
Ramai ibu bapa ingin anak jadi pintar. Untuk mendapat anak cemerlang, terang dan bersih hatinya, anda sebagai ibu bapa perlu menyediakan persekitaran dan kehidupan yang baik untuk anak anda termasuk aspek pemakanan.
Ada 5 ibu ayah kena alert dalam aspek pemakanan.Boleh ikut panduan ini
1.Madu
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
2.Kismis
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak yang berkesan untuk membantu merangsang minda
3.Susu segar
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak yang sesuai diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
4.Telur
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.
5.Buah Delima
Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
Selamat mencuba!
Anak Bijak Dan Dengar Kata, 8 Amalan Ketika Hamil Ibu Wajar Praktikkan!

Isi Kandungan
ToggleBerdepan dengan pelbagai masalah anak-anak pastinya memeningkan kepala ibu ayah. Matlamat untuk menjadikan anak bijak dan dengar kata sebenarnya harus bermula daripada awal, iaitu ketika mengandung lagi.
Kata Datuk Dr Fadzilah Kamsah, “Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak.” Demikian pandangannya.
Jadi matlamat untuk menjadikan anak bijak haruslah lebih jelas.
Oleh yang demikian, jadikanlah dunia awal bayi iaitu alam rahim sebagai institusi pertamanya mempelajari pelbagai perkara baharu. Janin boleh dirangsang melalui kaedah-kaedah tertentu.
1. Pemakanan Sihat
Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi. Jadi, pastikan pemakanan seharian ibu ketika hamil mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein.
Sama juga halnya dengan pengambilan minyak ikan Omega . Ia adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi. Malah, kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.
2. Banyakkan Ibadat
Islam amat menggalakkan anda mengamalkan beberapa aspek penting supaya anak yang dilahirkan berakhlak mulia. Antaranya, banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat; melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nnya.
Sepanjang hamil, anda dan suami dituntut memperbanyakkan solat sunat dan puasa sunat terutamanya pada Isnin dan Khamis. Sama juga halnya dengan membaca al-Quran. Antara yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, Yasin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat 78), al-Aa’raf (ayat 189) dan banyak lagi.
Dengan membaca surah dan ayat ini, ia dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh.
3. Jangan Lupa Al-Quran
Doa adalah senjata umat Islam. Oleh itu, anda digalakkan untuk kerap membaca surah al-Fatihah, al-Inshirah dan ayat Kursi. Suami juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut anda.
Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, al-untuk melapangkan hati dan fikiran manakala ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan. Apabila hati anda terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Malah, setelah anak lahir, anda masih boleh meneruskan bacaan berkenaan ketika menyusukannya. Amalan ini diyakini dapat menghasilkan anak yang bijak dan tinggi akhlaknya.
4. Kerap Sentuh
Berbicaralah sambil mengusap lembut perut. Lahirkan perasaan rindu menanti kelahirannya dengan penuh ikhlas. Kajian mendapati bayi yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding golongan yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya.
Ada pendapat menyatakan bahawa rangsangan sebegini amat efektif apabila kandungan menginjak usia enam bulan ke atas. ini disebabkan pada usia tersebut jaringan struktur otak bayi mula berfungsi dengan baik.
5. Emosi Terkawal
Pastikan emosi anda sentiasa tenang agar anak yang bakal dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam. Keadaan emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Jadi, anda harus lebih banyak bersabar dan bersikap positif.
Percayalah, tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak anda di masa hadapan. Malah, perasaan riang merupakan rangsangan kepada pembinaan otak yang pada masa yang sama dapat memastikan bayi yang sihat, pintar dan cerdas.
6. Muzik Klasik
Perdengarkan janin dengan muzik klasik kerana ia diyakini dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dalam kandungan. Oleh kerana muzik klasik memiliki pelbagai nada yang harmoni, ia mampu memberi rangsangan berupa gelombang alfa.
Gelombang ini berupaya menimbulkan ketenangan dan ketenteraman sehingga anak dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap sesuatu perkara.
7. Pengetahuan Asas
Perdengarkan juga beberapa jenis bahasa dan pelbagai pengetahuan asas yang mudah. Mulalah mengajar Aa-B-C, 1-2-3, kata-kata pengenalan diri seperti assalamualaikum, hello, ini ibu atau ayah dan sebagainya.
Lakukan isyarat-isyarat mudah seperti menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap lembut bagi menenangkannya.
Rakamkan suara anda, suami dan ahli keluarga yang lain berserta bunyi-bunyian dan pasangkan earphone ke perut. Dengan cara itu bayi yang bakal lahir mudah mengecam suara-suara orang terdekat dengannya setelah dilahirkan kelak.
Perkenalkan juga perbezaan suasana seperti terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluh ke perut. Lakukan rangsangan ini selama lima hingga 10 minit setiap kali melakukannya.
8. Latihan Matematik
Orang Yahudi memang terkenal dengan barisan intelektual. Hal ini dipercayai berpunca daripada amalan wanita hamil Yahudi yang gemar membuat latihan matematik sepanjang tempoh kehamilan.
Ternyata, amalan ini terbukti berkesan dalam merangsang perkembangan otak si anak. Jadi, jangan hairan kebanyakan anak-anak Yahudi dilahirkan bijak.
Semoga semua ibu mengandung istiqomah melakukan amalan tersebut sambil jangan lupa berdoa memohon kepada Yang Maha Esa agar mengurniakan anak-anak yang soleh dan solehah kepada kita.
Bagaikan ‘Show Room’, Netizen Kagum Tengok Dekorasi Kediaman Penjaga Gol Negara.

Bagaikan ‘Show Room’, Netizen Kagum Tengok Dekorasi Kediaman Penjaga Gol Negara.
Siapa yang tidak mengenali penjaga gol negara, Farizal Marlias yang cukup dikenali dalam arena bola sepak negara.
Ketangkasannya dan kelincahannya dalam bermain bola sepak mencuri perhatian ramai. Dalam pada itu, tidak ramai yang mengetahui kehidupan peribadinya.
Baru-baru ini menerusi hantaran Instagram shieraijoy memaparkan kediaman skuad Harimau Malaya ini.
Difahamkan pengacara dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah berkunjung ke rumah Farizal ketika bertugas di Johor Bharu baru-baru ini.
Kelihatan Shahirah dan suami serta crew radio turut sama berada di rumah pemain bola sepak berkenaan.
Shahirah meluahkan rasa syukur dengan jemputan makan di rumah pemain boleh sepak itu yang juga merupakan daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Sedap dan selesaaaa sangat .Alhamdullillah untung kita ye @surayaborhan dapat makan semlm kat JB.
DEKORASI RUMAH JADI PERHATIAN

Dalam pada itu, Shahirah juga sempat merakam video yang menunjukkan dekorasi rumah berkenaan.
Bermula tatahias meja, ruang tamu dan bahagian dapur. Apa yang menarik dekorasi kediaman ini bagaikan ‘show room’.
Ruang Makan di pisahkan dengan dinding telus pandang, yang menampakan ruang dapur. Kelihatan kediaman ini menawan dengan gaya modern kontemporari.
Bahkan susun atur hidangan di atas meja kelihatan kemas bagaikan hidangan santapan diraja.
Ruang tamu
Ruang tamu ringks namun diserikan dengan hiasan dinding yang menjadi pencetus ruang nampak modern.
Ruang dapur
Manakala menjengah diruangan dapur membuatkan ramai teruja. mana taknya ruang memasak ini kelihatan bersih dan menawan dengan warna tema ‘baby blue’.
Meinjau di ruangan komen rata-rata meluahkan rasa kagum melihat rumah penjaga gol harimau malaya ini.
“ITU RUMAH KE SHOW ROOM.”
Sumber: shieraijoy
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
‘Ribut’ Dalam Rumahtangga, Isteri Pertahankan Hubungan. Dr Fadzilah Kamsah Ada Sebabnya!

Kalau dulu, ‘drama’ dalam rumahtangga selalunya dapat dilihat dalam lakonan, mahupun baca di dada akhbar sahaja. Masa kini, buka sahaja sosial media, ada sahaja kisah rumahtangga yang tak pernah kita tahu ataupun bayangkan muncul. Kadang rasa macam tak logik dek akal kisah yang berlaku.
Namun dalam banyak-banyak kes yang tular itu, perasan tak ada sesetengah pasangan tidak rela atau minta untuk berpisah. Lebih-lebih lagi kaum hawa, yang memilih untuk kekal bersama dan melupakan kisah silam yang berlaku.
Bagi yang buntu, kenapa mereka mampu untuk mempertahankan rumahtangga, jom ikuti perkongsian dari Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah yang mengemukakan sebab kenapa seorang isteri masih mempertahankan rumahtangga tersebut.
Ada sebab kenapa seorang isteri masih mempertahankan rumahtangga yang kalian bina:
1. Kalau dah sayang, bukan senang nak benci dan pergi macam itu je. Seorang isteri akan cuba perbaiki kelemahan diri dan belajar untuk jadi yang terbaik. Dia perbaiki semua salah silapnya dan nak suaminya jatuh cinta dengannya lagi.
Walaupun pada dasarnya isteri itu tak salah apa. Suaminya yang beralih arah ke wanita lain.
Fitrah wanita, susah nak jatuh hati lagi dengan lelaki lain. Cukup satu je. Yang lain, fokusnya hanya pada anak-anak dan urus rumahtangga sahaja.
2. Mereka ini selalu berharap untuk kalian berubah. Berharap bahawa kalian sedar salah silap kalian. Dan jadi macam lelaki yang mula-mula mereka kenal dahulu.
Siang malam mereka berdoa supaya kalian dilembutkan hati, direndahkan ego dan menerima kasih sayang mereka dengan terbuka.
3. Perempuan ni, sekali kahwin cukup sudah tu. Nak ‘start all over again’ itu tak pernah ada dalam fikirkan mereka. Mereka rasa letihnya nak mulakan lagi hubungan baru.
Cukuplah seorang lelaki je yang mereka pilih sebagai pasangan hidup. Sebab mereka ni dah fikir 2-3 kali sebelum terima kalian tau.
4. Sungguhpun jika suatu saat nanti berumahtangga lagi, dia kena fikir macam-macam. Bukan sahaja nak terima seorang suami baharu, malah nak terima mertua baharu, keluarga baharu dan masa itu macam-macam pengalaman yang kena tempuh lagi.
Namun pada masa itu, mereka nekad juga terima lelaki lain atas dasar anak-anak perlu kasih sayang seorang ayah.
Susah kalau nak lebih dari itu.
5. Bila isteri ni dah buat yang terbaik, maka dia akan pertahankan sungguh-sungguh. Walaupun dilayan macamana sekali pun, dibuat endah tak endah, tetap juga dia berusaha mempertahankan rumahtangga.
Dia tak putus asa selagi ada kudrat dan hati untuk diperjuangkan. Dia cuba sedaya upaya untuk pertahankan mahligai yang terbina.
Para suami di luar sana,
Tok Abah kerap mendengar rintihan pelbagai latar belakang seorang yang bernama isteri. Masih ramai yang sehingga ke saat ini mempertahankan rumahtangga walaupun pada hakikatnya jiwa mereka telah kosong. Hati mereka telah berkecai dan remuk tak boleh dibaiki.
Namun mereka masih usaha dan tersenyum hanya demi rumahtangga dan anak-anak yang perlukan kehidupan berkeluarga yang bahagia.
Pesan Tok Abah, renung-renungkanlah. Sedarlah bahawa isteri kalian sedang berjuang tu. Jangan kecewakan mereka lagi. Ubahlah diri kalian selagi sempat.
Kerana hati yang bertahan tak selamanya kuat. Bila sampai hadnya, mereka juga terpaksa mengalah demi ego seorang suami.
Kembalikan peribadi seorang suami mithali.
Sumber : Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah