
Meraikan 1 Ramadan, semestinya kita ingin menyediakan menu istimewa untuk bersahur mahu pun untuk berbuka agar berselera dimakan bersama keluarga.
Jadi tidak salah kiranya kita sediakan menu rendang power ni yang dikongsikan oleh Puan Zaimah.
Menu yang disediakan nampak begitu menyelerakan dan ini dikongsikan resipi untuk menyediakannya.
Rendang Daging Power
Bahan
1 sudu besar biji ketumbar *
1 sudu besar jintan manis*
1 sudu besar jintan putih *
1/2 sudu besar lada hitam*
5 tangkai cili kering*
-sangai bahan-bahan bertanda* sampai cili kering jadi rapuh.. api slow je
-kisar kering sampai halus(ketepikan)
1kg daging(potong nipis) @seekor ayam
5 ulas bawang merah kecik*
4 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 inci kunyit hidup *
4 batang serai*
10 tangkai cili kering*(rebus dulu) nak pedas lagi lebihkan
3 sudu besar kerisik
minyak masak secukupnya
sekilo santan
garam
daun kunyit(hiris halus)
-kisar bahan-bahan bertanda *
-tumis bahan-bahan kisar sampai garing@pecah minyak
-masukkan rempah yang dikisar halus tadi..kacau sebati
-masukkan daging.. air daging akan keluar sendiri
-bila air daging dah agak kering sikit.. masukkan santan masak sampai pekat
-masukkan kerisik.. tabur daun kunyit
-rasakan dengan garam.. saya tak suka rendang yang manis, kalau suka manis nak letak gula pun boleh
-saya buat banyak rendang ni.. boleh frozen kan.. in case ada tetamu datang mengejut boleh pergi cari lemang, panaskan je rendang ni, senang kan?
*rendang saya tak ada lengkuas.. kalau nak tambah boleh jer, selera masing-masing.
Sumber : Zaimah Zakaria
Buah Kat Rumah Tak Bersentuh. Dari Membazir Tak Makan, Baik Buat Bingsu Mangga. Sedap & Menyegarkan!

Beli buah banyak-banyak, dengan harapan anak-anak nak makan lah! Ni tak, selagi kita yang beli ni yang tak kupas, selagi tu la tak di pandangnya buah tu. Kan tak pasal kecut buahnya, tinggal nak busuk je tidak diusik!
Dari buang je membazir, cuaca pula sekejap panas ni, jom lah kita olah sikit bagi menarik time nak makan nanti jadikan bingsu resipi dari Bella Shabudin ni! Anak dari yang jeling je buah tu tadi terus berebut nak makan! Jom cuba!
RESEPI BINGSU MANGGA PENYEJUK TEKAK
Selain dari ais kacang, kini bingsu juga menjadi pilihan warga Malaysia sebagai pencuci mulut. Hari ni bella nak kongsi resepi mudah untuk menyediakan bingsu mangga.
Bahan-bahan
==========
Susu segar
Susu pekat manis
Filling mangga
Buah mangga
Cara-cara
=======
1. Campur susu segar dan susu pekat manis dan bekukan
2. Keluarkan susu yang telah beku dan biarkan selama 10 minit
3. Hancurkan susu beku tadi dengan menggunakan garfu dan masukkan ke dalam mangkuk
4. Susun buah mangga yang telah dipotong dadu
5. Masukkan filling mangga dan sedia dihidangkan!
Selamat mencuba 😊
Nak Tempoyak Sedap & Tahan Lama, Ada Caranya Yang Ibu Patut Tahu!

Musim durian kini sudah sampai ke penghujungnya. Maka tidak hairanlah jika dilihat di sana sini semakin berkurangan tidak semeriah awal bulan Julai yang lalu. Dan pastinya juga buat peminat durian sudah puas menikmati durian dengan pelbagai rasa dan jenisnya.
Selain durian enak dimakan begitu sahaja, tidak dinafikan menikmati tempoyak juga menjadi kesukaan ramai antara kita. Lebih-lebih jika dibuat sambal tempoyak, aroma dan rasanya cukup menyelerakan.
Istimewanya tempoyak yang dihasilkan daripada isi durian ini, ianya boleh disimpan hingga bertahun lamanya. Jadi peminat tempoyak tidak akan bimbang bila terasa teringin makan tempoyak walaupun bukan di musim durian.
Memandangkan masih ada saki baki musim durian, dan tidak menyukarkan ibu-ibu mendapatkan durian, ayuh kita buat tempoyak untuk simpanan sendiri.
Menurut Pak Tam ni cara buat tempoyak di rumah yang sering dibuat untuk pastikan bertahan lama.
1. Pilih isi durian yang molek sahaja.
2. Masukkan isi durian itu ke dalam bekas.
3. Gaul rata dengan sedikit garam.
4. Setelah siap, simpan di dalam peti sejuk. Ini proses peram.
5. Sekurang-kurangnya selepas 2 hari, tempoyak sudah boleh dimakan.
Dan ini pula cara yang lebih detail yang dikongsikan oleh Nielay Husna dan dikatakan inilah rahsia untuk lebih sedap rasa tempoyaknya. Jom semak.
Langkah pertama :
Nak buat Tempoyak kena guna durian. Durian paling baik ialah durian tuang, durian daun @ hijau dan durian berduri panjang. Payah dah nak dapat durian jenis itu. Nak guna durian kampung seperti durian kunyit, durian kucing tidur, durian pangsa atau durian hutan boleh jugalah. Cuma tidaklah sesedap durian kelompok pertama tadi. Nak guna durian klon seperti klon D24 atau Musang King boleh juga. Yang penting durian yang dipilih itu durian segar bukan durian buruk bontot atau durian yang sudah masam baunya.
Langkah kedua :
Bila dah dapat durian segar, berus dulu kulit luar dengan berus. Buang semua hana, pasir dan habuk. Bila dah bersih, baru dikopak pangsa durian. Keluarkan isi durian menggunakan sudu yang bersih dan letakkan ke dalam besen yang kering.
Langkah ketiga :
Asingkan isi durian dari biji durian menggunakan sudu dan garfu. Jangan tujah garfu ke biji durian. Ini mengelakkan air pahit dari biji durian meresap ke isi durian. Kikis isi durian dari biji durian dengan cermat. Jangan asingkan usi durian dari biji durian menggunakan jari jemari kerana boleh memasamkan isi durian. Setiap jari jemari mengeluarkan enzim penghadaman.
Langkah ke empat :
Isi durian yang selesai diasing dari biji dimasukkan ke tapis plastik. Tabur sedikit garam kasar atas isi durian itu. Tapis itu diletakkan ke dalam besen. Perap semalaman @ 10 jam supaya air masam turun ke besen.
Langkah ke lima:
Selesai diperap, masukkan isi durian ke dalam balang botol. Setiap tiga inci ketinggian isi durian di balang botol itu, taburkan secubit garam kasar. Pada kadar dua inci sebelum penuh balang botol itu, berhenti mengisi isi durian. Tabur secubit garam kasar di atas isi durian. Jika isi durian dimasukkan separas mulut balang, isi durian akan meleleh keluar akibat tekanan gas dari dalam bakang botol.
Langkah ke enam :
Tudung balang botol biarkan sahaja pada mulut botol selama 10 jam. Usah ditutup kemas. Biarkan gas durian keluar perlahan-lahan. Selepas sepuluh jam, tutup kemas tudung balang botol itu dan simpan dalam peti ais.
Ekstra Tip
Apabila menggulai tempoyak ikan, ayam, ikan sadin, daging; masukkan secukup cili api, kunyit dan daun kesom. Reneh gulai itu dengan api yang sederhana. Gulai asam tempoyak perlu dirampai dengan terung, ubi atau petai. Gulai itu pula lebih sedap dimakan setelah sejuk.
Begini pula cara puan Sarina Mohd Som menghasilkan tempoyak dan ianya juga turut dikongsi di fb Via MAHN. Katanya, “Lain orang lain caranya, lain negeri lain juga kaedahnya. Asalkan jadi tempoyak, mana-mana pun boleh.”
Proses pembuatan tempoyak.
1. Keluarkan durian dari ruangnya.
2. Keluarkan isi dari biji, campurkan dengan sedikit garam kasar.
3. Tapis semalam. Tutup elak semut dan lalat.
4. Proses penapisan untuk mengelakkan tempoyak menjadi masam.
5. Selepas semalaman, masukkan dalam botol. Jangan tutup rapat khuatir meletup.
6. Jika isi durian tidak lagi menggebu seperti seolah-olah dicampur dengan yis. Boleh tutup rapat botol dan simpan dalam peti sejuk.
“Kain Kelipat Pun Boleh, Siap Nyanyi Tu. Confident Betul. Comel Muka Daddy Sangat.” Gelagat Anak Amyra Rosli Bikin Terhibur!

Gelagat Aqeef Anaqi, anak pasangan Amyra Rosli Dan Amar Baharin ini sentiasa menjadi perhatian ramai. Apatah lagi wajah comelnya membuatkan ramai geram melihatnya.
Anak sulung daripada dua beradik ini bakal memasuki usia 5 tahun pada bulan Oktober nanti, namun telatahnya sering membuatkan ramai terhibur.
Terbaru, Amyra memuatnaik sepotong video gelagat Anaqi ketika berada di rumah.
Dia yang memakai sehelai t-shirt bersama kain pelikat cukup comel. Apa yang membuatkan ramai geli hati adalah apabila dia menyebut dengan cukup yakin sekali bahawa itu adalah kain ‘kelipat’.
Berkali-kali ditanya oleh Amyra kain apakah yang dipakainya, jawapan Anaqi tetap sama kain ‘kelipat’. Bukan itu sahaja, Anaqi siap menyanyi lagu Kain Pelikat lagi namun sebutan kainnya membuatkan ramai kelucuan.
Walaupun berkain pelikat, Namun anak sulung pasangan ini sempat lagi buat aksi stunt ala-ala Spiderman. Mujur tidak terlucut kain pelikatnya, aktif betul anak teruna sorang ni.
ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami
ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah
BACA INI JUGA : Anak Ramai Tak Salah, Itu Rezeki. Jangan Salahkan Mereka Kalau Kita Tak Terurus. Deep Perkongsian Ibu Ni!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara