Benar, tiada salahnya membeli sesuatu yang diinginkan setelah penat lelah mencari rezeki namun ada kewajarannya setiap perbelanjaan itu perlu ikut kepentingan dan keperluan, bukannya mengikut emosi semata-mata.

Mengulas lanjut praktis berjimat di dalam keluarganya, Wan Mohd Juraini Najmi Bin Nawawi atau lebih mesra disapa Najmi yang juga merupakan seorang pegawai yang bertugas di institusi kewangan, sedikit sebanyak mempengaruhi corak dan pemikirannya dalam mengurus penjimatan kewangan untuk keluarganya.

Punyalah Suami Ni Bijak Berjimat. Guna RM 50 Je Sebulan Untuk Ke Tempat Kerja. Banyak Lagi Tips Dikongsikannya & Memang Boleh Jadi Contoh!

“Bila kita menyentuh tentang kekeluargaan dan ekonomi, sebenarnya terdapat dua fasa yang harus saya berikan tumpuan. Fasa pertama adalah sebelum kahwin dan fasa ke dua adalah selepas berkeluarga.

“Saya berkahwin awal pada usia 22 tahun dan ketika itu masih belajar lagi. Mungkin ada yang tertanya, bagaimana saya boleh berkahwin awal? Percayalah bila kita berjimat dan bijak urus wang, tiada yang mustahil untuk kita dapatkan sejumlah wang simpanan bagi realisasikan impian berumah tangga.

“Bayangkan sepanjang 5 tahun belajar di India, sedang pelajar lain ada yang membeli motor yang hebat dengan duit biasiswa, namun saya hanya tangguhkan hasrat itu dan tidak berbelanja sesuka hati sepanjang berada di perantauan.

“Lagi pun, tiada keperluan untuk saya berbelanja lebih di sana, ini memandangkan kos makanan dan minuman sangat rendah dan murah di sana. Oleh itu, banyak duit dapat saya simpan dan duit yang terkumpul saya jadikan sebagai wang untuk memulakan hidup berkeluarga,” ujarnya lagi dengan mesra.

Selain itu dalam melakukan penjimatan perbelanjaan bulanan setelah berumah tangga, pasangan suami isteri ini juga mengambil keputusan bijak dengan memilih rumah yang strategik kedudukannya.

“Saya juga tidak janggal menaiki pengangkutan awam untuk ke tempat kerja. Malah cara ini jauh lebih jimat dan memudahkan saya. Hanya bermodalkan RM 50 untuk bayaran pas bulanan menaiki LRT, saya boleh pergi ke tempat kerja dengan selesa sekali. Tidak perlu menempuh jalan raya yang bersesak-sesak dengan kenderaan lain. Malah kelebihan ini juga saya dapat lakukan hobi saya dengan selesa sepanjang perjalanan dengan membaca dan mengarang.

“Manakala isteri pula, pergi ke tempat kerja dengan berjalan kaki sahaja. Bukan sahaja jimat, malah dalam masa yang sama bolehlah bergerak aktif, bersenam sikit-sikit,” terangnya ringkas sambil isterinya Puan Husna Nadhirah yang ada disisi mengagguk tanda setuju.

Bijak Rebut Peluang

Punyalah Suami Ni Bijak Berjimat. Guna RM 50 Je Sebulan Untuk Ke Tempat Kerja. Banyak Lagi Tips Dikongsikannya & Memang Boleh Jadi Contoh!

Bercerita tentang kepentingan antara membeli rumah dengan kereta untuk keperluan keluarganya, nyata Najmi ada pandangannya yang tersendiri.

“Saya juga suka sarankan kepada lelaki yang bergelar suami agar jangan membuat pinjaman bank tanpa ilmu. Umpamanya pantang tengok keluarga orang lain ada kereta baru, kita pun teruja hendak ganti kereta dan apabila kawan-kawan sepejabat beli rumah mewah kita pun nak atau sebagainya dan akhirnya terus membuat pinjaman dengan bank tanpa perancangan rapi dan jika silap langkah akan menambah beban.

“Jadi apa yang saya buat dalam tujuan mengumpul eset dan dalam masa yang sama masih kekalkan konsep berjimat, pertamanya saya rebut peluang Skim Rumah Pertamaku yang diperkenalkan oleh kerajaan. Manakala pembelian kereta pada saya ianya jatuh ditempat terakhir. Itu sebablah sampai ke hari ini saya hanya pakai kereta Persona sahaja dan bukannya kereta mewah berjenama.

“Atas sebab itu juga Alhamdulillah ketika saya berusia 25 tahun, membolehkan saya membeli rumah yang selesa untuk keluarga dan insyaAllah akan siap sepenuhnya tidak lama lagi.

“Senarionya akan berbeza kalau kita beli kereta terlebih dahulu. Mesti kita akan pilih kereta bercitarasa mewah setanding kemampuan gaji ketika itu. Dan bila tiba masa ingin membeli rumah, kelayakan pinjaman pula terbatas dan sekali gus menyukarkan pinjaman perumahan diproses,” terangnya lagi yang sememangnya tidak pernah lokek berkongsi info di akaun fbnya Najmi Nawawi tentang family dan parenting.

 

Ekstra Tip Berjimat

– Manfaatkan pengangkutan awam

– Utama kualiti barang agar tahan lama

– Pelbagaikan intrumen pelaburan

– Rumah pertama projek kerajaan

– Elak pinjaman tanpa ilmu

– Kereta ialah perkara yang terakhir

IKLAN

– Beli rumah subsale untuk pelaburan

– Beli keperluan waktu promosi online

– Masak bersama terutama weekend

– Tabung kecemasan diwujudkan

– Semak perbelanjaan bulanan

– Loyalty kad tesco dan petronas

– Perancangan hala tuju keluarga jelas

– Simpanan untuk aset anak-anak

– Kurangkan fikir pasal kepuasan diri

– Pakai air cond lebih jimat eletrik

– Bawa bekal ke tempat kerja

– Astro limitkan kepada asas sahaja

– Beli apa yang diperlukan

– Jual kembali apa tidak diperlukan

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI