

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di


Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

Pengalaman mengerjakan umrah bersama ahli keluarga tentunya menjadi kenangan yang begitu manis untuk dikenang. Apatah lagi dengan melakukan ibadah ini akan menjadikan jiwa seluruhnya menjadi lebih tenang dan hubungan kekeluargaan juga menjadi lebih akrab.
Menyentuh tentang menunaikan ibadah umrah bersama keluarga, pastinya sebelum ke sana tentu ada persiapan-persiapan rapi yang harus dilakukan agar perjalan umrah menjadi lancar. Apatah lagi, jika itu merupakan ziarah pertama kali.
Sering juga kita terbaca perkongsian tentang persiapan yang harus dilakukan di media sisoal, namun berbeza dengan perkongsian nan satu ini. Bila mana Puan Afidah Ayob menyenaraikan tip dan panduan umrah bersama anak istimewa, sebagai mana apa yang telah dilakukannya.
Jom semak.
TIPS DAN PANDUAN MENUNAIKAN UMRAH BERSAMA ANAK ISTIMEWA.
“Ya Allah, tambahkanlah rezeki kepada kami, agar kami dapat mengunjungi rumah-Mu yang agung, menziarahi Rasul-Mu yang mulia, pada tahun ini dan tahun-tahun berikutnya bersama satu keluarga dalam keadaan kami yang terbaik.”
A PERSEDIAAN SEBELUM
1) DOA
Doa ialah senjata orang mukmin. Dari saat kita menetapkan hati untuk pergi menunaikan umrah bersama anak istimewa, pintalah kepada Allah agar hajat kita ditunaikan dan dipermudahkan.
2) BERKHATAN
Sebaik-baiknya, khatankanlah anak jika berhasrat membawa anak lelaki. Ini untuk memastikan perjalanan umrah kita lancar dan tidak menjadi keliru dan tidak yakin. Rujuk https://www.facebook.com/notes/tabung-haji-travel/soal-jawab-permasalahan-umrah-kanak-kanak-yang-mumayyiz-dan-tidak-mumayyiz/540153509489791/.
Aiman kami khatankan beberapa bulan sebelum pergi menunaikan umrah pertama kami dahulu.
3) AGENSI UMRAH
Carilah agensi umrah yang boleh dipercayai dan yang dicadangkan oleh mereka yang pernah pergi (Contoh: THO Travel & Tours , Andalusia Travel & Tours)
Pastikan agensi dapat menyediakan tempat penginapan seperti diiklankan. Banyak kes yang berlaku, bila sampai di haramain, hotel yang diberi sudahlah tidak sama seperti yang dijanjikan, kurang selesa malah jauhnya berganda.
Sebaiknya ambil bilik untuk satu keluarga untuk memudahkan penjagaan anak bersama dan pilih pakej yang menawarkan hotel yang dekat dengan masjid. Boleh lakukan carian di google map atau di internet.
Maklumkan kepada pihak agensi tentang kondisi anak istimewa yang bakal kita bawa bersama untuk mereka mengambil langkah yang sewajarnya. Pastikan kita maklumkan kepada pihak TA jika anak kita perlu membawa tabung oksigen kerana TA perlu menghantar surat kepada pihak penerbangan lebih awal untuk tindakan lanjut.
Dalam hal ini, alhamdulillah, kami sekeluarga pergi menunaikan umrah secara persendirian. Jadi kami dapat memilih hotel mengikut bajet kami dan paling penting kedua-dua hotel yang diduduki hanya di seberang jalan masjid.
4) KESIHATAN
Ikhtiar untuk meningkatkan ketahanan tubuh anak termasuk mengambil suntikan tambahan, mengambil supplements dll.
Jika anak mengalami epilepsi, pastikan membawa surat pelepasan daripada doktor di hospital bagi ubat terkawal.
Pastikan juga stok ubat sawan atau ubat-ubat lain mencukupi. Tips : Simpan di beberapa tempat berasingan. Cth : Bawa dalam ‘hand luggage’ dan beg besar. Jika ada kecemasan, kita masih punya stok yang disimpan di tempat lain.
