Pastinya ingin memiliki keluarga bahagia adalah impian buat pasangan yang melangkah ke alam perkahwinan. Biarpun telah mempunyai anak yang ramai, semarak kasih sayang harus sentiasa menjadi perkara utama dalam hidup.
Justeru itu, jom kita semak 8 panduan mengekalkan cinta agar kasih sayang kekal bersemarak hingga ke akhir hayat
1. Buang syak wasangka
Perkara paling utama untuk mengukuhkan cinta yang sedia ada ialah menjauhkan diri daripada syak wasangka terhadap pasangan. Ada banyak sebab yang memungkinkan hubungan jadi hambar dan tak semestinya berpunca daripada orang ketiga. Kesilapan anda terlalu mudah menaruh syak kepada pasangan boleh menyebabkan kasih sayang menjadi hambar dan boleh menjadi pudar.
2. Betulkan mana yang silap
Sebagai suami atau isteri, anda juga perlu sentiasa betulkan diri. Tak cukup dengan menyelidik diri sendiri tetapi anda perlu berbincang dan berterus terang dengan pasangan. Cari masa dan ketika yang sesuai kemudian berundinglah. Jangan terkejut jika pasangan tak nak berbincang. Cuba dan cuba tapi jangan pula setiap hari! Berikan pasangan anda masa!
3. Luah apa yang dirasa
IKLAN
Senaraikan kelemahan yang anda rasai sendiri. Jika terasa salah sendiri, berusaha untuk mengatasi kesilapan tersebut. Jangan berbangga diri mengatakan diri tidak bersalah. Sebagai manusia, kita semua tak sempurna. Kita miliki kelebihan dan dalam masa yang sama, kita juga mempunyai kelemahan.
4. Pukau pasangan dengan kasih sayang
Kasih sayang bak benih tanaman. Jika benih tersebut sentiasa disiram dan dibaja, ia akan tumbuh subur. Sebaliknya jika dibiarkan tanpa siraman dan baja, akan layu dan mati. Anda perlu gunakan luahan sayang dan belaian mesra.
Luahkanlah rasa kasih anda dalam nada yang amat romantis dan menggoda, ciumlah pasangan anda dengan penuh rasa cinta. Bimbang dikatakan buang tabiat? Ketepikan kebimbangan tersebut! Lakukan saja dan jika benar perkataan tersebut keluar dari mulut pasangan anda, jawablah dengan penuh kasih sayang dan suara menggoda. Anda lakukan semua itu sebab rasa cinta dan rindu yang amat sangat kepada pasangan.
5. Buat kejutan
IKLAN
Sebagai contoh, jika selama ini hari jadi suami atau isteri atau majlis ulang tahun perkahwinan hanya disambut biasa, sekadar ucapan, kad dan hadiah, tukarlah kebiasaan tersebut kepada satu majlis hari jadi agak luar biasa, tak perlu besar, cukup disambut dengan bersama pasangan dan anak-anak tetapi dalam suasana yang berbeza daripada sebelum ini.
6. Imbangi antara kerjaya dan rumah tangga
Keseimbangan wujud apabila anda berjaya memberikan tumpuan tidak berbelah bahagi kepada rumah tangga dan kerjaya. Tumpuan 100% kepada kedua-duanya dapat dilakukan bila anda mampu membahagikan masa sebaiknya.
Elakkan bekerja lebih masa tanpa perancangan sebelumnya. Kalau tak boleh dielakkan juga, bawalah kerja balik ke rumah tetapi pastikan pasangan dan anak-anak diberikan perhatian lebih dulu. Maklumkan kesibukan tiba-tiba anda kepada pasangan agar pasangan tidak ternanti-nanti hingga boleh timbul kekeliruan dan salah faham.
7. Kualiti masa bersama
IKLAN
Pastikan anda mempunyai masa untuk pasangan. Biasakan anak-anak tidur cepat, anggaran jam 9 malam atau paling lewat 10 malam adalah masa sebaiknya untuk kanak-kanak tidur.
Jadi, anda mempunyai antara satu hingga dua jam untuk diluangkan bersama suami isteri. Misalnya, menonton televisyen bersama, bergurau senda, berbual dan paling penting untuk berbincang tentang segala perkara berkaitan hubungan dan perkahwinan.
Wujudkan satu sesi perbincangan keluarga melibatkan suami isteri dan anak-anak. Peruntukkan juga satu hari penuh daripada masa seminggu anda untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama suami isteri dan anak-anak.
8. Doa
Sentiasa berdoa agar kasih sayang suami isteri sentiasa utuh, kekal dan mekar hingga ke akhir hayat. Tak perlu tunggu waktu solat sahaja sebaliknya berdoalah setiap ketika kecuali ketika qada hajat (buang air kecil atau besar).
Insya Allah, dengan segala ikhtiar dan doa anda kepada-Nya, kasih sayang suami isteri akan kembali bersemarak dan kekal hingga akhirnya.
Siapa yang tak kenal dengan Johan Raja Lawak dan juga penyampai radio. Namun bukan kisah kariernya yang ingin diperkatakan. Sebaliknya sikap dan tanggung jawab sebagai seorang suami dan ayah yang prihatin itu yang ingin ditonjolkan.
Bahkan warga net sering melihat dia sebagai bapa dan suami contoh menerusi perkongsian dari isterinya yang memuat naik kisah mereka di instagram.
Terbaru, pendakwah bebas Ebit Lew yang berkesempatan berkunjung ke konti Era fm memuji Johan sebagai suami dan bapa yang penyayang.
“Best dan seronok dapat jumpa @jozlynnhanania . Dari konti era melambai tadi. Senyum. Happy. Jumpa dekat luar terus beliau salam dan peluk. Beliau rendah diri , baik dan sentiasa gelak ketawa.
“Suka tengok beliau sayang dan suka bergurau dengan isteri. Jadi imam isteri dan anak-anaknya. Di mana-mana jaga solat. Didik isteri dan anak solat dan Al-Quran.
“Kita semua sama-sama sedang berusaha mencari RedhaNya. Wujudkan suasana nasihat dan kasih sayang dimana-mana kerana Allah. Semoga terus maju jaya bahagia sampai syurga. Anak soleh solehah,” tulis Ebit lew menerusi instagramnya.
Sana sini pergi interview tak pernah nak lekat kerja. Frust betul rasa! Tambah pula sekarang ni ramai yang diberhentikan kerja akibat PKP, persaingan untuk berebut kerja lagi lah tinggi. Lepas tu mula la rasa, teruk sangat ke aku ni asyik tak dapat lagi kerja?!
Cer semak balik, mungkin boleh jadi korang susah nak dapat kerja sebab salah sendiri ketika menghadiri sesi temuduga. Haa pernah terfikir tak macam tu? Korang kena ingat tau, interviewer akan tengok secara menyeluruh, macam mana korang ‘jual’ diri ketika temuduga, macam tu juga lah dia pandang korang.
Boleh jadi, korang terbuat benda yang sepatutnya korang tak boleh buat semasa pergi temuduga. Alamak macam mana tu?! Jom tengok 8 benda yang korang JANGAN BUAT ketika menghadiri temuduga, hasil dari perkongsian Khairil Zainudin di laman Facebooknya.
Hari ni aku nak cerita pengalaman aku pergi interview sepanjang aku berkerja dulu.
Pastinya ramai tengah prepare nak pergi interview, tak kisah la entry level, mid level or top level.
Sepanjang misi mencari kerja dahulu…Aku hantar almost 100 resume setiap bulan..hahaha memang gila. Setiap kali lepak kita orang akan update berapa resume kita orang hantar.
Punya la membina kawan kawan aku ni..Aku pasti bukan aku sorang sahaja buat macam ni waktu itu….Tak banyak site online time tu.
Yang aku ingat Jobstreet..jobdb..carikerja online..sikomsupplies.Manakala melalui blog2 pon banyak….time tu aku igt blog eddyra..razmatah….Banyak jugak interview dpt time tu..
Kali ni aku nak share tips DO NOT atau DONT
Selalu org share DO and DONT. Aku share DONT je cukup lah…hahaha
#1. JANGAN DATANG ON TIME🤣
Haa !! benda ni candidate selalu org buat…Bagi aku kalau nak pergi interview datang la awal gila…Let say interview jam 10 pagi..Target jam 830 pagi dah sampai ..lepas breakfast datang lah sebab dia.. lepak kat parking 30min..lepak kat loby 30min…isi borang 15min..baca doa 10min…tu belum consider jam pagi lagi. Time tu boleh tengok staff dia perangai macam mana…datang lambat datang awal..bos dia macam mana… Pakai tie atau tak pakai tie. Tengok happy tak enviroment company tu…Ada masa baca-baca lah Company Policy dekat dinding syarikat..Vision and Mission syarikat…
Tengok siapa sign….Tengok gambar-gambar syarikat. So anda akan ada lebih idea pasal syarikat tu. Kalau datang ON TIME nnt ..terkial-kial nak isi borang.. Nak refer resume untuk pastikan sama isi dengan borang. Ada je waktu-waktu aku isi borang tak sama dengan resume hahaha..kantoi plak dengan interviewer. Tengok la bos2 syarikat tu oldboys mana-mana ke…persatuan or NGO apa…Lagi senang nak cari persamaan dengan syarikat lepas tu.
#2. JANGAN BUAT MUKA STONED ☹️
Hehehe Ni aku paling benci tengok….Budak-budak pagi-pagi datang interview buat muka stoned. Aku tau la korang tengah stress time ni fikir banyak benda dalam kepala. Tapi please put your GAME FACE on. Senyum and greet everybody in the hall way,tapi jangan lah buat gaya Mr Bean macam terencat akal. Greet mcm you are part of the company dah. So kalau macam tu korang akan rasa the vibe of the company in you. So smooth sikit bila interview. Be polite to the receptionist.
Receptionist ni first barrier kepada interviewer. Macam aku waktu sampai aku akan greet receptionist dulu (walaupon aku dah kenal orang dalam). Tanya berapa ramai candidate..Bos dah masuk ke belum..Tanya how is her day today?..sebab receptionist ni memang akan banyak bocorkan rahsia interview.
“YOU TAU TAK SEBELUM YOU DATANG TADI, MENANGIS BUDAK TU KELUAR INTERVIEW” akak recept tu bagitau aku
Mungkin candidate tu kene grill kot dalam session sebelum tu so boleh prepare your game and expectation lepas tu.
#3. JANGAN JADI MR SMARTY PANTS 🧐
Ni paling bahaya…Interview ni bukan mcm pergi exam…Percaya atau tidak interviewer akan access org melalui attitude. Ini selalu terjadi bila anda apply untuk Technical position. Jangan ingat soalan V=IR je akan keluar. Bila anda kerja ni mostly anda akan deal dengan orang. Bila anda tau, explain je sehabis baik…bila tak tau always ckp ” Not within my best knowledge …… and i will look into it lepas ni”. Be humble and respectful.
Abah selalu ckp bila tak tau jangan terus cakap tak tau. Always goreng sikit…tapi jangan sampai hangus..Benda ni ada fine line. Macam mana pon pratice make perfect hahaha.
Ada syarikat sediakan exam 20 muka surat sebelum start interview. Aku pernah jawab soalan teknikal tu last-last waktu interview dia cakap tak pakai pon soalan tu. Diorang just nak gauge kita handle masalah mcm mana and condition kita lepas jawab soalan serabut mcm tu. Tapi aku rasa aku ACE the exam tu (sebab diorang pon tak check hahaha)
Job ni memang aku dapat. Best company tu.
#4. JANGAN OVER CONFIDENT 😎
Part ni selalu terjadi dekat aku bila zaman awal-awal dulu aku attend interview. Selalu overconfident. Belasah je bila jawab interview,takda sumber rujukan mana-mana.
Paling aku ingat adalah soalan inteviewer ” WHAT CAN YOU SEE YOURSELF IN 5 YEARS TIME” . Waktu tu aku attend interview untuk Executive position di sebuah syarikat penerbangan MALAYSIA dekat Subang. Biasa la awal-awal soalan tell me about yourself/background …lepas soalan KBKK sikit…lepas soalan pasal family sikit…
Last sekali soalan pasal future “WHAT CAN YOU SEE YOURSELF IN 5 YEARS TIME”..Tak silap aku, waktu interviewer tu introduce diri beliau ni.. Beliau ni level SENIOR MANAGER.
Aku pon tengah sedap goreng….gila aku jawab ” I WILL REPLACE YOU IN 5 YEARS” hahahahahaha berdekah dekah aku gelak (dalam hati)…baru aku perasan aku ter over confident.
Gila apa dalam masa 5 tahun dari fresh entry level nak naik sampai SM level. Bukan tak boleh… boleh…tapi seolah olah mencabar interviewer tu…MAKA tak dapat la aku jawatan Executive tu. Terus interviewer tu tanya ” KALAU TAK DAPAT KERJA SINI MACAM MANA?” …hahaha so boleh gauge la dia dah reject aku. Penat jugak time tu.. yelah ..apply online..exam online…EQ test IQ test…sekali interview fumble macam tu je. Tapi macam mana pon rezeki tu Allah bagi kene ingat. Mungkin ramai lagi candidate lagi power and memenuhi criteria.
#5. JANGAN KUTUK COMPANY LAMA 🤬
WHY DO YOU WANT TO LEAVE YOUR OLD COMPANY??…Selalu terlepas pandang pasal ni… company lama tak bagi increment..boss company lama tak bagus…bonus tak dapat…staff tak bagus… Reflect balik yourself what did you enjoy the most pasal company lama..cerita je kebaikan kebaikan company lama…cakap je nak cari pengalaman baru…nak cari kawan baru…walaupon hakikat dia nak increment gaji. FYI, setiap kali lompat syarikat anda boleh demand 30% to 50% salary increment…tapi janganlah sampai over market price.
#6. JANGAN LUPA FOLLOW UP 😉
Cara nak follow up ni banyak cara…hantar thank you note..hantar ucapan raya (kalau dekat dekat dgn festive season)…kalau tak dapat job tu pon atleast anda dapat grow circle kenalan anda. Seronok bila anda kenal ramai orang.
Let say kalau ada next oppoturnity diorang akan inform kita dulu. Aku dulu follow gila-gila hahaha konon nak tunjuk effort. Pening HR tu dengan aku.
#7. JANGAN LUPA AMBIL TAHU PASAL PERKS SYARIKAT.🤠
Kadang-kadang kita lupa waktu negotiations kita negotiate gaji je…jangan lupa ambil tahu pasal perks dan benefit. Macam annual leave, yearly increment, bonus2 syarikat, medical and dental allowance, replacement leave.
Soalan ni selalu wakil HR akan jawab. Perks syarikat ni walaupon nampak kecik tapi main peranan besar dalam pengendalian syarikat. Paling best aku dengar ialah syarikat menghantar staf pergi umrah dan buat caruman haji.
Satu lagi company event. Ada syarikat every month ajak pergi main bowling…PS4 dekat pantry…tournament pingpong lepas kerja…bukan setakat lepak mamak atau teh tarik session lepas kerja je.
Time ni la nak balas dendam secara baik dengan bos anda waktu main bowling,fifa ps4 or tournament pingpong. Tapi kalau kene tapau dengan bos tahan je la telinga semusim hahaha…
#8. JANGAN SELL SHORT OF YOURSELF🥰
Yang ini last sekali…kene main poker face sikit… HR akan adjust or lower down you punya demand. Jangan bagi discount banyak sangat bab gaji. Kalau discount banyak sangat nanti kerja pon tak happy. Malas aku nak cerita bab ni panjang sangat. VALUE AND LOVE yourself.
Aku rasa ni jelah tips-tips yang aku rasa dapat memberi manfaat kepada calon- calon perkerja di luar sana.
Aku pon masih belajar. Dulu aku belajar nak pergi interview skarang aku belajar nak cari org untuk di interview.
Paling penting dekat sini be your ownself waktu interview tu. Kalau dapat job tu….be ready to work hard and work smart- bukan kerja macam lembu.
Nak beli barang tapi malas nak beratur kat kedai? Jom beli belah secara online di sini !
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kasih ayah sepanjang masa begitulah ungkapan yang biasa kita dengar apabila membayangkan kasih sayang seorang ayah kepada ahli keluarganya.
Malah ada yang sanggup berkerja lebih masa untuk memberikan kemewahan dan kebahagiaan buat ahli keluarga.
Ikuti perkongsian Mohd Fhais mengenai kerajinan seorang ayah tetapi kena hadnya supaya keluarga tidak terabai.
11 Pesanan Buat Ayah Yang Rajin Bekerja
1 – Nak kerja “lebih masa” setiap hari boleh. Malah sangat di alu-alukan tetapi jangan sampai “tiada masa” langsung untuk bersama anak dan isteri.
2 – Seperti wang ringgit, masa pun ada harga dan nilai sendiri. Wang ringgit boleh di cari tapi masa tak boleh di cari ganti. Hargai masa sebaiknya.
3 – Kejar kerjaya. Kejar pangkat. Kejar gaji yang lumayan. Silakan kejar, tapi ingat jangan sampai keluarga yang di gendong berciciran sudah la.
4 – Jangan jadikan duit sebagai visi mencari rezeki. Duit itu hasil. Jika tercapai visi maka duit la ganjarannya. Visi yang baik mestilah mencari keredhaan Allah dan melaksanakan tanggungjawab pada keluarga.
5 – Baik atau buruk rezeki itu tak di tentukan pada pangkat dan darjat. Asalkan halal, pemungut sampah yang busuk itu pun lebih wangi rezeki dia berbanding mereka yang tidur di meja pejabat pada waktu kerja.
6 – Ingatlah kerja yang di buat sekarang ni tak menentukan keseluruhan asbab rezeki. Rezeki datang dalam pelbagai rupa. Usah terlalu taksub dengan wang ringgit.
7 – Jangan mengeluh jika gaji tidak setimpal dengan kerja tapi mengeluh la bila gaji banyak tapi tetap tak pernah cukup. Ada kemungkinan rezeki bocor gara-gara tidak ikhlas bekerja.
8 – Rezeki ada dalam banyak bentuk. Badan sihat itu rezeki, anak baik pun rezeki, isteri rajin juga rezeki, jarang di timpa musibah pun rezeki. Berlapang dada la usah mengeluh.
9 – Jika setelah semua usaha dah di buat, kerja 7 hari seminggu pun sudah tapi masih belum dapat hasil yang diinginkan. Berhenti la. Berlapang dada la. Percaya kepada kudrat Allah SWT. Sesungguhnya kudrat Allah itu lebih berkuasa berbanding kudrat manusia.
10 – Pastikan niat bekerja itu betul. Niat mesti untuk utamakan yang wajib. Nafkah isteri, nafkah anak-anak, tempat berteduh, makanan, dan pakaian mesti di dahulukan sebelum benda-benda lain yang tak wajib.
11 – Rajin bekerja bagaimana pun di luar rumah, kerja hakiki jangan di lupa. Kerja hakiki suami ialah di rumah iaitu mendidik anak-anak, mendidik isteri, jadi ayah yang prihatin, suami yang penyayang dan paling penting jadi imam yang boleh memimpin.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Kerja adalah ibadah, keluarga adalah amanah. Mana satu lebih utama?
p/s : Dipersilakan share post ini kepada pasangan dan kenalan anda semoga dapat memberi manfaat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tak sangka ada cacing dalam tin sardin. Hati-hati peminat sardin! Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor merampas 16,320 kilogram (kg) tin sardin dari China, yang mengandungi cacing parasit Anisakis sp. cuba diimport masuk ke negara ini, awal bulan ini.