Datin Seri Nur Shahida, isteri kepada usahawan terkenal Malaysia Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa gembira melihat keakraban anak perempuannya, Qadejah El Zahra apabila mereka meluangkan masa bersama anak lelaki Shuib, Uwais Alqarni.
Menerusi perkongsian di Instagram Datin Seri Shahida, beliau memuat naik video persahabatan Qadejah dan Uwais sedang beriadah di resort miliknya sambal berlatar belakangkan lagu arwah Siti Sarah Raissuddin.
“Mula mula malu malu,dah lama baru la jadi kawan. Seronok tengok @qadejah_terlajaklaris dengan Uwais buat aktiviti di @sugehecoresort Janda Baik.
“Nak berkawan tak salah, kawan lah. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama dekat sini. Qadejah ni tak ramai mana pun kawan dengan lelaki. Bukan sombong tapi malu,” tulisnya di ruangan kapsyen postingnya.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata – rata senang melihat hubungan persahabatan mereka berdua malah, ada juga netizen yang teringat akan arwah Siti Sarah selepas melihat wajah Uwais.
Ads
Untuk rekod, Qadejah El Zahra dilahirkan pada 25 November 2010. Dia merupakan puteri sulung kepada Datuk Aliff dan Datin Shahida. Manakala, Uwais Alqarni dilahirkan pada 4 Disember 2011. Uwais merupakan putera sulung kepada Shuib dan arwah Siti Sarah.
Perkahwinan semamngnya indah buat pasangan suami isteri. Namun ada pasang surutnya. Lantaran itu, bagi memastikan rumahtangga sentiasa inspirasi dan bahagia, pasangan haruslah saling melengkapi.
Sebagaimana perkongsian wanita, Ashikin Hashim ini mengenai peranan isteri yang sungguh bermanfaat untuk memastikan hubungan suami sentiasa mekar dan indah. Jom kita semak perkongsiannya.
Saya pernah mendengar ceramah seorang ustazah tentang fasa dalam perkahwinan. Tidak selalunya perkahwinan itu indah belaka. Ia ada pasang dan surutnya juga.
Perkahwinan tidak pernah lari dari masalah. Pun begitu, apa jua masalah selagi ianya masih dalam keterbatasan kemampuan seseorang untuk menghadapinya, carilah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Satu yang saya paling ingat, ustazah itu menyebut: MASALAH JANGAN DICAMPUR ADUKKAN DENGAN KETAATAN.
Bagi saya, selagi seorang yang bernama suami itu tetap menjalankan tanggungjawabnya, tidak pula memukul atau mendera fizikal mahupun batin kita, kita masih wajib mentaatinya.
Saya kongsikan semula status ini. Semoga bermanfaat.
Selagi bernama isteri:
❤️Siapkan keperluan suamimu – baju kerjanya, stokin dan kasutnya, sapu tangan dan sebagainya. Walaupun mempunyai pembantu rumah, ianya masih tanggungjawab seorang isteri.
❤️Siapkan sarapannya dan duduk makan bersamanya. Walau hanya secawan kopi.
❤️Hantarkan suamimu ke kereta, salam peluk dan saling menciumi. Lambai suamimu hingga hilang dari pandanganmu.
❤️Tanya khabar suamimu ketika dia bertugas. Hantarkan kata rindu dan cinta. Doakan kesejahteraannya.
❤️Di dalam solatmu sentiasa mendoakannya dan doakan perkahwinanmu. Minta Allah jagakan suamimu untuk mu kerana tidak setiap masa kita dapat bersamanya. Tetapkan cinta dan kasih sayangnya hanya untuk kita hingga ke akhir hayat dan sampaikan ke syurgaNya.
❤️Kongsikan kebaikan suamimu bersama anak-anak. Ajari anakmu untuk sentiasa menghormati suamimu sebagai seorang ayah. Dan apa jua keputusan dan keizinan ajari anakmu untuk bertanya kepada suamimu.
❤️Sebelum suamimu pulang, pastikan rumahmu bersih dan dirimu juga berhias dan wangi.
❤️Sambutlah suamimu di muka pintu dengan senyuman dan kemesraan.
❤️Hidangkan makanan malam dan teman atau makan bersamanya.
❤️Mintalah bantuan suamimu. Jangan simpan dalam hati. Bantu dalam urusan anak-anak, keperluan rumah dan sebagainya. Libatkan suamimu.
❤️Sesekali bercutilah berdua atau bersama anak-anak. Atau buatlah aktiviti bersama.
❤️Usahlah segan untuk meminta dari suamimu – minta duit belanja, minta untuk belikan beras, minta untuk pergi ke spa.
❤️Minta izin – walau hanya benda kecil.
❤️Berbuallah dan lapangkan masa bersamanya sebelum waktu tidur. Dengarkanlah apa yang dia ceritakan. Rasa gembira ketika dia gembira dan sabarkan dia ketika dia sedih.
❤️Luahkan segala isi hati atau nyatakan cadangan selepas semuanya selesai dan tenang duduk bersama.
❤️Tidurlah dengan tenang dalam redha Allah swt.
Suamimu umpama BOSS besar dalam mentadbir rumahtanggamu. Libatkan dia dalam semua perkara. Jangan berahsia kepadanya. Dia partner rumahtanggamu.
Suami boleh jadi seperti BAYI yang sering mahu dimanja dan diberikan perhatian. Inilah keindahan ciptaan Allah. Kerana tempat terbaik seorang suami untuk bermanja adalah bersama isterinya.
Saya petik soal jawab ini dari kolum Sinar Islam Sinar Harian yang memetik. Sumber dari laman web Mufti Wilayah Persekutuan.
Soalan: Adakah sahih hadis isteri sujud pada suami?
Jawapan: Bagi menjawab pertanyaan pertama di atas, hadis sujud pada suami telah diriwayatkan oleh beberapa orang sahabat Nabi SAW. Antaranya Abu Hurairah, Mu’az bin Jabal, Suraqah bin Malik, Aisyah, Ibn Abbas, Abdullah bin Abi Awfa, Ummu Salamah, Anas bin Malik dan beberapa orang lagi sahabat Nabi SAW yang lain. Adapun berkaitan matan hadis adalah seperti berikut:
“Jika aku boleh memerintahkan seseorang itu untuk sujud kepada seseorang, maka aku memerintahkan isteri untuk sujud pada suaminya.” [Riwayat al-Tirmizi (1159)][Imam al-Tirmizi mengatakan hadis ini melalui jalur Abu Hurairah RA adalah hasan gharib] Hadis ini juga disahihkan oleh Imam al-Hakim di dalam al-Mustadrak melalui jalur Mu’az bin Jabal [Lihat: al-Mustadrak, 190/4]
Tambahan pula, hadis ini mempunyai sebab wurudnya (sebab Nabi SAW ucapkan hadisini) iaitu apabila salah seorang daripada sahabat Nabi SAW pulang daripada Syam dan melihat orang-orang Nasrani dan Yahudi sujud kepada pembesar dan ulama’ mereka sebagai tanda penghormatan nabi-nabi mereka. Maka, sahabat ini berkata bahawa Rasulullah SAW lebih berhak untuk dilakukan sedemikian tetapi Nabi SAW melarang para sahabat melakukan hal tersebut dengan mengatakan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani ini mereka mendustakan serta menyelewengkan kitab-kitab nabi-nabi mereka. [Lihat: al-Mustadrak, 190/4]
Makna hadis
Antara yang boleh difahami daripada hadisini adalah kewajipan seorang isteri itu mentaati suaminya kerana sujud ini tidak dihalalkan melainkan kepada ALLAH SWT sahaja. Ini kerana, terdapat banyak hak-hak suami yang perlu dilaksanakan oleh isteri dan sebahagiannya tidak terlaksana oleh si isteri.
Imam al-Syaukani berkata, makna hadis ini adalah jika dibolehkan sujud kepada manusia nescaya Nabi SAW akan memerintahkan para isteri untuk sujud kepada suaminya. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 272/4] Di dalam Musnad Ahmad, daripada Anas bin Malik RA bahawa Nabi SAW bersabda, yang bermaksud:
“Tidak dibenarkan seorang manusia itu untuk sujud kepada manusia. Jika dibenarkan untuk manusia itu sujud kepada manusia nescaya aku akan meminta isteri untuk sujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami ke atas isteri itu.” [Riwayat Ahmad (12614)] [Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadis ini sahih li ghairihi]
Kesimpulan
Hadis di atas adalah sahih dan ia tidaklah menunjukkan kebolehan seorang isteri itu untuk sujud kepada suaminya. Ini kerana, sujud hanya dibenarkan kepada ALLAH SWT sahaja dan tidak dibenarkan sujud kepada selain daripada ALLAH SWT sebagaimana larangan jelas daripada Nabi SAW berdasarkan riwayat di dalam Musnad Ahmad di atas. Akan tetapi, hadis ini menggambarkan bahawa kedudukan suami itu tinggi di sisi isteri dan si isteri wajib untuk mentaati suaminya selagimana apa yang diperintahkan itu tidak bercanggah dengan agama. Akhirnya, semoga ALLAH SWT mengurniakan kita suami yang soleh dan isteri yang solehah agar rumah tangga yang dibina itu mendapat keberkatan dan keredhaan daripada ALLAH SWT. Amin.
Taatilah suamimu
Di dalam hidup berumah tangga, seorang isteri itu wajib untuk mentaati suaminya pada perkara yang ma’ruf. Ini kerana, dengan ketaatan tersebut akan memudahkannya jalan untuk ke syurga berdasarkan sebuah hadis yang disahihkan oleh Imam Ibn Hibban: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda, yang bermaksud: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadan), mengawal kemaluannya (maruahnya) dan ta’at kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki”. [Riwayat Ibn Hibban, no. hadis (4163), 471/9]
Semoga bermanfaat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dunia yang terpaksa dihadapi anak-anak zaman sekarang sangat mencabar. Sedangkan lagu Hari Raya yang sejak zaman-berzaman memuji keagungan Allah dan menggamit kenangan bersama Ayah Bonda kini dicemari hingga hilang izzah, kesopanan dan kesusilaan, apatah lagi perkara lainnya.
Zaman anak-anak kita adalah zaman membuka aib dan kebodohan diri sendiri di media sosial untuk di war-warkan kepada dunia sedangkan Allah SWT sentiasa menutup aib kita.
Zaman para narsis bermaharajalela hingga sanggup melakukan apa sahaja demi ‘like’, diiktiraf dan dijulang pengikut yang terpesona.
Zaman spesies yang songsang dan melawan fitrah ciptaan Allah SWT diraikan, diberikan hak, disanjung, dikagumi dan dikasihani.
Zaman penipu menggunakan pelbagai cara untuk menjerat mereka yang terleka agar dapat hidup mewah dengan penipuan itu, malah tidak malu mempamerkan kemewahan hasil enipuan.
Zaman di mana professional yang selama ini dihormati dalam masyarakat sibuk mengejar glamor dan populariti di media sosial hingga sukar untuk membezakan antara intan dan kaca.
Zaman teknologi berkembang tetapi jiwa mengecut hinggakan semua perkara dirakam dan ditularkan dengan rasa bangga tanpa mengira akibatnya.
Zaman ramai yang menjadi pakar tahu serba serbi walaupun itu bukanlah bidangnya, malah mungkin belajar pun tidaklah setinggi mana.
Zaman para suami, isteri, ayah dan ibu tidak malu menonton perkara lucah, beraksi lucah, menuturkan perkataan lucah, bergurau lucah, menampal pelekat dengan kata-kata lucah secara terbuka.
Zaman orang Agama bertelagah dan menyindir di platform umum, malah ada yang mulut ringan mengeluarkan perkataan carutan apabila tidak sekepala.
Apa yang dihadam oleh anak-anak kita dari semua ini?
Membesarkan anak zaman dulu dan zaman sekarang tidak sama.
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka…”
(Surah At-Tahriim 66:6)
Noor Afidah Abu Bakar,Parent Connect Consultancy
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukan semua anak-anak kita mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Ada sesetengahnya mula rasa tak yakin dan takut untuk mencuba.
Sebagai mak ayah, kitalah yang perlu bertindak untuk membantu anak jadi berani mencuba.
Menurut perkongsian Mohd Fhais Salim, mak ayah berperanan penting untuk meningkatkan keyakinan dan kepercayaan anak-anak. Ikuti perkongsian beliau.
Lima cara untuk tingkatkan keyakinan diri anak-anak.
Apabila anak cakap saya tak pandai, saya tak tahu terus kita cakap ” kamu bukan tak tahu, kamu bukan tak pandai tapi kamu belum cuba. Cuba dulu buat.”
Beritahu anak, tak tahu tak mengapa tapi jangan takut untuk mencuba. Kita galakkan anak untuk berani mencuba.
Kita jangan sekali-kali marah anak. Beritahu anak dengan baik dan ajak anak untuk buat sama-sama. “Jom, mari ayah tunjukkan caranya”. Nampak mudah tapi cara ni boleh tingkatkan keyakinan anak.
Seterusnya beritahu anak, “Tak apa ibu percaya kakak boleh buat”. Kadang-kadang anak mudah rasa tak yakin pada diri. Kita tambah dan suntik sedikit keyakinan diri pada anak. Tambahkan kepercayaan pada diri anak. Insyallah membuahkan hasil.
Kelima, sudah tentulah anak perlukan latihan kerana latihan akan menambahkan kemahiran dan kemahiran inilah yang akan meningkatkan keyakinan diri anak.
Jadi, mak ayah kena sabar dan konsisten untuk sentiasa mendidik anak sehingga dia yakin pada dirinya sendiri.
Yunos Laith sekali lagi mencuri perhatian apabila penyanyi, komposer dan pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim berkongsi momen istimewa sempena sambutan ulang tahun kelahiran mereka...