Orang tua-tua selalu cakap, ulat dalam batu pun boleh hidup. Rezekinya pasti ada, tidak akan mati kelaparan walaupun di tempat yang sukar selagi berusaha.

Meskipun begitu, sebagai manusia kita tidak pernah tahu di mana rezeki kita berada. Namun yakinlah rezeki tersebut pasti tahu di mana pemiliknya. Rezeki tidak pernah salah alamat! Cuma kita yang perlu berusaha mencari dengan sabar dan tiba waktunya rezeki akan ‘sampai’.

Begitulah yang cuba ingin digambarkan mengenai rezeki seorang nelayan darat bernama Roslan Yatim Mustapa, 58. Difahamkan sepanjang 30 tahun mencari rezeki dengan menangkap ikan dan inilah kali pertama dia direzekikan ikan baung besar seberat hampir 30kg.

Namun apa yang lebih menarik perhatian, tular kisah berkenaan tangkapan ikan baung besar ini di media sosial  apabila isterinya, Nuraini Adnan,55 menunggang motosikal sambil membawa ikan baung merah tersebut.

 

Memetik laporan di Harian Metro, difahamkan ketika itu, Noraini Adnan dalam perjalanan menjual ikan berkenaan kepada peraih ikan di Kampung Kuala Slim, Perak.

Roslan berkata, video berkenaan dirakam penduduk yang kebetulan terserempak dengan isteri yang dalam perjalanan ke tempat peraih ikan.

Roslan berkata, ikan baung merah yang turut digelar penduduk setempat sebagai ‘serigala merah’ itu mengena tajur yang dipasangnya di Sungai Bernam, baru-baru ini.

IKLAN

Saya menggunakan umpan ikan keli dan tidak menyangka mampu menaikkan baung merah seberat 27 kilogram (kg).

Bawa Ikan Baung Besar Naik Motor, Rezeki Isteri Nelayan Ni Tarik Perhatian!

“Ikan itu dijual dengan harga RM 400 dan wang berkenaan bolehlah dijadikan pendapatan tambahan bagi kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui, dekat sini.

Katanya, dia memasang 30 tajur di sungai terbabit dengan menggunakan umpan ikan keli antara 100 hingga 200 gram.

Katanya, kewujudan ikan baung merah atau ikan pemangsa disedarinya sejak beberapa bulan lalu selepas setiap minggu lebih 10 ikan berkenaan yang bersaiz besar berjaya ditangkap di sungai terbabit.

Bawa Ikan Baung Besar Naik Motor, Rezeki Isteri Nelayan Ni Tarik Perhatian!

IKLAN

“Ia mungkin dibela oleh penternak ikan dan dipercayai terlepas masuk ke dalam sungai akibat kejadian banjir yang berlaku di kawasan tertentu sejak kebelakangan ini.

“Walaupun ia mampu memberi pendapatan sampingan namun saya bimbang ikan atau udang lain di sungai berkenaan akan pupus,” katanya.

Sumber : myMetro

ARTIKEL MENARIK :“Subhanallah Suara Yang Hari-hari Dengar Di Tv..”-Inilah Pemilik Suara Bacaan Doa Azan!

Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!

IKLAN

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Bawa Ikan Baung Besar Naik Motor, Rezeki Isteri Nelayan Ni Tarik Perhatian!

Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI

Bawa Ikan Baung Besar Naik Motor, Rezeki Isteri Nelayan Ni Tarik Perhatian!

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI