Baru-baru ini pengacara dan personaliti televisyen, Ahmad Fedtri Yahya, berkongsi momen manis meraikan ulang tahun kelahiran anak perempuannya yang ke 12, Indah Sutera Jannah.

“Selamat ulangtahun buat anakanda tercinta- Indah Sutera Jannah yang ke-12. Semoga menjadi puteri yang solehah dan memberi manfaat kepada ummah.,” tulisnya.

“Cintamu Zulmat..Tak Perlu Simalakama..” Puteri Sulung Genap 12 Tahun, Fedtri Yahya Titip Nasihat Guna Bahasa Laras Tinggi, Netizen Kagum! “Cintamu Zulmat..Tak Perlu Simalakama..” Puteri Sulung Genap 12 Tahun, Fedtri Yahya Titip Nasihat Guna Bahasa Laras Tinggi, Netizen Kagum!

Manakala di hantaran yang berlainan, Fedtri juga berkongsi nukilan nan indah ‘berbunga’ buat anak tersayang. Penuh dengan kata-kata nasihat buat puteri sulungnya itu dengan menggunakan penggunaan bahasa laras tinggi.

Kakak Sayang,

Nanti dewasa miliki rasa,
mahalkan cinta sebelum binasa

Jangan merindu pada yang tak sudi,
jangan meratap pada yang dah pergi

Jangan mengharap pada yang tak pasti,
jangan merayu pada yang dah benci

Serasi bukan terletak di mata,
tetapi sepadan di dalam jiwa

Jangan terkesan bandingan orang,
selami sendiri si dia tersayang

Jika getaran telah berputik,
impian bersatu selalu berdetik

Jangan serah segala hati,
simpan separuh sebagai sakti

Jangan mudah termakan harapan,
simpan iman sebagai penampan

Jika nanti rekah jalinan,
ada bekalan untuk bertahan

Jika nanti hambar hubungan,
ada penawar meluput kenangan

Jika nanti cintamu zulmat,
tak perlu tabur dendam kesumat

Bangkit dan julang seribu maaf,
tadabbur makna pasrah dan khilaf

Usah rebah sebelum nikah,
usah berlebih dalam bercanggah

IKLAN

Yang terkurang disantuni cermat,
yang menawan jadikan azimat

Usah berteman si dia yang dayus,
dilanda gelora terus menikus

Dunia adalah duri dan fitnah,
Pegang teguh Quran dan sunnah

Pancarkan pesona pada yang halal,
tutup laluan ke jalan yang dangkal

Tak rugi tidak dipuji,
hidup bukan mainan janji

Jangan menangis di dalam hati,
luahkan rasa pada Yang Mengerti

Andai tertutup telinga manusia,
keluh dan kesah hamparkan padaNya

Jangan menanti terlalu lama,
tegaskan diri bak dewi kesuma

Jangan jadi bunga murahan,
sebelum kembang ditimpa dahan

Jangan pudar sebelum menguntum,
simpan kejutan mustika terharum

Jangan mengorak kelopak terluka,
sucikan diri setulus cempaka

Kalau seroja damailah di tasik,
beralun tenang air berbisik

IKLAN

Kalau dipuja bagaikan mawar,
jadikan duri perisai yang tegar

Ingat sejarah semalu di tanah,
dalam malu senjata memanah

Namun tak perlu simalakama,
racun rahsia di hati kama

Menjadi apa pun biarlah berpada,
walau diri di puncak persada

Kerana dirimu tetap indah,
sutera syurga lambaian jannah

Naiklah ke langit dengan cinta,
bukan di bumi tersilau mata

Ada takdir kasih mulia,
berkat doa munajat padaNya

Bidadari terhormat taman firdausi,
puncak segala nikmat abadi

“Cintamu Zulmat..Tak Perlu Simalakama..” Puteri Sulung Genap 12 Tahun, Fedtri Yahya Titip Nasihat Guna Bahasa Laras Tinggi, Netizen Kagum! “Cintamu Zulmat..Tak Perlu Simalakama..” Puteri Sulung Genap 12 Tahun, Fedtri Yahya Titip Nasihat Guna Bahasa Laras Tinggi, Netizen Kagum! “Cintamu Zulmat..Tak Perlu Simalakama..” Puteri Sulung Genap 12 Tahun, Fedtri Yahya Titip Nasihat Guna Bahasa Laras Tinggi, Netizen Kagum!

Menjengah diruagan komen, rata-rata netizen berasa kagum bahasa yang digunakan Fedtri Yahya. Bahkan ada yang mengakui baru pertama kali mendengar bahasa yang digunakan oleh pengacara popular itu. Bahkan yang ada menyentuh hati.

Antara komen yang menarik adalah

IKLAN

“Allah hebat sungguh pesanan puisi seorang ayah. Moga jadi panduan buat sang puteri dan kita semua. Amin.”

“MashaAllah… 🥲 Perkataan baru saya belajar harini: Simalakama”

“Terindah Puisi Untuk Sang Puteri.”

“Pesanan yang sangat indah dan penuh kasih sayang”

“Saya ada anak perempuan. Bila baca madah @fedtriyahya menitis air mata saya”

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AHMAD FEDTRI YAHYA (@fedtriyahya)

Sumber: fedtriyahya

NAK JOINT DAFTAR DI SINI

“Cintamu Zulmat..Tak Perlu Simalakama..” Puteri Sulung Genap 12 Tahun, Fedtri Yahya Titip Nasihat Guna Bahasa Laras Tinggi, Netizen Kagum!

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dai Tik Tok Keluarga @keluarga.my

“Cintamu Zulmat..Tak Perlu Simalakama..” Puteri Sulung Genap 12 Tahun, Fedtri Yahya Titip Nasihat Guna Bahasa Laras Tinggi, Netizen Kagum!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI