Pastinya setiap pasangan inginkan hubungan yang kekal hingga akhir hayat. Namun, lumrah jika ada perselisihan faham dalam rumahtangga. Bagi menyemarakkan lagi hubungan suami isteri pastinya perlu sentiasa menjaga hubungan dan kemesraan. Ikuti 10 tip ini
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
Ads
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
Ads
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
Ads
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pokok hiasan dalam rumah bukan sekadar nak buat rumah anda nampak cantik, malah boleh membantu peredaran udara juga. Anda boleh memilih antara Snake Plant, Spider Plant, Peace Lily, Fiddle Leaf Fig, Aloe Vera, Golden Pothos, Chinese Evergreen, atau Succulents.
tumbuhan hiasan, pokok hiasan dalam rumah, jenis pokok hiasan, pokok hiasan rumah
Berbanding dengan kawasan kampung, hidup kat bandar ni biasanya terasing daripada pokok-pokok hijau.
Bila jenguk keluar tingkap bukan boleh nampak bukit, tapi nampak jiran dekat blok sebelah sidai baju. Bila keluar rumah pulak, udara penuh dengan asap kereta. Stress jadinya.
Sebab itulah makin ramai yang beli pokok hiasan untuk letak dalam rumah. Bukan pokok plastik ye, tapi pokok yang betul-betul sedut karbon dioksida dan lepaskan oksigen!
Walaupun namanya tumbuhan hiasan, pokok-pokok ini bukanlah setakat nak buat rumah anda nampak cantik. Ia boleh beri banyak manfaat, termasuklah:
Mengurangkan kemurungan
Membantu peredaran udara dalam rumah
Membantu memori dan kesihatan mental
Sekarang ni, pemaju-pemaju kat Malaysia pun dah mula memberi perhatian kepada ‘sick building syndrome’, di mana pencemaran udara dalam bangunan boleh membuatkan penghuni dan pekerja senang dapat penyakit.
Anda boleh baca artikel kami tentang bangunan hijau di sini. Jadi, kalau anda nak mula buat “apartmen hijau” anda sendiri, di sini kami senaraikan pokok hiasan rumah yang anda boleh beli.
Anda tak perlukan halaman rumah ataupun balkoni untuk pokok-pokok ini. Cukuplah setakat dapat cahaya matahari dan siram dengan air secukupnya.
1) Snake Plant
tumbuhan hiasan, pokok hiasan dalam rumah, jenis pokok hiasan, pokok hiasan rumah
Ini adalah antara pokok yang paling senang nak dijaga, iaitu Snake Plant, atau juga dikenali sebagai Lidah Jin.
Pokok ni tak perlukan banyak cahaya, jadi senang anda nak letak kat ceruk mana sekalipun. Ia juga boleh tahan tanpa air bagi tempoh yang lama, jadi pastikan anda tak terlebih siram.
Berbanding kebanyakan tumbuhan lain yang sedut karbon dioksida dan lepaskan oksigen waktu siang, pokok ni buat benda yang sama tapi pada waktu malam. Sebab itulah ada orang yang letak pokok ni dalam bilik tidur.
AWAS: Tumbuhan ini mengandungi bahan aktif yang dikenali sebagai ‘Saponin’, yang boleh menyebabkan muntah, cirit-birit dan ruam jika dimakan secara tidak sengaja, menurut Pusat Racun Negara.
2) Spider Plant
tumbuhan hiasan, pokok hiasan dalam rumah, jenis pokok hiasan, pokok hiasan rumah
Satu lagi pokok yang popular dan senang dijaga adalah Spider Plant. Ia sesuai untuk diletakkan dalam suhu dingin ke suhu bilik, dan sukakan tanah kering.
Pokok ini suka cahaya matahari, jadi anda boleh letakkan ia dekat dengan tingkap. Ada juga yang meletakkan pokok Spider Plant secara tergantung.
Spider Plant dapat namanya sebab daunnya macam kaki labah-labah, jadi bila dah panjang mungkin akan nampak sedikit serabut. Jadi pastikan anda potong dan kemaskan pucuk daun sekali-sekala.
Pucuk Spider Plant juga boleh jadi anak pokok yang anda boleh bagi sebagai hadiah unik kat kawan dan saudara-mara.
3) Peace Lily
tumbuhan hiasan, pokok hiasan dalam rumah, jenis pokok hiasan, pokok hiasan rumah
Peace Lily adalah antara satu-satunya pokok dalam senarai ni yang ada bunga, buat anda yang nak sedikit warna dalam rumah.
Oleh kerana pokok ini kecil, anda ada banyak pilihan tentang kat mana nak letak pokok ini, contohnya di atas meja ataupun rak buku.
Peace Lily boleh hidup dalam keadaan redup, jadi ia sesuai walaupun apartmen anda tak dapat banyak cahaya. Pokok ini juga boleh tahan suhu rendah dan kawasan kering.
Kalau anda perasan daun Peace Lily jatuh, itu tandanya dah sampai masa untuk anda siram.
4) Fiddle Leaf Fig
tumbuhan hiasan, pokok hiasan dalam rumah, jenis pokok hiasan, pokok hiasan rumah
Fiddle Leaf Fig adalah pokok paling besar dalam senarai ini, jadi pastikan anda ada ruang yang cukup untuk letak pokok ni di atas lantai.
Daun pokok Fiddle Leaf Fig adalah besar dan lebat, dan batang pokoknya sendiri boleh tumbuh dengan tinggi. Jadi pokok ini sesuai untuk mengisi ruang rumah anda untuk nampak ‘penuh’.
Anda juga perlu pastikan yang pokok Fiddle Leaf Fig ni dapat cahaya yang secukupnya.
Kalau nak tahu bila nak siram, cucuk tanah dalam pasu tu dengan jari anda. Kalau anda rasa permukaan (dalam satu inci) tanah tersebut kering, tandanya dah tiba masa untuk siram.
Anda juga boleh lap daun pokok ini bila dah banyak habuk, supaya ia boleh menyerap cahaya matahari dengan lebih efisien, serta nampak cantik dan kemas.
5) Aloe Vera
tumbuhan hiasan, pokok hiasan dalam rumah, jenis pokok hiasan, pokok hiasan rumah
Aloe Vera atau lidah buaya memang dah lama popular, nak lagi zaman MLM dulu yang mengatakan daun lidah buaya ni banyak manfaatnya!
Gel aloe vera dikatakan boleh menolong kulit untuk sembuh, contohnya daripada kesan melecur.
Buat tumbuhan hiasan, aloe vera pun merupakan pokok yang senang dijaga. Pastikan anda letak pokok ini dekat dengan cahaya matahari, serta siram selalu.
Oleh kerana ia sukakan cahaya dan air, ramai yang letak pokok aloe vera di bilik air dan dapur.
6) Golden Pothos
tumbuhan hiasan, pokok hiasan dalam rumah, jenis pokok hiasan, pokok hiasan rumah
Selain daripada Spider Plant, Golden Pothos adalah satu lagi pokok dalam senarai ini yang sesuai diletakkan secara tergantung.
Ini kerana daunnya yang menjalar nampak cantik bila dilepaskan ke bawah. Daun Golden Pothos juga datang dalam beberapa warna.
Oleh itu, ia boleh diletakkan di ruang yang terdapat banyak aktiviti, seperti ruang tamu, supaya lebih ramai orang dapat mengaguminya.
7) Chinese Evergreen
tumbuhan hiasan, pokok hiasan dalam rumah, jenis pokok hiasan, pokok hiasan rumah
Pokok Chinese Evergreen boleh membesar walaupun dalam keadaan kurang cahaya, jadi anda boleh letakkan ia di mana-mana saja.
Chinese Evergreen sukakan kelembapan udara. Jadi kalau udara dalam rumah atau bilik anda terlalu kering, anda boleh semburkan daun dengan air sekali-sekala, ataupun pasang pelembap udara dalam bilik anda.
Kalau anda jaga pokok ni betul-betul, ia boleh tahan sehingga 10 tahun.
8) Succulents
tumbuhan hiasan, pokok hiasan dalam rumah, jenis pokok hiasan, pokok hiasan rumah
Pokok yang nampak macam kaktus kecil ni adalah paling comel dan paling senang untuk dijaga.
Succulent adalah sangat kecil dan ada macam-macam saiz dan rupa, jadi ramai yang beli beberapa jenis succulent untuk dapatkan gabungan yang cantik.
Pokok ini perlukan cahaya, jadi pastikan anda letak ia berdekatan dengan tingkap. Anda hampir tak perlu siram langsung pokok ni, dan ia akan terus hidup.
Jadi kalau pokok ni mati juga, mungkin anda yang perlu disiram dengan air bunga!
Tip Dalam Menjaga Pokok Hiasan Dalam Rumah
Kalau dah memilih beberapa jenis tumbuhan hiasan yang anda rasa sangat sesuai dengan ruang dalam rumah, sekarang tibalah masanya untuk belajar beberapa tip yang boleh digunakan untuk membantu anda menjaga mereka dengan baik!
1) Pastikan aliran air pokok terjaga
Kalau anda perasan, kebanyakan pasu ada lubang kat bahagian bawah. Lubang ini berfungsi untuk membuang air yang berlebihan bila anda siram.
Kenapa perlu buang? Ha, jangan ingat makin banyak anda siram, pokok makin sihat. Kalau banyak sangat air, ia akan terkumpul dalam tanah dan menyebabkan akar pokok reput.
tumbuhan hiasan, pokok hiasan dalam rumah, jenis pokok hiasan, pokok hiasan rumah
Bagi pasu yang tiada lubang, ada juga boleh meletakkan batu-batu di antara tanah dan pasu supaya air berlebihan akan mengisi ruang antara batu tersebut, dan tak terkumpul di dalam tanah.
Namun dengan cara ini, anda mungkin masih kena buang air tersebut secara manual kalau dah banyak sangat.
2) Tukar pasu bila perlu
Bila anda beli pokok dari nurseri, biasanya anda perlu pindahkan ia ke pasu bunga yang lain.
Malah bila pokok anda membesar pun, mungkin anda perlu pindahkan pokok tersebut ke pasu yang lebih besar.
Untuk membantu akar pokok anda menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru, anda boleh mengisi pasu baru tersebut dengan tanah yang lama.
Rahsianya, leraikan tanah ini dengan tangan, lembapkan ia sedikit, dan isi ke dalam pasu baru di sekitar pokok anda tadi.
Ini akan membantu akar untuk membesar ke dalam tanah yang baru anda masukkan tadi.
3) Siram air dengan secukup rasa
tumbuhan hiasan, pokok hiasan dalam rumah, jenis pokok hiasan, pokok hiasan rumah
Setiap jenis pokok ada keperluan air yang berbeza-beza.
Satu petua yang anda boleh ikut untuk semua jenis pokok adalah memastikan tanah tersebut agak kering sebelum anda menyiram.
Biasanya, anda boleh siram sehingga sedikit air berlebihan naik kembali ke atas tanah. Bila air keluar daripada bawah pasu ke piring tempat letak pasu tersebut, pastikan anda buang air supaya ia tak menyebabkan akar pokok anda mereput.
4) Kemaskan daun dan tanah
Bersihkan tanah daripada daun-daun kering supaya ia tak menarik sebarang serangga.
Perhatikan juga mana-mana daun yang nak mati, dan cantas ia supaya nutrien akan pergi ke daun-daun yang memerlukannya.
Mesin permainan anak patung kanak-kanak (K.B. FUN) atau seumpama dengannya adalah termasuk dalam perjudian (al-Maisir).
Demikian menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin. Malah, perkara tersebut telah ditetapkan menerusi fatwa yang diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis pada 22 Mac 2021.
Jelasnya menerusi laporan di dalam Kosmo Online, ini adalah kerana terdapat pertaruhan melibatkan wang yang mana jika berjaya akan memperoleh barang di dalam mesin tersebut dan jika gagal akan kerugian wang.
la juga dilihat mempunyai unsur penipuan dan memperdayakan kanak-kanak untuk tujuan keuntungan.
“Umat Islam di negeri Perlis hendaklah menjauhkan diri daripada terlibat dengan permainan pertaruhan di mesin seumpama itu kerana termasuk di dalam dosa besar,” katanya.
Tambahnya, seorang muslim tidak boleh membantu menguruskan mesin perjudian berkenaan kerana ia termasuk memakan harta secara batil.
Masalah sinki tersumbat menyebabkan segala kerja di dapur terbantut. Memang geram dibuatnya terutamanya jika sudah pelbagai cara dicuba tapi sinki masih tidak mengalirkan airnya.
Jika berdepan masalah ini untuk sekian lagi, cuba kaedah yang disarankan oleh Mat Isa Muhamad Nor dalam Facebook beliau.
1. Gunakan soda untuk mengatasi masalah sinki.
Boleh dibeli di kedai hardware. Ada yang menyarankan mengguna soda bikarbonat tapi kesannya tidak sekuat soda jenis ini. Bentuk soda ini keping-keping. Elakkan menyentuh bahan ini kerana boleh melelas tangan.
2. Masak air. Saya guna bekas paling besar. Lagi besar lagi banyak air, bermakna lagi banyak air boleh mencuci paip yang tersumbat tu.
3. Kemudian, letak soda dalam lubang sinki seperti dalam gambar. Tunggu air menggelegak lalu tuangkan air panas tadi dan lihat soda bertindak balas.
4. Sudah selesai air turun, buka paip air untuk membolehkan kekotoran dalam saluran yang melekat itu keluar.
Sumber: Mat Isa Muhamad Nor (facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.