Ambil maklumat daripada TA tentang lokasi hospital terdekat di Makkah dan Madinah. Sekurang-kurangnya, jika berlaku kecemasan dan wakil TA tidak dapat dihubungi, kita dapat membawa anak terus ke hospital.
5) CARA MEMBAWA ANAK DI HARAMAIN
Stroller tidak dibenarkan sama sekali memasuki masjid. Ada ruang untuk tempat penyimpanan di luar tetapi risiko untuk diambil orang masih ada. Hanya kerusi roda dibenarkan dibawa masuk terus ke masjid. Jadi jika mahu membawa anak bersama ke masjid, pertimbangkan samada mahu membawa kerusi roda atau ‘baby carrier’. Jika masih mahu membawa stroller, beli sahaja stroller yang agak murah supaya kita tidak terkilan jika diduga kehilangan.
6) CUACA
Untuk persiapan material, minda dan fizikal, lakukan sedikit pencarian tentang cuaca di bulan kita bakal pergi kerana cuaca di sana agak berbeza dengan cuaca di Malaysia. Panas dan sejuknya kering menyebabkan kulit cepat kering dan pecah.
Pengalaman menunaikan umrah dalam dua musim berbeza membawa kenangan yang tersendiri. Suhu pernah turun hingga 7 darjah celcius semasa kami tiba di Madinah.
7) PERSEDIAAN FIZIKAL
Walaupun anak tidak boleh berjalan semasa mengikut kita untuk menunaikan umrah, bawa anak juga bersama dalam aktiviti supaya dia biasa dengan keadaan yang bakal ditempuhi semasa tawaf atau bersaie. Namun, jika berhasrat untuk mengendong anak, pastikan anda berlatih dalam keadaan yang sama.
B. SEMASA DALAM PERJALANAN
1) Pastikan anak mendapat rehat dan tidur yang cukup semasa mula melakukan perjalanan kerana perjalanan ke Makkah akan mengambil masa minimum 9 jam jika tanpa henti.
C. TIBA DI HARAMAIN
1. Memandangkan dataran di Masjidil Haram dalam proses renovasi, jemaah yang dibenarkan masuk untuk satu-satu masa agak terhad. Kerusi roda mungkin tidak dibenarkan sama sekali di dataran waktu jemaah biasa ramai di dataran.
Ini cadangan kami berdasarkan pengalaman.
2. Mengendong anak semasa tawaf umrah wajib perlu dipertimbangkan kerana bimbang melanggar syarat sah tawaf khususnya untuk memastikan anak tidak buang air semasa kita mengendong.
Selepas itu, suami ambil giliran menjaga anak dan isteri pula melakukan tawaf sebelum sama-sama pergi untuk melakukan saie.
3. Tempat tawaf di tingkat atas disediakan untuk mereka yang berkerusi roda. Jaraknya tidak sama dengan di dataran. Dataran boleh mengambil masa hanya 15 minit jika suasana lengang tapi di tingkat satu, tawaf boleh mengambil masa selama sejam untuk tujuh pusingan sejauh kira-kira 7km.
2. MELAYAN KARENAH ANAK
Berlapang dada jika kita tidak dapat berjemaah setiap waktu di masjid jika anak nampak kurang sihat dan letih. Beri peluang kepada suami untuk berjemaah di masjid. Usai solat, suami berilah keizinan kepada isteri untuk pergi pula ke masjid.
Jika ingin beriktikaf di masjid, bawa bersama sedikit bekalan makanan dan minuman untuk anak dan barang-barang keperluannya. Bawa sekali spray wuduk untuk berwuduk. Jika wuduk terbatal, kita dapat mengambil wuduk semula tanpa perlu keluar daripada masjid.
3. MEMASUKI RAUDAH
Berdasarkan pengalaman, cuti sekolah bulan Mac selalunya antara waktu puncak sibuk di haramain. Saya tidak galakkan isteri membawa anak yang kecil untuk memasuki Raudah kerana risiko berhimpit-himpit memang tinggi, bimbang anak terlepas daripada pegangan dan terjatuh. Sebaliknya, mungkin suami boleh membawa anak untuk masuk ke Raudah.
Terdapat laluan untuk pengguna kerusi roda bersama penjaganya menuju ke Raudah. Cuma ada masa, keadaan menjadi agak tidak terkawal di dalam bila jemaah daripada laluan biasa cuba pula memasuki kawasan pengguna kerusi roda ketika mereka sudah hampir keluar daripada Raudah.
Kami turut catatkan perjalanan umrah pertama kami di buku “Lihat Langit Tinggi-Menggapai Impian Aiman”.
Labbaika Allahumma labbaika, labbaika laa syariika laka labbaika, inal hamda wan ni’mata laka wal mulka laa syariika laka. (Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah. Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah dan tiada sekutu apapun bagi-Mu. Sesungguhnya puji, nikmat, dan kekuasaan hanya bagi-Mu tanpa sekutu apapun bagi-Mu)
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
sumber : Afidah Ayob via MyCp
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

Kehidupan ini, tidak selalunya diberi kesenangan. Ada kalanya, kita akan tempuhi kesukaran. Ketika ujian datang, kita sudah tentu akan berusaha demi memastikan keluarga tersayang dapat meneruskan kehidupan, biarpun diri terkorban.
Begitulah yang terjadi kepada seorang bapa yang menghadapi desakan hidup yang terpaksa mengambil keputusan untuk mencuri barangan makanan disebuah pasaraya demi memastikan anak-anak tidak kelaparan. Hanya dua bungkus roti untuk mengurangkan kelaparan anak di rumah.
Bukan sengaja tetapi terpaksa. Bukan niat untuk berbuat demikian tetapi desakan hidup ekoran diberhentikan kerja. Bukan dia tidak berusaha mencari kerja tetapi masih belum berhasil. Anak pula merengek kelaparan. Siapa yang tidak berduka.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa. Begitu yang terjadi kepada bapa ini. Namun mujur ada hamba Allah yang bersimpati membantu. Sikapnya yang menyantuni bapa itu sungguh inspirasi. Katanya, “Kalau nampak org tgh susah, jangan ingat Allah tgh uji orng tu, sebaliknya Allah tgh uji kita, Allah nk tengok apa yg kita boleh buat utk tolong org susah tu”
IKUTI PERKONGSIAN INI. MOGA JADI IKTIBAR.
KES CURI ROTI
Aku kerja polis ,Kerja kat Penang.
Tak payah aku mention balai mana,
Masa tgh kerja dapat call, utk ambil satu tangkapan kes curi di Tesco (tesco mana tak payah aku mention).
Sampai kat tesco, masuk guard room tengok ada satu laki melayu duduk atas kerusi.
Atas meja depan dia ada 2 bungkus roti gardenia.
Dapat info laki ni curi roti tu. Nilai roti tak sampai rm10.
3x aku tanya guard tu, “takkan nak tangkap juga? Nilai curi tak smapai rm10?”.
Guard cakap kena tangkap jugak, arahan pihak atasan tesco.
So, bawa jugak la laki tu naik kereta.
Dlm kereta aku tanya kenapa curi?
Dia cakap tak ada duit nk beli, curi pun utk bgi anak dia makan kat rumah.
Terkedu aku dengar.
Dia cakap lagi, anak dia dh 2 hari tak makan nasi, dia cuma mampu bagi anak dia makan keropok mamee sahaja.
Keropok mamee yg harga 20sen sebungkus tu..
Lepas aku dengar, bergenang air mata. Terbayang anak kat rumah.
Sampai kat balai, guard tu dh sampai dulu sekali dgn roti gardenia 2 bungkus, barang curi tu.
Dh depan EO nk buat report.
Kebetulan timbalan ketua balai (AOCS) baru sampai.
Bila AOCS aku dapat tahu cerita ni, apalagi kena maki guard tu.
Tapi guard tu tak boleh buat apa, dia pun cuma ikut arahan atasan dia kata.
AOCS aku suruh call atasan dia datang.
Dlm 20minit datang 1 pompuan melayu, incharge guard tesco tu
Apa lagi berbakul2 lagi pompuan tu kena maki.
Dh insaf kena maki,
Pompuan tu kata kalau nk settel jugak, laki tu kena bayar 10x ganda dari harga barang yg dicuri.
BAYAR HARGA ROTI 10X GANDA
AOCS aku dengar, dia terus bayarkan 10x ganda nilai roti tu.
Dh selesai urusan, melutut laki tu menangis terima kasih kat AOCS aku dlm balai.
AOCS aku cakap apa “Sekarang ni Allah bukan uji hang, tapi ALLAH tgh uji aku sekarang, utk tgok apa aku boleh buat dgn pangkat yg aku ada utk bantu sama saudara yg tgh susah”
Laki tu baru kena buang kerja kilang.
Bini lari, ada anak laki sorang umur 5 tahun.
Aocs aku siap bagi duit poket utk dia survive 2 beranak.
Selang berapa bulan lepas tu, laki tu datang balik kat balai, cari Aocs aku, dia kata dh dapat kerja baru, dia nk bayarkan balik apa yg Aocs aku tolong dia dulu. Tapi Aocs aku dh pindah ke balai di Nibong Tebal.
Sampai sekarang aku ingat apa yg Aocs aku pesan kat aku. “kalau nampak org tgh susah, jangan ingat Allah tgh uji orng tu, sebaliknya Allah tgh uji kita, Allah nk tengok apa yg kita boleh buat utk tolong org susah tu”
Salute kat Aocs aku Sarjan Mejor Shahruddin.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua. Bantu apa yang perlu. Kesusahan orang itu, bukan ujian untuk dia, tetapi ujian untuk kita.
Kredit : Mohd Rosli Wahab
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

Orang zaman dulu-dulu,bilik tidur ibu ayah adalah kawasan larangan. Tak boleh masuk sesuka hati. Namun, sekarang ada segelintir suami isteri membiarkan anak-anak melakukan aktiviti dalam bilik utama. Malah ada juga membiarkan anak tidur bersama. Atas alasan, kesian tengok anak tidur seorang diri dalam bilik. Berbeza pula pandangan ibu ini Syida Musa yang berpendapat bilik tidur adalah ruang privacy suami isteri. Anak tidak dibenarkan sesuka hati untuk masuk tanpa izin. Sungguh bermanfaat perkongsian ini.
__________________________________________________________________
Bilik tidur adalah PRIVACY SUAMI ISTERI. Even anak pun sebenarnya tak boleh suka-suka masuk, kena minta izin, apatah lagi org luar.
Malah pakar perunding keluarga seperti Dr Fadzilah Kamsah pun berpesan, bahawa kamar tidur suami isteri adalah kawasan NO ENTRY. Hanya utk suami isteri sahaja sb di sanalah segala aktiviti sulit dilakukan bersama pasangan.
Org lain boleh guna bilik tetamu/bilik anak. Tapi bukan bilik utama suami isteri. Kalau suami tak faham atau tak boleh terima, bawa dia jumpa pegawai kaunseling di JKM atau mana2 pej. agama.
Islam memberikan HAK PRIVACY kpd suami isteri, apatah lagi dlm rumah sendiri. Org luar tak boleh suka2 masuk ke mana2 bahagian dlm rumah, tanpa izin tuan rumah. Haram hukumnya.
Lebih2 lg, dlm bilik tidur itulah, terdapat pakaian tidur milik isteri yg tak sepatutnya menjadi tontonan org luar, walaupun mak ayah mertua sendiri. Jangan anggap ini benda remeh. Bilik tidur yg selalu dimasuki org luar, lama kelamaan akan hilang serinya.
Perkongsian bersama…
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd 👨👩👦 Dikendali Oleh Astro Group

