Tahniah diucapkan buat penyanyi, Ina Naim yang sah bergelar isteri kepada Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan di Kampung Felcra, Sg Ara, Kota Tinggi pada jam 9.50 pagi Jumaat.
Pasangan merpati dua sejoli itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Daerah Kota Tinggi Mohammad Ramadhan Mahroji.
Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim, 40, menerima wang hantaran berjumlah RM7,000 dan mas kahwin sebanyak RM100.
Ads
Difahamkan, pengantin lelaki menyerahkan kelengkapan solat, seutas gelang emas, sebentuk cincin dan lima dulang hantaran manakala Ina pula memberi tujuh dulang hantaran kepada pihak lelaki.
Ads
Dalam majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat dan persandingan akan berlangsung selepas selesai majlis akad nikah pada hari yang sama.
Ads
Terdahulu, Ina mendirikan rumah tangga dengan bekas kumpulan nasyid Inteam, Suhaimi pada 12 Oktober 2007 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Bagaimanapun, Suhaimi disahkan meninggal dunia pada 15 November tahun lalu akibat masalah kesihatan yang juga menyebabkan organ dalaman tidak berfungsi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
10 tahun menanti zuriat, hilang sekelip mata, tragedi Plaza Tol Bukit Kajang meruntun jiwa. “Kami sudah 10 tahun menanti zuriat, tetapi dalam sekelip mata ALLAH uji kami dengan kehilangan seorang daripada anak kembar.”
Itulah kata-kata penuh sebak Amirul Ridzuan Abu Bakar, 39, apabila memaklumkan anak bongsunya, Amir Husayn, meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku di Plaza Tol Bukit Kajang, Lebuhraya Kajang Silk (Silk), Sabtu lalu.
Dalam insiden kira-kira jam 10.50 pagi itu, kereta yang dipandu isterinya, Nurul Husna Khairuddin, 38, dirempuh sebuah lori hingga menyebabkan bayi berusia setahun empat bulan itu tercampak keluar.
Amirul yang juga pensyarah berada di Kedah atas urusan kerja ketika kejadian, manakala isterinya keluar bersarapan bersama dua anak kembar mereka, Amir Husayn dan Amir Hasan, serta ibu bapa mentua.
“Sekitar jam 10.59 pagi, saya menerima mesej kecemasan daripada telefon isteri. Saya kemudian cuba menghubunginya beberapa kali namun tidak berjawab sebelum ada orang lain yang menjawab panggilan serta memaklumkan isteri saya terlibat dalam kemalangan,” katanya pada Ahad.
Lebih memilukan, Amirul berkongsi bahawa anaknya menunjukkan kelakuan yang berbeza pagi sebelum kejadian.
“Kebiasaannya dia makan bersepah, tetapi pagi itu dia makan elok dan bersungguh-sungguh seolah-olah tahu masanya sudah tiba,” katanya.
Hasil bedah siasat mendapati punca kematian Amir Husayn adalah akibat pendarahan dalaman. Amirul dan isteri yang berkahwin pada tahun 2013 menerima kehadiran anak kembar lelaki pada 20 Mei tahun lalu selepas hampir sedekad menanti.
“Amir Husayn lahir 15 saat selepas abangnya, Amir Hasan. Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan.
“Kembar seorang lagi masih sihat dan dalam pemantauan pihak hospital. Isteri pula masih bersedih, jadi saya mahu beri ruang kepadanya,” katanya.
Amirul turut meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat bersama keluarga ketika insiden itu berlaku kerana terikat dengan urusan kerja.
“Saya sedih melihat keadaan isteri, lebih-lebih lagi apabila mengenang anak kami yang telah pergi.
“Saya serahkan segalanya kepada pihak berkuasa untuk tindakan sewajarnya,” katanya lagi.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof memaklumkan siasatan awal mendapati lori terbabit dipercayai mengalami masalah brek. Pemandunya dikatakan sempat melompat keluar sebelum kenderaan itu merempuh tiga kereta lain yang berada di plaza tol berkenaan.
Akibat nahas itu, seorang bayi disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala tujuh lagi mangsa cedera dan kini dirawat di Hospital Kajang, Hospital Serdang serta KPJ Kajang.
Baru-baru ini, Ina Naim, bekas isteri kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad, telah berkongsi bahawa beliau akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Dalam pada itu menerusi satu sesi live TikTok, Ina menjelaskan mengenai perkahwinan keduanya setelah setahun pemergian suaminya.
Kata Ina, Ina kehadiran bakal suaminya diharapkan dapat memberikan sokongan dalam usaha mendidik dan membimbing anak-anaknya yang kini sedang dalam fasa remaja.
Katanya lagi, anak-anaknya telah mula belajar dengan bakal suaminya dan berhubung melalui telefon untuk mendapatkan bimbingan.
Atas faktor itu, Ina memberitahu dia perlu berkahwin setelah pemergian suaminya, demi memastikan kesejahteraan anak-anaknya. Tambahan pula, dia mengakui tidak dapat menguruskan seorang diri anak-anaknya.
“Anak-anak memang tidak ke sekolah tapi mereka kena belajar. Disebabkan itu saya tidak boleh menjanda lama-lama dan duduk seorang kerana saya tidak boleh uruskan anak-anak yang meningkat usia remaja.
“Anak-anak saya perlu belajar disebabkan itu saya memerlukan seseorang untuk teruskan pembelajaran mereka setelah ayah mereka meninggal dunia,” katanya.
Dalam sesi live itu juga, wargamaya turut bertanya mengenai majlis perkahwinannya pada 8 November ini, tanpa berselindung Ina memberitahu dia dan bakal suami mengadakan majlis secara sederhana hanya menjemput keluarga dan kenalan rapat sahaja.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komem rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan berharap Ina bahagia dengan kehidupannya.
“Tahniah Ina Naim,,semoga kekal hingga akhir hayat..” “Semoga dipermudhkn segala urusan.. Aamiin” “Ina berhak untuk bahagia mcm org lain.”
Siapa yang tak kenal dengan Bell Ngasri. Nama yang sinonim dengan watak-watak lucu dan mencuit hati dalam pelbagai drama dan filem tempatan. Kalau sebut je nama Bell, pasti ramai yang teringat lawak bersahaja dia yang sentiasa buat kita tergelak sampai lupa masalah seharian. Tapi kali ni, Bell tampil dengan sisi berbeza yang buat ramai penonton teruja.
Terbaru menerusi perkongsian di Instagram pakmatwesterncafe, Bell tampil dengan membawak perwatakan seorang lelaki serius, pemarah dan sedih. Tiada watak lucu yang sinonim dengan dirinya.
Dalam sebuah babak penuh emosi, Bell melontarkan dialog, “Kenapa Tuhan buat aku begini?” dengan air mata bergenang dan raut wajah penuh kesedihan. Babak tu meruntun hati ramai yang menonton. Pertama kali kita lihat Bell membawakan watak berat sebegini, dan ternyata lakonannya cukup berkesan. Tak sangka, pelawak yang biasa kita lihat dengan gelak tawa mampu membawa watak sebegini!
Meninjau di ruang komen, ramai yang memberi pujian terhadap lakonan Bell dalam watak serius ini. Kata mereka, Bell berjaya membuktikan bahawa dia bukan sekadar pelawak, tapi seorang pelakon versatil yang mampu membawa pelbagai jenis watak. Ada yang kata, “Tak pernah sangka Bell boleh buat aku menangis. Babak tu betul-betul sampai ke hati.”
Namun begitu, ada juga segelintir penonton yang mengakui bahawa walaupun Bell membawa watak berat, mereka tetap rasa nak gelak. Ini mungkin sebab kita semua dah terbiasa dengan imej Bell yang kelakar. Nak tak nak, aura komedinya tetap melekat dalam minda penonton.
Walaupun ada yang berpendapat begitu, tak dapat dinafikan lakonan serius Bell kali ini membuktikan bahawa dia seorang pelakon yang berbakat besar. Mungkin selama ini, sisi serius Bell jarang diketengahkan. Tetapi dengan watak ini, Bell berjaya memecah stereotaip dan membuka mata ramai tentang kemampuannya.
Apapun, Bell Ngasri kini bukan lagi sekadar ikon lawak. Dia seorang pelakon serba boleh yang telah mencuri hati penonton dengan bakat dan keikhlasannya dalam setiap lakonan yang dibawakan. Teruskan memberi sokongan kepada pelakon berbakat ini, dan nantikan lebih banyak kejutan dari Bell di masa hadapan.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.