Kes buli baru-baru ini mengundang kemarahan orang ramai selepas satu video melibatkan pelajar dibuli di sebuah sekolah berasrama penuh tular di media sosial.
Perkara tersebut turut mendapat perhatian Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IgStory), baginda menzahirkan rasa kesal dan dukacita dengan beberapa kejadian buli seperti yang dilaporkan berlaku di Pahang baru-baru ini.
“Saya dapat tahu ada kes buli di negeri saya. Saya dukacita dan kesal. Saya nasihatkan semua untuk sentiasa berbuat baik kepada rakan-rakan,” titah baginda.
Dalam perkongsian yang sama, Tengku Hassanal turut berkongsi kisahnya yang pernah menjadi mangsa buli sebelum ini.
Ads
“Dulu saya pun pernah dibuli orang asing semasa di luar negara. Dan saya amat sedih apabila rakyat saya sendiri bergaduh.
“Kepada pelajar-pelajar sekolah semua di Pahang, tolong jangan bergaduh dan jangan pukul orang!” tulis baginda.
Tengku Hassanal seterusnya bertitah kes buli mesti segera ditangani oleh pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan persekitaran sekolah selamat.
“Saya meminta semua pihak yang bertanggungjawab segera mengambil tindakan,” tuisnya sambil turut membuat memuat naik ‘screenshot’ mengenai berita kes buli yang berlaku di Pahang.
Ads
Minggu lalu, negara digemparkan dengan kes buli di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Perak susulan tersebarnya video memaparkan beberapa orang pelajar menumbuk perut seorang pelajar lain.
Dalam perkembangan terbaru, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Azhar Abdul Manaf berkata Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) mengambil keputusan menamatkan pengajian 10 pelajar maktab berkenaan yang dikenal pasti terlibat dalam kes tersebut.
Selebriti bernama Datuk Fazley Yaakob ini cukup penyayang dan sangat mengutamakan keluarga. Semalam, beliau memuat naik salah satu tips kebahagiaan rumah tangganya bersama Datin Azrene Ahmad.
Menurut Fazley, sebagai suami kena sentiasa mengingati hari ulang tahun kelahiran isteri kerana itu salah satu formula untuk mereka kekal bahagia.
beliau berkongsi kapsyen di instagramnya yang berbunyi:
“Minggu depan kami berdua tak dapat bersama untuk menyambut birthday ‘adik sayang’ Azrene Ahmad.
“Jadi, kita buat celebrations awal.
“Ramai orang tanya saya apa rahsia kebahagiaan rumah tangga?
“Salah satunya, jangan lupa birthday isteri okey.
Fazley turut memuat naik sepotong video dia sekeluarga meraikan hari jadi Azrene.
Kemeriahan sambutan itu turut disertai oleh ibu serta adiknya, Raf dan juga Mawar Rashid. Dato’ Fazley dan Datin Azrene telah berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 9, Ahmad Fieradz Shah, 8, Ahmad Firudz Shah, 6 dan Alayna Selma yang kini berusia tujuh bulan.
Mengapa menjerit? Alasannya, jeritan akan membuat anak berasa takut dan ikut arahan yang diminta. Ada juga menjadikan jeritan sebagai salah satu cara untuk memastikan anak mengikut suruhan dengan cepat terutama ketika keadaan menjadi kelam kabut di awal pagi.
Amalkan tip dan teknik ini dan anda tidak perlu menjerit dan dijerit. Teknik ini perlu dilakukan secara konsisten dan jadikan ia sebagai amalan seumur hidup. In sha Allah akan berhasil jika anda benar-benar mahukan perubahan ini.
Terima kasih dan maafkan saya.
1. Rutinkan ucapan terima kasih dan maafkan saya sebagai ucapan harian yang wajib ada di rumah atau di sekolah. Ucapan ini melatih anak untuk rasa dihargai dan menghargai.
Tenang dan kawal
2. Bertenang, bertenang dan bertenang walaupun keadaan kelam-kabut. Kanak-kanak adalah pemerhati terbaik dan mereka akan lihat dan ikut bagaimana anda urus diri anda ketika waktu tenang atau waktu kelam-kabut. Ketika anda mulai rasa kelam-kabut, ambil masa 10 saat untuk bernafas dengan baik dan bertenang. Kawal emosi anda dan anda akan lihat keadaan menjadi tenang dan terkawal. Katakan “Semuanya terkawal dan saya amat tenang sekali”.
Suara lembut dan sopan
3. Ajari anak menggunakan suara lembut dan sopan. Tunjukkan melalui teladan. Anak-anak perlu diajar cara bercakap dalam keadaan suara yang lembut dan sopan. Guru terbaik adalah anda. Jika anda mahu anak bercakap dengan suara yang lembut dan sopan, anda juga perlu berbuat demikian. Hasilnya anda tidak perlu menjerit dan dijerit oleh anak-anak.
Teknik bisikan
4. Anda boleh menggunakan teknik bisikan apabila ingin meminta anak anda lakukan sesuatu. Dengan bisikan, anak anda akan lebih peka dan teruja untuk melakukan aktiviti yang anda inginkan. Lakukan ia seperti permainan. Contohnya: Dalam nada berbisik “Aiman… tolong mama simpan baju dan seluar biru dalam almari”/ “Siapa boleh tolong mama simpan semua mainan paling pantas dalam kotak? Satu… dua… tiga…”
Pandangan mata
5. Pandang mata dan tunduk ketika bercakap dengan anak. Apabila bercakap atau memberi arahan kepada anak-anak. Pastikan anda memandang mata mereka dengan pandangan kasih dan sayang dan tundukkan sedikit badan atau duduk sedikit supaya anak tidak perlu mendongak ketika bercakap dengan anda.
Cara ini membantu anak menerima arahan anda dengan jelas dan sepenuh perhatian. Cara ini juga perlu digunakan ketika anak anda berbual dengan anda. Memberi sepenuh perhatian ketika anda atau anak sedang bercakap mendidik anak secara tidak langsung untuk memberi perhatian tanpa perlu menjerit.
Kaedah beri arahan anak lelaki dan perempuan
6. Kaedah beri arahan kepada anak lelaki dan perempuan tidak sama. Otak anak lelaki adalah monotrek bermaksud otak anak lelaki fokus pada satu perkara dalam satu masa. Ini bermakna, anak lelaki perlu diberi satu arahan dalam satu masa. Selepas anak menyelesaikan tugasan tersebut, barulah ditambah dengan arahan seterusnya. Cara ini membantu anak untuk faham arahan dengan mudah.
Otak anak perempuan bersifat multitasking. Anda boleh memberi 2 hingga 3 arahan kepada anak perempuan untuk diselesaikan dalam satu masa. Contohnya: “Sofea, tolong ibu angkat pingan, cawan dan sudu dan letakkan di dalam sinki.”
Pasang ayat-ayat Al Quran
7. Pasang ayat-ayat Al Quran, zikir munajat atau lagu- lagu bertemakan alam contohnya ‘Nature soothing music‘ untuk meredakan keadaan yang tidak terkawal. Keadaan rumah atau sekolah yang tidak terkawal menyebabkan tekanan. Tekanan inilah yang menyebabkan kita akan menjerit dan dijerit. Adakan satu sesi dalam masa 30 minit – 1 jam setiap hari secara konsisten untuk bertenang.
Berikan Pujian
8. Berikan pujian, sokongan, kata-kata semangat, pelukan, tepukan atau hadiah berupa makanan berkhasiat, peralatan tulis atau stickers kepada anak sebagai hadiah galakan dan motivasi ketika mereka mendengar kata, berjaya melakukan tugasan yang diminta dan bertutur dengan sopan.
Minta anak ulang arahan
b
9. Anak-anak perlukan masa untuk memahami arahan yang diberi. Jadikan ayat suruhan anda ringkas dan sesuai untuk anak selesaikan. Antara cara terbaik untuk memastikan anak faham atau tahu apa yang anda inginkan. Minta anak ulang semula kata-kata anda. Contoh: “Haikal, tolong mama angkat tuala putih dan biru atas lantai. Haikal, tadi mama minta tolong apa?”
Tunjukkan caranya
10. Arahan seperti: kemas bilik, cuci pingan, sapu sampah adalah suruhan yang tidak semua anak faham apa yang dimaksudkan dengan kemas bilik. Tunjukkan caranya apa itu kemas bilik, cuci pingan dan sapu sampah. Walaupun bagi anda perkara-perkara di atas adalah remeh dan anak telah biasa lihat bagaimana anda mengemas. Tunjukkanlah caranya agar anak lebih faham tugasan-tugasan yang dibeikan.
Anda adalah contoh utama dan pertama yang akan diikuti oleh anak-anak. Perbuatan dan perbualan anda perlu seiring dan sejalan dengan apa yang anda mahukan dari anak-anak. Jika mahu anak mendengar kata tanpa menjerit dan dijerit, berbuallah dan bertindaklah dengan tenang dan konsisten.
Hakikatnya nak jadi pasangan yang romantik berkahwin inginkan hubungan yang intim dan kekal abadi.
Suami juga harus mainkan peranan utama. Termasuk memastikan isteri gembira.
Perkongsian DrTaufikRazif. Moga bermanfaat.
6 Cara Saya Naikkan Seri Wajah Isteri Saya
1. Selalu buat lawak yang kadangkala hambar asalkan si dia tersenyum
2. Selalu buat urutan badan kalau isteri dah mula mengadu sakit sakit badan akibat kepenatan
3. Suruh dia ambil masa untuk “ber- Me Time” dengan Tuhannya dengan bangun awal dan solat tahajjud sebelum subuh
4. Selalu puji kecantikan dia setiap kali dia habis berdandan walaupun tanpa diminta.
5. Sensitif dengan kepenatan si dia. Bila nampak dah penat sangat, saya akan ambil alih semua tanggungjawab di rumah dan minta si dia tidur dan berehat
6. Tadah telinga ketika si dia meluah dan bercerita walaupun benda tu tak ada kena mengena pun dengan saya
Tak percaya cuba lah sendiri. Jangan terkejut kalau isteri kita tiba tiba jadi naik seri wajahnya dan kembali cantik seperti dahulu kala.
fb ? Taufiq Razif
Telegram saya ? t.me/NotaTaufiqRazif
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Banjir UM Reda! Menerusi kenyataan media menerusi facebook rasmi universiti berkenaan, Universiti Malaya ingin memaklumkan bahawa keadaan banjir sekitar kampus telah reda manakala semua...