Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Tular di media sosial seorang graduan terbaik Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dipilih untuk memberikan ucapan telah menambah ‘seri’ di penghujung kata-katanya.
Pelajar berkenaan, Kristy Samunting difahamkan terpilih menerima Anugerah Pelajaran Diraja pada Majlis Konvokesyen UMS kali ke-24 dan terpilih untuk memberikan ucapan pada hari tersebut.
Ads
Seperti pelajar yang lain, Kristy yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sastera pada mulanya menzahirkan rasa syukur serta memberi kata-kata semangat kepada graduan lain yang berada di dalam dewan.
Namun apabila menghampiri kata-kata akhir, Kristy membuat kejutan kepada semua pihak dengan menyanyikan serangkap lagu Shila Amzah bertajuk Memori Tercipta membuatkan ramai yang terpesona dengan suaranya.
Momen indah itu dapat ditangkap semasa siaran langsung Majlis Konvokesyen UMS yang disiarkan di laman Facebook UMS pada minit kira-kira 02:41:37.
“Saya mengakhiri ucapan saya, bukan dengan serangkap pantun tetapi dengan serangkap lagu.
Ads
“Mungkin di sini kita kan terpisah, kenangan bersama takkan ku lupa..” nyanyi Kristy mengakhiri ucapannya
Tindaknnya itu berjaya menyentuh hati para graduan di mana detik-detik indah mungkin terbayang di saat Kristy menyanyi rangkap lagu yang membawa seribu maksud, ditambah dengan bunyi latar belakang yang didendangkan.
Kristy merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) dan merupakan pelajar pertama ASTiF yang menerima anugerah istimewa itu.
Memetik Awani, Kristy terkejut dirinya diberi anugerah tersebut kerana kebiasaannya ia akan disandang oleh pelajar dalam bidang sains, kejuruteraan, ekonomi, akaun dan sebagainya.
“Saya mahu buktikan kepada orang ramai, walaupun mengambil seni muzik bukan bermakna hanya mampu menjadi artis sahaja, namun ada lebih banyak cabang lagi kita mampu lakukan dalam dunia seni ini,” katanya memetik Awani.
Ads
Kristy merupakan anak bongsu daripada lima orang adik-beradik dan berbangsa Kadazandusun.
A to Z tentang pengurusan anak, semua isteri yg buat dari dia baby sampailah anak tu besar…kita yg jadi suami, terus serah bulat2 tanggungjawab membesarkan, mendidik dan membimbing tu atas bahu isteri…
“Tgok anak jadi mcm tu sbb cara awk salah dlm membesarkan dia…”
Isteri salah sbb anak nakal…isteri salah sbb anak hyper…isteri salah sbb anak kurang pandai…isteri salah sbb anak out of control…
Then, what is your function as a dad? Where and when you need to act as a dad?
Bukan bila dia dah besar, bru kita nak marah2 dia…bukan bila dia dah besar, bru kita nak tangan2kan dia…bukan bila dia dah besar, baru kita nak dekati dia…
PERANAN AYAH
Fungsi ayah tu sejak anak dilahirkan…
Dari situ kita dah kena bersama2 isteri utk membesarkan dan menguruskan anak…
Ini tak, suruh basuh berak pun dah marah2…suruh ajar anak keje sekolah, kita kata sibuk…suruh main dgn anak, suruh layan anak, buat la sejam…pastu xtahan, xnak dah, xbleh dah, terus pass kat isteri…
Ya, kita sibuk cari rezeki…ya, kita kluar bekerja…ya, kita balik rumah dah mlm…ya, kita letih dan penat…
Tapi itu anak kita dan kita perlu utk mendidik dan membimbingnya…ianya lebih dr sekadar menyediakan kewangan dan keperluan utk anak tersebut…suami perlu bersama isteri dlm soal menjaga, membesarkan dan mendidik anak dari dia kecil sehinggalah dia besar…
Jadi suami ni, jgn hanya tahu utk buat anak, tahulah sekali utk menjaga dan menguruskan anak…
Rupanya 5 Tabiat Ni Punca Aircond Kereta Cepat Rosak. Nombor 3 Ramai Yang Buat!
Mungkin ramai antara kita akan berasa pening kepala jika mengalami situasi aircond kereta rosak. Tentu menyebabkan kita merasa tidak selesa.
Sebenarnya terdapat beberapa tabiat mudah yang sering dilakukan pemandu dan tanpa sedar menyebabkan aircond cepat rosak. Ketahuinya dalam artikel ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
1. BIARKAN KABIN TERLALU BERSEPAH
Ketahuilah jika anda membiarkan sampah dan kotoran bersepah dalam kabin, ia bukan sahaja menyebabkan kenderaan anda nampak bersepah malah debu juga boleh melekat secara berterusan.
Faktor ini memberi kesan kepada aircond kerana debu dan habuk yang terhasil akan masuk dan keluar dari penapis aircond sekali gus membuatkan komponen itu mudah untuk rosak.
2. BUKA TINGKAP SEMASA AIRCOND TERPASANG
Antara kebiasaan yang sering kita buat adalah membuka tingkap kereta terlalu lama biarpun ketika itu aircond masih terpasang. Tindakan ini menyebabkan kompresor terpaksa beroperasi lebih dari biasa untuk mendapatkan suhu yang ideal, padahal tanpa sedar kita sedang membuka ruang yang sangat besar. Jika berlarutan, tidak mustahil aircond dalam kenderaan anda mudah dan cepat rosak.
3. TUTUP ENJIN SECARA MENGEJUT
Sebelum tutup enjin, sila tutup aircond terlebih dahulu. Jika tidak, semasa mahu hidupkan enjin, aircond terpaksa bekerja secara automatik. Anda perlu tahu bahawa bateri antara terbeban untuk beroperasi semasa enjin dihidupkan.
Disebabkan prestasi bateri tidak begitu maksimum, arus elektrik yang terhasil akan jadi kurang stabil dan perkara ini seterusnya mempengaruhi pengaliran elektrik bagi aircond.
4. MER0K0K SESUKA HATI
Jangan biasanya diri untuk merokok sesuka hati termasuk semasa berada dalam kenderaan. Ini kerana asap serta debu dari r0 k0k tembus ke bahagian penapis udara dan pengaliran tersebut menyebabkan penapis jadi cepat kotor kerana habuk. Akibatnya, tahap kesejukan aircond dalam kenderaan menjadi tidak optimum.
5. GUNA PEWANGI YANG KURANG SESUAI
Pewangi jenis gel boleh berubah kepada gas dan berwap. Misalnya apabila terkena suhu sejuk, wap tersebut berubah kembali kepada bentuk gel dan boleh menghalang evaporator atau cooling coil dalam aircond. Sehubungan itu, anda digalakkan untuk menggunakan pewangi yang bersifat cecair untuk mengelakkan perkara tersebut.
Cuba semak, bagaimana kita merangsang anak bercakap lepas dilahirkan. Nampak mudahkan, tetapi sebenarnya jika salah pendekatan, boleh menjejaskan pertuturan anak. Inilah yang dikatakan speech delay. Ikuti penjelasan selanjutnya oleh Puan FB Maryam Jamadi,Pediatric Occupational Therapist mengenai hal ini. Walaupun anak sudah besar, info ini berguna untuk kehamilan seterusnya.
MERANGSANG PERCAKAPAN ANAK DARI SELEPAS LAHIR
“Saya tak pernah ajar anak saya bunyi binatang, kalau nampak kucing cakap terus “kucing” bukan “meow meow”
Teringat saya ada seorang ibu yang mempunyai anak lewat bercakap (speech delay) kata begitu. Saya cuma mampu membebel dalam hati sahaja ?
Mak ayah perlu ingat, setiap skil yang dipelajari anak ada tahapnya, sama juga seperti skil motor kasar mula-mula meniarap, merangkak, duduk, berdiri, selepas itu baru berjalan. Dalam skil bahasa pun sama, bukan tiba-tiba anak akan pandai cakap ‘kucing”, “mama”, atau “papa”. Jika kita terus ajar perkataan yang compleks, kadang-kadang ia terlampau susah untuk anak belajar terutamanya anak yang mengalami masalah kelewatan perkembangan bahasa.
Bagi anak yang berumur bawah setahun, saya pecahkan kepada 3 tahap umur. Pastikan anak belajar mengikut tahap,
TAHAP 1 (0 HINGGA 3 BULAN)
1. Senyum 2. Buat bunyi “aaaa”, ‘eeee”.. 3. Senyap atau senyum setiap kali kita bercakap dengannya. 4. Mengenal suara orang tersayang (mak atau ayah). 5. Suara menangis yang berbeza mengikut keperluannya.
Tips: – Banyakkan berbual dengan jarak yang dekat serta pandang mata (eye contact) sebab masa ini pandangan mereka masih lagi kabur-kabur. – Belai-belai dan kerapkan mengurut bayi selepas mandi. – Sikat dan usap rambut sambil menyusu. – Beli mainan yang ada bunyi dan rangsang anak untuk melihat ke arah bunyi. – Bagi anak yang menyusu badan, biarkan 10 saat anak merengek sebelum menyusu supaya dia tahu kepentingan komunikasi (secara menangis) untuk dapat apa yang dikehendaki. – Kerap menyanyi bersama bayi, buka mulut besar-besar sambil menyanyi, tak payah sopan-sopan sangat supaya anak boleh lihat dengan jelas yang nak berkomunikasi perlu buka mulut .
TAHAP 2 (3 HINGGA 6 BULAN)
1. Ketawa, mengeluarkan bunyi semasa bermain. 2. Berbual dengan mak ayah menggunakan bahasa “alien” ? 3. Pandai menunjukkan reaksi dan suara suka atau tidak suka (menjerit). 4. Respon dan pandang ke arah bunyi. 5. Kenal mainan yang mengeluarkan bunyi. 6. Fokus terhadap bunyi muzik.
Tips: – Kerap ketawa bersama bayi. – Kerap berbual dengan bayi. Bila anak sedang bercakap bahasa “alien”, angguk mengiyakan konon-konon faham. Selepas itu cakap lagi, angguk geleng-geleng lagi. (Supaya anak belajar tunggu giliran untuk bercakap). – Banyakkan bagi rangsangan bunyi, panggil nama anak dari arah yang berbeza. – Tunjuk barang atau binatang sambil sebut nama (walaupun orang dulu-dulu tak bagi tunjuk-tunjuk guna jari telunjuk, buat jugak ?). Tunjuk guna jari penting sebab tahap ini anak belum pandai fokus lagi. – Menyanyi sambil tepuk tangan.
TAHAP 3 (6 BULAN HINGGA 12 BULAN) 1. Cuba untuk mengikut bunyi mudah. 2. Menyebut “bababa”, “mamamama” seperti panggilan mak ayah tetapi masih lagi belum spesifik. 3. Memahami arahan mudah seperti “datang sini”. 4. Mengenal beberapa barang kebiasaan seperti susu. 5. Pergi ke arah bunyi. 6. Menggabungkan bunyi vokal dan konsonan (dadada, nananna, tatatata) 7. Menyebut perkataan pertama seperti “bye- bye”, “hai” atau “mama”.
Tips: – Minta anak lihat mulut kita sambil sebut nama benda. – Ulang-ulang dan ulang. – Jangan cakap terlampau laju, anak tak dapat tangkap. Panjangkan setiap suku kata. – Elakkan menyebut suku kata depan panjang, atau belakang panjang atau sebaliknya untuk mengelakkan anak sebut perkataan separuh-separuh. Perlu sama panjang suku kata depan dan belakang. – Belajar bercakap sambil bermain adalah teknik terbaik. – Ajar anak minum air guna straw seawal umur 6 bulan (untuk kekuatan oral motor). – Ajar “flying kiss” bersama dengan gerakan mulut dan tangan. -Kerap membersihkan dalam mulut bayi, sama ada guna kain lembab atau berus gigi bayi yang lembut. – Beri arahan sambil guna pergerakan badan. – Sama-sama ikut anak bercakap seorang diri “tatatata” atau “nananana” sebagai tanda kita berminat untuk mendengar. – Tepuk tangan dan senyum setiap kali anak berjaya sebut. – Ajar bunyi-bunyi binatang sambil tunjuk ke arah binatang contohnya “Ini kucing, bunyi kucing “meoww””. – Abaikan hp semasa anak sedang bercakap, kerapkan mendengar dan melayan. – Banyakkan rangsangan deria rasa makanan, seeloknya buah dan sayur yang pelbagai. – Jika ada perkataan yang anak salah sebut atau susah sebut. Jangan marah atau salahkan anak, tetapi ulang semula. – Jangan cakap pelat dengan anak
Point paling penting dalam merangsang percakapan anak adalah ELAKKAN GANGGUAN GADGET ATAU TELEVISYEN, banyakkan masa bercakap dengan anak.
Ada yang mengadu dengan saya,
Client: “Anak saya speech delay, tapi saya selalu bercakap dengan dia”.
Saya: “Berapa jam buka tv dan gadget di rumah?”
Client: “Memang kerap buka, tapi anak saya tak tengok pun tv”.
Jadi mana silapnya? Anak bawah umur 1 tahun memang akan menyerap segala bentuk rangsangan yang ada terutamanya bunyi sebab bunyi ada dimana-mana. Walaupun kita kerap bercakap dengan mereka, tapi dengan ada ‘background” tv walaupun mereka tak tengok tetap dikira gangguan menyebabkan anak jadi susah untuk fokus bunyi mana yang sepatutnya didengar dan bunyi yang patut dibiarkan (auditory filtering). Perkembangan skill menapis bunyi sangat penting semasa ini.
Sudah ada kajian pada awal tahun 2018 terhadap kesan penggunaan gadget terhadap 900 bayi 6 bulan hingga 2 tahun, hasilnya memang terbukti penggunaan gadget boleh meningkatkan risiko masalah lewat bercakap. Setiap 30 minit terdedah dengan gadget meningkatkan 49% risiko lewat bercakap (expressive speech delay).
Dalam menjayakan setiap tahap ini memerlukan kerjasama semua 7 komponen sensori, kalau salah satu komponen sensori yang terlebih atau terkurang akan menyebabkan anak mengalami kecelaruan sensori. Sebab itu dalam tips di atas ada saya masukkan kerap mengurut bayi dan sebagainya ?
Selalunya anak yang lewat bercakap memang akan ada masalah kecelaruan sensori, jadi disarankan mak ayah untuk berjumpa occupational therapist (OT) untuk penilaian sensori supaya rawatan yang bersesuaian dapat dilakukan secepat mungkin.
Terima kasih, semoga bermanfaat dan silakan SHARE dan tag supaya info ini sampai kepada yang memerlukan.
Sumber: FB Maryam Jamadi Pediatric Occupational Therapist BEYOND Home Therapy
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.