Mungkin sesetengah warganet mengenali lelaki bernama Hafiz Mahamad ini. Usahawan muda ini sering mencuri perhatian apabila selalu membuat kejutan untuk isteri kesayangannya.
Terbaru, pasangan ini yang baru menyambut ulang tahun perkahwinan ketiga, Hafiz bersama isterinya, Syafiqah Aina berkongsi momen menaiki belon udara panas.
Menerusi laman sosial Instagram, Hafiz berkongsi sebuah video memaparkan kejutan yang diberikan buat isteri tercinta bersama ucapan romantis untuk tatapan umum.
Ads
“Ainaa, dulu awal kita kenal awal pernah cakap, “sayang tak tahu jodoh kita sampai mana, kita follow the flow. Ada jodoh, insyAllah kita bersama”. Waktu tu abang hanya cakap satu perkara, “kita memang tak tahu siapa jodoh kita, tapi abang akan usaha yang abang adalah jodoh sayang”.
“Sekarang Aina, impian abang adalah nak angkat awak tinggi sebagai wanita. Isteri abang tak boleh kecewa, selagi abang masih bernafas dan ada kudrat, abang akan protect dan jaga awak. “Hari ni abang tak beli hadiah. Abang tahu awak mampu beli jika ia melibatkan wang ringgit. Tapi hari ni abang nak bagi awak satu kenangan yang tak boleh dibeli dengan nilai apa pun,” tulis Hafiz di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian berdurasi satu minit setengah itu, Hafiz dan Aina bangun seawal pagi untuk menikmati sarapan sebelum didukung untuk masuk ke dalam bakul belon udara panas.
Ads
Dia ingat saya lupa “Tarikh Anniversary”
Semalam saya saje buat dia kecewa, buat buat tak ingat tarikh Anniversary. Semalam saya buat kerja di office sampai malam, Aina mula badmood dengan saya
Bila sampai rumah pun, saya tidur tempat lain. Tak tidur dengan dia & anak
Dalam dunia keibubapaan hari ini, ramai ibu bapa mula memilih pendekatan yang lebih terbuka dan santai dalam membesarkan anak-anak.
Jika dahulu hubungan lebih berjarak dan berlandaskan disiplin yang tegas, kini ramai melihat peranan sebagai sahabat kepada anak sebagai satu kelebihan.
Anak lebih mudah bercerita, lebih selesa berkongsi emosi dan tidak takut untuk meluahkan apa yang dirasai.
Pendekatan ini sememangnya membawa kebaikan. Hubungan yang mesra mampu membina kepercayaan yang kuat, sekali gus menjadikan ibu bapa sebagai tempat rujukan utama dalam kehidupan anak.
Dalam fasa membesar yang penuh cabaran, terutama ketika remaja, kehadiran ibu bapa sebagai “orang paling selamat” untuk bercerita adalah satu kelebihan besar.
Namun dalam keinginan untuk menjadi sahabat, ada satu perkara yang tidak boleh dipandang ringan iaitu perihal batas. Apabila hubungan terlalu longgar tanpa garis panduan yang jelas, peranan ibu bapa sebagai pembimbing boleh mula terhakis.
Anak mungkin mula melihat ibu bapa sebagai setaraf, dan dalam sesetengah keadaan, teguran tidak lagi dipandang serius kerana mereka solah-olah memiliki autoriti tersendiri dek kepercayaan yang diberi.
Menurut pakar psikologi perkembangan, Diana Baumrind, pendekatan keibubapaan yang paling seimbang adalah gaya authoritative parenting, iaitu gabungan antara kasih sayang dan ketegasan.
Dalam pendekatan ini, ibu bapa tetap menunjukkan empati dan kehangatan, tetapi dalam masa sama menetapkan peraturan yang konsisten.
Kajian oleh American Psychological Association mendapati bahawa anak-anak yang dibesarkan dalam suasana yang seimbang antara kasih sayang dan disiplin menunjukkan perkembangan yang lebih positif.
Mereka bukan sahaja lebih yakin diri, malah lebih pandai mengawal emosi dan membuat keputusan. Ini kerana mereka dibiasakan dengan dua perkara penting iaitu rasa selamat untuk meluahkan perasaan, dan pada masa sama memahami bahawa setiap tindakan ada batas dan tanggungjawab.
Sementara itu, Harvard University Center on the Developing Child pula menekankan bahawa perkembangan anak sangat bergantung kepada dua elemen utama, iaitu hubungan yang responsif dan struktur yang konsisten.
Hubungan responsif bermaksud ibu bapa benar-benar mendengar, memahami dan memberi reaksi yang sesuai terhadap emosi anak, sekali gus membantu mereka rasa dihargai dan diterima.
Namun, hubungan yang rapat sahaja tidak mencukupi tanpa struktur. Struktur yang konsisten merujuk kepada peraturan, rutin dan batas yang jelas dalam kehidupan seharian.
Apabila anak tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan, mereka sebenarnya berasa lebih selamat dan stabil, bukan terkongkong seperti yang sering disalah anggap.
Hakikatnya, menjadi sahabat kepada anak bukan bermaksud meletakkan diri setaraf sepenuhnya. Sebaliknya, ia tentang mendekati anak dengan empati, mendengar tanpa cepat menghukum, dan dalam masa yang sama tetap memimpin dengan nilai serta prinsip yang betul.
Ada ketika ibu bapa perlu berlembut, dan ada masa perlu tegas demi kebaikan jangka panjang.
Dalam membina hubungan yang sihat, keseimbangan inilah yang menjadi kunci. Anak tidak hanya memerlukan seorang kawan di rumah, tetapi seorang ibu atau bapa yang mampu menjadi tempat bergantung, memberi panduan dan pada masa sama memahami jiwa mereka.
Apabila batas dijaga dengan baik, hubungan yang terjalin bukan sahaja rapat, malah dipenuhi rasa hormat dan kepercayaan. Di situlah lahirnya sebuah institusi keluarga yang harmoni dan kukuh.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tak semua, tapi ada sesetengah orang sanhka, kerja sebagai suri rumah ni mudah. Uruskan hal rumah sahaja tak perlu nak perah otak bekerja, malah tak ada pun kena marah dengan bos! Dah habis kerja, boleh senang-lenang tonton televisyen atau bersembang dengan jiran tetangga.
Padahal, bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai suri rumah sepenuh masa tau. Apatah lagi bila ada anak masih kecil di rumah. Lagilah nak dijaga anak, nak urus rumah. Jadi takkan pernah habis kerja rumah ini dan ada cara untuk atasi jika mak-mak sudah penat mengerjakannya.
KALAU PENAT BUAT KERJA RUMAH BERHENTI SEBENTAR
Ramai mak-mak yang mengadu penat dan letih bukan sebab mereka tak ikhlas:
– Jaga anak
– Kemas rumah
– Memasak
– Lipat baju
– Santuni suami
– Bekerja
– Berniaga
– Jaga mertua
Bukan! Bukan! Bukan!
Kalau tak ikhlas, tak akan langsung di buat dah semua kerja kerja yang tak pernah habis ini.
Buat satu, datang dua kerja lagi. Buat hari ini, esok kena buat lagi kerja yang sama. Begitu lah 365 hari setahun. Bukan setakat penat dan letih tapi yang sebenarnya mereka dah tepu jiwa.
Allahu, hanya yang berada di tempat mereka sahaja akan faham kondisi jiwa yang tepu.
Bila jiwa dah tepu, selalu lah kita akan nampak para mak-mak ini jadi:
– Kelam kabut
– Cuai dan lalai
– Tak selera makan
– Muka kusam
– Tidur tak lena
– Susah tidur malam
– Kuat melenting
– Cepat sentap
Dan banyak lagi simptom negatif yang bukan di sengajakan tapi kerap di buat oleh mak-mak.
Sesungguhnya, jika mak-mak ini tenang jiwanya pasti mereka lah orang paling ikhlas dan cermat buat apa pun tugas. Sungguh!
Wallahu a’lam..
5 perkara simple ini boleh jadi ‘me time’ yang sangat berharga untuk isteri
Orangnya tinggi lampai, berkulit hitam manis dan memiliki rupa paras yang hensem sesuai menggambarkan sisi pelakon Lelaki Kiriman Tuhan ini. Tidak hairanlah dia cukup diminati ramai lebih lebih lagi bakat dalam dunia lakonan tidak perlu dipertikai. Kerana itulah rezekinya dalam industri lakonan cukup murah.
Dua tahun mengikat tali pertunangan, namun tiada jodoh antara mereka akhirnya ikatan tersebut terlerai di tengah jalan. Biar pelbagai tohmahan dan kata-kata negatif dilemparkan, namun empunya diri hanya bersikap mendiamkan diri. Namun, kalau dah jodoh takkan ke mana.
Sifat toleransi dan sentiasa di sisi dalam ‘jatuh bangun’, membulatkan hati aktor, Remy Ishak, 39, memilih usahawan, Roszaliza Yusuf atau Ezza Yusuf, 38, sebagai bakal isteri.
Selepas melalui pelbagai ujian, Remy yakin Ezza wanita paling sesuai menjadi permaisuri hati.
“Selama ini, ada wanita kenal saya sebagai ‘Remy Ishak’, bukan Mohammad Zalimei Ishak (nama sebenar). Ezza ini lain… Dia boleh bertahan dengan status dan pekerjaan yang saya buat.
“Jika diikutkan, ketika kami putus hubungan, saya ada kenal beberapa wanita lain. Hakikatnya, mereka tidak sama dengan dia.
Tak boleh main ‘Sauk’
“Jodoh ini kita tak boleh nak ramal, ini soal masa depan, kita tak boleh nak main ‘sauk’ jer. Hidup dengan seorang selebriti bergelar pelakon bukan semudah yang disangkakan. tersebut.
“Sangat sukar sebenarnya nak cari orang yang betul-betul faham seorang pelakon dan ditambah pula saya kini menceburi bisnes. Masa sangat limited dan orang yang saya kenali harus faham sisi hidup saya sebangai pelakon dan juga usahawan.
“Saya bukan jenis cerewet tapi mudah orangnya. Cuma kadang-kadang orang tak paham ruang kerja kita. Menjadi Remy Ishak sebagai pelakon dan selalunya disebut-sebut membuatkan ada wanita rasa ‘insecure’ . susah sebenarnya nak cakap.
Dia ada di sisi ‘jatuh bangun’ saya
Jujur mengakui, wanita bernama Ezza ini cukup setia disisinya selain memahami dan sentiasa bersama saat jatuh bangunnya.
“Ezza ada di sisi ‘jatuh bangun’ saya… Pendek kata, Ezza terus cuba memahami saya.
“Sama juga perasaan saya terhadapnya. Masing-masing cuba berubah untuk menjadi lebih baik untuk diri sendiri dan orang lain.
Terkenal dengan jolokan ‘Hero Malaya’, Remy mengakui serasi dengan Ezza yang berasal dari Mentakab, Pahang dan mahu hubungan kekal ke akhir hayat.
“Proses mencari suri hati jadi lama dan rumit. Saya hendak hubungan sampai ke akhir hayat. Saya lahir dalam keluarga di mana ibu bapa berpisah. Perceraian menjadi suatu perkara trauma kepada saya.
“Saya tidak mahu perkara yang berlaku kepada ibu bapa, terjadi dalam hidup sendiri. Saya kena teliti dan selektif. Kita berkahwin bukan sehari dua, tetapi Insya-Allah, selama-lamanya.
“Bayangkan, orang biasa pun hendak mengekalkan perkahwinan sukar. Apatah lagi, saya yang bergelar artis. Saya takut pada mulanya, kalau Ezza tidak boleh faham cara kerja dan pandangan segelintir masyarakat terhadap artis,” katanya.
Tambah Remy, pandemik COVID-19 sejak tahun lalu memberi hikmah yang membuka matanya dalam soal masa depan dan hidup berumah tangga.
“Kalau saya sibuk bekerja dan berlakon, mungkin soal kahwin tidak diberi perhatian. Situasi ini bagai isyarat yang membuka mata saya untuk menghargai bakal isteri.
“Dalam soal lain, uban pun sudah tumbuh dalam hidung, bukan lagi di kepala. Jadi, itu menjadi titik tolak untuk saya menamatkan zaman bujang,” katanya.
Terpaksa tunda kahwin beberapa kali
Pasangan ini pernah merancang untuk bernikah tahun lalu, namun, terpaksa ditunda beberapa kali.
“Disebabkan situasi pandemik COVID-19 meruncing, kita anjak kepada tahun ini. Pada mulanya, saya mahu abadikan tarikh 11 April lalu di mana saya genap 39 tahun untuk bernikah.
“Bagaimanapun, disebabkan kes jangkitan COVID-19 meningkat selain mahu menghormati keluarga masing-masing, rancangan itu tidak dapat diteruskan.
“Selepas itu, perancangan dianjak kepada Mei lalu iaitu pada hari ke-10 Syawal, iaitu sempena kemenangan kita berpuasa dan meraikan lapan tahun perkenalan kami.
“Namun, Allah tidak izinkan, lalu akhirnya, kami pilih esok (untuk bernikah),” kata pelakon filem Sangkar ini.
Remy dan Ezza pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun, putus dua tahun kemudian. Bagaimanapun, ikatan kasih mereka dikatakan bercantum semula, tahun ini.
Vince Chong berkongsi perjuangannya menghidap bipolar jenis 2 sejak 2015 serta bagaimana sokongan keluarga, rawatan dan gaya hidup sihat membantunya bangkit semula.