Berasal dari keluarga yang mana rata-ratanya berkhidmat sebagai doktor sedikit sebanyak mendorong personaliti ini untuk memilih bidang yang sama. Dari sehari ke sehari beliau meletakkan sasaran untuk menjadi seorang pakar bedah terkemuka di negara ini.

Angan-angan sahaja tanpa disulami dengan usaha gigih pasti akan tinggal impian semata-mata. Namun itu tidak berlaku kepada Tan Sri Dr Yahya Awang, lelaki yang cukup berkarisma dan penuh motivasi.

Ikon Dunia Pembedahan Jantung, Tan Sri Dr Yahya Mahu Jadikan Cvskl Sebuah Csr Hospital Yang Berkhidmat Kepada Masyarakat.
Walaupun sibuk dengan urusan kerja masing-masing, tetapi ada waktunya Tan Sri Yahya sekeluarga akan pergi bercuti bersama.

 

Berpeluang menemu bual ikon dalam dunia pembedahan jantung cukup bermakna buat penulis. Biarpun tampak sedikit tegas, namun dia cukup bersahaja, soft spoken dan punya aura tersendiri. Setiap persoalan diajukan dibalas dengan jawapan yang cukup ringkas namun padat dan bermakna.

“Saya lahir dalam keluarga yang boleh dikatakan semua doktor. Termasuklah ayah, adik, abang dan pak cik saya. Jadi, apabila masuk universiti, secara tak langsung minat dalam bidang tersebut mula bercambah. Malah, cita-cita untuk menjadi pakar bedah jantung mula tersemat dijiwa kerana waktu itu sukar nak dapat pakar jantung di negara ini.

“Selepas berkhidmat selama 12 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), saya kemudiannya bersara tetapi menyambung khidmat di Damansara Specialist. Ketika itulah, terdetik idea untuk mengumpul pakar jantung di satu tempat. Saya memujuk rakan-rakan supaya berkongsi dan berkhidmat di Cardiac Vascular  Sentral Kuala Lumpur (CVSKL).

“Daripada situ tertubuhlah pusat pakar jantung swasta ini yang diharap dapat membantu lebih ramai pesakit terutama bagi mereka yang mempunyai masalah jantung. Alhamdulillah setakat ini saya berpuas hati bahkan berasa cukup gembira dan bersyukur kerana ini adalah satu legasi yang dapat ditinggalkan untuk negara ini selain IJN,” ujar Tan Sri Yahya yang merupakan pengasas  bersama 5 lagi rakannya untuk menubuhkan pusat berkenaan.

Akui empunya diri, bukan mudah untuk menjadi pakar bedah memandangkan banyak perngorbanan perlu dilalui termasuklah latihan yang lama, terpaksa dedikasi dan sabar kerana ia bukan sesuatu yang mudah.

“Syukur kerana saya berjaya mengharungi semua cabaran tersebut. Bahkan, mentor saya juga merupakan seorang pakar jantung di hospital di London dan dialah yang mengajar saya untuk menjadi doktor bedah jantung.

IKLAN

“Kebanyakan doktor muda tak nak pilih bidang ini kerana terpaksa mereka terpaksa berkorban lebih termasuklah latihan yang terlalu lama dan lebih intensif membuatkan mereka memilih untuk berkhidmat di bahagian lain,” ulas Tan Sri Yahya sambil mengakui tidak ramai yang memilih bidang ini kerana di Malaysia pada masa itu tiada pakar. Malah dia serta kawan saya dan juga rakan kongsi sekarang iaitu Datuk Rozali antara yang terawal bergelar pakar jantung di Malaysia.

 

Ikon Dunia Pembedahan Jantung, Tan Sri Dr Yahya Mahu Jadikan Cvskl Sebuah Csr Hospital Yang Berkhidmat Kepada Masyarakat.

Tan Sri Yahya  juga meletakkan sasaran untuk menjadikan CVSKL sebuah pusat jantung yang baik di Asia. Baginya tiada yang mustahil untuk mencapai sasaran tersebut memandangkan mereka memiliki ramai pakar jantung di situ.

“Saya percaya ia boleh dicapai kerana banyak pakar di dalam bidang masing-masing. Ketika pelancaran pusat ini, saya sudah beritahu pusat ini bukan saja menjadi sebuah CSR hospital yang mana bukan sahaja  berkhidmat untuk golongan yang berkemampuan bahkan  kami mahu ‘pulang balik’ pengalaman dan ilmu yang ada kepada kerajaan dan rakyat Malaysia semua.

IKLAN

“Ramai pakar di sini yang telah berkhidmat untuk memajukan bidang sakit jantung. Bukan itu sahaja, CVSKL tidak boleh dikategorikan hanya untuk golongan swasta semata-mata,”ujar Tan Sri Yahya lagi.

Diminta menceritakan pengalaman pertama kali menjadi doktor dan menguruskan kes pembedahan jantung, akui bapa kepada 4 anak ini tidak menafikan cukup gabra dan jantung pun ikut sama berdebar.

Ikon Dunia Pembedahan Jantung, Tan Sri Dr Yahya Mahu Jadikan Cvskl Sebuah Csr Hospital Yang Berkhidmat Kepada Masyarakat.
Walaupun sibuk dengan urusan kerja masing-masing,, tetapi ada waktunya Tan Sri Yahya sekeluarga akan pergi bercuti bersama.

“Saya masih ingat, kes tersebut mengambil masa yang agak lama lebih kurang 4 jam untuk selesaikan kes tersebut. Lepas selesai, saya berkongsi cerita dengan isteri. Malah dia juga mengikut saya ke London ketika saya menjalani latihan di sana. Isteri juga merupakan doktor dan dia menjalani latihan pakar kulit. Bukan sahaja saya dan isteri, bahkan anak kami juga turut terbabit dalam bidang yang sama.

“Kalau diikutkan masa saya banyak dihabiskan di hospital kerana pembedahan jantung bukan mudah tetapi saya akan pastikan saya pulang ke rumah setiap hari. Jadi, isteri yang lebih banyak dengan anak-anak. Dua anak saya berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur manakala dua lagi sedang menjalani latihan di Australia. Saya tidak memaksa jauh sekali menggalakkan mereka memilih bidang yang sama. Minat tersebut datang dari diri mereka tanpa dipaksa baik oleh saya mahupun ibu mereka.

“Bahkan, saya selalu cakap di dalam rumah kita sepatutnya ada doktor, peguam, akauntan tetapi semua nak jadi doktor. Saya pernah cakap dalam keluarga kita ni ‘boring’ kerana waktu makan pun bercakap hal yang sama, balik balik tentang pesakit dan sebagainya.

IKLAN

“Adakalanya cuba juga ‘pusing cerita’ hal lain tetapi pasti akan balik semua tentang hal di hospital. Nak tak nak kenalah dengar dan terima,” seloroh Tan Sri Yahya tentang gelagat mereka sekeluarga apabila berkumpul.

Ikon Dunia Pembedahan Jantung, Tan Sri Dr Yahya Mahu Jadikan Cvskl Sebuah Csr Hospital Yang Berkhidmat Kepada Masyarakat.
Saya cakap sepatutnya dalam rumah kena ada peguam, akauntan tetapi semua nak jadi doktor. ‘Boring’ waktu makan pun bercakap hal pesakit- Tan Sri Yahya.

Biarpun tidak menggalakkan mereka memilih bidang yang sama, Tan Sri tetap berbangga dengan pencapaian anak-anaknya.

“Setakat ini belum ada yang memilih menjadi pakar jantung seperti saya, walaupun sekarang ini dua dah jadi pakar dan dua lagi masih dalam latihan  untuk menjadi pakar. Saya berharap lepas ini mereka akan berkhdimat di negara kita.

“Walaupun masing-masing sibuk dengan urusan kerja selain sudah memiliki keluarga sendiri, tetapi ada waktunya kami akan pergi bercuti satu keluarga. Itu sudah saya terapkan sejak dahulu lagi. Sekarang ini saya punya masa yang lebih  dengan keluarga memandangkan saya punya 7 orang cucu,“ jelas Tan Sri yang gemar berenang dan bermain golf selain melancong.

Ikon Dunia Pembedahan Jantung, Tan Sri Dr Yahya Mahu Jadikan Cvskl Sebuah Csr Hospital Yang Berkhidmat Kepada Masyarakat.
Biarpun tidak menggalakkan mereka memilih bidang yang sama, Tan Sri tetap berbangga dengan pencapaian anak-anaknya.

Biarpun sudah boleh ‘cuci tangan’ dan berehat dari bidang tersebut, namun Tan Sri Yahya belum puas lagi mencurahkan khidmat bakti kepada mereka yang memerlukan.

“Sewaktu bersara dari IJN, saya ingatkan kerjaya sudah tamat. Namun umur bukan satu halangan kerana kesihatan diri dan mental semua okey. Lagipun kemahiran saya dalam pembedahan masih lancar tanpa masalah. Jadi apa salahnya saya meneruskan usaha saya ke arah membantu mereka yang memerlukan,”ungkap Tan Sri Yahya sebelum menutup perbualan  bersama penulis.

Sumber: Majalah Keluarga Edisi Sept-Oct 2018

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI