Cinta agong Nora! Hampir setahun lebih pemergian suami tercinta, penyanyi popular, Nora Ariffin, tetap mengingati momen indah bersama arwah suami, Allahyarham Johan Nawawi. Setiap isteri pastinya terlalu sukar untuk melupakan insan yang meninggalkan banyak kenangan dalam hidup. Bukan tidak dapat menerima hakikat lelaki yang disayanginya itu sudah kembali menemui Maha Pencipta. Namun perasan luluh dan ralat masih membekas dalam hati apabila rindu datang menerpa.
Menerusi kemas kini dalam laman Instagram pemilik nama Wan Noraafiza Ariffin itu, turut meluahkan perasaan sayu ketika menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah tanpa ditemani arwah suaminya, Johan Nawawi. Sebak mendengar video yang dipaparkan setelah selesai mengerjakan umrah buat arwah suami.
____________________________________________________________
“Alhamdulillahhh Selesai umrah terakhir khas utk suami. Abang.
Ads
I baru selesai buat umrah untuk you kali ni. Miss you paa…
Tak pernah terfikir sebelum ni, 4 tahun lepas dtg sama2, hari ini nora datang buat umrah BERNIAT utk arwah suami Johan Nawawi. Sangat sayu….Allah saja yg tahu. Semoga Allah menerima segala amal ibadah saya. Moga Allah mendengar rintihan & makbulkan segala doa-doa & hajat saya… Moga doa saya sampai kepada Johan. In Shaa Allah kita bertemu disyurga. Allahuakbar. Aku hanya hambaMu yg lemah. Ampunilah dosa- dosa hambaMu ini. Ya Allah….Ya Rahman….Ya Rahim… Kurniakanlah aku dgn apa yg terbaik untukku dalam keredaaanMu. Berikanlah aku taufik & hidayah dlm segala hal. Alhamdulillahhh #adadalamtiadabynora Nyata, biarpun radar hidup berubah setelah pemergian suami, namun cinta abadi seorang isteri buat suami tetap utuh. Komposer Johan Nawawi meninggal dunia pada 24 Mac 2017 di sebuah Pusat Perubatan di Subang Jaya. Terdahulu, Nora telah berangkat mengerjakan ibadah umrah di Mekah pada 3 December lalu tajaan pengasas kosmetik tersohor, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida dengan hadiah pakej umrah bersama Zainal Kembara yang merupakan hadiah sebagai peserta Gegar Vaganza.
Boleh dikatakan bab menasihati anak-anak ini, kita sebagai ibu ayah tidak pernah penat untuk bercakap tentang hal ini. Kalau boleh 24 jam sehari ada sahaja nasihat yang ingin kita berikan. Ada sahaja yang ingin kita betulkan setiap tindak tanduk anak-anak kita, semua untuk kebaikan mereka juga.
Pun begitu, sedihnya anak-anak sering pula menganggap apa yang kita ucapkan sebagai satu bebelan semata-mata. Langsung tidak terkesan di hati. Usaha kita ibarat mencurah air di daun keladi.
Jadi bagaimana harus kita lakukan?
Untuk itu ada baiknya kita baca perkongsian daripada Puan Noor Afidah Abu Bakar, daripada Parent Connect Consultancy untuk info bersama.
“Mama tak marah! Mama cuma nasihat!”
Itulah skrip biasa yang sering kita dengar atau kita sendiri yang sebut dengan suara tinggi ketika mendepani kerenah anak.
Selalunya waktu anak pecahkan pinggan, anak sepahkan mainan, anak bangun lewat, anak melawan cakap, anak khusyuk bermain ‘game’, anak berkelahi, anak berlama-lama dalam bilik air, anak buang masa, anak malas, anak degil, anak protes dan sebagainya, itulah juga waktunya kita hendak memberi ‘tazkirah’ kepada anak.
Niat memberi nasihat itu akhirnya bertukar menjadi bebelan, menjadi ugutan, keluar ungkapan tidak enak, dan lebih parah lagi menjadi episod jawab menjawab dengan anak.
Nasihat akhirnya menjadi ungkapan kosong masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Buang masa dan buang tenaga.
Nasihat harus sampai ke hati terlebih dahulu, barulah otak akan mula berfungsi untuk memikirkan kesan dan akibat sesuatu perbuatan.
Anak tidak akan dapat menerima nasihat pada bila-bila masa. Ada waktunya keadaan fizikal, mental dan emosi anak tidak bersedia untuk menerima nasihat ataupun terlalu terbeban dengan perkara lain walaupun kita bersemangat memberi nasihat.
BILAKAH WAKTU YANG SESUAI MENASIHATI ANAK?
Dr. Muhammad Abdul Hafizh Suwaid dalam buku Prophetic Parenting mencadangkan 3 waktu yang paling efektif dan paling sesuai untuk menasihati anak. Satu lagi adalah cadangan saya sendiri berdasarkan pengalaman dan pengetahuan.
4 waktunya adalah:
1. WAKTU MAKAN
Sekurang-kurangnya sekali sehari duduklah bersama-sama menikmati hidangan sekeluarga di meja makan. Inilah masanya kita mendengar cerita anak-anak tentang hari yang dilalui mereka. Inilah waktunya mereka akan meminta dan memerlukan nasihat secara langsung atau secara tidak langsung. Ketika kita mendengar dan bercerita, selitkanlah nasihat dan panduan sebagai pedoman untuk anak-anak.
Inilah juga masanya kita menerapkan adab dalam diri anak. Adab makan, adab mengambil makanan, adab menyuap makanan, adab berdoa, adab bersyukur dengan rezeki yang berada di depan mata, adab berbicara dan adab mendengar.
Waktu makan adalah waktu santai. Kata orang, kenyang perut senang hati. Apabila hati senang, nasihat dan panduan pun mudah sampai ke dasar hati.
Oleh sebab inilah adalah merugikan sekiranya waktu makan dijadikan waktu untuk anak melayan gajet atau sambil menonton televisyen. Jika kita terlepas peluang untuk memberi nasihat pada waktu ini kerana gajet, mungkin kita juga akan terlepas peluang pada waktu lain. Jadikanlah waktu makan waktu yang berkualiti untuk keluarga.
2. WAKTU DALAM PERJALANAN
Kehidupan moden adalah kehidupan yang terkejar-kejar. Keluar rumah awal pagi, pulang ke rumah setelah tiada matahari. Beruntunglah mereka yang boleh bekerja masa fleksi.
Sebenarnya waktu yang singkat dan terkejar-kejar menghantar dan mengambil anak dari sekolah merupakan waktu yang efektif untuk menasihati anak. Nasihat tidak semestinya panjang lebar. Nasihat yang ringkas dan padat lebih mudah dihadam berbanding nasihat yang penuh berfalsafah.
Dalam perjalanan ke sekolah nasihatilah anak tentang adab dan akhlak bersama guru, bersama rakan-rakan dan juga terhadap orang sekeliling. Nasihat anak supaya gigih berusaha. Sesuatu insiden atau kejadian di luar kenderaan juga boleh dijadikan modal untuk menasihati anak, supaya anak peka dan cakna dengan keadaan sekeliling.
Di samping bersantai mendengar lagu-lagu di radio, pilihlah juga saluran radio yang bermanfaat, yang boleh dijadikan modal perbincangan bagi menjana minda anak-anak.
Seperti bait lirik nasyid oleh kumpulan Raihan
“Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah”
Ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah pula, dengarlah cerita anak tentang sekolah, tentang guru, tentang rakan-rakan anak dan juga tentang tugasan sekolah agar kita faham dan terlibat dengan persekolahan anak. Apabila kita mendengar dan faham, anak akan lebih terbuka untuk bercerita dan kita juga lebih berpeluang untuk memberi nasihat.
Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tirmidhi pernah menyebut bahawa Rasulullah SAW memberi nasihat kepada Ibnu Abbas yang berusia belasan tahun ketika itu secara santai ketika Ibn Abbas menunggang unta (kenderaan) di belakang Rasulullah SAW. Nasihat Baginda, “Jagalah agama Allah, nescaya Allah menjagamu”
3. WAKTU MAIN BERSAMA
Kita biasa mendengar, bermainlah dengan anak ketika berusia 0-7 tahun dan disiplinkanlah anak ketika berusia 7-14 tahun.
Kedua-dua fasa itu berkaitan. Bermain dengan anak ketika usia awal akan mempermudahkan kita untuk mendisiplinkan anak kemudiannya.
Bermain bersama-sama anak ketika mereka kecil, ketika membesar dan juga ketika remaja bukan hanya memberi manfaat kepada perkembangan fizikal anak, malah ia juga membentuk keperibadian positif anak.
Ibubapa yang terlibat adalah ibubapa yang peduli.
‘Involved parents are caring parents’.
Setiap permainan mempunyai peraturan dan strateginya. Setiap permainan mempunyai pemikiran dan emosinya. Inilah waktu yang terbaik untuk menasihati anak tentang asam garam kehidupan, tentang kawalan emosi, tentang interaksi sosial, dan tentang keperibadian dan tingkah laku.
Bermain ‘game’ bersama-sama dengan anak lebih bermanfaat berbanding membiarkan anak mengadap ‘game’ di skrin berseorangan. Apabila ‘bonding’ diwujudkan antara ibubapa dan anak ketika bermain bersama-sama, anak lebih terbuka untuk menerima sebarang nasihat mahupun teguran. Inilah yang memudahkan kita untuk mendisiplinkan anak.
4. WAKTU ANAK SAKIT
Menurut Dr. Abdul Hafizh Suwaid, sakit dapat melunakkan hati orang dewasa yang keras apatah lagi hati anak-anak yang masih lembut dan lebih mudah menerima. Lumrahnya apabila sakit anak-anak menjadi lebih ‘clingy’ dan lebih inginkan belaian dan perhatian daripada ibubapa. Inilah peluangnya untuk kita berlembut menasihati anak secara ringan tanpa membebankan. Bagi menggembirakan hati anak, kita boleh merancang dengan anak untuk melakukan sesuatu aktiviti apabila anak sihat kelak dan pada masa yang sama boleh diselitkan kata-kata nasihat buat anak. Pilihlah nasihat yang mudah diterima dan sesuai dengan keadaan anak.
Usahlah diberikan nasihat yang tidak sihat di kala anak sakit seperti
“Itulah tak dengar cakap Mama, kan dah sakit. Kalau dengar cakap taklah jadi macam ni.”
Ataupun
“Inilah balasan sebab berdosa dengan ayah semalam.”
Anak yang sakit bertambah nazak jadinya dengan kata-kata yang menghukum dan tidak berasas sedemikian.
Dalam buku ‘Prophetic Parenting’ ada diceritakan kisah Rasulullah SAW yang berdakwah kepada pembantu Baginda yang berbangsa Yahudi ketika Baginda SAW menziarahinya yang sedang sakit.
Begitulah antara waktu-waktu efektif untuk menasihati seorang anak.
Setiap anak menerima nasihat pada waktu yang berbeza-beza mengikut keperluan, keupayaan dan kematangan masing-masing. Carilah waktu yang sesuai untuk memberi nasihat agar nasihat itu meresap ke jiwa anak dan tidak menjadi seumpama menyimbah air ke daun keladi.
Betul ker anak lahir bulan 12 atau disember dikatakan lembab belajar? Siapa yang tak sedih jika ada tanggapan begitu.
Begitulan sikap manusia ini mempunyai pelbagai peel. Hal keluarga kita sendiri pun kadang kala menjadi bualan orang ramai.
Bukan itu sahaja, bilangan anak atau bila anak lahir pun jadi pertikaian. Siapa sangka wanita ini, Cik Puan Ammy Tulis mendapat pertanyaan yang sinis.
Dia tidak menyangka ketika sedang berniaga didatangi oleh seorang wanita yang bertanya umur anaknya.
Katanya, anak yang lahir bulan 12 ni lambat perkembangannya, malah pembelajaran pun lambat.
KENA SINDIR ANAK LAHIR BULAN DISEMBER
Salah kah lahir bulan 12…?
Anak saya dilahirkan awal bulan 12… Jadi saya nk tanya para pembaca, salah ke lahir bulan 12..?
Kenapa mesti ada sikap yang suka membanding-bandingkan anak sendiri dengan anak orang lain sedangkan kita sediri maklum bahawa perkembangan bayi adalah berbeza. Saya pernah di sapa oleh seorang wanita ketika saya sedang berniaga. Walaupun sudah hampir 4 tahun berlalu, setiap kali saya pandang anak saya, pasti akan teringatkan kata-kata makcik tersebut.
Makcik : Dah berapa bulan ni…?
Sambil tangan memilih selipar baby.
Saya : Dah nak masuk 8 bulan.
Makcik : Dah pandai apa yer…?
Saya : Owh…! Dah boleh duduk dan guling-guling.
Makcik : Lambatnyer… Cucu acik dah boleh bangun sendiri tateh-tateh dah… Dah tumbuh gigi pun 2 batang… Orang dah makan nasi nanti awk mkn bubur lagi yer syg..
Sambil cuit-cuit pipi ank saya..
Makcik : Lain kali kau jangan beranak bulan 12… lambat anak nak besor… lembab nanti nak belajar.
Erkkkk…camtu plk… Bisik hati saya.
Makcik : Berapa ringgit selipar ni…
Saya : 10 ringgit jer acik..
Makcik : Haisssh… Tak dapat kurang lagi ke… 8 ringgit dah la… Untuk cucu makcik baru nak ‘dapat kaki’ ni haaa …
Saya : 10 ringgit dah murah acik…
Tak jadi dia beli selipar tu. Saya tengok mata anak saya… Tak apa lah dik… Kamu lambat jalan, mama, baba, kakak, abang-abang sentiasa ada untuk dukung kamu… Kamu lambat tumbuh gigi pun tak apa… Mama sentiasa ada untuk blender makanan untuk kamu… Yang penting kamu sihat, kuat dan cergas… Senyuman sentiasa ada bersama kamu… Sayang kamu anak mama…
Sekarang, awal bulan 12 ni dah nk masuk 4 tahun pun dia… Saya pun dah tidak berniaga di pasar malam lagi… Alhamdulillah ternyata apa yg di katakan oleh makcik tu adalah mitos semata-mata…
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.