Musim panas ini tentu kita memerlukan minuman yang menyegarkan badan. Bukan itu sahaja, minuman yang berkhasiat dengan campuran bahan-bahan akan menjadikan sajian itu lebih lazat.
Begitu juga dengan minuman viral ini yang lazat. Boleh cuba perkongsian oleh Nurul Atikah Abu Hassan untuk sajian seisi keluarga.
Cha Bang Ang.. Thai Dessert.. rasa ala2 ayaq kt Tealive tu pun ada . Ambil respi dri group ni.. TQ sedap lemak berkrim..
Ads
Bahan-bahan
Cincau dipotong dadu Gula merah (serbuk) 1 cawan masak dengan air 1 cawan. Selasih rendam air panas Ais
Ads
CARA PENYEDIAAN
Ads
*campur semua dlm botol dan goncangkan Garam Susu segar full cream 2 cawan Susu cair 1 cawan Susu pekat manis 3 sudu besar Esen vanilla 1 sudu kecil
Campurkn semua .. Siap
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kari Kepala Ikan Tanpa Guna Santan. Pekat Elok Warna Kuah, Ni Cara Buatnya!
Semakin di penghujung Ramadan buntu pula dibuatnya untuk menyediakan juadah berbuka.
Jadi apa kata anda sediakan hidangan Kari Kepala Ikan seperti yang dikongsikan oleh Niza Zaini ini. Nampak begitu pekat dan cantik warna kuahnya.
Malah menariknya juga tidak menggunakan santan. Jadi bolehlah dicuba.
Bahan-bahannya:
Serbuk kari ikan
Serbuk cili
Bawang merah-dihiris
Bawang putih-dihiris
Halba campur
Bawnag putih kisar
Asam jawa-dibancuh dengan sedikit air
Daun kari
Tomato
Cara membuatnya :
1.Panaskan minyak secukupnya..masukkan hirisan bawang merah dan putih serta halba campur
2.Bila agak kuning masukkan daun kari berserta tangkainya..katanya aroma lagi umphh..
3.Masukkan tomato yang dibelah 4 dan kacau hingga tomato layu,
4.Bila tomato dah layu masukkan rempah ikan dalam 3 paket kecil(saya selalu guna cap O dan Babas)..saya masak ni utk seekor ikan merah yang sederhana besar..
5.Bila sudah letak rempah terus letak air. Kalau lambat nanti hangus pulak rempah tu warna pun tak cantik.
6.Masukkan bawang putih kisar dalam 4 ulas
7.Masukkan air asam jawa..jangan terlalu pekat nanti terlebih masam tak sedap.
8.Sementara itu masukkan serbuk cili dalam 2 sudu penuh..
9.Masukkan 1 sudu kecil serbuk kunyit
11.Bila kentang sudah empuk, kari pun dah pecah minyak cantik, bolehlah letak garam, sedikit gula (sedikit sahaja),sedikit serbuk perasa/secukup rasa..kemudian masukkan ikan serta beberapa tangkai cili padi/cili hidup.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mahu hidangkan sesuatu yang istimewa untuk membuka selera satu keluarga. Untuk hari ini, apa kata cuba buat resipi Ayam Panggang yang cukup mudah in
Selamat mencuba!
.
Bahan-bahan:
½ Bawang Holland
2 biji bawang merah
1 sudu besar Black Pepper
1 Kiub pati ayam
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu kicap manis
Cara membuat:
1. Sediakan bahan2 seperti dalam gambar…kisar halus.
2. Ayam dah dibersihkan dilumurkan dgn garam.. seterusnya perap ayam dengan bahan yang dikisar tadi..
3. Letakkan sesudu kicap.4. Gaul sekata… sy perap 1 malam .. simpan dalam peti..sebab nak bakar esok.
5. Bangun pagi2… amik ayam tersebut masukkan dalam air fryer.. sy guna suhu 170 dan set masa 30 minit
Sememangnya jika sesiapa ada menanam pokok limau kasturi, bila berbuah memang lebat sampai tidak termakan dibuatnya. Jika dibiarkan begitu sahaja, tentu akhirnya akan busuk begitu sahaja.
Jadi apa kata anda buat seperti yang dikongsikan oleh Puan Ummi Ain ini, memandangkan semasa tempoh PKP yang lalu dan musim hujan, pokok limau di rumahnya banyak berbuah. Biasanya hantar ke kedai kawan yang berniaga laksa dengan kantan dan kesum.
Oleh kerana kedai tutup maka limau kasturi banyak di rumah. Kantan dan kesum pun banyak tapi hari ni nak cerita perihal limau kasturi. Dah bagi jiran-jiran tapi masih banyak lagi. Setiap kali suami ke kebun akan bawa balik limau kasturi.
Nak elakkan dari limau rosak jadi jom kita buat kiub limau.
Guna loyang acuan talam je senang. Kalau tak ada boleh guna acuan ais kiub tapi susah sikit nak keluarkan. Mgkin boleh fikir cara lain. Nanti nak guna ambil saja kiub tersebut. Boleh buat air limau asamboi, masuk dlm siakap stim limau dan lain-lain
Saya biasa ambil 2-3 kiub tuang air panas sikit saja kurang dari 1/2 gelas. Minum lepas makan. Boleh bantu turunkan bacaan gula sebab saya ada diabetes.
Macam-macam boleh buat
Meninjau di ruangan komen, ada juga yang berkongsi cara lain yang boleh dimanfaatkan. Contohnya seperti komen oleh Jamaliah Abdullah, “Buat jus cinta sis. Sedap. Limau tu di rebus sekejap dan keluarkan airnya. Sumbatkan asam boi. Smpn 2 bln dlm botoi..sedap buat minuman panas dan sejuk”
Tulis Kuali Mokde pula,“Tq share tipsnya tt.. Tak penah terpikir.. Selalu buah2 limau nipis dekat rumah.. Rosak mcm tu je..so lepas ni dh boleh buat kiub..”
Komen Zainuri Ayie pula, “Saya selalu beli limau kasturi untk buat detox, tips saya basuh bersih limau kasturi, then blend dgn kulit2 lepas tue letak dlm botol kaca hasil blend tdiw, simpan dlm peti ais… setiap pagi amalkan minum pati limau tdi yg dicampur dgn segelas air suam, smbil bekerja akn berpeluh… amalkan setiap malam sebelum tdo dan pagi sebelum sarapan, rasa dyea xberapa masam sb dh blend skali dgn kulit, Alhamdulillah berat trun dan always bertenaga… sekian”