Dikurniakan dengan anak autisme merupakan suatu ujian yang mempunyai hikmah tersendiri. Pada masa yang sama ia juga merupakan anugerah yang teristimewa buat ibu bapa yang terpilih memiliki anak-anak ini. Mampu mendidik dan membesarkan anak-anak autisme ini sehingga berjaya nyata jalannya bukan mudah, laluannya lebih berliku, masanya juga lebih panjang, namun ia tidak mustahil dengan usaha tanpa jemu.
Menurut Norazimah Nordin, suka duka perjalanan sepanjang 24 tahun membesarkan anak autisme merupakan momen yang cukup istimewa dan terlalu banyak yang ingin diceritakan.
Saifullah Kamarul Azlan merupakan anak kedua daripada enam adik beradik. Saifullah atau nama panggilannya ‘Adik’ dilahirkan secara normal pada tanggal 1 Ogos 1994. Pada usia Saifullah dua tahun, Norazimah mula menyedari anaknya tidak seperti kanak-kanak yang lain.
Dia lebih suka menyendiri, tidak mempunyai ‘eye contact’,sukar menerima arahan, tidak mahu bergaul dan berkawan, serta yang paling membimbangkan dia tidak mahu bercakap. Jika inginkan sesuatu dia hanya menunjuk ataupun menangis.
Atas kegusaran ini, Norazimah dan suami, Kamarul Azlan Mohd Nasir membawa Saifullah berjumpa pakar psikiatri dan pakar kanak-kanak di HUKM untuk mengenal pasti masalah yang dialami. Ketika itu doktor mengesahkan Saifullah mempunyai masalah ‘learning disability’ iaitu kelewatan dalam perkembangan dan pembelajaran. Proses perkembangannya, tidak seiring dengan kanak-kanak yang sama umur dengannya.
“Sewaktu itu, sekitar tahun 1994, pendedahan mengenai Autisme amat sedikit. Tiada istilah autisme seperti yang kita fahami sekarang. Pemahaman masyarakat ketika itu, kanak-kanak seperti ini adalah jenis “lurus bendul”. Malah, ada juga yang melemparkan kata nista mengatakan bahawa anak saya “cacat”. Setelah diagnosis Saifullah mempunyai ‘Mild Autistic’ serta layak mendapat kad OKU (Orang Kurang Upaya). Perasaan saya ketika itu, sangat sedih dan sebak untuk menerima hakikat ini,” jelas Norazimah.
Ads
Menurut Norazimah, Saifullah mula boleh bercakap hanya pada usia enam tahun. Saifullah sukar untuk memahamkan arahan. Dia perlu diajar satu persatu melalui ekspresi wajah, pergerakan tangan serta diterangkan dengan jelas mengenai sesuatu perkara apa yang boleh dan tidak.
Ketika zaman persekolahan Saifullah dimasukkan ke kelas perdana seperti pelajar normal yang lain, memandangkan kelas pendidikan khas yang ada terletak agak jauh dari rumah. Pada permulaan, Saifullah sering mendapat markah kosong dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris serta subjek yang melibatkan pemahaman penyelesaian masalah.
Sungguhpun demikian, Saifullah bertuah kerana memiliki guru-guru yang tidak putus asa serta amat prihatin dengan keadaannya. Hasil usaha gigih guru-guru sekolah, sokongan ibu bapa yang tidak pernah jemu membimbing serta semangat yang ada dalam diri Saifullah untuk berjaya, perjalanan pembelajaran remaja istimewa ini dipermudahkan. Daripada markah kosong, kemudian semakin menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.
“ Saifullah mengikuti aliran Sains Pertanian sewaktu di Tingkatan Lima. Agak sukar sebenarnya untuk dia sampai hingga ke peringkat ini memandangkan subjek yang diambil juga semakin sukar. Namun, alhamdulillah, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agak membanggakan dan menggembirakan kami. Dia berjaya memperoleh 2 A bagi subjek Sains dan Matematik, yang juga merupakan mata pelajaran yang paling digemarinya,”ujar Norazimah sambil tersenyum.
Ads
Setiap anak autisme memiliki kelebihan tersendiri yang jika dibimbing dan diasah dengan cara yang betul bakat dan pencapaiannya akan lebih menyerlah. Seperti kelebihan dalam penyelesaian matematik, komputer, melukis, mewarna, memasak dan sebagainya.
“Antara kelebihan yang dimiliki Saifullah, dia seorang yang sukar untuk mengatakan tidak. Dia sangat suka menolong orang dan disenangi oleh guru-guru, pensyarah mahupun kawan-kawannya. Saifullah juga rajin berusaha untuk berjaya serta memiliki kelebihan pandai memasak.
