Fahamilah tanggungjawab seorang ayah terhadap anaknya tidak akan putus sekalipun hubungan dengan isteri sudah berakhir.

Namun ramai yang culas dan memahami tentang tanggungjawab memberi nafkah tersebut, ayuh kita baca perkongsian daripada  peguam syarie Tuan Fahmi Ramli.


Duda, dahulukan Nafkah Anak sebelum kahwin lain

Isu nafkah anak ini memang tak akan selesai. Setiap tahun akan ada isu yang sama. Ada bapa yang tak mahu bagi nafkah anak & ada pulak yang bagi, tapi tak cukup.

Ramai lelaki yang selepas bercerai dengan bekas isteri, tak kisah kalau anak duduk bersama dengan bekas isteri. Cuma masalah yang sering berlaku, kadang-kadang ibu yang terpaksa tanggung banyak perbelanjaan anak.

Duda, Dahulukan Nafkah Anak Itu Kewajipan. Peguam Syarie Ni Jelaskan!
Gambar hiasan

Yang biasa berlaku dalam Mahkamah adalah Duda yang bercerai, hanya tawarkan nafkah anak seorang RM100 sahaja sebulan. Kononnya itu sahaja takat kemampuan.

Tapi, yang tak betulnya, bila dah tahu tak mampu nak bagi nafkah anak lebih, boleh pulak Kahwin Baru. Hinggakan anak tiri pun jadi tanggungan baru sedangkan anak tiri bukan tanggungan wajib.

Sebenarnya, banyak isu sebegini berlaku. Ada duda yang bercerai fikirkan, dia telah kembali bujang. Hinggakan rasa dah bebas dan tak ada apa-apa tangungan. Walhal, anak masih ada. Bahkan mungkin ada 5 orang anak bersama dengan bekas isteri.

Apa Nafkah Anak yang wajib lagi ditanggung oleh seorang Duda?

1. Makan & minum

Zaman sekarang ini, sangat tidak logik kalau belanja harian makan minum anak hanya RM100 sebulan. Kalau dikira, seorang manusia yang makan biasa sekalipun minimumnya RM5 sekali makan. Sehari sekurang-kurangnya 3 kali makan. Jadi bersamaan dengan RM15.

Sepatutnya untuk makan minum sahaja seorang anak yang makan minum seperti biasa adalah RM450 seorang sebulan. Ini kiraan kasar sahaja. Jangan kata ini tak rasional. Kadang-kadang barang dapur rumah pun lebih daripada itu setiap bulan.

IKLAN

2. Pampers

Bagi Duda yang mempunyai anak kecil, jangan abaikan bab ini. Pampers adalah satu keperluan yang tak boleh ditinggalkan. Ada pelbagai jenis jenama. Cuma yang pasti setiap jenama mungkin berbeza harga. Dan beza juga harga bagi saiznya.

Sekarang ini, harga pampers anggaran harganya sekitar RM25-30. Dan seorang bapa perlu ambil peduli tentang berapa jumlah pampers yang digunakan oleh anaknya. Kadang-kadang satu beg pampers tak cukup. Ada bayi yang kerap buang air. Anggaran sebulan untuk belanja pampers mininum adalah RM100 sebulan.

3. Susu

Susu adalah makanan bagi bayi dan minuman bagi anak kecil. Bagi sesetengah lelaki, mereka tidak tahu yang susu ini ada pelbagai jenis. Harga juga beza bagi setiap jenis. Yang penting bukan isu harga, tapi isu kesesuaian susu formula itu dengan anak.

Duda, Dahulukan Nafkah Anak Itu Kewajipan. Peguam Syarie Ni Jelaskan!

Ada anak yang tidak sesuai dengan susu formula lembu. Ada yang sesuai dengan susu kambing. Ada juga bayi yang alahan perlukan kepada susu formula soya. Ada bapa yang pertikaikan kenapa diajar anak minum susu mahal. Lelaki yang sebegini, nampak sangat tak pernah ambil peduli tentang kesihatan anak.

4. Belanja sekolah

IKLAN

Bagi anak yang bersekolah, adalah satu kebiasaan untuk diberi duit belanja. Kadang duit ini mungkin boleh diambil daripada belanja bulanan. Tapi, duit belanja ini juga sangat penting untuk anak-anak gunakan di sekolah.

5. Pakaian

Bila sebut tentang pakaian, jangan fikir tentang baju semata-mata. Fikirkan juga tentang keperluan anak seperti ubat gigi, sabun, lotion dan lain-lain. Tambah-tambah bila ada anak bayi.

Pakaian hari raya juga perlu disediakan asing setahun sekali. Sekurang-kurangnya dua pasang untuk seorang anak. Ini kewajipan seorang bapa.

6. Yuran & persediaan awal sekolah

Untuk perbelanjaan awal persekolahan, adalah satu kewajipan yang tak boleh dielakkan. Bapa wajib sediakan pakaian kelengkapan sekolah sekurang-kurangnya 2 pasang bagi seorang anak.

Jangan sekadar bayar yuran sahaja. Kadang ada bapa yang tak ambil peduli bab ini atau diberitahu kepada si ibu untuk gunakan sahaja duit bulanan yang diberi. Kalau guna duit bulanan beli pakaian sekolah, jadi mana duit makan?

IKLAN

7. Perubatan

Duda, Dahulukan Nafkah Anak Itu Kewajipan. Peguam Syarie Ni Jelaskan!

Jangan ambil mudah bab ini. Perubatan adalah satu tanggungjawab wajib bapa. Tak boleh serahkan kepada ibu untuk tanggung kos perubatan anak walaupun anak berada dengan si ibu.

Kalau tak percaya untuk bagi duit ubat kepada ibu, bapa perlu sediakan kemudahan perubatan untuk anak sekiranya anak perlu. Contohnya beli insuran kesihatan untuk anak atau akses guna kemudahan klinik panel jika ada.

Kesimpulan

Bukan saya kata tak boleh untuk Duda yang cerai dengan isteri untuk kahwin lain. Tapi, anda perlu ingat, tanggungjawab nafkah anak ini sangat penting. Zalim kalau bapa tak bagi nafkah yang cukup, tapi boleh pulak kahwin lain.

Kalau ada yang tak kahwin lain pun, tapi mampu pulak beli benda yang merugikan atau melebihkan kehendak diri. Contohnya, beli motosikal mahal, beli kereta yang bulan tinggi, beli baju mahal setiap bulan dan lain-lain.

Nak kahwin juga boleh, cukupkan Nafkah belanja seorang anak setiap bulan. Jangan kedekut. Kalau tak mampu bagi nafkah lebih, tak payah mimpi nak kahwin lain. Tambah dosa sahaja.

Puasa kalau nak tahan nafsu.

(Siapa rasa bermanfaat?Boleh bagitau pada kawan tak?)

Sumber : Fahmi Ramli
Peguam Syarie Kedah, Penang, Perlis & Perak

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI