Paling asyik dapat menikmati kek keju yang dihasilkan sendiri. Tentu kepuasannya cukup luar biasa. Pun begitu perasan atau tidak, bila kita menyediakan bahan-bahan untuk membuat kek keju bukan mudah untuk mengeluarkan keju daripada bungkusannya.
Puas dipicit-picit namun tidak juga dapat dikeluarkan semua keju dan apa yang lebih rugi jika tertinggal banyak lebihan di dalam plastik pembungkus.
Berkongsi tentang tip atau cara betul untuk mengeluarkan keju daripada bungkusannya, @alisyasuez berkongsi info di aplikasi Tik Tok untuk manfaat bersama.
Cara Betul Keluarkan Keju
Langkah 1 : Gunting di kiri dan kanan bungkusan.
Langkah 2 : Kemudian gunting melintang plastik pembungkus.
Langkah 3 : Tanggalkan dengan mudah pembalut dan keju dengan mudah boleh dimasukkan ke dalam bekas pengadun. Sedikit pun tiada kesan keju tertinggal pada bungkusan.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Umumnya bila seseorang diuji dengan kehilangan sesuatu yang disayangi dalam diri mereka, seakan hampir sukar untuk menghadapi semua itu dengan begitu tenang dan sabar walau hakikatnya kita sendiri tahu ujian itu juga adalah tanda rahmat Allah buat kita.
Untuk itu, dalam mendidik diri dan hati untuk menerima sebuah kehilangan, Dr Maza berkongsi doa indah untuk sama-sama kita amati dan fahaminya. Ini perkongsiannya.
KURNIA ALLAH ATAS KEHILANGAN SESUATU
Kurniaan Allah kepada seseorang itu bukan hanya dalam bentuk pemberian, tetapi mungkin juga dalam bentuk menghilangkan sesuatu. Kadang-kala kita memiliki sesuatu ataupun seseorang yang kita rasakan satu kebaikan namun Allah mengetahui ia tidak baik untuk dunia ataupun akhirat kita, lantas Allah menghilangkannya dari kita.
Kita sangka ia satu kehilangan tetapi ia sebenarnya satu kurniaan Allah kepada kita untuk menyelamatkan kita. Kehilangan harta tertentu, kawan dan kekasih bukanlah semestinya satu keburukan, bahkan satu nikmat yang akan dapat difahami apabila kita melihatnya dari jendela hikmah dan rahmat Allah.
Nabi Nuh a.s. kehilangan anak dan isterinya yang derhaka lagi memusuhi dakwahnya. Demikan Nabi Lut kehilangan isterinya yang memusuhinya. Kesemua itu kurniaan Allah buat mereka agar mereka berlepas diri dari golongan yang tidak seiras bahkan menjadi musuh kepada agenda dakwah mereka, yang memburukkan persepsi dan merosakkan sanubari.
Penyakit apabila lama ia bersarang, kita merasa biasa. Demikian juga kadang harta ataupun manusia yang boleh membawa musibah kepada dunia dan akhirat kita apabila lama kita bersama dan bergaul dengan mereka. Lalu kita mula selesa dengan keburukannya.
Kehilangan harta ataupun manusia tertentu mungkin satu kurniaan Tuhan sepertimana Tuhan menghilangkan penyakit tertentu dari kita.
Apabila kita sentiasa beristikharah, berdoa dan bermunajat kepada Allah dalam setiap urusan, maka kita tidak akan kecewa atas apa kehilangan sekalipun. Kita tahu Allah mempunyai agenda rahmatNYA untuk kita. Sebaliknya kita akan mensyukuri sesuatu kehilangan, bahkan menikmatinya dengan penuh kemanisan iman dan melihat cinta Allah seluas ufuk timur dan barat.
Apabila kita meminta dari Allah sesuatu, lalu DIA memberinya kemudian menghilangkannya, maka kita tahu itu ada hikmatNYA. Dia mungkin mahu kita pelajari sesuatu, ataupun alami sesuatu dan kemudian setelah kita mendapat iktibar maka DIA pun menentukan agenda rahmatNYA yang seterus.
Maka doa yang indah yang diajar dan disuruh oleh Al-Quran dalam Surah al-Isra ayat 80:
رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
Maksudnya: Wahai Tuhanku masukkanlah daku kepada tempat masuk yang benar (baik dan mulia) dan keluarkan daku tempat keluar yang benar (baik dan mulia) dan jadikan bagiku dari sisiMU kekuasaan (hujah) yang memenangkan.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Melihat kemusnahan dan penderitaan mangsa banjir dengan mata sendiri nyata cukup menyentap naluri pelakon, Datuk Fizz Fairuz.
Dalam satu perkongsian baru-baru ini, Fizz Fairus bersama- sama menjayakan misi kemanusiaan membantu mangsa banjir bersama badan bukan kerajaan, Ikhlas.com di beberapa lokasi di Pantai Timur terutama Pahang sekitar seminggu lalu.
Namun apa yang menyedihkan, bantuan itu tidak dapat diteruskan lagi buat sementera waktu saat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kembali berkuat kuasa ketika ini.
Sebagai anak jati kelahiran Raub, Pahang, suami kepada Almy Nadia itu berkata misi disertainya turut membuatkan dirinya tersentuh.
“Ada rumah yang kami hulurkan bantuan dan melakukan aktiviti pembersihan terdiri daripada mereka yang sudah berusia. Ada yang dilihat bagai sudah tak berdaya namun tetap kuat mengharungi ujian berkenaan
“Sekarang kalau sudah PKP menyukar dan membataskan pergerakan termasuk nak rentas negeri pun tak boleh. Kalau sebelum PKP ada anak mangsa atau orang muda yang boleh tolong jadi sukarelawan.
“Sekarang ini saya tak dapat bayangkan nasib mangsa banjir terutama golongan tua nak terus berdepan kesulitan itu. Yang boleh bantu pun sekitar jarak 10 kilometer. Sedih yang sukar digambarkan,” katanya.
Menurut pelakon drama Kampung People itu lagi, ada ura ura pada pertengahan bulan ini akan ada lagi gelombang kedua air pasang besar
“Saya bukan meminta minta air pasang itu kembali semula. Cuma harap ia sekadar ura ura. Kesan banjir baru baru ini pun belum sempat pulih, bagaimana pula nak berdepan gelombang kedua jika ia benar benar terjadi.
“Terutama mereka yang berusia tinggal di kawasan perkampungan dekat dengan sungai,” katanya.
Kata Fizz atau nama sebenarnya, Fairuz Zainal Abidin berkata misi kali ini sempat memanjangkan bantuan ke empat lokasi di Raub, Benta, Chenor dan Maran.
“Kawasan di Benta antara yang saya boleh katakan kronik dan teruk terkesan dek banjir melanda. Bayangkan kejadian sekitar 50 tahun lalu berlaku balik kali ini di Benta.
“Kalau sebelum ini banjir hanya dilihat menenggelamkan paras anak tangga rumah. Kejadian kali ini mengulangi insiden 50 tahun lalu apabila rumah tenggelam sampai paras bumbung.
“Ada rumah yang kami jejak biliknya yang dipenuhi pelbagai barangan keperluan dan segala macam barang, sampai nak buka pintu pun susah. Kena kopak pintu sebab barang yang awalnya ditelenggami air mula jadi tunggang langgang. Almari terbalik, kotak lunyai dan macam macam lagi,” katanya.
Fizz turut memaklumkan yang dia turut sempat ke rumah sepupunya yang sudah jatuh ditimpa tangga di Raub.
“Belum reda masalah banjir, rumah sepupu pula terbakar. Begitu besar dugaan hidup ini,” katanya.
Fizz turut memaklumkan yang pihak misi bantuan memanjat kesyukuran kerana menerima sumbangan makanan, peralatan penting dan sebagainya daripada badan bukan kerajaan lain dan perseorangan.
“Cuma ada satu tahap situasi sumbangan barangan makanan sampai lebih dan terlalu banyak. Rezeki yang tak disangka sangka.
“Tapi ada rumah yang terkesan sampai nak letak barang makanan pun susah. Makanan memang penting, tapi jadi masalah nak letak makanan di rumah yang berdepan tempias teruk banjir,” katanya.
Sebelum ini Fizz sendiri bersama isterinya, Datin Almy Nadia menyerahkan bantuan berupa tilam, selimaut dan bantuan kepada penduduk yang terjejas banjir.
“Memang sedih bila tengok keadaan mangsa banjir. Ada yang nak masuk rumah kena korek tanah dulu,”ujar Fizz yang menyeru orang ramai untuk sama-sama membantu mangsa banjir yang memerlukan.
Batuk berpanjangan bukan sekadar masalah biasa. Kenali tanda awal penyakit Tibi, cara jangkitan merebak dan kepentingan saringan awal demi melindungi keluarga.