“Pada mulanya, ketika mengisi borang untuk melanjutkan pelajaran bagi memohon kemasukan ke pengajian tinggi, kami bercadang memilih jurusan Kulinari untuk Saifullah, memandangkan dia gemar memasak. Manakala, jurusan Kejuruteraan Mekatronik pula, merupakan pilihan terakhir.
“Alhamdulillah sekali lagi rezeki berpihak padanya, Saifullah terpilih mengikuti jurusan ini di Politeknik Port Dickson. Kami akan terkejut, dia terpilih memandangkan jurusan ini bukannya mudah. Namun kami percaya dia boleh melakukannya. Setelah tiga tahun setengah bertungkus-lumus serta berusaha gigih, akhirnya Saifullah berjaya menamatkan pengajian diploma ini pada Mac 2016.
Ads
“Sekarang, dia menyambung pengajian ke peringkat Ijazah bagi kursus Kejuruteraan Mekanikal dan berada dalam tahun pertama untuk semester kedua di UTHM, Pagoh. Kalau diikutkan dia memang nak sambung selepas tamat diploma tahun lepas tetapi permohonan tidak berjaya.
“Minta kerja pun tak dapat, sampaikan 20 temu duga dia hadiri satu pun tidak dapat. Saya pun kecewa, inikan pula dia yang berusaha keras untuk mendapatkan kerja. Mungkin pegawai yang menemu duga tersebut tidak tahu kondisi Saiful yang susah nak jawab soalan secara spontan.
“Sebagai ibu saya turut berasa sedih dan menangis setiap kali dia tidak berjaya. Mungkin belum ada rezeki untuk dia bekerja. Kalau boleh saya nak lihat dia ada pengalaman kerja dan ada ketua yang boleh membimbingnya. Tetapi sekarang, biarlah dia habiskan terlebih dahulu kursus ijazahnya,”ujar Norazimah lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi peminat-peminat pizza, anda harus melengkapkan seleksi menu pizza dengan mencuba pizza wagyu oleh Jofliam kerana ianya sarat dengan pelbagai ramuan premium dan berkualiti tinggi.
Sejak ianya dijual, pizza wagyu ini mendapat permintaan tinggi daripada penggemar makanan yang ingin merasa sendiri air tangan suami usahawan yang juga blogger terkenal Cik Epal ini.
Hanya mengambil tempahan menerusi Instagram, Jofliam yang merupakan bapa kepada dua anak ini menerusi media sosial sebelum ini pernah mendapat tempahan mencecah puluhan kotak.
Lebih mengagumkan, dia sendiri yang membuat pizza dari proses mengadun doh, membakar hingga dihantar kepada pelanggan tanpa bantuan staf.
Walau seronok menerima banyak permintaan dan maklum balas positif daripada pelanggan, Jofliam atau dikenali sebagai Jo juga tidak terlepas diuji apabila pizza yang sudah siap tidak diambil oleh pelanggan.
Kekal positif dengan ujian, pizza wagyu Jofliam mula dijual sekitar tahun 2021 dan pasangan suami isteri ini pernah tular di media sosial kerana niat murni mereka mengagihkan pizza berkenaan kepada mangsa-mangsa banjir.
Difahamkan pizza wagyu Jofliam berharga RM150 sekotak. Walau dilabel harga kayangan tapi rata-rata komen daripada pembeli mengakui ia berbaloi kerana sedap, lembut dan daging wagyunya ialah daging gred tinggi dari Australia.
Jelas Jo menerusi ruangan komen di salah satu video yang memaparkan aksi dirinya sedang menebar doh pizza, proses penyediaan pizza tersebut kini turut dibantu beberapa orang jiran.
“Video ni saya record lepas dah hantar kesemua pizza keluar. Dulu boleh nak buat, sekarang tak sempat dah. Saya hanya sempat buat dough pagi-pagi, buat sos dan hantar ke setiap kereta.
Yang lain-lain stretch pizza, letak topping, letak kotak, jiran-jiran saya ada yang sudi tolong. Thank you semua.
Saya akan stop bila ramai minta stop. Selagi semua happy, insyaAllah saya akan teruskan walaupun dehydrated dan badan saya makin rasa kurang sihat. Belum lagi kulit mula kering dan terbakar. Doakan saya dan moga doa sama dikembalikan pada semua.”
Bukan senang uruskan bisnes pizza wagyu seorang diri. Banyak faktor kena ambil kira tambahan pula melibatkan kesihatan.
Selain menawarkan daging wagyu, pizza ‘viral’ ini juga dilengkapi dengan sos istimewa.
Ketika ulang tahun kelahiran Jo pada Januari lepas, Cik Epal mendedahkan peribadi suami tercinta yang berjiwa besar, pemurah, kreatif dan suka cuba benda baru.
Semoga Jo dan Cik Epal terus berjaya dalam perniagaan dan kejayaan mereka menjadi kekuatan semangat buat masyarakat.
Seorang pelajar lelaki, Ahmad Khidir Ahmad Nazri menjadi inspirasi ramai apabila dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Cemerlang ketika majlis penganugerahan di salah sebuah sekolah cina.
Ahmad Khidir yang bersekolah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Heng Ee, George Town, Pulau Pinang ini menggondol lima anugerah cemerlang dalam majlis penganugerah itu.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh kakak Khidir di laman TikToknya, dia meluahkan rasa bangga kerana adiknya berjaya membolot lima jenis anugerah termasuklah timbalan ketua pengawas, menduduki tempat pertama di kelas dan tingkatan serta terbaik matapelajaran.
Melalui video yang dikongsikan itu, dapat dilihat Khidir merupakan satu-satunya pelajar Melayu yang berulang kali naik ke pentas untuk menerima penghargaan telah membuatkan netizen kagum dengan pencapaiannya.
“So proud of you brother! Fly high and higher,” ujar Fatimah Azzahra ringkas di ruangan kapsyen.
Biarpun terpaksa bersaing dengan masalah bahasa namun ia bukan satu halangan kepada anak muda ini untuk cemerlang.
Malah Khidir menerusi satu sesi temubual di salah satu stesyen radio, meluahkan rasa bangganya atas pencapaian itu.
Ujarnya lagi, idea untuk bersekolah di sekolah Cina merupakan usaha ibu dan kakak sulungnya yang mahu dia menguasai bahasa itu dengan baik dan dia paling bersyukur kerana berjaya merealisasikan impian keduanya dengan baik.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah dan berbangga dengan kejayaan Khidir yang secara tidak langsung menaikkan semangat pelajar Melayu untuk berjaya dalam pendidikan.
Dalam pada itu, Khidir berterima kasih kepada orang ramai atas doa yang diberikan dan menyeru kepada pelajar di luar sana untuk belajar bersungguh-sungguh demi membanggakan keluarga serta guru.
“Terima kasih semua orang atas doa dan teguran. Tolong doakan SPM saya terus cemerlang ya! Dan saya doakan calon-calon SPM yang lain berjaya dengan cemerlang juga. Jom kita sama-sama banggakan ibu bapa dan guru,” ujarnya.
Sumber: TikTok @Fatimahazzahra
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Kek coklat Makde. Tengah malam siapkan kek coklat. Anak buah suruh buat dari siang lagi, tengah malam baru boleh makan.. Kesiaannn. Lepas siap terus potong bagi budak-budak. Pukul 12 lebih tengah malam diaorang beratur bawak piring sorang satu nak minta kek”
Begitulah kapsyen yang dikongsikan oleh wanita ini bila berkongsi resipi kek di salah satu group masakan di facebook.
Bayangkan tengah-tengah malam pun wanita ini ‘selamba’ sahaja boleh menyediakan kek coklat moist bagi menunaikan keinginan anak-anak buahnya yang mahu makan kek. Ini secara tidak langsung dapat memberi gambaran betapa mudahnya dia menyediakan menu tersebut.
Apatah lagi menurut perkongsiannya, semua bahan yang digunakan tidak perlu diadun tetapi memadai dengan dimasukkan sekali di dalam pengisar. Cukup mudah dan ringkas penyediaan kek coklat moist tersebut.
Hal ini telah menarik perhatian warganet dan ada antaranya tidak sabar untuk mencuba resipi yang nampak mudah dan enak itu. Jadi buat anda yang ingin mencuba membuatnya, turut dikongsikan resipinya di sini. Semoga bermanfaat.
Ni resipi kek coklat moist yang saya selalu guna.
Kek coklat moist
Bahan A :
3 biji telur
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
½ cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanila(tak letak pun tak apa.. ok je)
*Blend semua bahan guna blender selama 5 minit..
Bahan B :
1 ¼ cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*ayak bahan di atas
Cara-cara :
1)Masukkan bahan-bahan yang diayak dalam bahan A yang telah diblend. Kacau rata. Kaup balik je.
2) Sapu minyak/marjerin pada loyang size 8.
3) Kukus 50 minit atau hingga masak, api sederhana je ye.. Kalau bakar, 180°c selama 45 minit.
*sukatan saya main agak-agak je.. Masak guna cara double boiler.. tunggu kek sudah sejuk baru tuang atas kek.. Lepas tu hias la ikut suka kita.. Taburlah segala jenis hiasan.. Siap.
Comot sikit kek tu.. tapi takpelah.. anak-anak buah semua puji sedap.
Di saat rakyat Malaysia terus dihimpit tekanan hidup daripada kos sara hidup yang melambung, kerjaya yang tak menentu, hingga hubungan peribadi yang semakin renggang hadir semula satu peluang untuk mereka yang nekad nak ubah hidup, bukan sekadar luaran, tapi dari dalam.