Masa kecil dulu, ayah adalah seorang insan yang banyak berkorban untuk membesarkan kita, menyediakan kelengkapan kita dan memastikan segala yang kita kehendaki akan tercapai. 

Selain ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan, ayahlah yang bersengkang mata mencari nafkah bagi kita sekeluarga. 

Betul kata pepatah, 10 orang anak tak mungkin dapat menjaga seorang ibu atau ayah. 

Begitulah yang terjadi baru-baru ini apabila tular sebuah video yang dimuatnaik oleh Ceqta Anita. Apa yang mengejutkan adalah hantaran video tersebut mengundang sebak ramai netizen apabila Cheta mendedahkan yang abang-abangnya telah mengabaikan ayahnya yang sedang menghidap strok. 

Kejadian ini terjadi pada petang 1 Ramadan yang lalu apabila pintu rumahnya diketuk oleh pegawai keselamatan tempatnya menginap. Pegawai itu memberitahu bahawa ayahnya berada di tingkat bawah dan sudah 1 jam terbiar selepas ditinggalkan oleh 2 orang abangnya. 

Apa yang dikesalkan adalah, kedua abangnya itu langsung tidak memaklumkan padanya mengenai perkara itu. 

IKLAN

Menurut Ceqta, dia merupakan satu-satunya anak perempuan tunggal dari 4 beradik. Menyifatkan abangnya tidak sepatutnya berbuat begitu memandangkan ayahnya tidak mampu berjalan dan memakai lampin.

“Mentang-mentanglah ayah tak boleh jalan, pakai lampin, korang buang ayah macam ini je?”

Saat turun ke bawah untuk melihat ayahnya, Ceqta tidak dapat menahan sebak apabila melihat ayahnya hanya mampu duduk di kerusi lusuh ditemani sebuah beg baju. 

IKLAN

Dia berharap agar masyarakat mengambil iktibar kisahnya itu khususnya dari aspek menghargai jasa kedua-dua orang tua kita. 

@ceqta_anita4beradik , 3 lelaki 1 perempuan .. Tanpa pengetahuan aku , 1 ramadhan 5.30petang , security ketuk pintu rumah aku , bgthu ayah kamu ada dekat bawah sudah hampir 1 jam , 2 lelaki (abg) cakap nanti ank prempuan dia turun ambil .. Tergamak korang buat ayah mcmni ? mana hati iman korang ?anak jenis apa korang ni?? Mentang² ayh tgh sakit , strock xblh jln , pakai pampers , kau buang² ayh kau mcmni je ? Mana iman korang ? Mana otak waras korang ? Sihat tubuh badan !! Naik atas bincang baik² letak baik² ayh kat rumah aku , bukan campak² mcmni . Ni org tua kita , yg lahirkan kita , yang jaga kita sampai dh besar panjang .. Tapi ni korang balas jasa ayh ? Allahuakbar !! Akhir zaman !!! Hilang pertalian adik beradik aku sangup , tpi bukan hilang org tua .. Aku share kisah hidup aku ni , bukan nak minta viral .. cuma aku mohon pada ank² yg masih ada org tua , hargailah dorang selagi masih ada !!! Jangan menyesal bila org tua kita dh xde nanti 😭😭😭 .. Aku mohon yg tgk vtt aku ni , doakan kesihatan aku utk aku berbakti pada ayh 🤲🤲 ..

♬ original sound – ANGLINKTIBANDUNG

[TIPS]

IKLAN

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

‘Tergamak Tinggal Ayah Strok Dekat Security Guard.’ Adik Hanya Tahu Selepas 1 Jam Ayahnya Terbiar

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI