Kisah ketulusan dan keteguhan cinta Ahmad Kamal Effendi Kamarudin kepada wanita bernama Dr. Nik Idzni Dalila Nik Mahmud cukup luar biasa. Lelaki ini ikhlas mengahwini seorang wanita yang juga merupakan pejuang kanser buah pinggang tahap 4, dan apa yang menyentuh hati umur isterinya tidak panjang.
Genap pada tarikh ulang tahun pertama perkahwinan mereka iaitu pada 27 Disember 2016 suri hatinya pergi mengadap Ilahi.
Sepanjang tempuh setahun itu, suami ini menyerahkan seluruh jiwa dan raganya menjaga isteri yang kritikal dan kisahnya ini viral dan menjadi bualan wargamaya suatu ketika dahulu.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
6 Tahun, 6 Jambangan Bunga
Tahun ini setelah 7 tahun berlalu dan hasil tinjauan di laman Instagram miliknya, guru Bahasa Inggeris ini didapati masih solo. Bahkan apa yang menarik perhatian adalah setiap kali tibanya tarikh 27 Disember dia tidak pernah lupa untuk meraikan ulang tahun perkahwinannya dengan melawat pusara isteri sambil membawa sejambak bunga simbolik memperingati hari yang begitu istimewa dalam hidupnya.
Kali ini dilihat Kamal Affendi memilih jambangan bunga ros berwarna oren bagi menzahirkan harapannya turut secerah itu untuk menempuh tahun baru tanpa di sisi. Tulisnya lagi, meskipun perasaannya sentiasa dibelenggu rindu dan sayu terhadap arwah isterinya sepanjang 6 tahun ini, namun dia tetap bersyukur perkahwinan mereka genap memasuki 7 tahun.
Coretan daripada seorang lelaki bergelar suami ini menarik juga untuk dikongsikan di sini. Setiap baris ayat dan pandangan yang diberikan, menyenaraikan begitu banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh wanita bergelar isteri.
Semoga perkongsian bermanfaat ini dapat membuka mata lebih ramai lelaki bergelar suami menghargai pengorbanan isteri.
Ini coretannya
Ada orang bagi gambar para suami berdiri menunggu isteri di luar kedai. Lihatlah pengorbanan suami katanya. Ya, aku tahu itu melawak saja, tapi nak sebut tunggu isteri membeli-belah sebagai satu pengorbanan, malu rasanya.
Isteri di Malaysia ini, pengorbanannya tak boleh dihitung. Berkorban diri, emosi, impian, cita-cita, duit, hubungan kekeluargaan. Macam-macam, semata-mata untuk suami dan anak-anak.
Awal-awal perkahwinan, sudah berkorban ikut suami ke mana saja yang suami mahu. Tinggal di rumah mertua, tinggal di negeri orang. Satu pengalaman baru yang sukar namun digagahi juga.
Tentang mengandung dan bersalin, tak perlu ceritalah. Muntah, pening, sakit, itu semua kena hadap seorang diri. Kalau dapat suami yang baik, alhamdulillah, ada juga tolong ringankan kerja-kerja di rumah. Kalau tidak, dalam sarat mengandung itu jugalah kena masak, membasuh, sediakan kelengkapan suami serta jaga anak yang lain. Nak minta suami bawakan ke klinik untuk regular checkup pun belum tentu dapat. Terpaksalah bawa kereta sendiri dalam serba kepayahan.
Suami tak cukup duit nak tampung sara hidup, isteri gadai barang kemas. Tak cukup, isteri pergi cari kerja walaupun cita-cita asalnya mahu jadi surirumah. Anak pun terpaksa dihantar ke nurseri sebab tak ada orang nak jaga.
Suami bila nak berhibur atau nak release tension, boleh keluar main futsal, mengeteh dengan kawan-kawan sampai subuh. Isteri nak buat macam itu? Jangan harap. Kalau stress pun pendam sendiri. Nak berbual dengan suami pun, belum sempat cerita satu bab, suami dah berdengkur.
Itu ini dibuatnya
Kadang-kadang isteri berkorban hobi dan minat sebab nak dahulukan suami. Tengok keadaan ekonomi keluarga, tak apalah bagi suami layan hobi dia dulu. Nak sambung belajar, bagi suami habiskan sambung belajar dulu. Nak minta belikan baju baru pun segan, takut nanti suami tak cukup duit.
Awal pagi, isteri dah siap memasak untuk sarapan dan siapkan anak-anak untuk ke sekolah. Rutin mengemas rumah tak berhenti sampai ke malam. Dah malam nak layan suami pula. Anak terjaga pukul 3 pagi, isteri juga yang kena bangun untuk susukan.
Nak balik raya, isteri yang paling sibuk, tak kiralah balik ke kampung dia atau tidak. Pakaian suami, pakaian anak-anak, semuanya sedia tersusun. Baju raya pertama, baju raya kedua, dah diasingkan siap-siap dalam beg dan bergosok. Dapur dan seluruh rumah habis dikemaskan. Kadang-kadang tak tidur malam 2-3 hari sebelum bergerak balik sebab nak sudahkan kerja.
Pengorbanan isteri itu banyak. Setakat suami nak menunggu lama meneman isteri membeli-belah, aku rasa tak padan. Sakit dia beranak pun kau tak mampu nak balas.
“Alah, emo pula. Melawak sikit pun tak boleh.”
Yalah, melawaklah. Orang perempuan memang selalu jadi bahan lawak dan dilawakkan.
Buat lawak tentang orang perempuan tak pandai bawa kereta, tak pandai side parking, tak pandai isi minyak, bersolek berjam-jam, balik raya bawa satu almari baju, nak cari baju sampai pergi 50 kedai.
Yang paling selalu kena, melawak pasal nak kahwin lagi satu.
Sedarlah, selain isteri kau, ibu kau juga seorang wanita.
Apa perasaan kau kalau orang buat lawak pasal ibu kau tak pandai bawa kereta, tak pandai side parking, atau buat lawak pasal ayah kau nak kawin dua? Ada nampak mummy happy?
Dalam Quran kata, “Ar rijalu qawwamuuna ‘alannisaa'”
Orang lelaki itu pemimpin untuk orang wanita, bukannya bermaksud kau boleh perlakukan dia sesuka hati. Tapi pemimpin dalam erti kata penjaga, caretaker, protecter, pelindung.
Maka apa-apa kekurangan isteri, terima seadanya. Keaiban dan kelemahan dia, suami simpanlah, bukan dijadikan bahan lawak. Tampung mana yang kurang, bantu mana yang dia tak mampu.
Ni cara hargai isteri
Nak buat baik pada isteri bukan dengan belikan cincin, rantai, beg tangan, baju, bunga, coklat dan segala material semata-mata. Bahkan yang perlu suami buat setiap hari ialah jaga hati dan perasaan isteri.
Gembirakan isteri, jadi pendengar yang baik. Isteri ada masalah, suami sama-sama selesaikan. Isteri tengah stress, biar dia luahkan pada suami. Nanti dia meroyan dalam media sosial, kau juga yang bengang.
Apa yang isteri minat, asalkan patuh syariah, suami layankan. Paling tidak pun, jangan dihalang. Tunjuklah yang kau ambil berat. Ini bila dia cerita pasal minat dia, kau leka melayan telefon. Kecewa sungguh rasanya.
Dalam perkahwinan ini, suami isteri ada pengorbanan masing-masing. Apabila masing-masing sudah tunaikan tanggungjawab, hormatilah pasangan kita dan hargai jasa dia dalam memastikan rumahtangga kita harmoni dan kukuh.
sumber : Ahmad Affzan Abudllah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa tak kenal Datuk Chef Wan, seorang Tukang masak terkenal yang cukup mesra orangnya. Namun bukan itu yang ingin diperkatakan. Sebaliknya, sikap prihatin dan penyayangnya membuktikan beliau seorang anak yang menjaga ibunya dengan penuh kasih sayang.
Lihat sahaja di dalam postingnya menerusi laman instagram, tidak pernah jemu dan penat melayan ibunya. Malah ada saja usikan dan gurau mesra bersama ibunya yang mesra dipanggil Che Ani.
Namun, perkongsian terbaru Chef Wan mengejutkan ramai pihak bila mana beliau memberitahu ibunya mempunyai kanser.
Memuat naik berita sedih itu menerusi laman instagramnya, Chef Wan mengakui sebelum ini membawa ibunya, Noraini Abdullah ke sebuah hospital swasta untuk menjalani ujian memmogram.“Saya ke Hospital Gleneagle semalam bawa emak untuk buat memmogram (x-ray untuk bahagian dada) untuk kesan dan diagnos kanser buah dada.
Saya terkejut bila Doktor temui dua ketulan besar dan dah merebak ke bahagian kelenjar limfa (lymph nodes),” tulis Cef Wan.
Menurut Cef Wan lagi, setiap kali dia memandikan dan menyabun badan ibunya, ibunya meminta supaya dia melakukannya secara perlahan-lahan kerana berasa sakit.
“Setelah beberapa hari, saya nak ketahui sama ada kesakitan tersebut adalah ketulan. Jadi saya minta emak baring, saya guna tiga jari dan cuba rasa ketulan tersebut.
“Bila saya tekan jadi lebih dalam, saya dapat rasa satu ketulan bulat yang besar sama ada tisu yang mengeras atau mungkin isi badannya. Saya sangat terkejut,” ceritanya.
Biarpun bukan seorang doktor, Cef Wan mengakui dia banyak membaca artikel tentang kanser buah dada dan ada ketikanya dia turut dijemput ke majlis-majlis kesedaran kanser seluruh negara untuk melakukan demo masakan.
“Hari berikutnya saya terus bawa emak jumpak doktor dan jantung saya gugur mendengar berita yang selalu didengari daripada kawan-kawan, ibu mereka di dalam filem dan sekarang giliran emak pula.
“Doktor mahu saya bawa emak pada Isnin nanti untuk buat CT Scan bagi mendapat maklumat lebih tepat jika kanser tersebut merebak ke bahagian lain pada badannya,” kata Cef Wan.
Walau bagaimanapun, menurut Cef Wan, doktor memberitahu keadaan ibunya mungkin tidak baik memandangkan umurnya dan saiz tumor yang besar tidak membolehkan ibunya untuk melakukan chemotheraphy atau pembedahan.
“Nak buat biopsy pun macam tak ada point sebab tentunya menyakitkan untuk emak kerana tumor tersebut dan membesar. Apa yang boleh dibuat adalah memberikan ubat untuk cuba mengecilkan tumor tersebut.
“Walaupun saya sangat sedih untuk emak dan keluarga, tetapi saya kena kuat untuk menerima cabaran ini dan menghadapi sehingga ke akhirnya.
“Paling penting saya akan menjaga dan merawat emak sebaik mungkin yang saya dapat lakukan, mencurahkan segala kasih sayang dan memberikan ketenangan kepadanya sehingga ke akhir hayatnya.
Cef Wan kemudian turut melahirkan rasa syukur kerana diberi kesempatan oleh Allah untuk menjaga ibunya yang tercinta.
“Dia pasti akan pergi juga. Dalam masa dua minggu, emak akan menyambut usianya yang ke 89 tahun,” tulis Cef Wan yang mengakui dia tidak dapat tidur sepanjang malam.
Sumber: Instagram Chef Wan & Astro Gempak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pastinya dahulu ketika di zaman kanak-kanak, ada antara kita pernah mempunyai hobi mengumpul setem.
Ianya menjadi antara kenangan bermakna dan istimewa untuk diingat hingga kini. Bahkan tidak dinafikan ada nilai yang tinggi buat pengumpul setem, ada harganya.
Pun begitu, bila masa terus berlalu ada juga yang beralih hobi dengan mengumpul emas sebagai koleksi bahkan hingga ada yang ‘ketagihan’. Nyata cara ini turut memberi nilai dan kenangannya yang tersendiri.
Untuk itu, bagi yang baru ingin mencuba ‘hobi’ baharu ini, jom baca perkongsian daripada Dr Azizul Azli Ahmad ini.
MENYIMPAN EMAS WAKTU GAWAT
Jika kita seorang yang boros, simpanan terbaik untuk anda adalah jenis simpanan yang jenis paksa diri.
Simpanan paksa diri pun kena simpan dalam bentuk yang susah untuk bocor atau ditunaikan.
Semakin banyak tunai kita, makin mudah kita ambil dan belanja. Ada orang tukar tunai menjadi rumah, tanah atau emas berharga.
Sebab bagi orang yang boros, selalunya simpanan mereka pastinya mudah bocor.
Simpan, simpan kemudian tekan balik untuk keluarkan dan akhirnya simpanan memang tak lekat kemana mana.
Jadi simpanan yang terbaik untuk mereka adalah simpanan emas sebab emas memang susah untuk bocor.
Selalunya yang boros ni bila mula dengan simpanan emas pastinya simpanan mereka lekat dan pastinya bertambah setiap bulan.
Beli emas ini cuma satu masalahnya, ia akan jadi ketagihan. Bila dah beli, rasa nak beli lagi buat koleksi. Rasa susah nak berhenti.
Ia satu ketagihan, tak percaya boleh cuba.
Dengan emas, kita tak akan menjualnya semata-mata hanya untuk menukar sport rim atau shopping jubah atau tudung.
Kita hanya akan jual atau pajak emas kita bila betul-betul terdesak sahaja.
Nak simpan emas ni pun kita wajib tahu emas yang bagaimana kita nak simpan.
Dari emas tukarkan iainya menjadi sebagai deposit rumah, baru la si gadis terpikat dengan teruna yang ada wawasan dan si teruna pulak tergoda dengan gadis yang bijaksana.
Satu lagi, gegadis sangat suka dengan emas ini. Bila mereka tanya apa pelaburan kita.
“Saya sedang himpun emas untuk hantaran kita hidup bersama nanti”.
Mereka tentu ‘cepat lemas’ bila dengar jawapan kita.
Kawan kawan,
Syarikat emas terkemuka negara telah melancarkan edisi terbaru COVID-19 yang mana meningatkan kita tentang kerja keras fronliner dan semua penduduk dunia.
Pandemik ini memberikan kesan yang besar kepada penduduk dunia kerana terpaksa menjalani tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dan berhari raya pada tahun ini dalam suasana pkp.
Orang kumpul setem buat kenagan, kita kumpul emas.
Semoga ini dapat di jadikan kenangan yang dapat kita ceritakan kepada anak-anak kita tentang pentingnya penjagaan kesihatan dan penjarakan sosial .
Sesuai dijadikan kenangan bagi menghargai jasa barisan hadapan & lagi best kalau hadiahkan pada mereka.
Belajarlah beli dan himpun emas kawan kawan. Himpun aset dan kenangan, bukan himpun hutang.