Semalam (26/4) merupakan episod linangan air mata. Para pelakon membawa dalam mood kesedihan membuatkan para penonton meruntun jiwa.

Episod yang memaparkan kekecewaan pemergian ‘Sya’ lakonan Hannah Delisha.

Lebih terkesan kata-kata retorik Sophia Albarakbah sebagai Sharifah Bahiyah cukup menusuk di jiwa. Malah tidak mustahil, ia berlaku dalam masyarakat kita hari ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Penerbit dan pengarah, Erma Fatima bahawa drama genre berat ini berlaku dalam ruang linkup masyarakat kini.

“Mommy, cinta hati lya. Semoga hati mommy terbuka untuk berdamai dengan takdir. Harta tak boleh bawa mati mommy. Sya pun dah tak ada.”

“Pulanglah harta tu ikut faraid mommy! Sya died because of your reputation! You think depression is nothing, mommy!Semua harta ni tak boleh kembalikan Sya!”

Begitulah antara luahan Iya setelah meratapi pemergian Sya.

Drama ‘Lelaki Itu’, Buat Ramai Emosi. “Pulangkan Harta Ikut Faraid, Mommy!”

IKLAN

Menjengah di bahagian komen, rata-rata penonton meluahkan bersetuju apa yang dilontarkan oleh Iya. Antara komen menarik adalah

“Bahiyah seorang yg rational and I suka her character..”

IKLAN

“Bahiyah je anak yang baik, selalu ada disamping mummy, anak yg sentiasa fikirkan kepentingan keluarga.”

“Tq iya selalu ada dikala family ada masalah..smg kata2 iya membuka mata mummy dan yana utk lebih tumpu kpd keluarga, pupuk kasih syg n happiness dlm keluarga..bukan mngejar harta, reputasi dan org luar.”

IKLAN

Drama ‘Lelaki Itu’, Buat Ramai Emosi. “Pulangkan Harta Ikut Faraid, Mommy!” Drama ‘Lelaki Itu’, Buat Ramai Emosi. “Pulangkan Harta Ikut Faraid, Mommy!” Drama ‘Lelaki Itu’, Buat Ramai Emosi. “Pulangkan Harta Ikut Faraid, Mommy!”

Nantikan episode terakhir pada hari isnin ini.

Sumber: Dramasangat

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI