untuk suami Ramai isteri tidak suka bersolek di rumah malah ada yang kelihatan selekeh. Ada isteri yang merasakan mereka sudah tua dan tidak perlu bersolek hatta mengenakan sedikit gincu untuk kelihatan cantik di mata suami. Sedangkan menjadi fitrah lelaki sukakan kecantikan terutama melihat seorang wanita yang menawan. Walaupun suami tidak pernah bersungut tetapi hakikatnya mereka suka melihat jika isteri bersolek seadanya agar sentiasa kelihatan manis dan menarik. Sebolehnya, ubah imej mengikut citarasa suami.
5. Jangan suka sanggah dan menolak permintaan suami Jangan biar malaikat melaknat isteri yang menderhaka atau sering menyanggah cakap suami.
Ads
6. Sentiasa mengingatkan dan berpesan pada suami Ingatkan suami dan berpesan dalam apa jua perkara.
7. Perlu ada rasa takut dan hormat pada suami Ia dapat elak daripada buat perkara tidak baik.
8. Jangan membelakangkan suami Mesti minta izin suami terlebih dahulu walaupun tahu suami tidak marah. Ia sebagai cara menghormati suami. Biarpun perkara kecil, setiap isteri perlu menjaga hati suami.
9. Jaga harta suami Ia adalah amanah kepada setiap isteri dan jangan sesekali menyalah guna ataupun menggunakannya untuk kepentingan sendiri.
Ads
10. Isteri kena minta maaf segera jika buat salah / menderhaka pada suami Jadikan ia amalan biasa dan jangan sesekali lengahkan, buat tidak tahu ataupun tunggu Hari Raya untuk minta maaf. Sesungguhnya isteri sebegini sentiasa dilaknat para malaikat.
11. Solat bersama suami Jangan hanya tunggu apabila ada masalah, sebaliknya jadikan ia amalan harian untuk merapatkan hubungan dan mengelakkan menderhaka kepada suami.
12. Jangan perkecilkan pemberian suami biarpun tidak seberapa Sebaliknya kena berterima kasih dan hormati diri nya sebagai suami terutama bagi isteri yang berkedudukan dan berkerjaya tinggi.
13. Perlu bermuka manis dan senyum pada suami Isteri sedemikian akan dimuliakan di akhirat.
Ads
14. Pandang muka suami bila bercakap Lihat dan tenung dengan penuh kasih sayang. Ia lebih dekat di hati. Bukan bercakap membelakangkan atau sambil buat kerja.
15. Jangan bawa virus barah (pergaduhan) dalam rumah tangga Jangan biar suami berubah hati dan mencari wanita lain. Awas! punca suami kahwin lain ialah kerana ada benda yang tidak ada pada isteri.
16. Jangan terlalu kongkong suami Beri kebebasan dengan batasan yang wajar. Jangan kerana terlalu prasangka sampai asyik telefon bertanya suami di mana, sentiasa bertekak, check telefon suami hingga suami tiada privasi.
17. Urut badan suami selepas balik kerja Walaupun penat tetapi satu-satunya cara memikat suami ialah dengan memberi sentuhan pada suami.
18. Jaga makan minum suami Guna ayat-ayat al-Quran dan bukannya bomoh untuk menambat hati suami. Ingatlah doa adalah lebih mujarab. Hulurkan segelas air setiap kali suami pulang dari kerja.
Sumber: pakarsuamisteri.blogspot.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila cukai jalan mati, boleh cuba cara renew roadtax motor dan insurans ini. Maklumlah kan, nak ke JPJ dalam keadaan PKP ni susah, jadi kita cuba cara yang memudahkan dan yang penting cepat. Perkongsian Che Nor Asma mungkin dapat membantu. Selamat mencuba! Rupanya musim PKP ni banyak benda yg sis bleh belajar… Kalo sebelum ni nk renew roadtax mesti pergi JPJ atau agen utk dorang renewkan. Musim ni 22 tempat tutup. Jadi kite blajar la benda baru.. Renew roadtax gune myeg.. rupanya senang sahaja.. tapi untuk kereta sahaja..Moto x bleh yea. Done renew roadtax utk tengiling hitam.. Kat sini Kita share mcm mana nk renew insurance dan roadtax kt myeg. First kite kene Ade account dengan myeg..kalo xde bleh register gune link kt bawah : https://www.myeg.com.my/register Lepas dah register. Login macam biasa. Utk renew insurance
Langkah 1:
Klik icon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Langkah 2:
Klik pada butang butang Auto Insurance Renew Langkah 3:
Skrin akan memaparkan syarikat-syarikat insurans atau takaful yang menawarkan produk mereka menerusi MyEG. Pada masa artikel ini ditulis, terdapat hanya 6 buah syarikat iaitu AIG, Zurich Takaful, eTiQa Takaful, RHB Insurance, Berjaya Sompo Insurance Berhad dan Takaful Malaysia. Langkah 4:
Untuk teruskan, klik sahaja pada icon syarikat yang anda pilih, untuk artikel ini, saya tunjukkan Takaful Malaysia (boleh dikatakan langkah dan proses yang sama sahaja akan dilalui apabila pilih yang lain). Selepas isi nombor MyKad, kelayakan NCD akan terus dipaparkan. Isikan sahaja maklumat yang diminta. Anda boleh tetapkan amaun yang ingin dilindungi (biasanya mengikut harga semasa kereta) dan juga tambah maklumat pemandu tambahan. Langkah 5:
Selepas dah isi semua maklumat, sebutharga penuh akan ditunjukkan Jika setuju dan berpuas hati, boleh teruskan untuk buat bayaran. Langkah 6:
Untuk buat bayaran, boleh pilih sama ada nak buat bayaran menggunakan kad kredit atau perbankan online seperti FPX, Mayabank2u, RHB Online dan Public Bank Online. Langkah 7:
Selepas buat bayaran, boleh muat turun resit bayaran dan sijil perlindungan (cover note) yang diberikan. Selepas selesai renew insurans takaful kereta, bolehlah renew road tax pula. Kalau anda tak renew insurans takaful kereta melalui MyEG pun, anda masih boleh gunakan MyEG untuk renew road tax. ( Insurance ambik dengan ejen insurance) Langkah 1:
Selepas login dan pilih Jabatan Pengangkutan Jalan, klik butang Road Tax Renewal/Baharui Cukai Jalan. Langkah 2:
Isi semua maklumat yang diminta seperti nombor MyKad, nama, nombor telefon, alamat emel, nombor pendaftaran kereta dan tempoh perbaharui cukai jalan. Langkah 3:
Pilih cara penghantaran road tax, sama ada anda nak ambil sendiri di pejabat MyEg di Bandar Utama, Kuala Lumpur, atau dihantar ke alamat pilihan anda sama ada di rumah atau pejabat. Kalo pilih penghantaran roadtax nak dihantar ke alamat pilihan, Ada caj penghantaran. Selepas isi semua maklumat, klik butang Proceed.
Langkah 4:
Maklumat road tax dan kos-kos yang terlibat akan dipaparkan. Kalau setuju dan berpuas hati, boleh teruskan untuk buat bayaran dengan klik butang Confirm & Pay. Langkah 5:
Untuk buat bayaran, boleh pilih sama ada nak gunakan kad kredit, perbankan internet atau akaun prabayar MyEG. Selepas dah buat bayaran, boleh muat turun resit. Dan tunggu roadtax sampai ke alamat yg Ada request. #credittojomurusduit.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sudah tiga hari berlalu, namun pemergian arwah Abam Bocey masih diperkata. rata-rata mengungkapkan rasa sedih, pilu dan terharu dengan kelebihan yang dimiliki oleh arwah sehingga ramai yang begitu memuliakannya.
Dalam satu perkongsian oleh saudara Mohd Faizul Ikhwan Erusan di facebooknya cukup menjentik emosi. Bayangkan pasangan yang selama ini sihat dan bersama tiba-tiba pergi begitu sahaja.
Sekelip mata dia tinggalkan tanpa sebarang pesan. Pilunya hati hanya Tuhan yang tahu, namun berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Jadi, hargailah pasangan atau insan tersayang yang berada di sekeliling anda kerana kita tidak tahu berapa lama masa yang ada bersama.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
Bila mendengar pemergian Abam bocey
Yang mula-mula terlintas dihati saya adalah isteri dan anak arwah.
Bagaimanalah mereka akan hadapi perkara itu.
Melihatkan jumlah yang hadir waktu solat jenazah almarhum abam, siapa yang tak cemburu? Kerana kita yang hidup ini takkan berani bagi jaminan seramai itu orang akan solat pada jenazah kita walau di beri upah. ini seolah-olah memberitahu bahawa Arwah akan diganjarkan dengan sebaik-baik ganjaran oleh Allah.ameen Allahumma ameen. Rasa kehilangan oleh kita sebagai peminat akan perlahan-lahan hilang dimakan hari tapi ini berbeza dengan keluarga lebih-lebih lagi Isteri,Ibu dan anak dan adik beradik beliau sendiri. Si kecil yang berumur hampir 6 bulan mungkin tidak akan begitu memahami kejadian ini.
