Ads

Seorang Anak Terselamat Kerana Tak Ikut Bercuti, Bapa & Dua Adik Jadi Korban Rempuhan Lori Imigresen

Tragedi Maju Junction menyaksikan percutian sebuah keluarga dari Kampar, Perak ke ibu negara bertukar tragedi apabila tiga beranak maut selepas dirempuh sebuah lori milik Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai pesara tentera, Shaik Mohd. Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlim, 25, dan Siti Darwisyah Auni, 12.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa mengesahkan identiti ketiga-tiga mangsa.

Dalam kejadian sama, isteri Shaik Mohd. Firdaus, Norhayati Razali, 55, turut menjadi mangsa dan kini menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU).

Apa yang lebih menyentuh hati, seorang lagi anak pasangan berkenaan, Siti Nor Shakira, 28, tidak terlibat dalam kemalangan tersebut selepas tidak mengikuti keluarganya bercuti di ibu negara.

Seorang Anak Terselamat Kerana Tak Ikut Bercuti, Bapa & Dua Adik Jadi Korban Rempuhan Lori Imigresen
Suasana semasa di IPFN, Hospital Kuala Lumpur, hari ini.

Tragedi Maju Junction, Jenazah Dibawa Pulang Ke Kampar

Difahamkan, ketiga-tiga jenazah akan dibawa pulang ke Kampar untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Labu selepas proses bedah siasat di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) selesai.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamsha Injau turut dilihat hadir di IPFN bagi bertemu ahli keluarga mangsa. Saudara-mara serta kenalan keluarga berkenaan juga dilaporkan berada di pekarangan institut tersebut.

Ads

Isteri Kini Dirawat Di ICU

Dalam tragedi itu, Norhayati turut dirempuh bersama suami dan dua anak perempuannya.

Bagaimanapun, wanita berusia 55 tahun itu terselamat dan kini dilaporkan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU).

Seorang lagi anak pasangan tersebut, Siti Nor Shakira, pula tidak berada bersama keluarganya ketika kejadian kerana tidak mengikuti percutian mereka ke ibu negara.

Seorang Anak Terselamat Kerana Tak Ikut Bercuti, Bapa & Dua Adik Jadi Korban Rempuhan Lori Imigresen

Ads

Lori Dipercayai Masuk Ketika Lampu Merah

Terdahulu, kemalangan berlaku kira-kira pukul 1 pagi membabitkan sebuah lori Isuzu Black Maria milik JIM.

Siasatan awal mendapati lori berkenaan dipercayai memasuki persimpangan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna merah dengan lampu beacon serta siren diaktifkan sebelum bertembung dengan sebuah Proton Saga.

Akibat pelanggaran itu, lori berkenaan hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh empat pejalan kaki yang merupakan satu keluarga serta sebuah Inokom Matrix yang sedang berhenti di persimpangan.

Tiga daripada empat ahli keluarga berkenaan maut, manakala Norhayati terselamat dan dibawa mendapatkan rawatan.

Ads

Dua Pemandu Ditahan Bantu Siasatan

Pemandu lori JIM dan pemandu Proton Saga telah ditahan bagi membantu siasatan.

Ujian pernafasan alkohol serta saringan awal air kencing terhadap kedua-duanya dilaporkan negatif. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tragedi Maju Junction Tinggalkan Luka Mendalam

Kehilangan Shaik Mohd. Firdaus, Siti Nor Sazlim dan Siti Darwisyah Auni dalam kejadian sama pastinya menjadi ujian yang cukup berat untuk seluruh keluarga.

Semoga segala urusan keluarga dipermudahkan dan Norhayati diberikan kekuatan serta kesembuhan ketika melalui detik sukar ini.

BACA LAGI : Tragedi Sungai Petani! Dalam Sekelip Mata Hilang Ibu, Anak dan Empat Ahli Keluarga Tersayang

Sumber : Kosmo Online

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Rita Rudaini Jaga Pemakanan Anak Ketika Peperiksaan, ‘Tenaga, Fokus & Minda...

Pemakanan anak ketika peperiksaan diberi perhatian Rita Rudaini. Selain makanan seimbang, rehat dan sokongan emosi juga penting untuk anak.