Anak kepada pasangan selebriti Neelofa dan Pu Haris ini, Bilal ada sahaja yang menjadi perhatian.
Wajah Bilal ini memang pandang tak jemu. Lebih-lebih lagi gelagat Bilal ini ada sahaja yang mencuit hati. Paling geram bila lihat badannya yang ‘sado’. Buat orang geram melihatnya kecomelannya.
Selepas aksinya sewaktu majlis sambutan ulang tahun yang pertama menjadi perhatian, kini satu lagi gelagatnya yang sedang menggosok gigi sambil baring mencuri hati.
Bilal boleh disifatkan sebagai bayi yang bijak kerana sudah pandai berjalan walaupun usianya belum menjejak setahun dan boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti memanjat dan sebagainya yang mungkin masih tidak boleh dilakukan oleh bayi seusianya.
Cara Bilal mengimbang badan agar tidak terjatuh memang sangat bijak.
Ada juga yang memberi andaian bahawa kemungkinan proses pembelajaran yang dijalani oleh Bilal adalah sesuatu yang bagus kerana melihatkan barangan mainan miliknya sewaktu ibunya, Neelofa membuat live suatu ketika dulu.
Terbaharu, tular sebuah video telah dimuatnaik di aplikasi Tik Tok menunjukkan Bilal sudah pandai menggosok gigi sendiri.
Walaupun bukan lah sempurna seperti kanak- kanak yang lebih dewasa tetapi Bilal boleh dianggap pandai melakukannya bagi kanak-kanak seusianya.
“Dah la comel, cerdik pulak tu. Memang bagus ajaran Neelofa sejak kecil lagi mengajar Bilal berdikari.” – Netizen
Ads
Sejak beberapa bulan yang lalu, terdengar desas-desus mengatakan yang Bilal bakal menjadi ‘Abang’ apabila melihat perubahan penampilan Neelofa seperti wanita mengandung.
Tahniah diucapkan jika perkhabaran ini benar.
“Dah nak jadi abang, kenalah pandai gosok gigi sendiri.” komen salah seorang netizen.
Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat mendahului senarai 829 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2020, hari ini.
Selain Tengku Maimun, Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Dr Arshad Ayub merupakan tokoh utama dikurniakan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’.
Gelaran tersebut dianugerahkan sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Mereka antara 31 individu yang akan menerima darjah kebesaran masing-masing dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (hari pertama) yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya.
Yang Amat Arif Tan Sri Tengku Maimun binti Tuan Mat, dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 02 Julai 1959. Beliau pernah bersekolah menengah di Kolej Tunku Kushiah. Mesra dipanggil Mak Ku, Tengku Maimun juga merupakan wanita pertama yang dilantik ke jawatan Ketua Hakim Negara ke-16 pada 2 Mei 2019 bagi menggantikan Tan Sri Richard Malanjum yang bersara.
YAA angkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara di hadapan YDPAgong pd 6 Mei 2019. Mula memasuki Perkhidmatan Kehakiman & Perundangan pada tahun 1986 sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang, Bahagian Gubalan di Jabatan Peguam Negara.
Peranan Ketua Hakim ada ditakrifkan dalam Perlembagaan Persekutuan, di bawah Artikel 122(1):
“Mahkamah Persekutuan hendaklah terdiri daripada seorang yang dipertua Mahkamah (yang digelar “Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan”),”
Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga antara penerima anugerah yang membawa gelaran Tan Sri. Dalam perkongsiannya di facebook, beliau berkata anugerah tersebut merupakan pengiktirafan kepada petugas barisan hadapan. Merafak sembah, menjunjung kasih mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di atas limpah perkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) ke atas patik sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tahun 2020 di Istana Melawati, Putrajaya.
Alhamdulilah, gelaran dan darjah kebesaran ini merupakan satu penghormatan kepada semua petugas barisan hadapan dan di belakang tabir Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ianya sekaligus merupakan lambang kepercayaan dan penghargaan Kerajaan kepada penjawat awam.
Semoga segala penghargaan yang dikurniakan kepada para petugas dalam memerangi pandemik COVID-19 ini akan membakar semangat kami semua untuk terus menjalankan tugas demi kesihatan rakyat dan keselamatan negara.
Bagi yang pernah merasa kehilangan, pastinya anda tahu bagaimana sakitnya menanggung kerinduan pada yang telah pergi selamanya.
Terasa kalau boleh diputarkan masa, pasti kita akan memilih untuk menikmati detik terindah bersama orang-orang yang disayangi.
Begitulah agaknya yang dirasai oleh seorang suami yang sedang meratapi pemergian isterinya. Manakah tidak, sudah bertahun-tahun hidup bersama, terasa janggal apabila salah seorangnya tiada.
“Agak-agak mama okay ke dekat kampung abadi sana,” tanya seorang bapa kepada anaknya. Mama yang dimaksudkan adalah isterinya yang sudah pergi buat selamanya.
Melihat kepada keadaannya, benarlah kata orang rindu kepada seseorang yang berbeza alam sesungguhnya tidak terperi sakitnya. kerinduan itu seperti tiada penghujungnya. Kerinduan yang tiada bernoktah dan tidak tahu harus dituju ke mana.
Melalui satu video tular di aplikasi TikTok, seorang anak sempat merakam bagaimana bapanya sering termenung jauh membayangkan keadaan arwah ibunya di alam barzakh sejak pemergian ibunya itu.
Mashitah Sedik berkata dalam kesemua lapan adik-beradiknya, dia yang paling rapat dengan bapa dan memahami duka yang sedang dilaluinya.
“Pada Julai 2020, ibu didiagnos dengan kanser payudara. Sebelum tu ibu diserang minor stroke pada sebelah kanan badan.
“Untuk strok, ibu dapatkan rawatan di Hospital Serdang, kami ingat ibu boleh recover dan semuanya sudah selesai. Tapi ada seorang jururawat ni beritahu kami dia syak ibu ada sakit lain juga.
“Jadi kami pun buat pemeriksaan lanjut, ternyata ibu ada kanser payudara tahap dua. Kami ikhtiar buat kemoterapi enam cycles (kitaran), setiap cycle memang nampak ibu semakin kepenatan dan lesu.
“Kemoterapi itu kurang berkesan, kanser payudara ibu meningkat jadi tahap empat. Kami cuba pula radioterapi lima cycles berterusandari Isnin sampai Jumaat, tapi sejak dari tu, kesihatan ibu terus merosot,” cerita Mashitah.
Keadaan ibu Mashitah menjadi tenat apabila dia tidak lagi boleh berjalan dengan sendirinya dan mengalami kesukaran untuk bernafas.
“Ibu hanya terlantar atas katil. Bila kami check balik, rupanya kanser ibu dah merebak ke bahagian kepala dan belakang badan.
“Pada Jun 2022, ibu dimasukkan ke hospital. Kemudian doktor cakap kepada kami yang ibu dah tak ada harapan untuk sembuh. Mereka cuma boleh berikan morfin untuk kurangkan sakit ibu.
“Kami sekeluarga dalam masa seminggu selepas tu cuba nak deny hakikat ni, sukar sangat nak terima. Kami bawa ibu pulang ke rumah dari hospital untuk bagi ibu berehat pada hari-hari terakhirnya,
“Sepanjang ibu dekat rumah, saya memang tak berenggang dengan ibu dan selalu teman dia,” kata Mashitah yang menetap di Puchong, Selangor.
Namun begitu, ajal tidak akan lewat atau cepat walau sesaat dan akhirnya ibu Mashitah dijemput Ilahi.
“Waktu tu pukul 6 petang, saya dekat sebelah ibu nampak mata dia terbuka, saya ingat dia terjaga sebab sebelum tu dia tidur. Saya pun panggil abah.
“Bila abah saya check, rupanya itu hembusan nafas dia yang terakhir dan ibu saya dah tak ada. Ibu pergi di depan mata kami semua.
“Ibu baru berumur 61 tahun, masih muda lagi tapi dia dah meninggalkan kami. Yang paling terkesan dengan pemergian ibu sudah semestinya abah, mereka berkahwin selama 30 tahun lebih.
“Susah senang mereka bersama untuk besarkan kami. Dari bekerja kutip botol sehingga jadi pengawal keselamatan untuk sara kami adik-beradik, banyak memori yang mereka kongsi,” kata Mashitah.
Mashitah berkata sejak ibu meninggalkan mereka, hidup bapanya seakansepi dan kosong.
“Abah saya umur 70 tahun. Setiap sudut yang abah pandang di dalam rumah kami ni akan mengingatkan dia kepada ibu. Arwah ibu adalah sebahagian daripada nyawa dan jiwa dia.
“Kalau kami keluar jalan ke mana-mana pun, abah tak nak overnight lama-lama sebab dia risau kalau roh ibu datang melawat rumah, tak ada siapa yang akan sambut dia, kepercayaan orang tua-tua.
“Abah pun kerap berlapar, biasanya ibu yang akan jaga makan minum dia tapi semua tu dah tak ada. Jadi saya yang kena pergi tanya dia nak makan apa sebab kalau tidak memang dia senyap sahaja dan ikat perut.
“Bila kami jamu dia air, kadang-kadang dia complain cakap tak sama macam yang ibu selalu buatkan untuk dia, jadi dia akan bangun buat sendiri untuk kena dengan cita rasa dia,” cerita Mashitah.
Selain itu, Masyitah juga memberitahu bibir bapanya sering mengalunkan ayat suci Al-Quran untuk disedekahkan kepada arwah isterinya.
“Ayah akan sering duduk seorang sama ada di ruang tamu atau di dalam bilik tidur dia, air mata mengalir turun, sambil dia buka bacaan Yasin di YouTube dan ikut baca sekali, untuk dihadiahkan kepada arwah ibu.
“Abah juga suka tanya soalan yang saya pun tak ada jawapannya, contoh dia tanya macam mana agaknya rupa tempat tinggal ibu di alam sana atau ibu tenang ke di sana.
“Kalau rasa rindu sangat, abah akan pergi lawat pusara ibu. Lepas itu dia akan selfie hantar dekat group family, dia tulis dia dapat jumpa bidadari dia hari ni, minta ibu jaga diri baik-baik dekat sana, macam dia bermonolog sendirian.
“Saya nak gembirakan abah tak berdaya sebab apa pun yang saya cakap tak akan mampu rawat luka di hati dia,” kata Mashitah.
Menutup perkongsian, Mashitah berharap dia dapat memanfaatkan masa yang ada bersama bapanya dengan sebaik mungkin.
Mesti anak-anaklah yang paling gembira dan seronok bila di rumah ada kolam renang. Bolehlah mandi kolam pada bila-bila masa. Disebabkan memikirkan kegembiraan anak-anak jugalah maka tidak hairanlah ibu ayah cuba untuk membuat kolam renang di tepi rumah.
Pun begitu, perlu juga diketahui kolam tersebut jika tidak diselenggara secara rutin akan menyebabkan air bertukar menjadi berlumut dan berubah menjadi warna hijau. Untuk itu, ada baiknya membaca perkongsian daripada Eddy Azuan tentang penjagaan air kolam renang.
PENJAGAAN AIR KOLAM RENANG
Takla pandai, tapi kita belajar pelan-pelan. Selepas selesai DIY kolam renang, kita belajar pula kaedah MAINTAIN KUALITI AIR… kebetulan 2 minggu tak dapat maintain.. outstation
Bila 2 minggu outstation tak berkesempatan maintain… maka, menghijau la dia.
Tenang, benda boleh rawat buat apa buang-buang.
Ni namanya SKIMMER… skimmer ni tujuan dia clearkan bendasing yang terapung macam daun, serangga dan lain-lain. Ada 3 jenis skimmer :
1) Spill Overflow – bahagian atas air melimpah masuk drain dan ke filter..
2) Skimmer box – macam saya pasang ni, tebuk dan buat tingkap. Air terjun ke dalam tu
3) skimmer floating – ada juga jual dlm rm150-200.. jenis floating di tengah-tengah air..
Harini kita DIY skimer box ni… seram gak time potong canvas tu
Ni rupa BOX SKIMER. Ada bakul.. nampak tak ada serangga-serangga dah terciduk tu..
Nak air clean and clear?
Ni antara basic la.. bukan pakai semua pun ikut keperluan.
1. Clorine tablet dispenser.. tong biru putih macam UFO tu.. fungsinya untuk melarutkan tablet chlorine dan release pelan-pelan..boleh adjust.. RM20
2. Chlorine Tablet 70% : Macam panadol solubel.. besar duit siling 50sen.. Yg ni saya pakai 5 biji seminggu.. satu tong ada 1kg (lebih kurang +-50 biji).. RM17.00
3.Chorine Tablet 90% : yang ni pun sama macam di atas, tapi besar dan 90% kePADUan effect chorinenya.. kata tauke tu, ini satu biji satu bulan satu kali cukup.. jangan hari-hari… besar tapak tangan.. memang lambat larut.. RM20 untuk 5 biji..
4. Algaecide : Ni kalau termiss letak chlorine macam kes saya, alga dah mula hijau.. maka algaecide ni fungsinya “anti-hijau” algae2 tu.. tauke kata, kalau sudah jaga chlorine, ini tak perlu… (RM 19 seliter).. pakai dalam 40-50ml ja utk saiz kolam saya
5. Water Clarifier.. : ni satu lagi kalau nak nampak air sejernih kristal la… tapi yang ni kena off water pump.. jangan bagi running 24hrs… esok water clarifier ni akan ikat semua zarah-zarah debu bawak turun mendap ke lantai.. so esoknya vacuum dasar. Memang clear bersinar… sama, harga RM 19 seliter.. pakai 40-50ml ja..
Rumusan, total benda-benda ni dalam RM100 la.. tapi boleh pakai 3-4 bulan.. ok la tu sebulan RM20 ja.
Ni yang paling penting sebenarnya..VACUUM DASAR.. paling cun 3 hari sekali vacuum dasar.. paling malas 5 hari sekali.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Han Keong maut dalam nahas tragis di Kuala Terengganu selepas van dinaiki bersama bapanya dirempuh kereta terbabas. Pemergiannya meninggalkan kesedihan mendalam buat keluarga.