Sahabat-sahabat semua, Kisah ini sepatutnya mengingatkan kita pada pasangan kita yang masih hidup. Tahukah anda, setiap dari kita akan melalui proses yang sama. Cuma samada cepat atau lambat sahaja ianya menjengah. Kehilangan itu pasti, sesungguhnya kematian itu pasti.
Mungkinkah ini ingatan Allah pada saya
Sebenarnya, terkadang Allah hantar mesej itu secara kecil-kecilan pada kita dalam mengharungi hidup seharian-harian, cumanya adakah kita sedar atau tidak sahaja. Kenapa Allah menghantar mesej-mesej ini? Allah nak kita bersyukur pada sesetiap sesuatu yang diberikan kerana kita cepat lalai dan lupa dalam kesibukan yang tiada noktahnya. 2003 mengingatkan satu peristiwa yang hampir sama berlaku pada saya, Cuma bezanya Allah berikan saya peluang kedua iaitu isteri saya terselamat. Mungkinkah ini ingatan Allah pada saya agar mensyukuri nikmati itu.
Selepas 15 hari melahirkan anak kedua kami Syazwan.
Isteri saya mulai batuk teruk dan mengadu kesukaran bernafas. Pada mulanya seperti batuk biasa tapi selang bebrrapa hari batuknya semakin teruk dan nafas mula berombak kencang. Tiba di hospital isteri saya terus di rawat di bilik kecemasan.Didapati bacaan oksigen berada paras rendah daripada yang sepatutnya.Wajah – wajah cemas doktor dan nurse di dalam bilik ICU itu langsung tidak membantu jiwa seorang suami yg sedang cemas. Waktu tu saya sangat kalut.mana nak uruskan isteri yang sakit tenat, mana nak urus newborn baby.
Di sisi isteri ada tong oksigen untuk membantu pernafasannya.
Mundar mandir saya dalam bilik kecemasan hospital sambil mendukung baby kecil di tangan yg sekali sekali menangis kerana turut rasa tak selesa dgn keadaan ayahnya yang tak tenang itu. Kelihatan selepas itu jururawat menolak isteri saya ke bilik X-ray pula sambil di sisi isteri saya ada tong oksigen untuk membantu pernafasannya. Syukur tak lama selepas itu keluarga mertua saya pun sampai untuk uruskan baby dan mereka minta untuk bawa bayi kami pulang ke kampung. Saya pun pulang ke rumah sebentar untuk siapkan keperluan pakaian baby dan sebagainya untuk diberikan kepada keluarga mertua. Dalam perjalanan itu pihak hospital menghubungi untuk saya patah balik dengan segera ke hospital .ada perkara urgent katanya.
pelbagai skrip dalam drama pun mula main di dalam minda Waktu itu tuhan saja yang tahu apa perasaan saya.berbagai perkara buruk mula bermain di kotak pemikiran saya. Kenapa doktor cal urgent? Selamatkah isteri saya? Apa yg doktor nak bgtau saya?. Mulalah pelbagai skrip dalam drama pun mula main di dalam minda saya. Setibanya di hospital saya diminta terus ke bilik doktor. Doktor mulakan dengan nada yang sangat sedih. “Faizul, saya harap awak bersabar dan dengar dengan tenang”. Masa tu….dengup jantung kencang….alamak apa pula ini. “Faizul separuh dari paru-paru isteri awak collapse( tidak berfungsi) kata doctor tersebut sambil menunjukkan hasil X-ray.
Encik Faizul ini kes yang sangat serius dan boleh bawa kematian serta merta.
buat masa ini isteri awak bergantung bantuan oksigen! Saya cadangkan kita uruskan ambulan dan terus ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.
Di sini kami tidak mempunyai alatan dan pasukan yang secukupnya bagi merawat isteri awak.
“Please monitor the oxygen level” Awak kena dapatkan nasihat pakar paru-paru mengenai perkara ini dan awak kena bertolak sekarang malam ini juga. Jangan berlengah, silap sikit awak mungkin akan kehilangan isteri. Tuhan jelah tahu bagaimana hati saya bila mendengarkan kata-kata doctor. Badan tiba-tiba jadi lemah, hati celaru dan saya termenung dan jadi bodoh sekejap.
Bagaikan budak kecil saya hanya mengangguk sedangkan fikiran totally blank. Setibanya van ambulan isteri saya di tolak masuk dan saya masih dengar lagi doktor tu dengan tegas mengatakan kepada paramedik “Please monitor the oxygen level” Lemah lutut saya ketika itu. Bagaikan langit nak runtuh ketika itu saya rasakan. Kami tiba di HKl dan dihantar ke wad menjelang tengah malam. Saya cuba menemankan isteri, saya tahu dia memerlukan saya ketika itu.
“baby mana ..baby mana?baby lapar nak susu tu.
Saat itu tubuh isteri saya sangat lemah dan ditambahkan keadaannya yang baru melahirkan. Namun mulutnya sibuk tanyakan “baby mana
..baby mana?baby lapar nak susu tu. Saya hanya mampu menenangkan dgn berkata “baby ok.. baby ok.baby tengah tidur. K.Ngah dah tidurkan baby”. Sambil saya menahan sebak. Jiwa jantan saya sangat lemah ketika itu dan sambil teresak esak saya gengam tangannya dan bisik “anje…apa pun jadi boy nak anje tau,boy sayang sangat kat anje tau”.
Saya gagahkan ucapkan kata2 ini walau saya ini bukan suami yg sering ungkapkan kata2 sayang.
Ini kerana seandainya perkara buruk terjadi…saya nak kalam itu tersemadi bersamanya. Ya Rabb,dugaan apakah ini? Saya jadi takut setiap kali melihat wajah doktor-doktor yang datang memeriksa beliau. kelihatan seperti mereka cuba menyembunyikan sesuatu.
Saya berdoa, Ya Allah, bantulah aku ya Allah, jangan ambil isteri Apabila tengah malam saya diminta untuk meninggalkan wad kerana sudah jauh lewat malam. Saya masih ingat lagi dalam perjalanan pulang saya menaiki kereta semasa itu sambil menangis….berderai-derai airmata. Masa tu saya berdoa pada Allah dan saya masih ingat lagi doa itu sampai sekarang. Saya berdoa, Ya Allah, bantulah aku ya Allah, jangan ambil isteri aku ya Allah. Kasihanilah aku ya Allah. Bagaimana nak aku hadapi ini. Aku tiada daya…aku tiada upaya ya Allah. Aku janji ya Allah, kalaulah dia sembuh, aku berjanji akan menjaga dia sepenuh hati ku.
Aku janji! Aku tidak akan mensia-siakan hidup aku dengan dia walaupun sesaat pun! Dipendekkan cerita, selepas bbrapa hari di HKL isteri saya di pindahkan ke Intitut Rawatan Respiratori Jalan Pahang.di sana beliau di rawat hampir sebulan alhamdulillah akhirnya sembuh sepenuhnya.
Pasangan kita adalah hadiah yang perlu kita pulangkan bila tiba masanya
Selama itu juga setiap petang selepas kerja saya berulang alik ke hospital. Inilah antara memori yang paling tidak dapat saya lupakan sepanjang umur hidup saya. Sahabat-sahabat FB, Jangan sia-siakan pemberian Allah pada kita kerana agak terlambat sekiranya anda ingin berpatah balik. Pasangan kita adalah hadiah yang perlu kita pulangkan bila tiba masanya. Oleh itu pastikan kita melayan dia dengan baik sepanjang umur kita, siapa tahu atas kasih dan rasa syukur kita Allah panjangkan rezeki kita hidup berpasangan dengan dia.
Always treat her/him well and say thank you for being your life partner. Dia mungkin tak hensem
Dia mungkin tak cantik
Dia mungkin tak kaya atau tak sebijak pasangan orang lain Tapi dia itu eksklusif bagi kita dari ALLAH! Dia tu customed made khas dari Rabbul Jalil! Jagalah dia dengan kasih sayang dan penuh ehsan. Always treat her/him well and say thank you for being your life partner. Usahakan apa yang dia suka dan elakkan perkara yg boleh merosakkan hubungan antara suami isteri. Tell her/him how much you love them dan beritahulah betapa berharganya mereka dalam hidup anda!
Sesekali bila terjaga di tengah malam,gengamlah erat tangan mereka yang hangat itu kerana di takuti suatu ketika nanti tangan itu sejuk dan diam membungkam. Syed Umar Mokhtar,
Semoga Allah ampunkan semua dosamu dan beri syurga Firdaus buat dirimu.
kematian mu sangat kami cemburui! Share sekiranya bermanafaat pada yang lain Faizul Ikhwan
Rindu Abam Bocey Inilah kali pertama saya menulis sambil sebak dan bergenang airmata. Semoga mesej saya sampai pada setiap jiwa yang membacanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.