Bagi yang menonton rancangan The Chosen One tahun lalu, pasti korang menyaksikan perjalanan Amir Sisi yang merupakan salah seorang peserta program tersebut.
Amir juga telah di nobat sebagai pemenang The Chosen One bagi musim pertama.
Apa yang unik mengenai kawan kita ini, bukan sahaja memiliki suara yang sedap tetapi sifat yang bersahaja.
Ads
Inilah yang memikat hati ramai peminat sehingga menjadi viral di platform Tiktok bukan sahaj di Malaysia tetapi juga Indonesia.
Kalau korang nak tahu, Amir ini merupakan Orang Asli dari suku kaum Temiar. Bakatnya mula di cungkil oleh guru sekolah Amir.
Ads
Lagu nyanyiannya yang digilai ramai adalah Tiara yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Kris.
Ads
Terbaharu, Amir telah pun melancarkan sebuah lagu berjudul Ayah Ibu.
Kasih ibu bapa itu tidak pernah terhad pada pertalian darah. Hadirnya anak dalam sesebuah keluarga adalah amanah, rezeki dan pelengkap kehidupan yang perlu dijaga dengan penuh tanggungjawab.
Begitulah juga kisah pelakon terkenal, Datuk Adi Putra dan isterinya, Datin Aida Yusof yang cekal membesarkan anak angkat mereka, Zara Adelia, meskipun si anak berdepan masalah pendengaran dan pertuturan sejak kecil.
Adi atau nama sebenarnya Mohd Hadi Putera Halim mendedahkan bahawa dia menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan Zara Adelia. Perkara itu dilakukan bagi memastikan hubungan antara ayah dan anak terus akrab walaupun cara komunikasi mereka berbeza daripada kebiasaan.
Dalam temu ramah bersama Berita Harian Singapura, Adi Putra berkongsi bahawa dia mula berinteraksi dengan anak angkatnya itu sejak Adelia berusia empat tahun. Keadaan tersebut susulan masalah pendengaran yang dialami Adelia sejak berusia enam bulan.
Menurut Adi Putra, penggunaan bahasa isyarat bukan sahaja membantu komunikasi harian, malah mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan mereka. Sebagai seorang bapa, dia mahu anaknya sentiasa merasa dihargai dan difahami.
Kini meningkat usia remaja, Adelia sedang bersekolah di sekolah khas SMK Dato Ibrahim Yaacob di Kuala Lumpur. Sebagai ibu bapa, Adi dan Aida terus memberi perhatian penuh terhadap perkembangan anak istimewa mereka itu.
Selain Adelia, pasangan ini turut mempunyai seorang lagi anak angkat bernama Az Zahra yang bersekolah di Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Biarpun jadual harian Adi Putra cukup padat sebagai pelakon, selain turut menguruskan perniagaan umrah dan haji, dia tetap berusaha meluangkan masa bersama keluarga. Lebih-lebih lagi apabila Az Zahra hanya pulang ke rumah pada hujung minggu kerana menuntut di sekolah berasrama.
Sementara itu, Aida yang juga bertindak sebagai pengurus Adi menjelaskan bahawa hubungan dengan keluarga kandung anak-anak angkat mereka terbatas atas faktor peribadi. Dalam hal ini, pasangan tersebut memilih untuk menghormati keputusan dan batasan semua pihak.
“Walaupun kami tidak dikurniakan anak kandung, Alhamdulillah Allah tetap memberikan yang terbaik buat kami sekeluarga,” kata Aida.
Kata-kata itu cukup menggambarkan rasa syukur pasangan ini terhadap aturan Allah SWT. Bagi mereka, kehadiran anak-anak angkat adalah rezeki yang sangat bermakna, malah menjadi penyeri dalam rumah tangga.
Dalam masa sama, Adi Putra memilih untuk menjaga privasi anak-anaknya. Dia mahu mereka memberi fokus kepada pendidikan serta pembentukan diri terlebih dahulu, jauh daripada perhatian berlebihan masyarakat.
Untuk rekod, Adi Putra dan Aida mendirikan rumah tangga pada 14 April 2006. Pasangan ini pernah berpisah selama setahun pada 2017 sebelum kembali berkahwin semula pada 2018.
Kisah keluarga Adi Putra ini memberi inspirasi bahawa kasih sayang ibu bapa bukan hanya terletak pada ikatan darah. Apa yang lebih penting ialah keikhlasan, kesabaran dan usaha untuk membesarkan anak-anak dengan penuh kasih.
Bagi ibu bapa yang turut membesarkan anak istimewa, kisah ini menjadi penguat semangat bahawa setiap anak hadir dengan kelebihan tersendiri. Mungkin cara mereka berkomunikasi berbeza, namun kasih sayang yang diberikan tetap sampai ke hati.
Kisah Adi Putra dan keluarganya turut membuka mata masyarakat bahawa anak istimewa memerlukan perhatian, kasih sayang dan sokongan yang berterusan daripada keluarga. Sikap sabar serta usaha mempelajari bahasa isyarat membuktikan kasih seorang ayah tidak pernah terbatas.
Dalam dunia serba moden hari ini, kisah seperti ini memberi inspirasi kepada ramai ibu bapa untuk lebih memahami keperluan anak-anak, termasuk mereka yang mempunyai cabaran komunikasi dan pembelajaran.
Penampilan baharu Fazura sekali lagi menarik perhatian ramai apabila kerap mengenakan hijab dalam setiap gambar yang dimuat naik menerusi media sosial.
Akhirnya persoalan orang ramai terjawab apabila suami kepada aktres itu iaitu pelakon Fattah Amin mengesahkan bahawa isterinya kini sudah berhijab sepenuhnya.
Menurut Fattah atau nama sebenarna Abdul Fattah Mohd Amin,31, dia bersyukur doa untuk melihat isterinya berubah ke arah menjadi muslimah lebih baik termakbul.
“Sebagai seorang suami saya rasa bersyukur kerana itu apa yang saya doakan selama ini.
“Alhamdulillah, Fazura pun dah bertudung sekarang ni,” ujarnya lagi.
Berkongsi perkembangan anak perempuannya Nur Fatima Aisya, jelas Fattah sebagi ibu bapa yang masih muda dan belum banyak pemngalaman, jadi setiap kali anak meragam, mereka tidak senang duduk dan bimbang. Lebih-lebih lagi, jika terdengar bayi itu menangis.
Malah, jelas Fattah dalam situasi sekarang tidak membolehkan mereka membawa keluar Fatima berjalan-jalan. Namun, Fattah berharap akan membawa anaknya itu melawat zoo apabila pandemik ini berakhir.
“Saya teringin nak bawa dia ke zoo kerana sekarang ni saya hanya bacakan buku tentang haiwan kepada Fatima.
“Rasa kesian apabila dia sendiri tak dapat tengok dan kenal haiwan-haiwan tersebut secara langsung dan hanya melihat mereka melalui televisyen,” ujarnya.
Sementara itu, dalam perkongsian menerusi laman instagramnya, Fazura memuat naik bait-bait kata mengharapkan tiada pihak yang mensensasikan soal ibadah, hijab dan hijrah. Tanpa menujukan kepada sesiapa atau berkaitan soalnya berhijab kini, perkongsian Fazura mendapat perhatian ramai.
Rata-rata mengucapkan tahniah atas perhijrahannya dan memberikan kata-kata positif dan mendoakan yang terbaik buat ibu Fatima yang kian berseri dan manis bertudung.
Masa selalunya berlalu dengan pantas. Tanpa kita sedar, masa akan terus meninggalkan kita dengan sia-sia. Justeru itu, kehidupan ini perlu diberi perancangan sebaiknya agar kehidupan yang dilalui semakin hari semakin bertambah sempurna.
Begitu juga dalam hal perancangan kerjaya mahupun kewangan peribadi untuk masa depan yang lebih baik dan sempurna. Semuanya perlukan perancangan yang rapi.
Buat penyanyi Black Hanifah pula siapa sangka dalam diam-diam rupanya kini sedang sibuk menyiapkan villa impiannya yang terletak di Pulau Langkawi.
Difahamkan melalui perkongsiannya bersama Utusan Malaysia, dikatakan tercetusnya idea ini pada bulan Oktober tahun lalu dan kini setelah 3 bulan proses pembinaan dilakukan, penyanyi berusia 35 tahun ini seakan sudah boleh tersenyum bangga melihat hasil usahanya menyiapkan villa telah tersergam indah di depan mata.
“Idea tercetus tahun lalu selepas kita memasuki fasa peralihan ke endemik. Saya memang ada perniagaan rumah sewa di sini (Langkawi), jadi terfikir pula hendak menambah aset dan mengembangkan lagi pendapatan.
“Itu yang timbul idea untuk bina villa pula, tetapi boleh diinap oleh pelancong yang berkunjung ke sini.
“Saya bina villa ini bersama mereka, berulang-alik dari Kuala Lumpur memandu sendiri kereta membawa barang binaan. Apa yang boleh dikatakan, saya puas dengan hasilnya hari ini,” katanya.
Black berkata, villa Rindu D’Villa Langkawi itu sudah mula dibuka tempahan untuk Mac ini yang dijami mengikut harga pasaran semasa pulau peranginan terbabit.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
ARTIKEL MENARIK
“Insya-Allah, harga mampu inap dan ikut pasaran di sini. Apa yang menjadi keutamaan saya ialah keselesaan pengunjung kami nanti.
“Villa ini ada empat bilik tidur yang dilengkapi dengan bilik air, ruang tamu, dapur dan kolam mandi peribadi serta boleh memuatkan sehingga 10 tetamu,” ujarnya.
Malah, penyanyi lagu Hanyut itu turut mempunyai perancangan bagi menambah villa di sekitar lokasi sama sebagai pelaburan dan aset untuk masa depan isteri dan anak-anaknya.
“Punca pendapatan utama saya masih lagi menyanyi dan syukur terus relevan sehingga kini. Bagaimanapun, saya terfikir sekarang kena siap sedia kumpul aset untuk jaminan jangka masa panjang.
“Villa itu saya namakan sempena nama anak. Saya bercita-cita selepas ini akan bina projek perhotelan pula di Langkawi,” kongsinya lagi.
Difahamkan, villa di Kampung Bukit Lembu, Kedawang itu menggunakan konsep lantai ‘glow in the dark’ yang merupakan pertama di Asia selepas dicadangkan seorang rakan pembekal barangan.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.