‘Beauty With Brain’, Miss Universe Malaysia 2022 Milik Lesley Cheam Rupanya Graduan Farmaseutikal
Ungkapan ‘beauty with brain’ sinonim dengan wanita yang jelita dan mempunyai kepintaran akal fikiran.
Sekiranya kedua-dua kriteria berkenaan membuatkan dirinya dikagumi. Malah lazimnya ia dikaitkan dengan wanita-wanita berkecimpung dalam arena peragaan, ratu cantik bahkan dunia hiburan.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Malah siapa sangka pemenang Miss Universe Malaysia 2022, Pengacara, Lesley Cheam, 26, rupanya mempunyai latar akademik yang membuatkan ramai kagum.
Anak kelahiran Selangor ini memiliki Ijazah Sarjana Muda di Universiti Nottingham Malaysia di Semenyih Selangor dalam bidang farmaseutikal dan sains kesihatan.
Nyata, bukan calang-calang wanita cantik ini yang telah menewaskan 12 peserta lain selepas juri sebulat suara memberikan kemenangan kepadanya dalam acara yang berlangsung di sebuah hotel di Bukit Kiara, malam semalam.
Ads
Malah kemenangan itu, pengacara ini rasminya mewakili negara ke pertandingan Miss Universe 2022 di New Orleans, Louisiana, Amerika Syarikat, pada 14 Januari tahun depan.
“Memang saya terkejut kerana rata-rata peserta bekerja-keras untuk memberikan yang terbaik pada malam ini. Semua sudah melakukan sehabis baik.
“Tanggungjawab membawa nama Malaysia akan saya galas sebaiknya. Saya berjanji memperbaiki segala aspek sebagai persiapan untuk bertanding di peringkat antarabangsa nanti,”
Tempat kedua dimenangi Ajunee Kaur, 20, seorang siswazah undang-undang dari Kuala Lumpur, manakala tempat ketiga milik Wan Ying, 25, dari Pahang.
Peserta lain bertanding adalah Kavernna Nair Sukumaran, 26, dari Selangor, Varyne Foo Augustine, 20, KL, Theva Kasinathan, 27, Selangor, Siujane Wong, 25, Selangor, Kate Lai, 26, Melaka, dan Joann Tiong Hau Ping, 21, Sarawak.
Berkongsi coretan mengenai istimewanya seorang wanita bergelar isteri, seorang suami ini menyenaraikannya untuk info bersama.
Semoga ianya dapat dimanfaatkan untuk lebih ramai en suami tahu menghargai isteri.
Wanita memang makhluk istimewa. Sekali dia bergelar seorang isteri, sampai mati dia akan serahkan seluruh jiwa dan raganya untuk seorang lelaki bernama suami.
Macamana teruknya pandangan seorang suami terhadap isterinya, dialah orangnya yang akan ada pada saat senang dan sukar di sisi suami.
Macamana bisingnya mulut isteri berleter sana sini kat suaminya, ia sama sekali tak mencerminkan hati dan perasaannya terhadap suami.
Macamana sibuknya urusan harian menguruskan kerja hakiki, suami tetap priority bila berlaku apa-apa yang tak diingini.
The moment isteri tahu suaminya susah hati, dia akan rasa susah hati.
The moment isteri tahu suaminya bersedih, dia akan rasa sedih.
The moment isteri tahu suaminya sakit, dia akan rasa sakit.
Malah dia akan menangis seorang diri sebab rasa sakit dan kasihan bila tengok suaminya sakit.
The moment isteri tahu suaminya ada penyakit, dia dah siap sedia dah untuk hadapi sebarang kemungkinan.
Si isteri secara automatik akan tahu apa nak kena buat. Si isteri secara automatik akan re-organise balik segala yang ada di bawah tanggungjawabnya.
Kerja hakiki nak handle macamana.
Anak-anak di rumah nak settle macamana.
Urusan di rumah nak selesai macamana.
Semua tu secara automatik akan disusun dalam kepala isteri dengan cepat dan tangkas.
Untuk apa? Untuk apa?
Supaya dia dapat berada di sisi suaminya. Setiap masa. Setiap ketika. Dia taknak terlepas moment itu walau sedetik pun.
Bukan nak duduk saja tepi katil. Bukan setakat nak teman di wad. Bukan sekadar jadi tempat suami minta tolong kalau nak ke tandas atau nak minum air.
Tapi…
Dialah yang tolong urus pendaftaran masuk hospital.
Dialah yang tolong urus pendaftaran masuk wad.
Dialah yang tolong tanya doktor apa perkembangan suami. Bukan sekali, bukan 2 kali. Tapi berkali-kali.
Dialah yang akan kemas baju suami, termasuk bajunya sendiri untuk check-in dalam wad.
Dialah yang akan ambil tahu ubat apa nak kena makan dan bila time nak makan.
Dialah juga nanti yang akan urus dengan kaunter bayaran selesaikan segala bil.
Dialah juga nanti yang akan urus pasal discharge.
Dialah juga nanti yang akan drive bawa suami balik rumah.
Dialah pulaknya nanti akan jadi nurse dan doktor, menjaga dan merawat suaminya di rumah. The one and only lelaki yang dia cintai sampai dia mati.
Masa si suami bujang, semua benda ni akan diurus oleh emaknya.
Lepas si suami dah kahwin, by default segala tanggungjawab agung ini akan berpindah ke bahu seorang isteri.
Sebab tu para suami, jangan ambil mudah dengan isterimu. Hargai, sayangi dan jaga betul-betul si isteri sampai kamu mati.
Walau macamana-macamana sekalipun pandangan dan perasaan seorang suami terhadap isterinya, tak ada siapa yang boleh lawan kehebatan seorang isteri menjaga seorang suami.
Suami sendiri tak mampu nak buat apa yang isteri buat untuk dirinya. Tak akan mampu sampai bila-bila.
Apa sangat la kalau isteri kurang sana sini?
Apa sangat la kalau isteri tak sempurna pada pandangan suami?
Apa sangat la kalau isteri katanya dah tak pandai jaga body?
Apa sangat la kalau isteri ada pernah buat suami kecil hati?
Nak dibandingkan dengan pengorbanan si isteri seumur hidupnya untuk kehidupan suami, semua tu suami boleh pejam mata aje la.
Dari mula dia decide untuk kahwin dengan kita, dia berkorban untuk kita.
Dari mula dia decide untuk mengandungkan anak-anak kita, dia berkorban untuk kita.
Dari mula dia bersalin dan jaga semua anak kita, dia berkorban untuk kita.
Dari mula dia bergelar isteri kita, dia jaga makan pakai kita, sampai mati dia akan berkorban untuk kita.
Kalau kena marah dengan isteri, maafkan dan lupakan aje la.
Kalau kena leter dengan isteri, maafkan dan lupakan aje la.
Kalau kena tuduh macam-macam dengan isteri, maafkan dan lupakan aje la.
Tak ada orang yang sanggup hidup dengan kita walau macamana teruk sekalipun kita, melainkan isteri kita.
Tak ada orang yang sanggup hidup dengan kita walau macamana susah sekalipun kita, melainkan isteri kita.
Tak ada orang yang sanggup hidup dengan kita walau macamana sakit sekalipun kita, melainkan isteri kita.
Wanita memang makhluk istimewa. Dan wanita itu adalah isteri kita.
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Menarik fakta ini!
Menurut Pakar Motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta ini berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk `Perkahwinan dan Se ks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.
Beri Kesan Positif
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.
Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan memeluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.
Jadi para suami, selalulah peluk isteri semoga makin dipanjangkan umur.
Siapa yang tidak gembira apabila diri dah sahkan hamil setelah sekian lama menunggu. Begitu juga dengan pelakon dan pengacara, Ain Edruce yang disahkan hamil pada penghujung tahun lalu.
Biarpun sedang hamil, Ain tetap dengan gelagat lucunya termasuk suka menyakat suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa.
Namun kali ini berbeza pula, menerusi satu posting baharu yang dilakukan oleh suami Ain Edruce menerusi laman sosial Instagram telah menarik perhatian ramai warganet.
Sekeping gambar bersama isteri dengan caption ringkas, “Okay i dah post dah.” telah membuatkan para warganet terhibur.
Dalam nada gurauan, Ain Edruce membalas komen dengan mengatakan cara itu membuatkan peminatnya tahu dia memaksa suaminya muat naik gambar di Instagram milik suaminya.
“Caption jahat! Hahaha dah semua orang tahu saya paksa awak post,” – Ain Edruce.
Dalam pada itu, menerusi Instagram Ain Edruce, telah berkongsi beberapa keping gambar bersama suami untuk mengabadikan momen indah ketika hamil.