Ads

Jangan Bandingkan Anak: 7 Kesan Buruk Ibu Bapa Mungkin Tidak Sedar

Bandingkan Anak

Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak termasuk kerjayaan dalam kehidupan. Mereka sudah pasti mahu memberi sokongan, cadangan dan nasihat kepada anak untuk membuat pilihan.

Namun, dalam usaha memberi dorongan ada terselit perbandingan dengan adik-beradik, rakan-rakan atau anak orang lain mungkin dilakukan tanpa disedari lalu boleh memberi kesan kepada perkembangan emosi anak.

Menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau lebih dikenali sebagai United Nations Children’s Fund (UNICEF) Malaysia, perbandingan dengan kanak-kanak lain boleh menjejaskan keyakinan diri serta hubungan antara anak dan ibu bapa.

Bandingkan Anak

Ibu bapa perlu sedar akan beberapa kesan terhadap anak antaranya:

1. Keyakinan diri anak boleh terjejas
Apabila sering dibandingkan dengan orang lain, anak mungkin mula merasakan dirinya tidak cukup baik.

Ini boleh menjejaskan keyakinan anak dan membuatkan mereka berasa seperti sedang dihakimi.

Ads

2. Anak berasa malu dengan diri sendiri
Apabila pencapaian orang lain sering dijadikan ukuran, anak mungkin lebih melihat kekurangan diri berbanding kekuatan yang dimiliki.

Perbandingan dan kritikan yang bersifat peribadi ini boleh membuatkan kanak-kanak berasa malu.

3. Anak menjadi takut untuk melakukan kesilapan
Jika kesilapan sering disusuli dengan perbandingan, anak mungkin lebih risau untuk gagal daripada berani mencuba.

Mereka mungkin melihat kesilapan sebagai sesuatu yang memalukan, bukan sebahagian daripada proses belajar.

Bandingkan Anak

Ads

4. Anak mula berdiam diri apabila berdepan masalah
Mereka mungkin memilih untuk menyimpan cerita tentang kegagalan atau kesilapan kerana bimbang akan dibandingkan lagi.

Keadaan ini boleh membuatkan ibu bapa kurang mengetahui apa yang sedang dirasai oleh anak.

5. Hubungan anak dengan ibu bapa menjadi renggang
UNICEF Malaysia menyatakan bahawa perbandingan dengan kanak-kanak lain boleh menjejaskan keyakinan anak dan merosakkan hubungan antara anak dengan ibu bapa.

6. Hubungan antara adik-beradik juga terjejas
Apabila adik-beradik lain sering dijadikan contoh, anak yang dibandingkan mungkin berasa dirinya kurang dihargai.

Ads

Jika berlaku berulang kali, keadaan ini boleh menimbulkan rasa tidak selesa antara adik-beradik.

7. Anak mula membandingkan diri sendiri dengan orang lain
Apabila perbandingan sering berlaku di rumah, anak mungkin terbiasa menjadikan pencapaian orang lain sebagai ukuran untuk menilai diri sendiri.

Setiap anak mempunyai kelebihan, kelemahan dan perjalanan perkembangan yang berbeza. Jadi, daripada membandingkan mereka dengan orang lain, lebih baik ibu bapa membantu anak mengenali kekuatan diri dan berkembang mengikut kemampuan mereka sendiri.

 

BACA LAGI: “Jangan Keluar Rumah Kalau Bergejala & Jangan Bandingkan Perkembangan Anak Orang Lain”. Ini Pesanan Dr Izzar Waktu Hari Raya

Sumber: United Nations Children’s Fund (UNICEF)

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Aiman Hakim Ridza Nasihat Isteri, “Saya Tekankan Tentang Keperibadian, Bukan Semata-Mata...

Zahirah MacWilson mula berhijab sejak dua bulan lalu. Aiman Hakim Ridza memilih untuk menyokong dan membimbing perjalanan perubahan isterinya.