“Saya bersyukur sangat, akhirnya Allah SWT makbulkan doa saya selama sembilan bulan untuk bertemu anak saya dalam keadaan apa pun dirinya,” kata Azmawati Ab Kadir, 55.
Azmawati ialah ibu kepada Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain, 24, yang hilang sejak 29 Oktober tahun lalu, ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Air Biru ke tempat kerja di Kemaman, Terengganu.
Katanya, dia sudah bertolak ke Hospital Pekan, Pahang selepas menerima panggilan daripada polis berhubung penemuan kenderaan milik anaknya, Grand Livina bernombor pendaftaran WWF 3187 pada tengah hari tadi.
“Pada mulanya, ada seorang awam menghubungi saya sebab ingat berita tular di Facebook berhubung kehilangan anak sulung saya. Dia maklumkan nampak kereta arwah dalam sungai. Tidak lama kemudian, saya dapat panggilan daripada polis memaklumkan perkara sama kira-kira jam 1 tengah hari.
“Saya yakin memang itu adalah anak saya, kerana jenis kereta dan nombor pendaftaran sama dengan kereta anak saya.
“Kebetulan salah seorang anggota bomba itu kawan anak, memaklumkan maklumat peribadi termasuk beg kerja, baju kerja dan kad kerja atas nama anak saya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Ads
Menurut Azmawati, penantiannya bersama keluarga selama sembilan bulan sudah berakhir.
Katanya, dia reda, lega dan bersyukur jasad anak yang hilang sejak Oktober tahun lalu dapat ditemui.
“Saya berdoa setiap malam, supaya Allah SWT temukan kami dalam apa jua keadaan anak. Sebagai orang Islam saya tahu, anak saya milik Allah SWT.
“Walau apa bentuk sekalipun tidak mengapa, Alhamdulillah Allah SWT makbulkan doa saya,” katanya yang memaklumkan anaknya sudah lebih sebulan bekerja di Terengganu ditemui selepas kenderaannya kelihatan apabila Sungai Api-api di Nenasi, Pekan, Pahang sedikit surut.
Ads
Bercerita lanjut, Azmawati berkata, tepi sungai terbabit sememangnya jalan yang dilalui anaknya setiap kali pulang dari tempat kerja di Terengganu.
Katanya, sejak malam 29 Oktober tahun lalu, anaknya hilang dan tidak dapat dihubungi, dia sekeluarga mencari dan melalui jalan itu.
Ads
“Dalam tempoh sebulan selepas kehilangan anak saya, saya sekeluarga ada mencarinya di laluan ini beberapa kali tetapi tidak menemui sebarang petunjuk.
“Banyak kali lalu jalan ini, kerana ini adalah jalan anak untuk pulang dari tempat kerja,” katanya yang mempunyai dua anak.
Kisah kehilangan Muhammad Iman Aqmar menjadi tular di media sosial tahun lalu, apabila adiknya memohon orang ramai mengesan abangnya selepas gagal dikesan.
Muhammad Iman Aqmar bergerak dari Pasir Gudang jam 1.30 pagi pada 29 Oktober ke Terengganu dengan memandu kereta miliknya.
Sumber : Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sedih melihat sebilangan besar anak-anak remaja kita tidak tahu membaca Al Quran. Mungkin pandai membaca tetapi tidak lancar dan langsung tidak mampu mempraktikkan setiap hari.
Apa lagi membaca setiap hari. Usahkan anak remaja, kita sendiri adakalanya termiss juga hari tanpa membaca Al Quran.
Tidak perlu menunggu waktu atau umur yang sesuai untuk memberi pendidikan islamik kepada anak anda. Ketika di dalam kandungan lagi, ibu boleh memilih untuk memperdengarkan bacaan ayat-ayat Al-Quran atau zikir secara berterusan kepada bayi di dalam kandungan.
Namun untuk bayi, anda bolehlah memperkenalkan secara perlahan dan berperingkat kepada mereka. Tip di bawah pastinya membantu anda.
1. Biasakan bayi anda di bawah usia satu tahun dengan bacaan ayat Quran atau perdengarkan kepadanya bacaan ayat-ayat suci ini saban hari untuknya.
2. Ajar anak mengenal huruf hijaiyyah melalui penggunaan kad imbasan. Biasakan huruf-huruf ini dalam setiap permainannya.
3. Perkenalkan Alif Ba Ta kepadanya secara berperingkat dan gunakan aplikasi paling menyeronokkan untuk menarik minat mereka membacanya.
4. Jika nyanyian dan alunan lagu berunsurkan ayat-ayat ini lebih mudah membuatkan mereka tertarik, gunakan pendekatan ini sebaiknya.
5. Jangan sekali-kali paksa anak. Pupuk minat mereka secara perlahan-lahan dan elakkan memaksa mereka.
6. Disiplinkan mengaji sekerap mungkin. Buat 5 hari seminggu sekitar jam 8.30 hingga 9.30 malam.
7. Bacakan surah pada anak sebelum mereka tidur malam dan sebelum mereka bangun dari tempat tidur waktu pagi. Lama-lama mereka boleh mengikut kita membacanya.
8. Dalam kereta, pasang CD mengaji setiap hari. Dengan hanya mendengar, lama kelamaan anak-anak boleh ‘tangkap’ dan ikut dengan sendirinya di mulutnya. Kita pun boleh tumpang hafal sekali.
9. Ketika membaca, sediakan gula-gula khas daripada madu, badam atau kismis supaya dapat menarik minat anak.
10. Setiap kali anak dapat menghafal satu surah, berikan sesuatu tanda ganjaran istimewa buatnya. Bukan mengajar tetapi ia salah satu cara mendidik.
11. Radio mengaji yang banyak dijual di pasaran sebenarnya sangat membantu. Perdengarkan padanya setiap hari sejak bayi lagi. Penting!
12. Sentiasa sebut kalimah Allah walau dimana berada. Ada waktunya anda sendiri yang harus sentiasa membaca supaya anak mendengar.
13. Beli dan gantikan buku/Al Quran yang baru untuk tarik minat anak.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buat pasangan yang sedang diuji hingga kini masih belum dikurniakan cahayamata walau sudah lama mendirikan rumah tangga, jadikan perkongsian Puan Hazwin Hashim ini mampu menjentik hati bukan sahaja bagi pihak isteri malah pihak suami untuk turut sama-sama melakukan prosedur rawatan.
Alhamdulillah, setelah melalui pelbagai proses rawatan kini Puan Hazwin telah pun dikurniakan seorang anak yang kini berusia 1 tahun 2 bulan. Ayuh kita baca perkongsian penuh daripadanya.
Setahun selepas kahwin sy terus buat rawatan. Sy tak tggu lama utk buat rawatan sbb sy mmg tahu ada masalah berdasarkan period sy yg tak teratur.
Semua idea untuk dapatkan rawatan ini datangnya dari suami. Suami yang banyak support sebab kalau ikut saya dah give up sangat sebab sebelum buat IUI, saya ambil ubat banyak kali cycle juga.
Suami saya yang banyak cari info dan dia yg buat semua appoinment.
NAK BUAT IUI?
Di sini sy akan cerita serba sedikit tentang perjalanan sy demi mendapatkan ‘baby NUHA MEDINA.
Pada awalnya saya sama mcm org lain sentiasa beri alasan untuk mendapatkan rawatan di hukm kerana fikir kena tggu giliran, kos rawatan yg tinggi, leceh la dan macam2 lagi sedangkan semua negative thinking tu datang dari kita sendiri.
Saya dan suami tidak menunggu lama untuk dapatkan rawatan kerana sy sendiri dah agak saya mengalami masalah kerana: 1. Sakit yang teramat sgt ketika period 2. Period yang panjang
Jadi, selepas sy dapat berpindah dari kuching kami terus menjalani rawatan. Mula2 buat rawatan di klinik swasta. Tapi rasa tak serasi dan tak puas hati jadi kami buat keputusan jalani rawatan di hukm.
Partni sy bersyukur sangat dikurniakan kawan2 yang sentiasa bagi sokongan terutama ketika sy ke hospital membuat pemeriksaan. Kelas saya diganti oleh mereka dan sentiasa bertanya perkembangan rawatan saya.
Prosedur Awal
Bagi sesiapa yang nak mula dapatkan rawatan di HUKM(hospital lain sy xpasti sbb hukm ni semi gov) perlu bawa surat rujukan dr mana2 klinik. Disebabkan sy pernah mendapatkan rawatan di klinik swasta,maka sy minta doktor tersebut keluarkan surat rujukan terus.
Lepas tu pergi hukm bahagian O&G (tgkat bawah sekali hujung sebelah kiri) bawa surat tu untuk mendapatkan tarikh rawatan. Seterusnya datang utk temu janji pertama doktor akan tanya macam2 soalan berkaitan dengan kitaran period, masa bersama, cara hidup, pemakanan dan jenis pekerjaan. Datanglah dengan suami supaya kita tak errr err menjawab depan doktor tu ye.
Yang sy suka dengan hospital kerajaan ialah prosedur mereka akan check lelaki dahulu dr segi kualiti sperma. Yelah, kang dah sibuk cucuk2 sana sini n makan ubat berkati2 tgk2 laki yang punya hal kan sakit hati…hehehhe.. sebelum tu sy buat di hospital swasta lgsg tak check suami terus suruh saya makan ubat macam2.
Kemudian, biasanya doktor akan sarankan kita mula dengan mengambil pil clomid bertujuan membanyakkan telur dan meminta kita datang pada waktu ditetapkan untuk scan dan minta kita bersama dengan suami. Biasanya kita diminta guna kaedah ni untuk tiga kali period.
DisahkanBinocornuate uterus & Endometriosis
Disebabkan cubaan dengan clomid sy sememangnya tidak menjadi sy diminta membuat ujian hcg (rasanya betul dah nama ujian ni).ujian ni bertujuan utk tengok tiub sama ada berfungsi atau tidak. Keputusannya, doktor jangkakan sy mengalami binocornuate uterus(uterus dengan hanya satu tiub sahaja di sebelah kanan).yang ni bukan penyakit.tp kecacatan yang dialami semasa proses pembentukan organ semasa dalam kandungan ibu lg.lbh kurang mcm proses pembentukan tu tak sempurna dan doktor sahkan semasa bersalin ceaser.
Masa tu rasa give up juga sebab selain binocornuate uterus ni, sy juga mengalami endometriosis. Pttlah sakit sangat masa period. Sila google sbb panjang lebar sangat nak explain tentang ni.
Suamilah pendorong paling besar sebab dia tak pernah mengalah dan sentiasa beri semangat dan sangat percaya rezeki Allah.
Berat Naik 10kg Sepanjang Terima Rawatan
Ikutkan hati yang dah malas dengan berat badan naik hampir 10kg sepanjang rawatan ni mmg dah tak nak teruskan. Belum masuk sakit kne injection dan buat mcm2 ujian. Mcm tikus makmal pun hado la wooiihhh..kalau nak buat pastikan semangat tu kene ada pada husband n wife. Benda ni susah nak jadi kalau hanya sebelah pihak je yang main peranan.. yang ini serius. Kalau tak, baik tak payah buat. Buang duit dan menyakitkan badan, menghabiskan bogheh jo.
Kes Kena Transfer
Kemudian, lepas habis fasa 1(kaedah makan ubat) tak menjadi, terus kene transfer ke klinik MAC. Sebelah menyebelah dengan O&G tu je pun..bila kes kne transfer situ bermakna doktor pakar lah yang akan tangani kes anda. Maka sy diminta memilih doktor yang akan merawat sy. Ada 4 org semuanya LELAKI okey! Saya pilih Prof Hashim sebab sama nama dengan bapak saya..kikiki
Jadi, sy diminta buat treatment IUI wlpn sy minta buat ivf sbb dua kali gagal IUI di klinik swasta. Prof Hashim tu kata NO. IUI sekali lagi. Saya pun okey saje..so stepnya ialah:
1. Ambil clomid 2. Next datang utk scan bilangan telur dan tahap kematangan. 3. Kalau ok next to IUI procedur terus 4. Tunggu lah sama ada pregnant atau tak
Alhamdulillah saya disahkan mengandung selepas dari prosedur di HUKM tu.
Kos bila dah transfer ke MAC 1. prosedur IUI RM600+- 2. Scan rm70+- sekali scan 3. Ubat- saya macam xingat harga ubat macam clomid tu. Tapi dalam puluhan ringgit je * kos semasa di klinik O&G percuma. Mungkin sebab sy kakitangan kerajaan yang tu saya xpasti. Kalau kene caj pun rasanya tak mahal sangat. Boleh lah dapatkan keterangan lanjut. * Pada saya tak lah mahal sangat kos duit kalau nak dibandingkan kos masa yang diperlukan berulang ke hukm tu dengan jalan sesak pagi azab betul. Tp sentiasalah optimis!
Kesimpulannya: 1. Kita merancang allah tentukan. Oleh itu banyakkan berdoa, sedekah dan solat dhuha di samping amalan wajib yang lain. 2. Percaya allah akan bagi rezeki anak tu. Bersangka baik dengan allah tu penting 3. Duit memang tak boleh nak sayang sangat. Sebabnya sy sendiri xnak kira berapa kos rawatan moden ataupun tradisional yang dah dilaburkan. 4. Berjanji utk berusaha menjadi ibu bapa yang baik dengan belajar ilmu parenting sblm mendapat zuriat lagi ni lah harta kita dunia akhirat. 5. Kerjasama suami isteri penting.jangan saling menyalahkan dan harus saling menyokong supaya usaha tak berhenti separuh jalan.rugi oihhh 6. Jangan mengalah selagi ada kaedah untuk dicuba, maka teruskan mencuba. 7. Korban masa n keseronokan.kami tak ada lah nak jalan2 sangat atau beli barang mewah.duit banyak dilaburkan untuk rawatan sama ada moden atau tradisional. 8. Buat baik lah dengan parents especially emak.minta mereka doakan selalu baik mak kandung ataupun mak mentua.
Cukuplah sampai sini je kot sebab ikutkan panjang lagi. Jangan lupa niat dan berdoa untuk susukan anak dengan susu badan sepenuhnya selama dua tahun. Kalau Allah dah suruh tu adalah sebabnya tau! Belajar ilmu parenting sekali dengan ilmu penyusuan. Insyaallah.
Saya doakan semua yang sedang berusaha mendapatkan zuriat akan berjaya insyaallah..insyaallah..insyaallah..
Garam Celtic ketika puasa dikatakan boleh kurangkan rasa haus, tetapi benarkah ia berkesan? Ketahui penjelasan doktor dan fakta sains sebelum anda mencubanya sepanjang Ramadan.