Bukan mudah untuk menjaga seorang anak, apatah lagi sekiranya memiliki lima cahaya mata. Namun pelakon cantik manis, Datin Seri Zizie Ezette, baru-baru ini memuat naik gambar percutian bersama anak-anak di Genting Highland. Menariknya, percutian ini turut disertai oleh pembantu rumah yang dilihat sedang menjaga kelima-lima anaknya.

“Walaupun Ada Maid,Tetap Marathon Untuk Anak-Anak.”  Zizie Izette Upah Lima Pengasuh Untuk Semua Anaknya, Siap Bawa Bercuti Bersama Lagi!

Perkongsian tersebut mendapat reaksi dari warganet. Ada yang memuji tak kurang yang mendakwa isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin sengaja untuk menunjuk- nunjuk.

Mengulas mengenai tohmahan tersebut, Zizie menafikan dia mahu menunjuk-nunjuk apabila berbuat demikian.  Sebaliknya, dia sekadar mahu berkongsi kehidupan peribadinya yang sering lakukan sejak dahulu lagi.

“Walaupun Ada Maid,Tetap Marathon Untuk Anak-Anak.”  Zizie Izette Upah Lima Pengasuh Untuk Semua Anaknya, Siap Bawa Bercuti Bersama Lagi!

IKLAN

“Saya rasa tiada isu di sini kerana pengikut IG atau peminat sudah mengenali atau mengetahui kehidupan saya. Apabila membaca ruangan komen di IG, saya dapati ramai yang memberi sokongan.

“Ada dalam kalangan pengikut berharap mereka meraih rezeki yang sama seperti mana saya dikurniakan.

“Saya tidak ketinggalan mendoakan dan berharap rezeki mereka dimurahkan oleh Allah SWT,” katanya.

“Walaupun Ada Maid,Tetap Marathon Untuk Anak-Anak.”  Zizie Izette Upah Lima Pengasuh Untuk Semua Anaknya, Siap Bawa Bercuti Bersama Lagi!

IKLAN

Menurutnya, dia sering berkongsi perkembangan hidupnya sekeluarga di IG dengan memuat naik foto miliknya.

“Jika foto disimpan dalam telefon bimbit, ia mungkin hilang apabila peralatan itu rosak. Disebabkan itu saya memuat naik di laman sosial kerana ia kekal di situ,” katanya.

Berkaitan pembantu rumahnya, Zizie tidak mengulas sejak bila mereka diupah dan berapa gaji dibayar.

IKLAN

Katanya, dia menggunakan khidmat lima pembantu rumah untuk mengendalikan lima anaknya termasuk keluarga.

Pelbagai reaksi diberikan oleh pengikut dilaman instagramnya. Ada yang memuji tak kurang yang ingin memiliki majikan seperti Zizie Ezette.

sheerashaari No wonder still cantik grbus gebas meletop walau anak 5. Each anak sorang nanny. Halaaaa bertuahnya badannn ❤️

along_fitri Skali tgk tpikir nape perlu smpai 5org maid tp bila dipikir blk mmg perlu pn sbb 5 org ank mcm2 ragam xmenang tgn mummy n daddy nak handle.Sorg nak susu,sorg menangis meragam sorg berak sorg duk pnjt sna sni…

noorazzura_ Wlpn ada maid tetapi saya dpt rasakan Datin tetap marathon utk anak2.. suka tgk anak2 Datin ❤️

kalsombintidin Terbaik la sebagai majikan @zizieizette ….semoga murah rezeki?

yusidawati Meriah ramai2 ni. Kalau tdo seronok tengok.

sofea.kmrzmn Tengah imagine how you put all the stroller plus bag lagi banyaknyaaa hahaha ?

lizawhb Rezeki datin…..Tahniah….superb mom & employer….???

lady_d_khaira Mg DS Zizie diredhai oleh Allah selalu sb baik dgn maids..bkn mudah dpt majikan sebaik ini..?♥️

thnjye you are such a beauty.. beauty of kind hearted to everyone ?

zakrizabir Bagus nya datin @zizieizette Tiada beza anak sendiri dgn yg angkat.. Semoga murah rezki datin..

rohanaanisa Sukanya tgok keluarga bsar cmni…klau xde helper2 nie x mng tgn dh mommy nk handle…

Sumber:  IG zizieizette & Harian Metro

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI