Agama Islam memang amat menitikberatkan cara mendidik anak berserta peranan ibu bapa dalam mendidik anak.

Ramai ibu bapa semakin sedar dan faham betapa pentingnya ilmu keibubapaan. Bahkan si ayah pun turut memainkan peranan yang sama.

Sebagaimana perkongsian ini menjelaskan bahawa pentingnya kemahiran komunikasi seorang ayah kepada anaknya.

Tak kisahnya borak santau atau sembang, secara tersirat ia mampu membentuk personaliti anak itu, bahkan mudah mendengar kata.

Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari menerusi ciapan di Twitternya.

 

Patutlah Anak Mudah Dengar Kata, Rupanya Ayah Kerap Bersembang Dengan Anak. Ini Sebabnya.

“Ramai sebenarnya masih tak sedar yang skill komunikasi seorang ayah boleh beri efek yang sangat dasyat pada anaknya sendiri!

Cubalah tengok cara Nabi Ibrahim berkomunikasi anaknya Nabi Ismail.”

Berputar ligat otak saya duk fikir masa mula-mula dengar perkataan ni keluar dari mulut seorang ustaz popular ni.

IKLAN

Tapi lepas tu perasaan saya bertukar jadi teruja bila ustaz mula kisahkan tentang teknik yang Nabi Ibrahim apply masa nak besarkan Nabi Ismail

Punyalah dasyat skill parenting Nabi tu, sampaikan anaknya betul-betul patuh dan respect habis pada ayah dia. Hingga bila turun arahan nak disembelih pun, si anak sanggup untuk turuti perintah tu.

Salah satu teknik superb tu ada diceritakan dalam Surah As-Shaffat, ayat ke 102.

..Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata:

“Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”.

Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.

Rupa-rupanya tiap kali bercakap dengan Nabi Ismail, baginda akan gunakan perkataan yang penuh dengan ungkapan kasih sayang.

IKLAN

Siap panggil “Ya Bunayya” atau “Wahai anakku sayang” lagi.

Kemudian bila nak sampaikan perintah Tuhan untuk sembelih anaknya tu, Nabi tak lah terus lontarkan arahan tapi baginda mintak dulu pendapat si anak tentang perkara tersebut. Fuh!

Patutlah si anak mudah nak dengar kata dan respect pada orang tuanya.

Patutlah Anak Mudah Dengar Kata, Rupanya Ayah Kerap Bersembang Dengan Anak. Ini Sebabnya.

Memang kalau ikutkan kajian pun, ayah yang supportive, penyayang dan caring ni akan berikan kesan besar pada emosi, fungsi kognitif, pencapaian akademik dan jugak confidence level dalam diri anak.

Sebab tu kita kena ambil berat betul bab berkomunikasi dengan anak kita ni kalau nak si kecil tu membesar dengan akhlak yang hebat.

– Gunakan panggilan yang baik-baik.

IKLAN

-Banyakkan eye contact bila bercakap dengan anak.

Elakkan lebih banyak screen contact dengan smartphone sebab nanti emosi anak kita akan rasa tercedera.

-Paling bagus kalau kita dapat rendahkan badan masa bercakap supaya eye level kita dan anak selari.

Barulah dia dapat lihat mimik muka dan pergerakan mulut parents. Dari situlah nanti dia belajar skill bertutur dengan lebih baik.

-Sentiasa hidupkan komunikasi 2 hala sebab anak kita akan rasa sangat dihargai bila kita peruntukkan masa untuk berbual dan dengar pendapat dia.

InsyaAllah anak kita akan lebih sayang, hormat dan jadikan mak ayah dia idola dalam hidup bila kita berjaya praktikkan ilmu mahal ni kat rumah kita sendiri.

Sumber: Twitter Ahmad Luqman Bukhari

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Patutlah Anak Mudah Dengar Kata, Rupanya Ayah Kerap Bersembang Dengan Anak. Ini Sebabnya.