Bila rasa banyak angin tersimpan di dalam badan, pastinya kita akan tidak selesa dan lebih-lebih lagi pada bahagian perut akan terasa senak dan sebu. Sebolehnya kita berusaha agar angin tersebut dapat dikeluarkan barulah kita berasa lega.
Menyentuh tentang mengeluarkan angin ini, ada orang mudah sahaja dengan menyapu minyak angin, sendawa atau kentut dapat selesaikan masalah itu. Namun tidak dinafikan ramai juga rasa sukar selesaikan masalah angin dalam badan ini.
Jadi bagaimana caranya untuk pastikan badan terasa ringan dan tidak terasa berangin?
Mungkin ini cara terbaik yang boleh anda amalkan iaitu dengan amalkan minum air rebusan pandan. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Azurah Ahmad yang telah 2 tahun mengamalkannya dan dia sendiri merasai perbezaan sebelum dan selepas amalkan petua ini.
Jom semak perkongsian bermanfaat ini.
Air rebusan daun pandan
Bahan-bahan:
Ads
Berapa helai daun pandan
2 inci halia-diketuk
1 ketul gula batu
Cara penyediaan :
Ads
Rebus semua bahan di dalam air, dari 2 gelas jadikan 1 gelas.
2. Minum ketika suam. Dapur pun wangi je sebab bau pandan.
Ads
Manfaat minuman ini
Alhamdulillah dah masuk 2 tahun saya amalkan, badan rasa ringan. Saya ingat lagi, kali pertama cuba petua ini selepas 6 bulan bersalin. Petua ini pun saya dapat daripada facebook juga, tak sangka memang serasi dengan badan.
Fungsi air ni bagus untuk buang angin dalam badan, kurangkan lenguh badan dan boleh bantu kempiskan perut. Ikutkan elok buat 2 kali sehari tapi tak dan nak buat siang hari. Buat malam je dua jam sebelum tidor. Hasil dia, bedebus-debus angin sesat keluar dari badan.
Menjaga kesihatan amat penting supaya dapat menjalani kehidupan dengan sempurna.
Salah satunya masalah kesihatan yang perlu diberi perhatian adalah masalah sendi. Nak tahu penjelasan lanjut, ikuti penjelasan Dr ini.
Sakit sendi atau keradangan sendi merupakan gejala kepada lebih 100 penyakit yang berkaitan dengan sendi. Sakit sendi yang paling sering berlaku adalah arthritis dan gout.
Sendi adalah tempat yang menghubungkan tulang dan membenarkan pergerakan. Sebagai contoh, sendi di kawasan bahu, siku, lutut dan pergelangan tangan.
Semakin meningkat umur, struktur di kawasan sendi ini semakin merosot dan tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya. Lalu menyebabkan ruang dalam sendi tersebut berkurangan dan tulang boleh bergesel di antara satu sama lain.
Keadaan ini mengakibatkan kecederaan tisu dan berlaku keradangan di sendi tersebut.
PUNCA SAKIT SENDI
1. Umur
Umur yang semakin meningkat menyebabkan kawasan sendi kurang berfungsi dengan baik.
2. Jantina
Kebanyakan sakit sendi berlaku pada kaum wanita.
3. Genetik
Banyak penyakit melibatkan sendi yang berkait rapat dengan genetik, seperti arthritis dan gout.
4. Berat badan berlebihan
Berat badan yang berlebihan akan memberi tekanan kepada sendi dan menyebabkan kecederaan di kawasan tersebut.
5. Kecederaan dan kemalangan pada sendi
Kecederaan yang lepas pada sendi akan menyebabkan ia tidak stabil dan mudah terdedah pada kecederaan baru.
6. Berlebihan kerja
Melakukan kerja berlebihan dengan postur badan yang salah boleh menyebabkan sakit sendi. Sebagai contoh, mengangkat barang yang berat boleh mencederakan kawasan sendi.
7. Menghidap penyakit lain Keradangan sendi boleh berlaku disebabkan oleh penyakit kronik lain seperti penyakit tulang dan saraf.
8. Jangkitan Terdapat beberapa jenis jangkitan bakteria dan virus yang boleh menyebabkan keradangan sendi.
SIMPTOM SAKIT SENDI
Selain rasa sakit, terdapat simptom-simptom lain yang menunjukkan bahawa sendi tersebut bermasalah. Di antara simptom sakit sendi adalah seperti berikut:
1. Sendi rasa tegang 2. Sendi bengkak dan merah 3. Sendi terasa lebih panas apabila disentuh 4. Pergerakan sendi yang terhad 5. Sendi tersekat (locking)
Selain itu, terdapat juga simptom-simptom sistemik yang lain seperti:
1. Demam 2. Ruam kulit 3. Sakit atau ketegangan di bahagian belakang 4. Lemah otot 5. Cirit birit 6. Muntah 7. Hilang keupayaan untuk mengawal buang air kecil atau besar
JENIS-JENIS SAKIT SENDI
Terdapat beberapa jenis sakit sendi yang sering menyerang pesakit.
1. Osteoarthritis
Osteoarthritis merupakan sakit sendi yang paling sering dialami oleh pesakit. Sakit sendi ini berlaku apabila tisu rawan yang berfungsi sebagai pelapik yang melancarkan pergerakan sendi semakin haus dan nipis.
Ia berlaku sehingga tulang boleh bergesel antara satu sama lain. Ia mengakibatkan tisu di kawasan tersebut cedera dan sakit.
2. Rheumatoid arthritis
Rheumatoid arthritis merupakan penyakit di mana sistem pertahanan badan menyerang sel badan itu sendiri. Ia menyerang tisu di kawasan sendi dan menyebabkan keradangan berlaku.
Kebiasaannya, ia menyerang sendi pada jari, pergelangan tangan, siku, bahu dan lutut. Ia menyebabkan sendi bengkak dan susah untuk digerakkan.
3. Gout
Bagi yang pernah mengalaminya, gout merupakan satu mimpi ngeri yang sangat menyakitkan. Ia berlaku apabila asid urik berkumpul di bahagian sendi. Lalu menyebabkan penghasilan kristal di kawasan sendi.
Selalunya gout menyerang di kawasan ibu jari kaki. Ia menyebabkan sendi di kaki bengkak, merah dan berasa panas.
RAWATAN SAKIT SENDI
Terdapat beberapa rawatan sakit sendi yang boleh anda cuba untuk kurangkan sakit pada sendi:
1. Rehat yang cukup
Sakit sendi yang ringan boleh diredakan dengan rehat secukupnya. Sendi terlibat direhatkan dari sebarang aktiviti dan pergerakan.
2. Pek ais atau haba
Anda boleh cuba letakkan pek ais atau pek panas di bahagian yang sakit.
Ais boleh mengurangkan keradangan dan bengkak pada sendi. Letakkan pek ais pada sendi yang cedera sekurang-kurangnya 30 minit.
Manakala pek haba boleh meringankan ketegangan sendi.
3. Ubat tahan sakit
Jika sakit agak terus, pesakit akan diberikan ubat tahan sakit untuk merawat kesakitan terlebih dahulu. Anda boleh dapatkan sendiri ubat tahan sakit seperti paracetamol di farmasi berhampiran.
4. Lakukan regangan dan senaman
Melakukan senaman merupakan rawatan sakit sendi yang efektif. Terdapat beberapa jenis senaman ringkas yang anda boleh dilakukan di rumah:
Fisioterapi atau terapi manual boleh merawat sakit sendi dengan berkesan. Rawatan ini juga dapat membantu anda menggerakkan sendi dan meningkatkan julat pergerakan sendi.
Sumber: Dr Zubaidi Ahmad\
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Mati itu pasti. Apabila sudah sampai masanya kita akan dipanggil menghadap yang Maha Pencipta. Ketika itu, segala harta dunia ditinggalkan begitu saja. Maka ketika itu terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya.
Jika selama ini kita hidup di rumah besar ditemani keluarga serta anak-anak, kini hanya seorang diri dalam liang lahad. Itulah rumah abadi selama-lamanya.
Tular di media sosial, seorang pemuda yang merupakan penggali kubur telah berkongsi foto dan video keadaan dalam liang lahad.
Video yang memaparkan kerjanya yang sedang mengemaskan liang lahad telah menarik perhatian warganet. Ada yang memuji hasil kerja, ada yang pertama kali melihat keadaan liang lahad dan ada juga sebak atas segala kekhilafan diri ini.
Terdapat sebuah hadis Nabi Muhammad SAW yang menyifatkan manusia mengingati kematian sebagai manusia cerdik.
Daripada Abu Ya’la Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW bersabda bermaksud, “Orang yang cerdik (yang berakal) adalah orang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk hari setelah kematian, sedangkan orang lemah (imannya) adalah mereka yang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah SWT (bahawa Allah akan mengampuninya).” Hadis riwayat at-Tirmizi,
Apa yang pasti, sebuah perkongsian yang sungguh memanfaat untuk kita muhasabah diri untuk mengingati mati.
Seterusnya ikuti perkongsian ini oleh MrBoyb Nordin di facebooknya menerusi grup Tukang Apa Hari.
Assalamualaikum.. Alhamdulillah Job Hari Ni overtime sampai malam.. Sya Tak pndai tukang rumah.. Sya cuma pndai tukang ni je. Semoga Rohnya dicucuri rahmat di tempatkan bersama org2 yg beriman.. Al fatihah.. Salam kenal dari Geng Lahad 7 Kg Felda Air tawar2 kota tinggi Johor..
Video
Perkongsian beliau mendapat pelbagai maklumbalas daripada warganet
Sebut sahaja Nasi kerabu, pasti terbayang warnanya yang biru dan menu yang cukup sinonim dengan negeri Kelantan. Ia sering di sajikan untuk sarapan pagi, makan tengahari, atau sebagai hidangan keramaian .
Walaupun ada nasi kerabu berwarna kuning, nasi kerabu warna biru adalah satu kemestian dan warna biru ini adalah dari warna bunga telang yang direndam sebagai pewarna.
Bunga telang yang digunakan untuk memberikan warna biru pada nasi kerabu juga dikenali sebagai butterfly-pea (Clitoria ternatea).
Mampu Kurangkan Masalah Hilang Ingatan
Menurut petikan kajian Chemical composition and anti-proliferative properties of flowers of Clitoria Ternatea, terdapat banyak khasiat daripada bunga telang. Ia juga telah digunakan secara meluas dalam bidang perubatan, seperti untuk menyembuhkan penyakit..
Antara khasiat bunga telang:
#1 – Meningkatkan keupayaan berfikir dan mengurangkan masalah hilang ingatan.
#2 – Melawan kanser dan pertumbuhannya.
#3 – Merawat keradangan dalaman dan pembengkakan tubuh.
#4 – Merawat penyakit mata seperti ‘pink eye’ atau konjunktivitis.
#5 – Menyembuhkan penyakit kulit dan sengatan serangga.
#6 – Anti-penuaan
#7 – Menyuburkan, menggalakkan pertumbuhan dan mengurangkan keguguran rambut.
Walaupun penyediaan nasi kerabu agak rumit dan renyah sebab banyak nak disediakan, yang membuatkan ramai yang membelinya dari membuatnya sendiri di rumah.
Ia biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, daging bakar, telur masin, keropok, budu dan ulam-ulaman lain.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.